Aku beli facial dan massage package ni dari milkadeal dah lama.. Bulan 9 tahun lepas.. Tapi lepas tu memang tak ada masa nak pergi. Silap aku jugak sebab spa ni jauh skit dari rumah.. kat Setapak nunnn.. Kalau spa ni available untuk lelaki, memang aku beli je 2 keping tapi sebab untuk wanita sahaja redha je la laki aku kena paksa tunggu aku nanti..hahahaha..
Aku masuk melalui pintu tu la nak pergi buat treatment...
Ni meja kat depan sambil2 tunggu turn nak buat treatment.
Punya la tak ada masa last2 aku perasan rupanya dah expired. Expired 3 Jan, aku check 4 Jan.. aku komen kat facebook Jemari Spa boleh redeem lagi tak.. dorang suh call. Bila call, dorang cakap kena penalty rm20. So, ok laaa sebab package asal harga lebih kurang RM250. Aku terus setuju dan set appointment hari ahad, 4.30 ptg. Tu je slot yang free pon..
Seperti yang dijanjikan.. aku sampai tepat pada masanya. Actually, sejam setengah lebih awal. Sebab aku tak tahu tempat dia kat mana konon nak survey dulu sekali sebelah tapak uptown danau kota jeee.. So, aku ajak apis pusing2 dulu, shopping barang skit kat Watson pastu lepak makan pulut mangga, bihun tomyam, somtam tepi Plaza Idaman tu. Agak2 dah nak dekat 4.30 terus pecut pergi spa tu. Sampai on time je..
Kat sini la masalah bermula, bila dia minta voucher yang diprint dari milkadeal.. Tapi since voucher aku dah expired, aku dah tak boleh print voucher sebab milkadeal dah disablekan… aku boleh amek order id dengan voucher id je.. Tapi dorang nak verify id yang ada kat voucher tu.. aisehmannn.. pastu dorang suh check email.. kot2 la ada kat situ.. kalut aku sms apis suh dia naik sebab nak pinjam BB dia..
Satu lagi masalah, aku punya password email ni guna simbol which is kalo guna laptop, korang just tekan shift pastu tekan no yang aku kehendaki. Actually, password aku adalah nombor2 tapi sebab nak bagi unik, masa aku set password aku tekan shift.. so, bermakna aku just ingat nombor je, mana la aku ingat simbol2 tu semua.. korang paham ke apa aku explain ni? Hahaha…
so, terpaksa aku cari sapa2 yang pakai laptop masa tu tapi tak ada, sebab nak tahu simbol ape kat no2 yang aku set password tu.. tapi tak ada sorang pon pakai laptop.. Last2 aku call adik aku, tanya dia dok depan laptop tak.. hahahaha.. Akhirnya dapat la buka email aku melalui BB.. tapi bila check, tak ada pon verify id tu..
Last2 akak tu up lagi penalti aku jadi RM49.. Aku dah malas dah masa ni. Tapi mengenangkan aku datang jauh2, aku cuba tawar RM40.. Akak tu kesian kot kat aku, so dia bagi laa.. Bila aku tanya, aku akan dapat semua treatment seperti yang dijanjikan dalam milkadeal kan .. Dia cakap manicure tak ada sebab voucher aku pon dah expired kan .. pasrah je la aku walaupon dalam hati memberontak..hahahaha
Sepatutnya, aku dapat:
• Brightening Hydro Facial Spa
• Eye Treatment
• Volcano Stone Back Massage
• Manicure (Cuticle Treatment + Shaping + Filing; DOES NOT include coloring)
Semua aku dapat kecuali manicure je. Tapi aku baca review2 orang yang pergi sebelum ni, manicure tu sekejap je dalam 10 minit. Dia buat pon masa eye treatment, masa letak cucumber atas mata tu.. tak ada macam yang korang pergi buat kat tempat yang betul2 buat manicure dan pedicure tu.. So aku takde rasa ralat sangat.. yang ralat, kena tambah RM20 sebab tak boleh verify voucher..
Nasib baik treatment dia best. Massage pon best.. Facial pon best.. Masa aku tulis entry ni, aku leh rasa lagi kelembutan muka ku ini..hahahaha..
Step2 facial, mula2 dia…
1) Cleanse with cleansing milk
2) Double cleanse with radiant white foam
3) Whitening scrub mask
4) Extraction
5) Pressure point massage
6) Lymphatic drainage massage
7) Face massage
8) Eye Cucumber Treatment
9) Whitening mask
10) Shoulder massage
11) Chinese Tea (Longjing tea)
Yang last tu, Chinese tea tu aku tak minum pon. Sebab tak dipelawa pon. Masa tu dah siap semua treatment, aku keluar untuk bayar penalty RM40 tu.. Ada nampak tea tu depan akak tu, tapi dia tak pelawa pon aku minum.. Dok ralit promote package2 yang diorang ada. Suh aku try trial la.. Aku tolak je dengan baik sebab aku memang suka try macam2 package spa.. Bulan 3 ni pon ada satu lagi kat Klang.. yang ni dengan apis, aku dah book awal couple room..hihi..
Overall, memang puas hati. Cuma dari segi interior design, masih boleh diperbaiki. Sebelum aku start treatment, aku ada pergi toilet. Toilet dia bersih cuma agak usang yelah building tu building lama.. Tapi aku rasa boleh kot renovate bagi cantik2 dan wangi2.. Tempat treatment pon macam agak sempit, kira muat2 ko, katil dan alat2 facial semua tu. Oh ya, katil dia jenis yang biasa punya. Biasanya sesetengah spa akan ada bagi katil yang ada lubang untuk muka tu.. macam mana ek nak explain.. Ala , kalau meniarap, korang akan letak muka kat lubang katil tu so rasa selesa la, tak ada kena muka atas tilam or bantal..lemas rasanya…
Masa buat treatment, dia tutup langsir2 tu semua.. kira korang ada partition sendiri. kira private gak la..tapi tu la macam aku cakap katil dia bukan yang ada lubang muka tu.. Dulu masa pergi spa kat eve de beaute, katil dia best ada lubang muka tu...
Tu aje kot pendapat aku.. Kalau korang nak cuba spa package dorang, boleh call untuk appointment..
Ni alamat dan no telefon Jemari Spa..
Jemari Spa and Beauty House
No. 4A, Jalan 7/23E, Taman Danau Kota, Setapak,
53300 Kuala Lumpur
Phone: 03-40240424