Showing posts with label keagamaan. Show all posts
Showing posts with label keagamaan. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Sunnah dan Adab di Hari Jumaat


Credit to Pusat Pungutan Zakat..

Kalau macam mandi tu, everyday memang mandi kan.. apakata, kalau hari jumaat niat mandi sunat hari jumaat.. senang je mcm mandi sunat hari raya.. Everyday kita memang pakai cantik-cantik kan pergi kerja, apa kata hari jumaat pon sama.. sesetengah company memang bagi kelonggaran pakai kasual setiap jumaat mcm my company.. tapi tak salah nak bercantik2 kan.. tapi berpada-pada.. sebelum pergi kerja bolehla potong kuku dulu, kalau yang dah ada suami, potongla kuku suami sekali, extra bonus jumaat ;) 


Kalau yang suka pergi shopping hari jumaat kat area masjid jamek tu sebab time lunch hari jumaat kan lama.. apa kata, sambil jalan2 tu, jumpa orang buta ke, atau sapa-sapa yang perlukan sumbangan, dermakan sedikit.. sedekahkan sedikit duit ke.. tak banyak pon takpe, rm1 pon ok ;) 


Buat,dapat pahala.. tak buat, habuk pon tarakkk ;) Ingatan untuk diri sendiri dan semua rakan.. perbanyakkan amalan sunat .. yang wajib jangan dilupa...

Monday, November 14, 2011

Coca - Cola & Ribena Haram Untuk Diminum - Ustaz Azhar Idrus




Mengikut ustaz Azhar, pemilik ribena sendiri yang cakap yang ribena memang mengandungi alkohol.


Kat bawah ni aku share news pasal ribena ni ada kandungan alkohol.


LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakanmenyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan beritamenggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah.


Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit.


Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya ,selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.


Pengerusi Masjid Jamek Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.


Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makananpasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponenbagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasamengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budayapengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.


Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau,tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an limaperasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi


Credit to Kak Eli.
Sumber here.


Thursday, October 20, 2011

Cara Nak Kenal Boarskin/Pigskin

Aku ada terbaca kat blogshop yang selalu aku terjah. Memang kat blogshop dia kebanyakan jual beg-beg yang terdedah kepada penggunaan pigskin/boarskin. Tak semua beg2 atau kasut2 yang guna pigskin/boarskin, tapi kita sebagai seorang Muslim, kena memang kena sentiasa beringat dan alert dengan semua ni. Jangan sesekali kita ambil mudah.


Kebanyakan orang dah tahu kan, cara nak detect barang yang diperbuat daripada pigskin/boarskin ialah melalui 3 titik dot. Contoh lebih kurang gambar kat bawah


* kredit this pic to here *


Tapi kadang-kadang 3 titik dot susah nak detect sebab for some beg atau kasut, kulit tu dah dirawat dan diproses terlebih dahulu.


* kredit this pic to Style Exchange *

Cuba korang klik untuk tumbesaran secara max. Boleh nampak kan. Sekali imbas macam tak perasan.


Ini satu lagi link untuk lebih pemahaman pasal isu ni, boleh klik link ni:


Semoga kita semua dijauhi daripada perkara2 sebegini. Jom kita share ramai-ramai agar semua orang mendapat manfaat daripadanya. 

Monday, September 26, 2011

Ustaz Azhar Idrus: Hukum Hudud Bagi Bukan Islam


Wednesday, April 6, 2011

Gambaran Hari Kiamat, Hari Pembalasan Yang Sebenar.

HARI KIAMAT TU HARI PEMBALASAN YANG PASTI DAN WAJIB DIPERCAYAI, malah salah satu rukun iman - BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT.


Sama-sama kita bermuhasabah diri, mencari kekurangan diri dan sentiasa berdoa kepada Allah semoga kita berada dalam golongan yang beriman dan diredhaiNya.


Aku copy this from my friend zaman belajar di UM dulu, Soul. Thanks Soul for this article.


Ambillah masa  5-10 minit untuk baca this article.



Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  •  Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  •  Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
  • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


  • Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
  • Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
  • Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
  • ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
  • Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
  • Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
  • Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
  • Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  • Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
  • Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
  • Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
  • Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
  • Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
  • Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
  • Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

  • Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
  • Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  • Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
  • Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

  1. Sedekah/amal jariahnya.
  2. Doa anak²nya yang soleh.
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Wednesday, December 8, 2010

Love Bite Pada Badan, Sah Atau Tidak Solat?

*** Ini khas untuk suami isteri. Yang belum bersuami, belum beristeri, sendiri mau ingat laa.. hehehe..


Hari ini terbaca satu soalan di Soal Jawab Agama dalam Harian Metro.


Soalan dia berbunyi begini "ADAKAH sah kita melakukan solat jika ada kesan gigitan cinta (love bite) pada tubuh badan kita?"


 Gambar hiasan semata-mata. 
Sumber: google.com


Jawapan:

KESAN gigitan berkenaan pada tubuh tidak menjejaskan solat anda.

Terdapat syarat tertentu sahnya solat iaitu

1. Suci daripada hadas kecil dan besar.
2. Suci daripada najis yang tidak boleh dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat.
3. Menutup aurat.

Berkenaan dengan soalan di atas juga apabila seseorang bersetubuh maka akan dia berhadas besar.

Untuk bersolat, seseorang perlu mandi wajib atau mandi hadas besar bagi menghilangkan hadas.

