Showing posts with label Taiping. Show all posts
Showing posts with label Taiping. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Beli Fresh Seafood di MATANG, Taiping.

*28/02/2014*

Salam korang.

Third day, as promised boss Apis nak bawak kitaorang pergi shopping fresh seafood.
Tempat tu kat area Matang, on the way nak ke Kuala Sepetang.
Dalam pukul 11 pagi kitaorang gerak.
Sebelum ni datang Taiping, pernah la pusing-pusing Kuala Sepetang tu mencari port nak beli fresh seafood, kata area kuala kan. Confirm banyak hasil laut, fresh dan murah. Tapi tak jumpa.
Entah macam mana aku TER-tanya kat boss Apis pasal ni, terus dia ajak pergi.


Brunch. Ni menu Apis


Aku makan ni je. tipu... hahaha ;p 
Semua kat atas tu aku makan kecuali nasi dan pisang.


Ok, lepas makan, terus ajak boss Apis gerak .
Tempat pertama kitaorang pergi, beli ketam.
Semua boss Apis yang pilih dan runding.
Kitaorang just ikut. Tak tahu nak pilih hahaha.



Mula-mula masuk aku dah teruja. Sebab first time tengok ketam lembut atau 'ketam pondan' haha.
Untuk yang tak tau, ketam lembut ni DIPAKSA menjadi lembut sebenarnya.
Caranya, ketam ni akan dibuang kaki dan tangan, tinggallah sesungut sahaja.
Bila dah jadi kudung ni, automatik ketam-ketam ni semua akan trigger untuk bersalin kulit. 
Jadi, cangkerang kat atas tu akan tertanggal dan akan berganti baru.
Haaa, masa ni ketam ni semua akan diambil dan dimasak.



Nampak tak ketam kat dalam tu? 



Ada macam-macam size, harga pon lain-lain.


Yang ni sudah dibeli rasanya. 
Not by me. Orang lain ye. Gila ko sapa nak makan ketam sebanyak ni.


Ni aktiviti menge-check telor ketam.
Terjenguk-jenguk laki den nak tengok sekali.
Tapi cepat gilerr dia check. Tak paham aku. 
Apis boleh la nampak sebab dia dok mengendap dekat-dekat haha.
Ketam ada telor ni lagi mahal lorr.. 
Ada la beli beberapa ekor. hehehe


Hasil 'tangkapan' hari tu. Ni pic amek kat rumah dah.


Bapak ketam. 
Yang besar gabak ni boss Apis pilih 3 ekor. 
Ko tau berapa sekilo? rm70 ok.
Nasib baik boss Apis bayar. Berebut-rebut nak bayar.
Takpela, rezeki jangan ditolak.
Total damage beli ketam sahaja rm120. *pengsan*



Pasar Matang


Lepas dah siap beli ketam, jom kita ke Pasar Matang plak.
Cuba tengok signboard tu, semua bahasa dan tulisan ada. 



Udang. RM40 sekilo.


Kat pasar ni, aku beli 2 ekor ikan siakap, 
2 ekor ikan tongkol, 
sekilo ikan kembung,
sekilo udang seperti di atas.
Sampaikan ikan kembung dengan tongkol pon nak dibeli kat sini haha.
Bukan aku beria sangat tapi peniaga tu beria suh pilih. Aku pon ok je haha.
Total damage rm70++, juga dibayar boss Apis. Alhamdulillah. Naik segan plak kitaorang.


Begitu la kisah membeli-belah seafood yang fresh.
So dah tau port nak beli fresh seafood ni. Boleh pergi lagi.
Nanti aku cite apa aku masak seafood tu semua ok.


Monday, March 3, 2014

Dinner @ Panorama Hotel Taiping.

Salam korang.

Sambung cite first day tu, macam biasa, pagi memang aku lepak bilik.
Malas aku nak keluar merayap sorang-sorang.
Masa ni la nak rilek, rehat dari pikir hal keje sekejap.
Next 2 weeks aku plak yang kena outstation ke belah Selatan.
Tapi aku outstation nanti Apis tak follow, aku pergi dengan opismate je.


