Aku dah lupa bila aku beli
deal ni dari
milkadeal. aku beli pon sebab memang nak potong rambut bagi pendek. kali terakhir aku potong pendek (tapi takde la pendek sangat, paras bahu jeee) ialah tahun lepas bulan 5 kot, before kahwin. aku nak potong sangat sebab dah serabut rambut dah panjang lepas tu aku plak jenis yang memang basuhkan rambut every day, syampu pon everyday. kalau tak basuhkan rambut memang aku boleh sakit kepala.
ok berbalik kepada cerita asal, harga deal ni RM33.90. disebabkan aku nak diskaun lagi, aku guna facebook laki aku untuk dapat RM5 voucher.. hehehe. so, aku dapat RM28.90. memang kalau kita login
milkadeal guna fb account, kita akan dapat credit RM5 dan boleh digunakan untuk beli sebarang deal yang dorang offer. best kan. yang aku punya, aku dah guna masa beli
package spa Eve De Beaute. yang spa package ni lagi best. aku beli RM21 instead of RM36 yang milkadeal offer sebab aku dapat rebate lagi RM10 sebab refer friend. hehehe. tapi tak pergi lagi yang ni. insya Allah next week or next month ;)
mula2 aku call dulu salon rambut tu sebab nak buat appointment, mana tau ramai orang. so, aku set masa 3.30 pm. aku bajet paling lama pon sejam setengah dah siap so tak payah la aku menempuh jem nak balik. tapi aku pulak sampai lambat dalam 3.45 kot baru sampai amcorp mall. lupa nak bagitau aku pilih chezz technique cawangan amcorp mall sebab aku suka jalan2 kat situ. so, sambil menyelam sambil minum air la ;p bila dah sampai tu, dia check dulu betul ke kita beli voucher tu, aku dah print awal2 voucher tu. first impression aku sampai sana, kedai ok ala macam salon2 rambut yang lain tapi kedai ni tak ada special space untuk yang kita yang bertudung ni. so, aku request nak duduk kat kerusi paling belakang dan tersorok sikit.
hair spa ni dimulakan dengan wash my hair, syampu semua. then baru potong rambut. selepas potong rambut, baru rawatan ala2 stim rambut, yang ni kira yang hair spa tu la. dalam 10 minit. sebelum masuk dalam mesin stim tu, dia letak mask kot, lupa nak tanya... hahahahaha.. aku syok layan mata, mengantuk..hehehe. lepas stim bagai, dia basuh sekali lagi rambut dan last sekali blow. hasil dia memang puas hati. aku perasan siap letak tagline - "Our Excellence Service = Customer Satisfication".
bila dah siap tu, dorang cakap terima kasih, datang lagi dan bye2. takde pon extra charge or tiba2 kena duduk nak ambil package lain ke. so, memang jelaslah takde agenda tersembunyi. cuma masa aku basuh rambut yang first time dia ada tanya, nak scrub tak? kalau nak scrub tambah RM30. so, memandang rambut aku takla panjang gila, aku cakap tak nak. dia cakap ok, tak de paksa ke apa. So, aku rekemen la kat korang kalau nak pergi sebab tak tipu punya or jenis yang paksa2.
;p
Secara ringkas, ini rumusan dan suggestion aku:
1. Kalau boleh buat special space untuk orang bertudung macam kami, so rasa selesa sikit.
2. Staff kat situ, memang peramah dan baik. mostly chinese tapi talkative. aku banyak diam sebab mengantuk, penat. hahaha. cuma sekali sekala ada tanya dia dan dia pon tanya aku dan bagi suggestion macam nak blow rambut. oh lupa nak habaq, aku potong bob. ok la nice sebab sebelum ni aku pernah potong bob. bob ni yang songeh sikit bagi yang bertudung sebab akan jadi 'rambut terkeluar'. korang paham ke rambut terkeluar? hehehe.. ok, aku lukis. hahaha.. rajin plak aku hari ni.. heheehe.. tapi masa aku potong bob dulu, aku siap rebonding. so, rambut memang cantik terletak je... hahahaha.. ops, terpuji diri sendiri. lagipon, memang rambut aku jenis lurus senang nak manage.
rambut akan 'terkeluar' macam gambar atas kalau kita asik ikat rambut. dan akan cepat rosak pon ;) dah melalut cerita pasal rambut plak.. hehehe
3. buat appointment awal sebab takut ramai customer, at least sehari sebelum nak pergi. aku buat appointment sejam sebelum pergi. hahahaha.. nasib baik dia terima. tapi masa pergi tu memang ramai orang. boleh kata penuh. staff dia ramai tapi sebab ramai customer macam tak cukup kaki dan tangan dah. ade la beberapa minit aku kena tunggu. kalau buat awal, so dorang senang nak arrange kan.
4. ops, lupa. masa sampai dan duduk sebelum nak wash rambut tu, dia bagi teh dan magazine. so nice ;) aku minum sikit je teh tu sebab tak sedap pahit jenis yang teh kurus tu. opsss. hehe.. kantoi plak..hahaha
sekian sahaja laporan saya untuk chezz technique saloon. kalau korang nak pergi dan nak try package diorang, ni ada sedikit info. tapi lupa nak snap pic kat depan kedai memang ada package dan special offer dengan harga segala bagai. korang boleh call dan tanya diorang.
1) Chezz Technique Jalan Gasing No. 64, Jalan 5/8, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603 7960 2676
2) Chezz Technique Amcorp Mall 1-166, 1st Floor Amcorp Mall, No. 18, Jalan Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: +603 7958 6844
3) Chezz Technique SEA Park No.18, Jalan 21/19, S.E.A. Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603 7875 6844
4) Chezz Technique Puchong F-1-16, IOI Bouleyard,Jalan Kenari 5,Bandar Puchong Jaya,47170 Puchong, Selangor Tel: +603 8070 6906
Opening Hours: Tuesday - Friday (10.00am - 7.30pm), Saturday - Sunday (9.30am - 7.00 pm)
Dorang bukan setakat service bab2 rambut je, ada photography bridal - tapi aku tak pasti untuk chinese sahaja ke apa, dan siap ada academy sendiri.
sekian, terima kasih.