Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts
Monday, November 8, 2010
Penting ke Followers?
Bagi korang, jumlah followers penting tak?
Aku rasa depends la sebab followers tak semestinya loyal readers kan. Tapi at least dari situ kita tahu ada orang baca blog kita (walaupon kadang-kadang) as for me, aku tak pernah paksa orang follow blog aku ni. So aku anggap orang yang follow aku memang IKHLAS nak follow blog aku dan nak berkawan dengan aku (suci murni plak fikiran aku..hehehe).
Term "I dah follow you, please follow me back" memang tak ada dalam kamus aku sebab it's not me to paksa paksa orang kan. Kalau aku singgah mana mana blog, aku memang tinggal jejak (kadang-kadang tak sebab nak cepat, baca entry je). Dan kalau blog tu aku rasa menarik (menarik di sini sangat subjektif) aku akan follow. Tak kisah la dia nak follow balik ke tak. Memang aku tak kisah.
Tapi tapi aku sangat sangat tak suka kalau ada cakap kat aku "SAYA DAH FOLLOW AWAK, FOLLOW ME BACK YA". Sangat annoying ok. Serius. Kadang kadang aku layan gak permintaan orang tu tapi kadang kadang tak langsung. Macam tak ikhlas je korang buat macam tu.
Anyway, to all my followers. Today, dah cukup 100 orang. Terima kasih kerana sudi follow blog aku yang kuat merapu meraban ni.
P.S: Memang entri ni sempena 100 followers - entri syok sendiri. haha
Wednesday, August 18, 2010
Friendster, MySpace Tak Berupdate Lama Dah.
Sebelum kenal Facebook @ FB, korang mesti kenal dulu Friendster. Friendster ni salah satu laman web sosial yang glamer dulu selain MySpace. Aku ada dua-dua akaun tapi yang aktif hanya Friendster. Itu dulu, setahun dua tahun yang lepas. Sekarang sapa-sapa yang tak ada akaun FB, kira macam 'ketinggalan zaman' sikit. Selain FB, Twitter juga yang menjadi kegilaan sekarang. Aku tak minat Twitter, tak tahu kenapa. Yang ada hanya FB, Friendster, MySpace dan ada la 2,3 akaun laman web sosial yang lain macam Tagged, Hi5 tapi yang ni dah delete rasanya. Yang belum delete hanya FB, Friendster dan MySpace.
Okay, berbalik kepada cerita asal... Aku dulu cukup addicted dengan Friendster. Mula-mula FB muncul, aku tak layan pon sebab memang setia dengan Friendster. Tapi lama-lama dah boring dan aku cuba 'main-main' dengan FB. Rupanya, lagi fun, lagi interesting dan banyak gila function yang best-best. So, sekarang, Friendster dah lama tak berupdate. MySpace tak payah cakap memang kurang aktif. Yang lain-lain, lagi la, 2-3 bulan sekali pon belum tentu aku buka ;)
Korang pulak macam mana? Masih aktif berfriendster?
Kat bawah adalah random photos dari friendster account aku. Feel free to scroll down. Hahahaha
Okay, berbalik kepada cerita asal... Aku dulu cukup addicted dengan Friendster. Mula-mula FB muncul, aku tak layan pon sebab memang setia dengan Friendster. Tapi lama-lama dah boring dan aku cuba 'main-main' dengan FB. Rupanya, lagi fun, lagi interesting dan banyak gila function yang best-best. So, sekarang, Friendster dah lama tak berupdate. MySpace tak payah cakap memang kurang aktif. Yang lain-lain, lagi la, 2-3 bulan sekali pon belum tentu aku buka ;)
Korang pulak macam mana? Masih aktif berfriendster?
Kat bawah adalah random photos dari friendster account aku. Feel free to scroll down. Hahahaha
Selepas selesai paper akhir untuk 3rd year in UM.
Ini adalah geng MIS (Management and Information Science).
OpenSys 2008.
We are computer scientists from Marikh. Hihi
Gengkamees Dinner at Yankies Hut @ Bangi.
Saturday, July 24, 2010
Selamat Bertunang, Eena!
Selamat berhujung minggu semua..
