Rasanya bulan mei dan bulan jun ni memang bulan yang busy penuh dengan aktiviti kekeluargaan.. termasukla last week ada majlis konvokesyen, last weekend plak kena hantar adik bongsu, Syafiq belajar ke Kolej Mara Kuala Nerang.. dia amek foundation under UniKL.. then sabtu ni sepupu encik suami akan kahwin, pastu esoknya ahad kenduri plak sebelah pompuan.. then, lepas tu 1 jun kenduri sebelah lelaki plak.. esoknya, 2 jun my sis no.3 akan nikah pagi, then lepas tu kenduri sebelah our side.. then, seminggu lepas tu which is 8 jun kenduri sebelah lelaki kat Kuala Kedah.. amacam? nampak tak padatnya sepanjang bulan ni dan bulan depan..
Paling penting jugak, jun adalah bulan special sebab anniversary kami pon jatuh on 9 jun, sehari selepas kenduri kat Kedah tu.. Plan tu ada.. tapi entah jadi ke tak sebab takut penat dan tak sempat.. lagipon, kenduri kendara ni pakai kos banyak jugak dengan nak travel lagi kan.. mungkin this time, pergi habiskan hujung minggu kat somewhere.. nak holiday macam sebelum-sebelum ni rasanya macam tak sempat.. sebelum ni, aku memang plan awal, beli tiket awal-awal walaupon bukan celebrate pada tarikh sebenar anniversary.. tapi this time, memang malas nak plan sebab dah tau tahun ni akan penuh dengan agenda kenduri kendara.. family terdekat plak tu so kenala attend dan memberi khidmat sedia membantu.. hehehe.. tapi tapi aku sebenarnya dah book tiket time air asia sale yang lepas.. hahaha.. tapi yang tu guna voucher kemenangan dari air asia.. so, anggap jela tu holiday sempena anniversary juga walaupon lambat lagi.. takpela, orang mcm aku ni yang selalu budjet dalam semua benda ni tak kisah sangat tak dapat celebrate on time.. janji ada.. hahaha..
OK, nak cite skitla journey ke utara last weekend tu pergi hantar Syafiq ke Kuala Nerang.. cite ni panjang ye uols sebab aku nak cantumkan cite dua hari.. pastu aku cite details skit.. mood menaip tengah mai ni.. hahaha..sama juga kes konvo, Umi tak dapat nak pergi hantar Syafiq register belajar sebabnya nenek kami, yang kami panggil Mama tak sihat.. Biasanya Mama akan follow jugak kalau Umi nak ke mana-mana tapi kali ni, kesihatan dia sangat-sangat tak mengizinkan.. so Umi minta kami adik beradik pergi hantar Syafiq.. kami pergi berempat je.. kami laki bini, Syila adik aku no.3 yang nak kahwin nanti dengan Syafiq.. Kak Chek, Ngah dan husband dia tak dapat ikut sebab ada hal..
Aku book hotel kat Alor Setar.. nama hotel tu The Leverage Business Hotel dekat Bandar Baru Mergong.. hotel ni aku search kat agoda je.. baca review macam ok, so terus book 2 bilik.. RM78 satu malam.. okla.. Bilik ok, cuma agak sempit.. decoration dalam tu konsep moden.. cuma sempit nak solat pon macam susah sikit.. rasanya kalau yang berbadan besar kena amek bilik besar sikit.. pastu paip hujan dia memang best.. air pon laju.. aku book kat Alor Setar ni pon sebab suggestion dari pihak kolej adik aku tu.. tapi dah cakap siap-siap la, jarak dari Alor Setar ke Kuala Nerang around 30-35km.. aku nak book homestay/motel/hotel area Kuala Nerang pon macam tak tahu nak book kat mana.. lagipon nak book last minute confirm dah penuh.. so pasrah jela..
