Salam uols...
Dari puasa day 1, terus jump puasa day 4 terus.. bukan apa, puasa day 2 berbuka kat umah adik.. lupa nak snap pic kari kepala ikan merah sebab kari tu masak betul2 time waktu berbuka.. so takde maknanya nak snap gambar kan.. haruslah cedok masuk pinggan terus hihii.. semalam plak, berbuka dengan lauk bazar ramadhan sahaja.. encik suami yang tolong belikan.. banyak gak dia beli, ikan percik, gulai ayam, gulai kawah daging, ikan keli sambal.. ada kawan yang join berbuka bersama.. alhamdulillah rezeki semalam..
Hari ni cuti pastu tengah hujan sekarang ni.. so malas nak keluar, jadi ada orang tu request nak makan roti sira.. korang tau tak roti sira.. roti sira ni memang famous kat Kelantan.. pastu senang sangat nak buat.. tapi hari ni, first time aku try buat roti sira ni.. hahaha.. call mak mertua minta resepi uols hehe..
Tak nampak mengancam sangat kan.. takde pewarna kuning so kurang cun.. encik suami cakap dah sedap.. so leh la buat lagi lepas ni..
Untuk yang rasa roti sira ni, boleh la cuba resepi ni ok..senang je.. kalau ada roti yang tak tau nak buat apa dah, nak dekat2 expired ke, boleh cuba ok..
Bahan-bahan:
5 atau 6 keping roti sandwich - aku guna roti gardenia
2 biji telur
sehelai daun pandan
2 cawan air
5 sudu besar gula
bunga cengkih - aku tak letak pon sebab takde
setitik pewarna kuning - ni pon aku tak letak sebab takde
Cara Masak:
1. Pecahkan telor, kacau
2. Celup roti yang dipotong 2 atau 4 ke dalam telor tadi dan goreng.. macam nak buat french toast tu.. letak skit je minyak/marjerin masa nak menggoreng tu
3. Siap goreng roti bersalut telor tadi, ketepikan..
4. Didihkan air dan gula, masukkan daun pandan..
5. Bila air dah mendidih, gula dah hancur, masukkan roti tadi ke dalam air gula tu..
6. Biarkan roti menyerap air gula tu.. pastu padamkan api..
7. Biar sejuk sekejap, masukkan dalam peti sejuk.
Senangkan.. selamat mencuba!!