Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Sahabatku Ejak.

Salam korang.

Actually dah lama entry ni dok dalam draft. Dah 2 tahun lebih, nak masuk 3 tahun dah.
Tapi tak tahu kenapa aku tak publish time tu.
Tapi 2-3 hari ni, aku macam asyik teringat je pasal kawan aku ni.
So aku publish je la.


Dulu masa zaman matrik (aku belajar di matrik penang), aku ada seorang kawan baik.
Actually, aku ada ramai kawan baik masa matrik tapi ni seorang kawan yang sangat baik yang banyak share cerita gembira dan sedih aku masa tu. Biar je aku panggil dia Ejak (bukan nama sebenar).
Ejak ni perempuan tapi boyish sikit tapi masa pergi kuliah, maintain je pakai baju kurung dengan tudung.
Kalau outing ke bandar baru la tudung melayang (opss, sorry Ejak), baju-baju kurung ni dah tak ada pakai jeans dengan t-shirt je.

Budak praktikum aku.
Ejak takde dalam gambar ni sebab kitaorang tak sekelas pon ;p


Aku ingat lagi, kalau outing ke bandar - masa tu kami selalu ke SP (Sungai Petani), pekan Kepala Batas dan paling kerap ke Georgetown. Kadang-kadang kami keluar beramai-ramai, dan ada masanya aku keluar dengan Ejak sahaja. Masa kat matrik, kalau cuti pendek aku memang tak balik sebab nak jimat duit dan aku plak jenis kesian nak minta duit tambang balik dengan parents. So, aku stay je la kat matrik tu dan kebetulan Ejak pon macam aku. Dah la hostel sunyi gila kot masa tu. Kebanyakan student memang balik tinggal je kami (especially budak pantai timur dan selatan) yang tak balik. Sebab tu la kot kami jadi rapat. Aku perasan kami ada persamaan yang ketara. Minat lagu rock kapak dan suka tulis lirik-lirik lagu dalam buku. Penuh satu buku. Tapi buku aku dah hilang. Ehhh, takkkk.. kena bakar dengan Abah hahaha.


Kami pernah je berjalan kaki berdua dalam gelap dari jalan besar sampai kolej (matrik). Mungkin tak jauh sangat tapi kalau dalam gelap seram gak kot sebab sebelah kiri tu penuh dengan pokok kelapa sawit. Masa tu, kalau keluar time weekend boleh balik malam, paling lambat pukul 11 malam. Memang agak bebas la time tu. Kalau dah keluar tu, memang tak ingat nak balik hahahaha..
Ejak, serius aku ingat lagi kegilaan kita pergi umah kak mu di Teluk Kumbar.
Dari jeti kita naik bas tinggal kita dua je dalam bas. Takutnya time tu..hahahaha.. tapi akhirnya selamat gak kita sampai kat umah kak mu. Dengan aku tak ada baju sparenya, kita stay 2 hari kat sana tanpa arah tujuan. Enjoyyy je pikir.. Tapi tak ada la sampai kelas melayang.


Pernah jugak satu kali tu, kami ke Pesta Pulau Pinang - aku nak sangat pergi sebab nak tahu apa yang best sangat Pesta Pulau Pinang. Dia punya promotion memang kaw kaw gila.
Pesta ni biasanya berlangsung selama sebulan dalam bulan Disember setiap tahun.
Kali ni kami pergi ramai-ramai. Aku rasa ada la dalam 4 ke 5 orang. aku lupa tapi seingat aku, Mek Sya ada gak. Punya la syok dok main fun fair kat situ. Oh yaaa, Pesta Pulau Pinang ni, indah khabar dari rupa. Sebab dia macam fun fair biasa je, tapi ada banyak kedai jual macam-macam. Boleh la layan nak release tension. Macam-macam game ada tapi aku lupa dah nama-nama game tu. Enjoy gila la.
Serius aku masih ingat lagi kenangan tu. Main punya main, gelak sesama, last-last kami baru perasan, jam dah dekat pukul 9 or 10 (lupa lagi). Kalo ikutkan macam tak sempat je nak balik semula ke kolej. Yelah fun fair tu bukan dekat dengan jeti. Kena naik bas or teksi. aku dah lupa lokasi sebenar fun fair tu. Masa tu aku bukan jenis ambil port sangat jalan-jalan ni semua. aku ingat jalan nak g pulau, SP dengan Kepala Batas je hahahaha..
Lepas discuss, Ejak ajak balik umah kakak dia di Teluk Kumbar. Mek Sya pulak kalut nak pergi beli spender pakai buang tapi tak jumpa ;p Kami tidur satu malam kat rumah kakak Ejak, esok terus balik ke kolej. Eh, ke kami pergi tengok movie dulu sebelum balik... lupa daaa.. hahahaha.