Kami bertolak from Shah Alam, around 10.30 pagi sabtu.. pergi breakfast dulu, isi minyak topup touch n go, barula dapat meneruskan perjalanan dengan tenang.. aku banyak tido je.. hahaha.. singgah sekejap kat RNR Tapah nak beli jambu sedap tu.. pastu meneruskan perjalanan sampai hotel around 3 petang.. terus check in.. berehat sekejap, pastu keluar balik cari makan.. depan hotel tu ada Tesco Mergong.. area situ memang banyak lot kedai.. banyak kedai makan.. tapi sebab lepas ni tujuan kami nak pergi Hospital Sultanah Bahiyah, nak melawat bakal mak mertua adik aku kena warded.. so kami terus menuju ke arah hospital sambil tu carila kedai makan sepanjang perjalanan.. kami singgah kat satu tempat ni, pekena bihun sup.. pastu kat sebelah tu ada orang jual ayam goreng.. sedap.. seketul rm1 je.. gile murah.. aku rasa kat KL, rm2.50 kot seketul kalau kat pasar malam.. bihun sup pon sedap.. lepas kenyang terus pergi cari hospital.. hehehe..
Dari hospital terus menuju ke arah bandar Alor Setar.. saje pusing-pusing.. pusing depan Menara Alor Setar tu.. kat area bawah tu memang ramai orang beriadah, berkelah sebab area tu macam ada tempat nak bersantai-santai.. Sebelum aku datang Alor Setar ni aku ada gak survey tempat menarik kat sini, tapi macam tak banyak sangat.. ada Pekan Rabu, which is aku tak pergi pon sebab dah petang sangat dah nak maghrib.. pastu ada Rumah Mahathir, pon tak pergi.. adik aku semua taknak pergi.. hahaha.. aku sendiri pon macam tak tahu nak pergi ke mana.. tapi kedai makan memang banyak.. kalau datang utara, kena try char kueh teow, sup utara.. aku paling suka moi sup.. dan laksa utara.. pusing-pusing la sekejap pastu terus balik hotel.. masa kami pusing bandar Alor Setar tadi, encik suami update status kat fb.. tetibe bekas cikgu kami yang dah berpindah ke Kangar komen.. suh kami lajak ke Kangar.. datang rumah dia.. hahaha.. hati berbelah bagi.. tapi disebabkan dari Alor Setar ke Kangar around sejam je.. kami setuju nak ke Kangar malam nanti..
Perjalanan ke Kangar malam tu tak sampai sejam pon.. sambil drive sambil tengok tempat orang.. nasib baik ada GPS terus sampai depan rumah hahaha.. terkejut dorang suami isteri kami sampai ke rumah mereka.. encik suami tak cakap pon nak datang hahaha.. kira suprise la.. malam tu sempatla merasa colek mangga.. mangga perlis memang sedappp.. siap dapat bekal bawa balik.. aku dan encik suami ni memang hantu colek.. hahaha.. mangga dia besar-besar.. tak sabar nak balik nak makan colek hahaha..
yang ni yang aku potong kat rumah.. serius sedap gilerrrr.. terliur tak tak? hahaha..
Lepas tu terus balik Alor Setar.. sampai kat hotel around 11.30 malam.. lepak makan sekejap pekena moi sup.. tepi hotel ada banyak gerai tepi jalan tu.. encik suami makan char kueh teow.. sedappp.. cuma moi sup tu dia punya sup dah tak panas.. aku suka sup yang panas-panas tu.. baru berasapp hahaha.. lepas balik hotel, mandi, tengok TV.. tidoooo..
Esoknya lepas berakfast kat hotel, perjalanan diteruskan ke Kolej Mara Kuala Nerang.. orang hotel dah cakap, perjalanan amek masa sejam gak.. tapi alhamdulillah pagi tu trafik memang lancar je.. dengan view kiri kanan yang menghijau.. dalam 30 minit dah sampai kat kolej tu.. orang pon ramai dah beratur nak register.. kami stuck kat pintu pagar besar.. aku dropkan dulu Syila dan Syafiq.. suh dia pergi beratur sementara kami pergi cari parking.. last-last parking kat padang.. hahaha.. siap register semua, beramai-ramai angkut barang pergi hostel plak.. bilik dia kena share 3 orang.. ada meja study sorang satu dengan almari.. sempit skit tapi lengkap semua.. ok la.. dulu aku belajar kat matrik penang.. luas bilik dia.. setiap orang ada partition masing-masing so macam best jugak la.. tapi takpe kat sini pon semua lengkap.. kira selesa la jugak kan..