Hari ni, 24 Julai 2010 adalah hari bersejarah bagi kawan baik aku, Eena. Selamat Bertunang, Eena! Aku doakan ko cepat-cepat naik pelamin. Kalau boleh, tahun ni ye kahwin.. Hehe. Tak pon tahun depan okay. Semoga jodoh ko dengan Ameir akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Eena, one of my best friends yang aku ada kat dunia ni. Kenal minah ni masa belajar di UM. Sebenarnya, kami satu matriks di Penang dulu tapi tak penah kenal pon. Last-last kenal kat UM jugak. Kami selalu hangout sama-sama dulu. Sekarang dah kurang, kurang sangat ;( Masing-masing ada komitmen yang berlainan. Tapi aku harap persahabatan kami ni will never last forever okay =)
Layan gambar-gambar kami okay. Eena ni gila kamera, gila bergambar. Aku? Aku tumpang sekaki je..Hehehe...
PD. 2005 kot. Penat gokkkss. Haha. On da way balik KL |
OU eh? |
Tioman Island. Mac 2008 |
Konvo UM. Ogos 2008 |
Ko nak cium aku. Erkkkk.. Aku rimas la eena. Hahahaha |
Jakarta. Julai 2009. Bila lagi nak g weh?? =) |
Actually, ada banyak lagi koleksi gambar aku dengan Eena. Tapi semua dalam CD kat kampung. Walaupon dah jarang jumpa tapi kami still keep in touch. Facebook kan ada, YM ada, Google Talk ada, handphone pon ada... Hehe. Till then, hopefully, ko happy sokmo okay. =)
Aku minta maaf tak dapat datang majlis tunang ko. Keadaan dan masa tidak mengizinkan. Harap ko maapkan aku ye ??? Jumpa nanti okay? Ko belanja aku steamboat la weh..wakakakakak
Labels:
BFF,
kawan,
sahabat,
Special Day,
sweet memories,
UM
Wednesday, July 14, 2010
Hilang Kawan, Hilang Sahabat
Well..tajuk dia macam apa je. Tadi baru je baca entri Puan Liza Dari Jerman, bukan Cik Salmah Dari Scotland okay. Haha.. So, lepas baca entri tu macam pernah terkena kat diri sendiri je.
Sebab apa aku cakap macam tu, sebab seorang kawan dah delete aku dari friendlist Facebook dia. Friendster aku tak pasti sebab aku memang tak aktif dah berfriendster so i don't care.
Mula-mula aku tak perasan tapi akhirnya terperasan la gak sebab aku kan selalu jenguk kawan-kawan melalui facebook. Tetiba nampak nama dia kat komen kawan-kawan, so terus klik then terus nampak Add as Friend... What? Ko delete aku? Pelik gak aku, apa salah aku dengan ko... Bagi korang la, kalo dah orang delete korang dari friendlist, apakah maksudnya itu?
Okay, ikhlas cakap kat sini, mula-mula aku rasa sedih gak. Tak pernah seumur hidup aku, aku putus kawan. Serius, mungkin korang tak percaya kan. Even kalau aku ada terasa hati ke, sakit hati ke, terjatuh hati ke, biasanya aku diam atau senyap aje. Kalau tak tahan pon, aku balas balik pastu aku diam, malas nak layan dah. Lepas tu, aku jadi okay balik. Tu aku, tak pasti dengan dia.
Lepas tu, lama-lama aku jadi okay balik sebab aku fikir, kalau orang tak sudi nak berkawan nak buat macam mana. Mungkin ilmu yang dia belajar selama ni belum cukup untuk menjadikan dia seorang yang berfikiran positif dalam tindakan dia.
Selama hari ini, aku tak pernah cerita lebih-lebih apa yang pernah kami hadapi, apa yang kami buat. Walaupon aku dah tak macam dulu, tak bermakna aku suka laga-lagakan orang, buruk-burukkan orang. Malah apa yang terjadi selama ni, aku tak pernah kisah dan ambil hati. Tak salahkan dia langsung pon. Orang lain yang pong-pang-pong-pang, aku pon terpalit sekali.
Sekarang, kalo aku jumpa dia, aku masih macam biasa. Masih bertegur sapa kerana dia masih kawan aku macam biasa. Bagi aku tak ada apa yang berubah, tak tahu la dia mungkin dalam hati menyampah kat aku... ;p
P.S: Sapa-sapa yang aku tak kenal dan nak add aku kat FB, susah sikit nak approve sebab bagi aku FB aku ni memang untuk kawan-kawan 'nyata' aku aje. Sorry okay... Tak kenal maka tak cinta... Mungkin korang leh message-message dulu ke... :p
Subscribe to:
Posts (Atom)