Banyak je lagi kenangan-kenangan aku dengan Ejak. Biar la semua tu menjadi kenangan manis aku. Lepas abis matrik, aku masuk UM, Ejak masuk UMP.
Kalau time cuti semester, kami memang selalu je jumpa kat Kota Bharu (KB).
Makan dan spend masa bersama. Share macam-macam cerita.
Ade satu cerita lucu (lucu ker bangang..hahaha), masa bulan puasa, kami berdua masuk KFC, makan kat bahagian atas. KFC tu 2 tingkat, kami makan kat situ dengan slambernya. Nakalnya time tu kalau kena tangkap tak ke naya je.


Aku rasa aku dah tak jumpa Ejak lepas aku start keje (tahun 2008) sampai sekarang (dah kawen nak masuk 4 tahun dah), aku dah tak jumpa Ejak. Sepatutnya, masa wedding aku, Ejak nak datang tapi last minute dia tak dapat cuti. Aku sedih gila time tu. Aku nak sangat meraikan hari bahagia aku dengan Ejak tapi masa aku couple dengan Apis, ada sekali dua aku bawak Ejak jumpa Apis.


Dan buat aku rasa sedikit ralat, aku tak ada di sisi Ejak masa dia kehilangan ibu tercinta. Aku minta maaf sahabat.
Walau apapon dugaan dan ujian dariNya, aku harap Ejak tetap tabah,
Jak, aku tahu mu wanita besi yang tak mudah menyerah kalah.
Hanya Allah yang dapat Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat.


Insya Allah, panjang umur, murah rezeki kita akan berjumpa lagi.
Aku selalu berdoa dan berharap... dan aku harap aku dapat hadir pada hari bahagia mu nanti walaupon aku tak tahu bila..


- Doaku buatmu sahabat -

Saturday, March 19, 2011

Congrats Pie. Awak Cantik Sangatttt...

Selamat menjadi tunang orang, Pie :)


Congrats tau. Sori sangat-sangat tak dapat hadir majlis tu. Lagipon rasanya majlis family-family je kan.. Insya Allah, kahwin nanti jemput tau. Kalau tak de aral melintang, saya pergi.



Pic taken from Pie's fb

Awak cantik sangat hari tu, Pie.


Saya doakan jodoh awak dengan Fairuz kuat dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Aminnn..


P.S: Pie ni pandai mekap tau. Boleh terjah her blog kat sini.

Thursday, March 17, 2011

Friendster Album Part 2 - Gengkamees

Masih lagi pasal album dalam friendster. Kali ni nak share pic gengkamees yang ada dalam album tu. Gengkamees ni nama geng aku kat kolej kediaman. Actually bukan la geng ala-ala geng pengembaraan Upin Ipin tu. Tak sengaja je nama geng ni timbul since kitaorang selalu lepak sama-sama.


Ahli sebenar tidak diketahui sebab ramai kot. hahahaha... Tapi mostly, yang aktif join projek dan AJK kolej kediaman aku dulu masa di UM. Bila dah selalu jumpa masa aktif join projek dulu, terus kawan dan bila ada apa-apa aktiviti kitaorang akan saling mengajak leee.. So, nak kasi senang  kitaorang bagi nama Gengkamees. Bila sebut Gengkamees, semua orang tahu nak ajak sapa dan nak contact sapa.


Aktiviti kami yang wajib.


