Showing posts with label sweet memories. Show all posts
Showing posts with label sweet memories. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Goodbye 2012 ♥♥♥

Alhamdulillah 2012 semuanya berjalan dengan lancar.. tinggal sehari lagi dah nak masuk tahun baru 2013. 


Tak banyak sangat benda yang berlaku.. tapi alhamdulillah, tak ada satu pon benda yang tak elok sepanjang tahun ni. semuanya berjalan dengan smooth, aku cite secara random je la ek.. yang mana yang dah dirancang awal, berjalan seperti yang dirancang contohnya macam holiday.. tahun ni kami ke Kota Kinabalu, sebagai hadiah ulangtahun ke-2 dan habiskan masa kat kat sana selama 4 hari yang sangat-sangat best. KK memang best inshaa Allah ada rezeki  lagi memang nak ke sana lagi tapi bukan dalam masa terdekat laa.. mungkin lepas ni nak pergi ke Kuching plak sebab ada terbaca kat blog kawan sekolah dulu dia siap bagi itinerary kalau nak holiday ke sana.. kalau aku pergi sana, memang aku copy paste la itinerary tu tambah dan kurang yang mana patut je.. Sarawak je satu-satunya negeri kat Malaysia ni yang belum aku jejak.. walaupon orang cakap sabah lagi best tapi bagi aku, aku kena juga pergi merasa dan menengok sendiri tempat tu kan. lepas tu kalau sangat tak best, tak payah pergi dahh hehehee..




Lepas balik dari KK awal bulan 5 tu, tetibe company encik suami buat family day plak kat Penang. best giler sebab memang dah lama tak pergi Penang dan memang dah masuk dalam holiday list tahun ni dah nak pergi Penang.. but since dah dapat free trip terus rasa macam rezeki sangat. paling best, dapat stay kat Hard Rock Hotel Penang. my dream hotel nak stay kalau ke Penang tapi mcm tak mampu hahaha.. sekali dapat dok free.. nikmat apa lagi yang ingin kudustakan chewaahhh pinjam ayat Kak Ina.. heheheee...



penang bestt!!


Selain tu, ada jugak pergi Melaka pergi terjah makan ikan bakar.. pastu pergi sekali lagi Melaka bawa my mom jalan-jalan sana.. so tahun ni 2 kali ke Melaka.. Melaka ni pergi balik hari pon boleh kan.. rasanya dalam masa sehari dah boleh cover banyak tempat. tapi elok tidur 1 malam so takde penat sangat kan.. my next plan, nak bawa family in law pula ke sana.. encik suami masih ada adik sekolah rendah tau so rasa best skit nak jalan-jalan macam ni sebab ada budak-budak ni mcm happening skit kan.. atau mungkin ke Cameron Highlands ke.. punya la ramai kawan tak kira kat blog ke, facebook ke update cite dorang ke Cameron.. teringin jugak nak petik strawberry hehehe.. Selain tu ada jugak short trip ke Desaru.. Baru-baru ni ada buat day trip ke Kemaman, Kuantan, Seremban dan Port Dickson ..



Kat menara taming sari.. suka aku naik benda ni.. hahahaaa.. tak gayat pon ;p



Paling best, 3-4 hari lepas aku baru je menang e-gift voucher dari Air Asia worth RM500.. so boleh la guna utk beli tiket flight mana-mana destinasi air asia nanti.. janji jgn lebih rm500, kalau lebih silalah topup sendiri.. alhamdulillah semua rezeki join contest.. boleh la plan nak pergi mana.. masih dlm proses survey lagi sebab booking period sampai Mac 2013 tapi travel setahun dari sekarang so banyak masa lagi.. Macam nak pergi Ho Chi Minh atau Yogyakarta tapi semua masih dlm perancangan.. ni dah melalut cite pasal plan 2013 dah ni.. hehehe.. padahal nak mengimbas cite 2012.. hihiii.. 


ok, pastu bulan 4 aritu ada ikut outing anjuran Tourism Selangor ke Kuala Selangor. memang best sangat. sehari suntuk kat kuala selangor.. banyak juga tempat menarik kat sana.. antaranya tengok kelip-kelip kat Kg. Kuantan, pottery farm, Taman Ikan Air Tawar, naik tram melawat Bukit Malawati, Taman Alam Kuala Selangor dan tak lupa seafood dinner yang memang heaven! so kalau uols tak tahu nak pergi ke mana weekend, boleh la pergi Kuala Selangor.. memang berbaloi sebab banyak tempat yang boleh dilawati..



Sepanjang TSDayOut ni, ada photo competition.. tak sangka aku jadi salah seorang pemenang.. dapat rm250 rezeki yang tak terduga.. masa awal-awal mcm malas dah nak submit sebab tengok semua bawa kamera yang hebat-hebat, besar dabak.. tapi mungkin dh rezeki kan.. kebetulan pic yang dicari dorang ada pada pic tu memang dah tertulis rezeki kami suami isteri la..



Dan.. siap masuk paper Harian Metro.. kredit pic to Badz. hehe.. nampak tak aku tu.. terselit belakang Devi.. barisan depan semua comper hebat, Kak Ayu Rafikah, Kak Ain, Dayat, Badz dan Dan Arif.. 