Second day ni, Apis macam terlampau busy plak. Keje dia banyak nak kena settle.
Takpe, aku paham sebab kena utamakan apa yang penting. Datang sini ada keje kan.
Petang tu, memang tak keluar pergi mana-mana pon.
Kesian Apis penat.

Breakfast. lulus DA takkk? hentammm. haha



Lunch. tapau jugak sebab Apis busy.


Malam tu, boss Apis kat Taiping ajak dinner sama-sama.
Memang everytime Apis datang Taiping, kitaorang akan keluar dinner sama-sama.
Biasa, mula-mula kitaorang pergi dinner, makan yang berat-berat dulu.
Lepas tu, akan singgah lagi kedai makan yang ringan-ringan plak.
Memang kalo keluar dengan boss Apis ni, keje makan jela.
Serius double buncit hahaha.



Lamb chop.
Dessert ais krim.
Mushroom soup + garlic bread (takde dalam pic).


Tapi kali ni, bila boss Apis ajak pergi makan yang ringan-ringan pulak, awal-awal aku dengan Apis tolak. 
Giler full. Pastu dengan sejuknya kat dalam tu. Gigil.


Sampai kat hotel, kitaorang pergi minum air panas kat kedai tomyam kat sebelah tu dulu.
Baru rasa lega skit. Tapi aku minum air kosong jela. Aku kan diet. wakakakakak.
Padahal tadi aku yang makan ais krim tu paling banyak.
Esok dah janji dengan boss Apis nak pergi beli fresh seafood.
Sebelum ni cari sendiri tak pernah jumpa.
So tanya local people minta dia tunjukkan.
Nanti aku cite ok.



Saturday, March 1, 2014

Bercuti (Sambil Bekerja) di TAIPING.

Salam korang.

Aku baru balik Taiping, follow Apis outstation kat sana.
Banyak ni nak share. Cite sama, tapi experience tu lain-lain :)


Tahun ni tak pergi jalan mana-mana lagi. *sedih* hahaha.
Trip ke Jogja, kena cancel. *doublesedih* *nangisbetulbetul* HUHUHU.
Memang tahun ni, semua trip especially ke luar negara, dibekukan buat sementara waktu. *Pasrah*
Terpaksa pandang sepi je la free seat AA sekarang ;(


Tapi, Allah Maha Mendengar. Rezeki datang tak kira masa. hikhik. Poyo sekejap hahaha.
Tetiba Apis kena outstation ke Taiping lagi. Aku apa lagi, nak follow pls nak follow pls.
Aku memang suka Taiping. Pergi berkali-kali pon aku OK je.
So ada aku kesah kalo orang tanya apalah yang best sangat Taiping. Bandar lama tak menarik.


Best apa Taiping.
Ada mee udang femes satu Malaysia.
Ada Zoo Taiping yang siap ada safari night.
Ada Lake Garden yang saujana mata memandang.
Ada Bukit Larut, tempat paling lembap di Malaysia - sejuk dan nyaman, dah ala-ala Cameron Highlands. Ada banyak lagi makanan yang sedap-sedap.
Ada yong tau foo and char kueh teow.
Macam mana aku suka balik kampung, macam tu la suka aku nak pergi Taiping. Tak tahu la kenapa.


Kalau balik kampung, mesti nak pergi Pengkalan Kubor, walaupon tak shopping.
Kalau balik kampung, mesti nak pergi Pantai Sri Tujoh, walauponsekadar minum segelas air kelapa.
Kalau balik kampung, mesti nak pergi Pantai Geting, nak makan binatang-binatang laut celop tepung ;)
Kalau balik kampung, mesti nak pergi pasar basah, nak tengok pasar, tengok suasana orang beli barang dapur, barang basah.
Kalau balik kampung, mesti nak makan belut.
Kalau balik kampung, mesti nak makan mee celup.
Kalau balik kampung, mesti nak makan mee cambol.
Banyaknya benda nak buat.
Sama macam nak pergi Taiping.