Kami tak stay lama pon.. pergi dewan besar dia balik.. katanya ada taklimat, sekali ada mesyuarat agung, nak pilih wakil dari kalangan parents.. kitorang lepak kat luar je.. Syafiq suh kitaorang balik je sebab macam tak de apa dah nak ditunggu.. kami pon salam-salam, bagi sedikit kata-kata keramat hahaha pastu terus blah.. pandai-pandai la ko berdikari ye Syafiq.. adik bongsu aku ni manja terlebih skit hahaha.. kalau tak, takkanla buat alasan macam-macam nak balik dari PLKN tu.. hahaha.. naik pening semua orang.. awal-awal beria nak pergi.. malas dah aku nak cite kisah PLKN tu.. nak kata cerpen, panjang plak.. tapi nak buat novel macam tak cukup muka surat.. hahaha..
Keluar je dari kolej, terus kitaorang ke bandar Kuala Nerang.. bandar dia takde la besar sangat.. tapi okla, ada KFC.. hahaha.. favourite Syafiq tu.. banyak kedai serbanika, kedai makan.. okla kalau nak cari barang keperluan semua ada rasanya.. lepas tu kitaorang decide nak ke Bukit Kayu Hitam.. nak tengok apa yang ada kat sana.. perjalanan ke sana dalam 50km dari Kuala Nerang tu.. aku pernah sampai bukit kayu hitam sebelum ni cuma tak pergi pon kawasan bebas cukai dia tu.. kali ni, teringin nak pergi nak tengok apa yang ada kat area sana.. tapi bagi aku, takde apa yang menarik sangat pon... huhu.. mungkin bukan musim cuti sekolah, so tak meriah sangat.. kedai pon tak banyak yang buka.. Ada la masuk 2,3 kedai.. barang-barang dia jual ok gak, murah jugak la.. tapi tak beli apa pon.. Barangan dekat The Zon complex pon tak menarik sangat, aku beli coklat sepeket.. tapi sempatla makan tengahari kat kedai makan kat kawasan kedai tu.. tu pon ada sebuah je kedai makan yang buka.. tapi sebab aku tengok lauk dia menggiurkan, aku terus lunch kat situ.. hahaha..
Selepas tu, kami decide nak balik KL.. kalau ikutkan aku, mau juga ke Padang Besar.. tapi tengok adik aku dah letih.. terus decide balik KL.. mungkin next time kita ke Padang Besar plak.. dengar cite, lagi best dari Bukit Kayu Hitam..
Dekat nak sampai Taiping, encik suami offer singgah makan mee udang di Kuala Sepetang.. umpama orang mengantuk disorongkan bantal, cepat je aku jawab NAK.. hahaha.. kali ni, kitaorang nak try kedai mee udang lain plak. Last time, kami makan kat kedai Mak Jah Mee Udang tu.. femes di Kuala Sepetang.. masa otw ke Kuala Sepetang tu ternampak signboard Mee Udang Port Weld .. so decide nak makan kat situ..
Memang sedap.. for me, lagi sedap dari Mee Udang Mak Jah.. udang fresh dan banyak. berbaloi dengan harga yang dibayar..
Lepas makan, perjalanan pulang diteruskan.. singgah sekejap di RNR Tapah macam biasa beli jambu madu letak asam.. sampai rumah dalam pukul 9.00 malam.. dah malas nak singgah beli makanan.. terus balik, mandi.. santai-santai depan TV..
Dalam kepala aku ada plan buat jelajah utara.. kira macam nak jalan-jalan start from Perak sampai Perlis dan pergi semua main attraction.. tapi entah bila terlaksana.. kena amek cuti 5 hari rasanya.. seminggu jalan-jalan.. hahaha.. nak singgah Ipoh, makan nasi ganja, pergi Lumut dan Pangkor.. pastu pergi Penang, nak pergi makan nasi kandar, padang kota, pusing-pusing pulau.. pastu pergi Sungai Petani, Pantai Merdeka pastu pergi Gunung Jerai.. katanya ada resort kat atas tu.. then pergi perlis.. kalau sempat naik feri pergi Langkawi sekejap.. pastu patah balik, singgah Padang Besar, singgah Penang lagi pergi rumah Emma maybe? hahaha.. pastu singgah Taiping nak dok kat hotel kat Lake Garden tu.. then.. ok berangan is free hahaha.. stop stop..
ok till then... bye... salam..