Showing posts with label cosmopolitan. Show all posts
Showing posts with label cosmopolitan. Show all posts

Monday, March 31, 2014

REZEKI DARI CONTEST.

Tahun ni macam ketandusan cite menang contest.
Bukan salah sapa, salah aku sendiri sebab malas haha.
Malas nak isi borang, malas nak pos, malas nak pikir slogan. Semua malas la.
Tapi bila tengok kawan-kawan comper dok up cite menang tu, menang ni, rasa 'terbakar' plak haha.
Tapi tetap malas. So tak dapat den nak tolong lerrrr ;)


Tapi alhamdulillah, bulan Februari lepas, ada la menang skit.
Semua contest dari magazine, online contest je pon.
Tapi kalau dikumpul-kumpul, hadiah semua dah lebih 1k jugak.



Set Biotherm Aquasource.
Aku memang 2 set dari Cosmopolitan bulan Feb.
Satu atas nama aku, satu lagi nama cousin, Kak Tasha.
Dan menang 1 set lagi dari Female magazine. Dapatla 3 set semua.
Memang rezeki, sebab aku memang aim nak menang ni.
Ni kira stok 6-8 bulan kot.


Menang Triumph lingerie dari Marie Claire magazine.
Rasanya ini first time aku menang dari Marie Claire.
Yang ni kena reka slogan.
Tak dapat aku membayangkan aku pakai lingerie tu HAHAHAHA.




Set perfume dari Avon, worth rm98 dari EH! magazine.
Nama adik aku Syafiq.




Last but not least, set kecantikan Syahirah dari EH! magazine juga.
Ni menang nama aku sendiri.


Moga-moga ada rezeki lagi next time insya Allah..
Nak kena rajinkan diri ni hehe.


Wednesday, May 9, 2012

Won 2 Spa Vouchers


Post ni pasal memang hadiah lagi.. hehe...


Tadi sambil2 nak pergi kerja, singgah uptown damansara sekejap (my ofic kat surian tower, sebelah e@curve atau nama dulu cineleisure) sebab nak collect spa voucher yang menang dari promo majalah cosmopolitan.


 voucher tu untuk aromatherapy massage and foot spa worth RM196 from True Spa..



Dan hari ini buka facebook, dapat berita gembira menang spa voucher lagi dari contest di facebook Fab Malaysia. Dapat conso prize je iaitu lavender spa voucher worth USD$100.. tapi memang berbaloi.. Walaupon masih tak ada rezeki lagi nak menang GP, tapi dah bersyukur sangat dengan apa yang dapat ni..GP dia dapat pergi Australia satu family lawat ladang bunga lavender.. mak aishh, mesti cantik kan. Contest fab ni sempena produk fab terbaru mereka, fab lavendar.. memang wangi...




Alhamdulillah.. menang hadiah yang best sebab boleh rilek2.. memang sangat2 memerlukan treatment macam ni sebab lenguh2 badan hasil berjalan sakan last week tak hilang lagi..hihihi..


Sunday, February 13, 2011

Sesi Makeover Cosmopolitan Bersama Lancome!

Just came back from this makeover.


 


Aku telah terpilih untuk join makeover Cosmopolitan bersama Lancome. Dan aku telah pilih make over dekat Subang Parade pukul 4pm punya session. Sampai sana lebih kurang pukul 3.20 pm. Sempat lagi aku pusing-pusing Parkson bahagian elektrik..hehehe. Tunggu 3.50 pm baru nak naik ke Lancome counter. Tapi pukul 3.45 pm Natasya dari Cosmopolitan call tanya kat mana dah sampai ke belum.. so just proceed ke Lancome counter kat atas. 


Memula ambil gambar without make up. Memang awal-awal Natasya pesan jangan pakai make up. Pastu, terus ready to make over. Gambar-gambar masa make over berlangsung aku tak ada. Sebab aku pergi sesorang je ke counter tu. Hubby and cousin pergi makan. Natasya ada snap beberapa pics masa makeover tu.. Tak pasti la kalau Natasya akan email gambar tu sebab aku tak terpikir pon nak minta. Hahaha. Punya la pantas je aku ni sampai lupa. 


Lepas siap make up semua, Cosmopolitan bagi mag dorang yang Februari punya edition dan Lancome bagi some samples - lipstick dengan krim utk muka. Pastu ucap terima kasih, salam dan blah. hehehe. Sekejap pon make up ni around 20 minutes kot. Memang pantas dan cekap MUA Lancome tu. Hasilnya? hehehehe... Balik rumah baru aku ambil gambar...hahahaha...



Cenderahati dari Lancome dan Cosmopolitan Malaysia







Ni gambar bergedik depan cermin sendiri.. haha.


Sorry Natasya lupa nak mintak snap pic kita bersama.. Balik rumah baru teringatttt. Apapon, thank you Cosmopolitan for this opportunity.


P.S: Esok hari terakhir sesi makeover ni.



Sunday, January 16, 2011

Cosmopolitan, My Fav Mag. Motifff??

Malam ni lepak rumah without do apa-apa pon. So layan internet dan also my magazines yang bertimbun tu. Aku kalau dah boring tahap hampagasss memang akan online ataupon belek semua mags aku yang lama. Yang latest haruslah khatam dah.


Every month, memang aku wajib beli 2-3 mags. Dan antara mags yang aku suka sgt beli ialah Cosmopolitan, Cleo, Eh!, In Trend dan latest, GLAM. GLAM baru je berjinak-jinak.. Tapi kali ni just nak share semua cover Cosmopolitan Malaysia 2010.. Motipp?? Hahaha.. Maklum lah bila dah boring, apa lagi buka la web Cosmo ni... Layannnnn ajeee...














Saje je letakk sebab dorang ni lawa-lawa.. Sekadar cuci mata malam-malam ni..


Memang aku suka sangat Cosmopolitan ni. Byk kenangan manis org cakap. Dan selalu jugak aku join contest-montest dalam tu... ada la jugak menang... Habis semua koleksi poskad aku buat tampal borang peraduan tuu.. hihihi.. Ada sapa-sapa nak bagi poskad kat aku takk? hehehe...


Pernah menang set Sloggi 2 kali (bra dan panties), baucer Bella Skincare worth RM500.. Masih tak guna sebab ntahhh la.. aku dah pergi.. aku dapat baucer buat treatment buang bulu ketiak tapi kalau nak bagi permenant kena buat beberapa kali la.. tak la harganya RM500 je kannn... Pastu pernah dapat tiket wayang free, dapat barang ekslusif dari filem The Shopaholic tu...


Korang pernah tak baca mag ni? Harga murah je, RM5.50. Biasanya, aku beli package terus, Cleo, In Trend dan Eh!.... Kadang-kadang suka gak melayan URTV dengan Media Hiburan... Hahahaha... Aku ingat nak subscribe je terus senang dia hantar rumah cuma aku nak tahu dia just letak dlm peti surat atau akan bagi kat tangan haa?... Maklum lah rumah den bukan rumah teres. Peti surat pon cinonettt je..


Okkkk... selamat malam.. daaa


*** Credits all photos to Cosmopolitan Malaysia.
Related Posts with Thumbnails