Aku terpaksa ambil 3 hari cuti sebab nak follow Apis ni. To be exactly, 2 days and half. Half day tolak replacement leave.
Takpe, memang la rugi amek banyak sangat cuti kan. Bukan nak holiday betul-betul kan.
Tapi kita tak tahu masa depan.
Dulu aku selalu pikir, nak save cuti untuk masa depan. Tak salah pemikiran macam tu. Kalo ada plan awal, apa salahnya nak save. Tapi kalau takde plan, why not just go with the flow. Grab je opportunity yang ada kat depan ni. Yang dah memang dah confirm. So, tak rasa rugi pon :)
Apis siap tanya banyak kali betul ke nak amek cuti ni?
Aku cakap, bos dah approve dah cuti ;)


Ikut orang keje ni memang la boring. Tapi aku OK je, as long as ada internet dan TV.
Lagipon, tempat Apis pergi tu, dekat je nga hotel. Time lunch, dia balik.
Petang, dia bawa aku keluar pusing Taiping. Spend masa bersama. Share cite sama-sama. Banyak je cite dulu-dulu terungkap hahaha.


Macam biasa, petang fist day tu nak pekena mee udang kat Kuala Sepetang.
Apis tak makan mee udang sebab dia alergik udang tapi sanggup layan nafsu makan aku hahaha.
Tapi kali ni, kawan Apis yang baru kerja kat Taiping tolong bawak dan belanja sekali.

*ehsan google* 


Korang tengok udang dia. fresh dan besar-besar ok.

Mee udang special.


Lepas melantak mee udang, hati dah happy. Puas weh makan udang fresh, besar lagi.
Perjalanan diteruskan pusing-pusing bandar Taiping sampai ke Kamunting.
Tengok kem askar, nampak Tesco Taiping, Taiping Sentral, Stesen Keretapi Taiping yang baru.
Satu habuk aku tak amek pic sebab dah gelap, dah masuk maghrib. hehe


Pastu diorang hantar aku dan Apis balik hotel.
Aku ajak Apis keluar balik, ronda-ronda lagi.
Selagi tak pergi makan yong tau foo Taiping macam tak puas je hahaha.





Tapi aku order sotong kangkong je.
Kenyang lagi makan mee udang. 
Pastu order dessert.


Banana split.


Ok, kalo nak pergi makan sotong kangkong ni, nak makan yong tau foo Taiping, boleh on waze cari balai bomba Taiping sebab medan ni kat belakang balai bomba je. Insya Allah tak sesat.


So first day tu balik la kami ke bilik hotel dengan perut buncit hahaha.
Mata dah layu...


p/s: Hancusss diet aku huahuahua.

To be continued...



Thursday, February 27, 2014

I am in Taiping Now :):)

Salam korang.

Nak bagitau aku kat Taiping sekarang :)
Dok dalam bilik hotel tunggu Apis balik nak jalan-jalan ke Tasik Taiping nanti.
Sampai Taiping malam semalam.
Petang semalam dah pergi melantak mee udang Port Weld. Mee udang Mak Jah tutup semalam.
Kawan Apis yang bawak, dia belanja. hahaha.



Mee udang special, rm13
Mee udang Port Weld @ Salleh stall since 1956.


Udang dia memang fresh, terbaik wok. 
Kalau amek yang super special lagi gabak udang dia.
Aku memang prefer mee udang kat sini compare to mee udang Mak Jah, sebab Mak Jah punya kuah manis skit. Kuah dia rasa lain. Tapi kalau ada udang fresh dan besar gini, mana-mana pon aku tak kisah. hahaha.


OK la, bye bye..


Friday, September 6, 2013

Taiping Bandar Warisan

Salam uols..


Kali ni nak cite pasal ke Taiping last week.. actually pergi Taiping ni aku follow encik suami outstation.. sambil-sambil tu bolehla jalan-jalan, cuti-cuti Malaysia orang cakap.. kami bertolak from Shah Alam rabu malam lepas aku balik kerja.. sampai Taiping dekat pukul 12 malam, jugak la.. hujan lebat malam tu.. aku ingat macam lambat lagi dah nak jalan-jalan belah Utara ni sebab tahun ni boleh cakap 2, 3 kali jugak jalan-jalan ke belah Utara kan.. nak jugak jalan-jalan ke belah Selatan plak. tapi dah rezeki kan nak ke Utara lagi, aku berehhh sokmo hehehe.. bila nak pergi PD, Melaka, JPO dengan Legoland ni abe sayangggg? trip to South plak.. hahaha..


