Showing posts with label cinemaonline. Show all posts
Showing posts with label cinemaonline. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Haywire & Chronicle Premiere Screening

Haywire tak best.

Chronicle ok laaaa...


Tapi Haywire memang tak best langsung. Kalo kena bagi bintang, aku bagi 0 out of 5...


Ni sinopsis Haywire... credit to Tupai.


Mallory Kane (Gina Carano) merupakan seorang agen rahsia yang berkerja secara sendiri apabila dia ditugaskan oleh pengendalinya kepada pelbagai entity global untuk melakukan kerja kotor dimana kerajaan tidak membenarkan dan ketua-ketua negeri tidak mahu mengetahui mengenainya. Selepas selesai melakukan misi menyelamat tebusan di Barcelona, Mallory dihantar kembali untuk melakukan satu lagi misi di Dublin. Apabila operasi menjadi tidak terkawal, Mallory mendapat tahu yang dia telah dikhainati, dia perlu menggunakan segala kemahirannya dan kebolehan untuk melepaskan diri dari diburu pemburu orang antarantarabangsa, dan kembali ke Amerika Syarikat untuk melindungi keluarga dan membalas dendam kepada siapa yang mengkhianatinya.


Kalo baca sinopsis, macam menarik la juga kan. Genre aksi dan ngeri. Tak de pon sangat.. Rasa mengantok ye... Baik layan movie2 'tak kelakar sangat' Razak Mohaideen.. Walaupon boring, ada masa boleh gelak.


Malas aku nak cite panjang. Pendek kata, korang akan menyesal kalo pergi tengok cite ni. Nasib baik aku tengok free..hihi.. Menang dari cinemaonline. Tak ada la rasa sakit hati sangat.


Cite kedua aku tengok, cite Chronicle. Dua malam berturut2 pergi tengok movie. Semua hasil kemenangan kat cinemaonline. Sampai pekerja kaunter cinemaonline tu dah cam laki aku.. Malam mula2 tu, cite Haywire tu tengok kat e@curve. Siap kena bergambar dengan teady bear kiut tu.. hihi...



hahahaha.. muka tahan gelak sebab kena usik... masa malam kedua tu, adik yg jaga kaunter tiket tu tanya, nak bergambar lagi tak? apih jawab.. tak nakkkkkk... hahahaha..

Ingatkan dapat patung singa tu, rupanya buat bergambar aje..kena bagi balik.. huhu..



kak sha pon menang gak. first time menang.. excited.. hihi... 


Cite Chronicle ni ok la sikit. Better dari cite Haywire tu.. Cite ni aku bagi 3 bintang.


Aku pening la tengok cite ni sebab tengok video yang dirakam oleh budak2.. Macam mana nak cakap ek.. Budak tu suka rakam aktiviti dia buat melalui video, so masa korang tengok movie ni korang tengok video dia rakam.. Gila tak best.. stress mak dalam panggung tu..hahahahaha...


Cite dia pasal 3 orang budak yang dapat special power. Boleh kawal banyak benda guna mind diorang. Boleh alih benda, boleh terbang.. syok apa boleh main bola kat atas awan2 tu.. Mula2 ok la diorang just guna untuk suka2, pastu lama2 yang sorang tu dah salahgunakan sampai bunuh2 orang dan buat bandar tu kelam kabut.


Layan teaser ni dulu..





Akhir kata, terima kasih cinemaonline!


p/s: Jumpa kak nana, kak deah dan mia.. dah banyak kali jumpa, tapi tak penah bergambar sekali lagi kan kak.. segan la.. hahahaha... Tapi sebelum ni memang tak bawa kamera, kali ni bawak tapi macam segan la nak ajak..

Friday, November 18, 2011

Review: Happy Feet 2 3D

Selasa lepas, aku pergi tengok Happy Feet 2 3D dengan sepupu sebab encik somi tak available nak hangout sama2. Kerja je manjang ye awak.. Takpe, kerja kuat2 lepas ni boleh bawa saya pergi berjalan2. hehehe… Oh ya, terima kasih to Kak Nana dan Kak Diah sebab sudi tolong saya redeem tiket. Kalau tak, memang kelam kabut gak nak berkejar ke sana awal2 nak redeem. Memang tak balik rumah pon terus ke sana. Sampai2 tu terus pergi makan dulu sebab lapar gila.. lunch pon tak sempat aritu keje berlambak…


Tiket ni hasil kemenangan dari cinemaonline mcm yang menang cite Shark Night dan Immortals tu. Terima kasih sekali lagi cinemaonline :) We love you.. hahahaha.. Memang murah rezeki aku dengan cinemaonline kebelakangan ni. Tapi macam Kak Nana cakap, lebih baik letak nama orang lain pula kalau nak join lagi. Kalau asyik2 menang, nama kita je yang naik.. ada orang komplen plak.. hehehehe…


Aku sebenarnya ingat2 lupa soalan tiebreaker dia untuk contest movie ni. Tak salah aku, tarian apa korang nak tengok si penguin tu menari? Hehehe.. Aku pergi jawab nak tengok mereka menari macam ‘moon walking’ macam Michael Jackson tu. Hahahaha.. Cer cer korang bayangkan..hahaha.. Entah dari mana ntah idea tu datang.


Aku malas la nak review cite ni panjang lebar sebab tak reti aku nak cite pasal cite kartun ni. Yang aku tau, aku gelak dan happy je masa tengok tu. Jalan cite tak ada menarik sangat pon. Lebih kepada kecomelan binatang2 tu bagi aku. Aku tengok yang 3D version so kadang2 spek tu agak mengganggu aku..hahaha.. jakun ke apa aku tak tahu.. So layan aje trailer ni. Tapi memang sesuai untuk seisi keluarga. Tapi personally, aku suka lagi happy feet yang first.






* Kemenangan ketiga dari cinemaonline.com.my *


p/s: Hari ni dapat tahu menang lagi 2 preview screening cite The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 dari cinemaonline. Tapi nama encik somi. Betul la kata Kak Nana.. kalau menang berturut2, kali ke-4 memang confirm tak menang. Nasib baik guna nama encik somi. Hahaha..
Related Posts with Thumbnails