1. Konvoi beramai-ramai pergi kenduri kahwin. Kenduri kahwin sesama ahli la biasanya. Ataupon kenduri kahwin staff kolej ke..



Ni curi dari album FB Acot ;p


2. Berjalan-jalan melihat alam..







 Ni masa pergi Kedah. Pergi ke Lembah Bujang. sebelum pergi wed Kak Wini & Abg Mi




 Masa OTW balik KL, singgah rumah Din @ Taiping. keee rumah kakak Din...lupa..


Singgah makan di Taiping. Kedai apa lupa tapi tak sedappp ..hahaha



3. Makan-makan, iftar dan open house raya.

open house @ office Mashud. Mashud selalu buat ofic tu macam rumah dia ;p




 Jabat tangan berpoyo je niiii... hahaha

 




Makan-makan @ Yankies Hut Bangi


Nantikan kemunculan Part 3..hihihi..


Kalau tak mampu bersedekah wang ringgit, ringankan tangan klik-klik.. hahaha...


Friendster Account & Album

Aku rasa macam nak tutup @ deactive je lah Friendster sebab memang jarang gilerrrr buka friendster. Kalau teringat buka, kalau tak memang bersawang je laaa. Tapi mostly memang langsung tak ingat la. Kalau buka pon, dah tak ramai yang aktif berfriendster.


Tapi sedih pula nak delete kan sebab banyak kenangan kat situ. especially pic dalam album dan juga komen-komen. Sayang sangat nak delete. Kenangan tu. Aku ni memang sentimental lebih kalau bab-bab kenangan.


Dulu masa berfriendster, aku tak suka letak dalam folder asing-asing macam kat FB. letak dalam satu album je. Dalam tu aku hentam letak je semua gambar kawan-kawan, konvo, pergi berjalan.


Opismate @ OpenSys


Dinner akhir tahun 2008 @ aku lupa kat mana tapi seingat Gardens, Midvalley..hehe









Ni open house @ OpenSys 2008. Masa ni aku sponsor buah-buah dan agar-agar kot. 


Dinner kolej kediaman 2007. @ Marriot Putrajaya





Dinner kolej juga @ Palace of the Golden Horses. 2008


 Khazanah Nasional Talk @ KL Hilton.


PD 2005.

 Dalam lif kot... 
eh, bukan masa ni emma nak try baju then kami semua 4 orang masuk nak menyibuk gak ;p


i love this pic. wpon tak clear tapi byk kenangan ;p


Banyak lagi pics dalam friendster album tu. Nanti aku share dalam entry lain la. Senang nak categorize kan. 


Akhir kata, hidup kena terus.. keep moving. Jangan give up. Insya Allah, ada jalan yang Dia tunjuk kepada kita yang sabar.



Kalau tak mampu bersedekah wang ringgit, ringankan tangan klik-klik.. hahaha...







Monday, January 3, 2011

December Wedding

Banyak gila wedding yang aku kena pergi sepanjang Disember lepas. Ada yang mampu pergi dan ada juga tak dapat pergi.. Kalau boleh nak pergi semua wedding koranggg tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Korang jangan marah-marah tau. Nanti cepat kerepot... hahaha.

2nd week (11-17 Dec 2010)


Zarith & Khoiri -  bestfriend dari sekolah rendah.



Azwa Ayuni - SCIPPian

Aku jeles korang semua boleh pergi wed naam ;)


Fana - UM

 I love your wed dress. sgt cantikkk...


Alwani & Fard - UM 


Cantikkan wedding deco dorang kan kan?? sweeettt sgt.


Mashud & Tatie - Kolej 8, UM




3rd week (18-24 Dec 2010)

Faisal - SKB1




4th week (25-31 Dec 2010)


Yana (adik ipar) & Pije




Khairul & Yan - SKB1




Wish aku:

Semoga korang semua berbahagia sehingga ke syurgaaa.. Dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga cepat-cepat dapat baby ya. Nanti anak-anak kita semua masuk sekolah sekali..ngeh ngeh.. 


*** Gambar cilok dari FB masing-masing :)
Related Posts with Thumbnails