Acara wajib ke Taiping, mestilah pekena mee udang kat Kuala Sepetang.. aku dah cite pasal pekena mee udang ni kat sini.. encik suami kureng skit mee udang ni sebab dia tak makan udang ada alergik dan resdung.. kalau makan confirm bersin je la keje dia..



Lepas dah kenyang, kitaorang pergi Lake Garden pulak atau nama lain Taman Tasik Taiping.. kalau pergi Taiping, korang kena pergi ke Lake Garden tau.. memang cantik view kat sini.. ramai bersantai dan beriadah kat sini.. sebelum ni aku dah pergi dah lake garden ni tapi tak ambil seketul pon gambar hahaha.. sengal takk.. so kali ni amekla seketul dua buat kenangan hehehe..






tengah syok-syok snap gambar kan.. bateri abis.. pastu snap guna kamera handphone suami je la.. lupa nak transfer masuk laptop.. tapi gambar syok sendiri la.. nak minta tolong orang snap macam semua jauh dan malas hahaha..

Lepas pusing-pusing seround dua.. kitaorang pon balik hotel.. sebab malam tu kawan encik suami nak jumpa dan nak belanja makan.. so balik hotel, rehat sekejap, pukul 8 malam keluar balik.. malam tu aku makan lamb chop sedap gak laa.. haa, lagi satu, kalau korang pergi Taiping pergi la makan yong tau fu kat food court Taiping.. sedapp.. aku dah pernah try dulu tapi kali ni tak pergi lak makan sana.. masa kat Taiping ni, plan nak jumpa my best friend, Fazah tapi dia pulak ada hal.. lain kali la nampaknya kita jumpa Fazah ekk.. insya Allah bulan Mac next year pergi lagi Taiping.. kalau rezeki itu masih milik kami.. acecee..


Esoknya, lepas check out, kitaorang decide nak ke Lumut.. hehehe.. memula macam nak pergi Pangkor.. tapi pikir balik, macam tak best je pergi satu malam.. lain kali je la kan.. entah bila laaa.. hahaha.. pusing seround dua area situ.. pastu masuk kedai, shopping..


hasil tuaian kat Lumut hahaha.. ni pon ada yang dah di ngap..


kalau datang sini, wajib beli ikan bilis tau.. orang cakap kalau yang kat Pangkor lagi sedap.. aku tak pernah try so nampaknye kena la pergi Pangkor nak beli ikan bilis hikhik.. lepas tu pergi Teluk Batik sekejap.. tapi macam tak menarik pon.. macam tak ada apa pon.. maybe sebab hari Jumaat kot..


Terus gerak menuju ke Ipoh.. hehehe.. konon nak cari nasi ganja tu.. sekali lalu Seri Iskandar.. kitaorang memang tak tahu dari Lumut nak ke Ipoh akan lalu Seri Iskandar.. kitaorang ada kawan dok sini.. memang dah bermastautin kat sini, siap ada bisness kat sini.. aku pernah cite pergi Seri Iskandar dan Ipoh dulu.. dulu pergi Ipoh siap pergi Gerbang Malam lagi.. ada lagi ke ekk Gerbang Malam korang.. aku sekarang pergi Uptown Shah Alam je dekat nga rumah hahaha.. ok dah alang-alang lalu tu kan, kami pon call la kawan kitaorang tu nak jumpa.. nasib baik dia angkat telefon.. hehehe.. malam tu dia bawa makan ayam penyet Api.. terima kasih Yo, terima kasih Fyza ye.. anak korang comel gilerrr.. mata hazel putih gebu.. geram aku..




Humaira Imani.. gambar anak je ada.. mak pak dia takde.. hehehe..


Malam tu bertolak balik Shah Alam.. sebab sabtu malam aku kena pergi onsite support.. sob sob.. kalau tak mau sambung holiday sampai Ahad.. takpe la.. next time kita jalan-jalan lagi..ok dah abis hehehe.. aku compile semua cite ke Taiping dalam satu entry je la.. takde gambar menarik sangat pon nak share..



p.s: Jom pergi IKEA, sekarang katalog IKEA 2014 dah keluar..