Dari segi kewangan pula, alhamdulillah semakin murah rezeki berkat doa kedua ibu bapa kami.. tahun ni merasa increment dan service incentive yang agak memberangsangkan. bonus boleh la tahan tapi sebab aku baru join company so kira pro-rated.. dan tahun ni kami berjaya beli rumah sendiri.. rumah kecik je jadilah untuk kami berdua.. sebelum ni menyewa kat area Bukit Jalil, sewa RM530 tak masuk api air, so dah beli rumah ni, bulan-bulan bayar pon takde terasa sangat sebab dah rumah sendiri kan.. cuma nak beli rumah ni memang kena ada saving la nak bayar deposit, nak kena bayar mcm jenis fee tu (sapa pernah beli rumah tau la kan).. tapi mungkin rezeki kami, dapat rumah tanpa perlu berhabis duit pon. cuma tak dapat buat full loan (atas sebab-sebab tertentu) so yang tak cukup tu, company encik suami offer buat loan nga dorang tanpa interest.. rezeki lagi.. harga rumah pula dpt rendah dari market price pastu rumah plak owner asal baru je renovate, memang rezeki kami.. aku bersyukur sangat.. next plan, nak beli rumah teres plak under my name plak.. rumah sekarang nama encik suami je.. kalau uols ada tau mana-mana rumah teres RM300k dan ke bawah inform me ya.. area preferred Puncak Jalil, Bandar Kinrara, Seri Kembangan, Bandar Baru Bangi or Shah Alam.. area lain boleh dipertimbangkan tapi taknak la jauh sangat dari KL.. kalau kat kampung RM300k tu memang dah dapat banglo sebijik.. takpela, mana tahu ada rezeki boleh buat rumah kat kampung plak.. hehehe...


Dan last sekali nak cite pasal rezeki dalam hobi contest mengontest ni.. sepanjang 2012 ni tak banyak pon big winning yang aku dapat.. tapi aku tetap puas hati sebab aku ni mood mengontest ni macam ikut musim, time aku rajin, macam-macam contest aku join tapi tak banyak yang menang.. kalau musim malas dan busy, tak join langsung.. kebanyakan rezeki dari contest magazine..


Boleh check kat link sini dan sini hadiah yang aku berjaya perolehi sepanjang 2012.. merasa dapat hadiah handphone, cash walaupon setakat 3 angka, penginapan hotel, return flight ticket to Phuket, barang make-up dan penjagaan diri, spa voucher, shopping voucher, tiket wayang, barang dapur dan macam-macam lagi la. hopefully, for next year rezeki aku dalam hobi makin murah.. teringin jugak nak menang cash 4 or 5 angka.. hehehe.. mcm sifu-sifu contest yang lain.. my target next year nak menang iPad or tab.. aku ni bukan gadget person tapi kalau boleh dpt free, apa salahnya kan.. teringin nak pakai tapi takde sebab pon nak beli so tunggu yang menang contest jela..berangan sangat!! hahaha..


Goodbye 2012.. welcome 2013!!


Thursday, March 17, 2011

Friendster Album Part 5 - Last part, My Convocation Day ;)

Ini last part for pic-pic yang ada dalam friendster aku. Dah tengok ke part 1, part 2, part 3 dan part 4?


Tarikh aku konvo ialah 6 Ogos 2008. The best part is Raja Nazrin sendiri yang bagi scroll tu tapi takde pulak pic aku ambil scroll tu dalam friendster. So, tak boleh share la this time pic tu ;p















Kalau tak mampu bersedekah wang ringgit, ringankan tangan klik-klik.. hahaha...


Friendster Album Part 4 - UM 2007 (Third Year @ UM)

Part 1 - http://petaibududurian.blogspot.com/2011/03/friendster-account-album.html
Part 2 - http://petaibududurian.blogspot.com/2011/03/friendster-album-part-2-gengkamees.html
Part 3 - http://petaibududurian.blogspot.com/2011/03/friendster-album-part-3-tioman-2008.html


Sekarang untuk friendster album part 4, let s share pic masa di UM. Pics ni masa lepas final exam 2007, graduation day 2007 dan Projek Menggapai Kinabalu kolej kediaman aku. Seperti sebelum ni, semua pic diambil dari friendster.







Almost of them dah kahwin. Malah ada yang dah jadi ibu. rindunyaaaa life masa study dulu...



Graduation Day 2007













Projek Menggapai Kinabalu 9 Feb - 14 Feb 2007












Kalau tak mampu bersedekah wang ringgit, ringankan tangan klik-klik.. hahaha...


Friendster Album Part 3 - Tioman 2008

Nak baca part 1 klik sini, part 2 klik sini.


Untuk part 3, pic from Tioman trip bersama kawan-kawan computer science UM.


Aku lupa tarikh sebenar tapi dalam bulan Mac 2008. Sekarang kan bulan Mac...kalau semua macam dulu tak busy, masih single mingle dan saling berhubung, mesti dah ada plan bercuti seperti tahun-tahun sebelum ni...


 Jeti Mersing

Ni dalam feri ke Tioman. Muka orang tak mandi. time ni Subuh.



Fana-Syima-Eena-Ecah-Sya-Nadia












 Kami stay @ Paya Beach Resort.







 Kat atas tu ada waterfall. Rock Fall.



Memang best pergi Tioman. first time snorkeling. Pastu pulau ni siap ada waterfall. puas mandi laut, mandi sungai plak. 


Kalau tak mampu bersedekah wang ringgit, ringankan tangan klik-klik.. hahaha...

Related Posts with Thumbnails