Apabila sudah mandi dengan sempurna, maka boleh menunaikan solat.


******************************************************************************

Walaupon nampak remeh, tapi sebenarnya membawa makna yang besar sebab ini melibatkan solat kita..  Yang baik datang Allah, yang buruk adalah dari kekurangan diri sendiri...

Wednesday, November 3, 2010

UPDATE: Ini Hadith Palsu | Makanan Yang Dilarang Kepada Pengantin Baru

UPDATE: Ini adalah hadith palsu. Minta maaf kerana menimbulkan sedikit kekeliruan. Mohon serbakan kepada rakan-rakan.

Untuk maklumat lanjut sila click sini dan sini.

Terima kasih atas maklumat ni.. Kalau tak, aku dah sebarkan benda yang salah.

*** Di bawah adalah entri asal aku tanpa diubah. Harap maklum.

--------------------------------------------------------------------------------

Masa tengah sooodappp melayan internet, aku dapat info yang sangat-sangat berinfo... So, rasa nak share la dengan korang sebab mana tahu ilmu ni akan memberi manfaat kepada kita bersama kan..


Sharing kali ini sesuai sangat kepada aku dan rakan-rakan semua yang bakal nak mendirikan rumahtangga dan baru berumahtangga.. Dan juga kalau dah lama berumahtangga pon apa salahnya kan...


Walaupon dah 4 bulan lebih kahwin, I don't think it's too late.. Better late than never right...


Aku copy paste ajoo ye... Sebab kalau diubah-ubah takut tidak sampai pulak maksudnya.


RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :

Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :

Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda:

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya.

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-


1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

 
Saidina Ali r.a bertanya :

"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini dilarang?"

Baginda menjawab :

"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya :

"Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu di larang?" (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).

Baginda menjawab :

"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

Sumber: Facebook


Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan kepada aku dan rakan-rakan.


Sebelum tu, aku juga nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan seangkatan.. seangkatan dalam baru mendirikan rumah tangga laaa.. hehehe.. yang mana telah berbadan dua iaitu..


Wawa @ Azua, isteri Aiman, isteri Yoe, isteri Puloh, Hazimah, isteri Keri, Aki, dan ada la kot 2, 3 orang lagi yang kahwin dekat-dekat dengan tarikh kami kahwin. Tahniah, tahniah.... Doakan giliran aku plak yaaa...


Tak lupa kepada Kak Wan @ Aida, mom to be from Dublin. Penantian yang berbaloi, Kak Wan kannn... Really happy for you and hubby :) :)


To Eena, Fana, Alwani and Zarith, better korang ambil tips ni :)


Sorry kalau termiss nama sapa-sapa..


Tahniah.. Tahniah... Tahniahhhh....


Opsss, Emma... Audi ko sgt comelllllll....


Buat bakal-bakal isteri, para isteri, bakal-bakal ibu dan para ibu, semoga kita akan menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita yaaa... Insya Allah.



Monday, October 4, 2010

Jangan Putus Harapan dan Teruslah Berdoa...


Doa kan senjata orang mukmin. Teruslah berdoa dan berdoa dan berdoa. Jangan putus harap terhadap Allah. Tapi kalau nak doa kita dimakbulkan, kenalah tahu caranya kan, kan..

Tuesday, July 13, 2010

Subhanallah. Korang kena cuba ni...


Tengok 3 titik hitam kat tengah kalimah Allah tu selama 10 saat, lepas tu tengok ke dinding. Apa korang nampak? Subhanallah, aku dapat tengok kebesaran tu...

Credit this info to AmazingNara

Tuesday, July 6, 2010

Ayat-Ayat Cinta

Assalamualaikum semua =) Hari ini mood biasa-biasa jaa. Life pon masih sama, tak ada yang menarik berlaku hari ini. Aku masih berpuasa ganti.. Hihi. Maklum laa nak ganti awal-awal, tahap kemalasan sangat menjadi-jadi. Akibatnya, di bulan-bulan akhir macam ni la aku bertungkus-lumus nak ganti puasa. Nasib baik ramai geng.

Semalam aku berbuka puasa dengan Laksa Sarawak. Bukan aku yang buat ok, makcik yang buat. Perghhh, sedap sampai aku hentam 2 pinggan. Hehehe.. Eh, ni buka puasa ke melantak kan. Lupa nak snap 'rupa' Laksa Sarawak tu so aku google nak letak gak gambar biar korang terliur.


OK, berbalik kepada tajuk asal entri. Merapu entah apa-apa tapi bagi tajuk ala-ala jiwang gitu. Adooiii. Okay, cerita sebenar aku nak share 7 Ayat-Ayat Cinta menurut sabda Rasulullah SAW. Sekarang ni memang entri aku islamik sikit sebab nak tambah pahala puasa ganti ni. Hihi. Dah la last-last minute ganti so kena la buat amalan lebih sikit. Hahaha. Sebab aku ni tengah blogging, so aku cuba buat pahala dengan blog ni. Boleh terima ke alasan ni. Macam la korang tak tahu tujuan asal nak update blog. Hahahahaha. Ok-ok,dah.

Sabda Rasulullah SAW
"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah SWT dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan"

No.1 
 Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

No.2
Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

No.3
Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

No.4
Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

No.5
Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

No.6
Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

No.7
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah SWT.
Related Posts with Thumbnails