Friday, August 30, 2013

Mak Teh Mee Banjir Udang @ Kuala Sepetang

Salam uols..


Semalam kan aku dok cakap nak makan mee udang kan.. lepas encik suami settlekan keje dia, apalagi terus ke Kuala Sepetang.. kali ni aku try kedai lain plak, dulu pernah try mee udang Mak Jah yang memang famous masuk paper masuk TV tu dan pernah jugak try mee udang Port Weld.. so kali ni aku singgah kedai nama Mak Teh Mee Udang Banjir..





kali ni aku saje order bihun mee udang.. 
semangkuk ni RM10.. udang saiz sederhana..
ada harga RM6, RM10, RM12..
yang pasti, udang menang banyak dan fresh..




Bila entah encik suami snap.. nasib bukan tengah nganga hahaha... kalo tak, buruk benor hahaha..


ok dah nak check out hotel ni.. 

Thursday, May 23, 2013

Perjalanan Ke Utara ----> Alor Setar, Kangar, Kuala Nerang, Bukit Kayu Hitam, Taiping, Kuala Sepetang

Rasanya bulan mei dan bulan jun ni memang bulan yang busy penuh dengan aktiviti kekeluargaan.. termasukla last week ada majlis konvokesyen, last weekend plak kena hantar adik bongsu, Syafiq belajar ke Kolej Mara Kuala Nerang.. dia amek foundation under UniKL.. then sabtu ni sepupu encik suami akan kahwin, pastu esoknya ahad kenduri plak sebelah pompuan.. then, lepas tu 1 jun kenduri sebelah lelaki plak.. esoknya, 2 jun my sis no.3 akan nikah pagi, then lepas tu kenduri sebelah our side.. then, seminggu lepas tu which is 8 jun kenduri sebelah lelaki kat Kuala Kedah.. amacam? nampak tak padatnya sepanjang bulan ni dan bulan depan..


Paling penting jugak, jun adalah bulan special sebab anniversary kami pon jatuh on 9 jun, sehari selepas kenduri kat Kedah tu.. Plan tu ada.. tapi entah jadi ke tak sebab takut penat dan tak sempat.. lagipon, kenduri kendara ni pakai kos banyak jugak dengan nak travel lagi kan.. mungkin this time, pergi habiskan hujung minggu kat somewhere.. nak holiday macam sebelum-sebelum ni rasanya macam tak sempat.. sebelum ni, aku memang plan awal, beli tiket awal-awal walaupon bukan celebrate pada tarikh sebenar anniversary.. tapi this time, memang malas nak plan sebab dah tau tahun ni akan penuh dengan agenda kenduri kendara.. family terdekat plak tu so kenala attend dan memberi khidmat sedia membantu.. hehehe.. tapi tapi aku sebenarnya dah book tiket time air asia sale yang lepas.. hahaha.. tapi yang tu guna voucher kemenangan dari air asia.. so, anggap jela tu holiday sempena anniversary juga walaupon lambat lagi.. takpela, orang mcm aku ni yang selalu budjet dalam semua benda ni tak kisah sangat tak dapat celebrate on time.. janji ada.. hahaha..


OK, nak cite skitla journey ke utara last weekend tu pergi hantar Syafiq ke Kuala Nerang.. cite ni panjang ye uols sebab aku nak cantumkan cite dua hari.. pastu aku cite details skit.. mood menaip tengah mai ni.. hahaha..sama juga kes konvo, Umi tak dapat nak pergi hantar Syafiq register belajar sebabnya nenek kami, yang kami panggil Mama tak sihat.. Biasanya Mama akan follow jugak kalau Umi nak ke mana-mana tapi kali ni, kesihatan dia sangat-sangat tak mengizinkan.. so Umi minta kami adik beradik pergi hantar Syafiq.. kami pergi berempat je.. kami laki bini, Syila adik aku no.3 yang nak kahwin nanti dengan Syafiq.. Kak Chek, Ngah dan husband dia tak dapat ikut sebab ada hal..




Aku book hotel kat Alor Setar.. nama hotel tu The Leverage Business Hotel dekat Bandar Baru Mergong.. hotel ni aku search kat agoda je.. baca review macam ok, so terus book 2 bilik.. RM78 satu malam.. okla.. Bilik ok, cuma agak sempit.. decoration dalam tu konsep moden.. cuma sempit nak solat pon macam susah sikit.. rasanya kalau yang berbadan besar kena amek bilik besar sikit.. pastu paip hujan dia memang best.. air pon laju.. aku book kat Alor Setar ni pon sebab suggestion dari pihak kolej adik aku tu.. tapi dah cakap siap-siap la, jarak dari Alor Setar ke Kuala Nerang around 30-35km.. aku nak book homestay/motel/hotel area Kuala Nerang pon macam tak tahu nak book kat mana.. lagipon nak book last minute confirm dah penuh.. so pasrah jela..


Kami bertolak from Shah Alam, around 10.30 pagi sabtu.. pergi breakfast dulu, isi minyak topup touch n go, barula dapat meneruskan perjalanan dengan tenang.. aku banyak tido je.. hahaha.. singgah sekejap kat RNR Tapah nak beli jambu sedap tu.. pastu meneruskan perjalanan sampai hotel around 3 petang.. terus check in.. berehat sekejap, pastu keluar balik cari makan.. depan hotel tu ada Tesco Mergong.. area situ memang banyak lot kedai.. banyak kedai makan.. tapi sebab lepas ni tujuan kami nak pergi Hospital Sultanah Bahiyah, nak melawat bakal mak mertua adik aku kena warded.. so kami terus menuju ke arah hospital sambil tu carila kedai makan sepanjang perjalanan.. kami singgah kat satu tempat ni, pekena bihun sup.. pastu kat sebelah tu ada orang jual ayam goreng.. sedap.. seketul rm1 je.. gile murah.. aku rasa kat KL, rm2.50 kot seketul kalau kat pasar malam.. bihun sup pon sedap.. lepas kenyang terus pergi cari hospital.. hehehe..




Dari hospital terus menuju ke arah bandar Alor Setar.. saje pusing-pusing.. pusing depan Menara Alor Setar tu.. kat area bawah tu memang ramai orang beriadah, berkelah sebab area tu macam ada tempat nak bersantai-santai.. Sebelum aku datang Alor Setar ni aku ada gak survey tempat menarik kat sini, tapi macam tak banyak sangat.. ada Pekan Rabu, which is aku tak pergi pon sebab dah petang sangat dah nak maghrib.. pastu ada Rumah Mahathir, pon tak pergi.. adik aku semua taknak pergi.. hahaha.. aku sendiri pon macam tak tahu nak pergi ke mana.. tapi kedai makan memang banyak.. kalau datang utara, kena try char kueh teow, sup utara.. aku paling suka moi sup.. dan laksa utara.. pusing-pusing la sekejap pastu terus balik hotel.. masa kami pusing bandar Alor Setar tadi, encik suami update status kat fb.. tetibe bekas cikgu kami yang dah berpindah ke Kangar komen.. suh kami lajak ke Kangar.. datang rumah dia.. hahaha.. hati berbelah bagi.. tapi disebabkan dari Alor Setar ke Kangar around sejam je.. kami setuju nak ke Kangar malam nanti..


Perjalanan ke Kangar malam tu tak sampai sejam pon.. sambil drive sambil tengok tempat orang.. nasib baik ada GPS terus sampai depan rumah hahaha.. terkejut dorang suami isteri kami sampai ke rumah mereka.. encik suami tak cakap pon nak datang hahaha.. kira suprise la.. malam tu sempatla merasa colek mangga.. mangga perlis memang sedappp.. siap dapat bekal bawa balik.. aku dan encik suami ni memang hantu colek.. hahaha.. mangga dia besar-besar.. tak sabar nak balik nak makan colek hahaha..



yang ni yang aku potong kat rumah.. serius sedap gilerrrr.. terliur tak tak? hahaha..


Lepas tu terus balik Alor Setar.. sampai kat hotel around 11.30 malam.. lepak makan sekejap pekena moi sup.. tepi hotel ada banyak gerai tepi jalan tu.. encik suami makan char kueh teow.. sedappp.. cuma moi sup tu dia punya sup dah tak panas.. aku suka sup yang panas-panas tu.. baru berasapp hahaha.. lepas balik hotel, mandi, tengok TV.. tidoooo..


Esoknya lepas berakfast kat hotel, perjalanan diteruskan ke Kolej Mara Kuala Nerang.. orang hotel dah cakap, perjalanan amek masa sejam gak.. tapi alhamdulillah pagi tu trafik memang lancar je.. dengan view kiri kanan yang menghijau.. dalam 30 minit dah sampai kat kolej tu.. orang pon ramai dah beratur nak register.. kami stuck kat pintu pagar besar.. aku dropkan dulu Syila dan Syafiq.. suh dia pergi beratur sementara kami pergi cari parking.. last-last parking kat padang.. hahaha.. siap register semua, beramai-ramai angkut barang pergi hostel plak.. bilik dia kena share 3 orang.. ada meja study sorang satu dengan almari.. sempit skit tapi lengkap semua.. ok la.. dulu aku belajar kat matrik penang.. luas bilik dia.. setiap orang ada partition masing-masing so macam best jugak la.. tapi takpe kat sini pon semua lengkap.. kira selesa la jugak kan..




Kami tak stay lama pon.. pergi dewan besar dia balik.. katanya ada taklimat, sekali ada mesyuarat agung, nak pilih wakil dari kalangan parents.. kitorang lepak kat luar je.. Syafiq suh kitaorang balik je sebab macam tak de apa dah nak ditunggu.. kami pon salam-salam, bagi sedikit kata-kata keramat hahaha pastu terus blah.. pandai-pandai la ko berdikari ye Syafiq.. adik bongsu aku ni manja terlebih skit hahaha.. kalau tak, takkanla buat alasan macam-macam nak balik dari PLKN tu.. hahaha.. naik pening semua orang.. awal-awal beria nak pergi.. malas dah aku nak cite kisah PLKN tu.. nak kata cerpen, panjang plak.. tapi nak buat novel macam tak cukup muka surat.. hahaha..


Keluar je dari kolej, terus kitaorang ke bandar Kuala Nerang.. bandar dia takde la besar sangat.. tapi okla, ada KFC.. hahaha.. favourite Syafiq tu.. banyak kedai serbanika, kedai makan.. okla kalau nak cari barang keperluan semua ada rasanya.. lepas tu kitaorang decide nak ke Bukit Kayu Hitam.. nak tengok apa yang ada kat sana.. perjalanan ke sana dalam 50km dari Kuala Nerang tu.. aku pernah sampai bukit kayu hitam sebelum ni cuma tak pergi pon kawasan bebas cukai dia tu.. kali ni, teringin nak pergi nak tengok apa yang ada kat area sana.. tapi bagi aku, takde apa yang menarik sangat pon... huhu.. mungkin bukan musim cuti sekolah, so tak meriah sangat.. kedai pon tak banyak yang buka.. Ada la masuk 2,3 kedai.. barang-barang dia jual ok gak, murah jugak la.. tapi tak beli apa pon.. Barangan dekat The Zon complex pon tak menarik sangat, aku beli coklat sepeket.. tapi sempatla makan tengahari kat kedai makan kat kawasan kedai tu.. tu pon ada sebuah je kedai makan yang buka.. tapi sebab aku tengok lauk dia menggiurkan, aku terus lunch kat situ.. hahaha..




Selepas tu, kami decide nak balik KL.. kalau ikutkan aku, mau juga ke Padang Besar.. tapi tengok adik aku dah letih.. terus decide balik KL.. mungkin next time kita ke Padang Besar plak.. dengar cite, lagi best dari Bukit Kayu Hitam..


Dekat nak sampai Taiping, encik suami offer singgah makan mee udang di Kuala Sepetang.. umpama orang mengantuk disorongkan bantal, cepat je aku jawab NAK.. hahaha.. kali ni, kitaorang nak try kedai mee udang lain plak. Last time, kami makan kat kedai Mak Jah Mee Udang tu.. femes di Kuala Sepetang.. masa otw ke Kuala Sepetang tu ternampak signboard Mee Udang Port Weld .. so decide nak makan kat situ..




Memang sedap.. for me, lagi sedap dari Mee Udang Mak Jah.. udang fresh dan banyak. berbaloi dengan harga yang dibayar..


Lepas makan, perjalanan pulang diteruskan.. singgah sekejap di RNR Tapah macam biasa beli jambu madu letak asam.. sampai rumah dalam pukul 9.00 malam.. dah malas nak singgah beli makanan.. terus balik, mandi.. santai-santai depan TV..


Dalam kepala aku ada plan buat jelajah utara.. kira macam nak jalan-jalan start from Perak sampai Perlis dan pergi semua main attraction.. tapi entah bila terlaksana.. kena amek cuti 5 hari rasanya.. seminggu jalan-jalan.. hahaha.. nak singgah Ipoh, makan nasi ganja, pergi Lumut dan Pangkor.. pastu pergi Penang, nak pergi makan nasi kandar, padang kota, pusing-pusing pulau.. pastu pergi Sungai Petani, Pantai Merdeka pastu pergi Gunung Jerai.. katanya ada resort kat atas tu.. then pergi perlis.. kalau sempat naik feri pergi Langkawi sekejap.. pastu patah balik, singgah Padang Besar, singgah Penang lagi pergi rumah Emma maybe? hahaha.. pastu singgah Taiping nak dok kat hotel kat Lake Garden tu.. then.. ok berangan is free hahaha.. stop stop..


ok till then... bye... salam..


Sunday, April 7, 2013

Assalamualaikum UOLS...

Apa khabar semua? hehehe... harap-harap uols sihat, happy dan bahagia dengan kehidupan masing-masing... ada tak yang rindu kat iols? hahahaha.. perasan kan.


Bila buka balik blog, the last entry was on 31 Jan kan.. Dah lebih 2 bulan tak tulis apa-apa kat sini. Bukannya takde cerita nak cerita tapi kerja banyak pastu campur dengan perasaan malas yang banyak.. hahaha.. sepanjang kehilangan iols ni pon, terlalu banyak benda yang berlaku.. ada yang manis dan ada yang pahit.. early of Feb, encik suami resign dan try to build his own business.. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. 


Pastu end of Feb, pergi jalan-jalan ke Cameron Highlands.. pergi dengan 2 orang adik iols.. trip ni sebenarnya unplanned trip sebab ikut adik yang kena outstaion ke sana.. so tumpang sekaki sebab minyak, toll dan tempat tinggal free.. hahaha.. Kali terakhir ke Cameron tahun 2002 rasanya.. ok, iols share beberapa keping pic ok.. tak banyak pon pic yang diambil..







birthday present?? hahaha.. TQ encik suami...


Walaupon percutian yang singkat 2 hari 1 malam, tapi sangat best sebab boleh rileks, boleh berehat dari kerja-kerja yang tak pernah habis kan.. bolehla lupakan kejap dan enjoy the trip.. tapi Cameron dah banyak berubah kan.. mcm dah banyak pembangunan dan penerokaan hutan.. tak sejuk macam dulu-dulu..


Ok, lepas balik Cameron.. seminggu lepas tu kami ke Taiping sebab encik suami kena outstation ke sana.. first time rasanya sampai ke bandar Taiping ni.. sempat la kami pergi pekena mee udang Kuala Sepetang.. ok, not bad.. sedappp.. pastu pekena Yong Tau Foo yang memang femes kat sana.. 



mee udang Kuala Sepetang..


Masa kat Taiping, gambar mee udang je iols snap.. hahaha.. ni pon guna hp.. tapi sepanjang kat sana, ada la juga pergi Bukit Larut.. pastu pusing area Lake Garden yang sangat cantik itu.. memang cantik dan sangat best beriadah kat situ.. harap-harap Lake Garden tu akan kekal macam tu sampai bila-bila.. jangan la sape-sape yang 'rajin' sangat nak pergi buat pembangunan kat situ.. sayang sebab tempat tu nyaman, teratur, cantik.. orang Taiping mesti suka berphotoshoot kat sini kan kan.. hehehe..


ok la uols, nanti iols tulis lagi ye.. anggap la entry ni sebagai entry 'start engine'.. hahaha..

Related Posts with Thumbnails