Monday, May 21, 2012

Last Day @ Kota Kinabalu...

Malam terakhir kat Sabah, memang kami pusing2 bandar KK puas2 dan encik suami drive sampai ke area UMS dan entah ke mana sampai kami rasa macam dah tak tahu ke mana kami pergi barulah patah balik.. hahaha.. terus balik hotel dan layan tv jap dan tidur..


Aktiviti kat Sabah memang banyak rilek2 dan jadual kami bukan tight sangat sebab malas nak terkejar2 kan. Cuma semua yang aku plan awal2 berjaya dipenuhi macam nak Kundasang tengok gunung, pergi tengok ladang lembu dan naik canopy walk. Paling best dapat pergi snorkeling di pulau manukan.. dan tak lupa makan seafood yang fresh lagi murah kat Sabah ni..


Last day kami di KK, kami saje bangun lambat.. hahaha.. sebab flight balik ke KL tengahari so tak banyak aktiviti boleh dibuat kecuali sightseeing sekitar kk dan makan2.. Kalau yang nak shopping untuk kali terakhir pon masih sempat tapi aku dah malas nak shopping2 ni kang over bajet pulak.


Jadi untuk mengelakkan aku teringat2.. hehehehe.. aku ajak cik abe pergi makan lokan panggang sekali lagi.. hahahaha..


Sila tengok gambar ulang tayang ini...



kalau nak makan lokan ni, pilih yang size medium atau small ok.. yang size besar liat skit..


Memang sedap la lokan ni.. lepas ni, kalau balik kampung nak paksa cik abe beli lokan ni dan panggang or bakar sendiri.. sebab kat kampung aku banyak je binatang ini..hihi.. tapi bak orang tua cakap, lain padang lain belalang dia.. so, uols kena try this kalau datang KK tau...


Lepas tu kami terus gerak menuju ke airport.. kami terpaksa pick up owner kereta sewa kami kat rumah dia area Putatan.. dan lepas tu dia hantar kami kat airport pula..


Bye bye KK, bye-bye Sabah... insya Allah ada rezeki jumpa lagi.. mana tahu masa tu dah bertiga, berempat kan..hihi.. 


WE HAVE A GREAT HOLIDAY IN SABAH!!!


2 comments:

  1. moga2 dptlah kami jejak kaki kat sabah nanti heheh

    ReplyDelete
  2. insya Allah MZ.. tahun ni g kuching, mana tahu tahun depan rezeki ke sabah pula :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails