Monday, February 28, 2011

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Sepatutnya aku update pasal restoran ni last week tapi sangat busy. Aku pergi Perak 18 Feb malam dan balik 19 Feb malam tapi sampai 20 Feb pukul 9.00 pagi :) Bertolak dari Perak around 2.30 am tapi sampai rumah 9.00 am. Berhenti tidur dekat R&R Tapah sampai pukul 7.00 lebih. Penatttt.


Ni unplanned plan sebenarnya sebab our good friend, Puloh and wife ajak pergi melawat another our good friend, Yoe and wife in Bandar Seri Iskandar. Yoe ni memang dah lama bermastautin di Perak sejak habis belajar. Memang dah buka bisnes kat sana. Kalau pergi UITM Seri Iskandar, cuba tanya D Sport, or Yoe sewa kereta insya Allah orang kenal. Nanti aku buat entri lain pasal bisnes yang Yoe dan wife buat. Umur baru 27 tahun, tapi dah ada 4-5 bisnes. Memang rezeki murah diorang ni.


Entri ni nak cerita satu restoran yang agak glamer di Ipoh. Yoe bermurah hati nak belanja makan. Thank Yoe and Fiza. We really enjoy the food. Seperti biasa, photos do the talking ok. Since this restaurant nama Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung, i just give a try on it. Memang sedapppp. Ye tak orang Ipoh?


Tapi kalau korang tak suka ayam kampung, boleh try menu lain.. banyakkkk. western ada, ala carte pon ada dan paling special sup belut dan ketam goreng serbuk kari.... marvellousssss.


My sayang sedang nak lintas jalan ke arah kedai. 


But before kitaorang nak melintas, kitaorang sempat tengok drama sebabak 5-10 meter from us. Betul-betul opposite dengan restoran. Ada seorang mamat india ni, dia ala-ala berlagak dok bertenggek kat tengah-tengah jalan. Kereta lalu lalang buat dek je kat dia. Then, ada la satu kereta ni, mamat india juga. Dia dengan agresifnya telah berhenti depan mamat yang bertenggek kat tengah jalan dan dok main minyak, press kuat-kuat kira macam nak tunjuk hero la. Apa lagi, ada la sesi kata mengata dan marah-marah. Nasib baik tak gaduh jeee.. Mamat india yang bawa kereta tu siap berhenti kat tepi dan keluar marah-marah. Tapi lepas tu dia masuk balik dan terus pergi.. Press minyak kuat-kuat.. Aku dah cuak gakk.. Mana la tahu dia pukul ke, dah la kitaorang dekat je dengan diorang. Semua customer dekat depan semua pandang. Bila dah duduk kat restoran tu, baru la aku tahu mamat india yang dok tengah jalan tu macam jaga jalan, bukan jaga parking tau. Dia akan tahan kereta-kereta tertentu dan minta duit. Yang aku perasan, tak semua kereta dia tahan. Kriteria kereta macam mana yang dia nak tahan pon aku tak pasti. GILA SERAM. Aku pon tak berani nak snap pic dia. Kang tak pasal-pasal dia datang kat aku...Waaa..





Ni bertingkat-tingkat ayam kampung. Masa pergi tu, kami pergi lewat malam. So tak dapat nak tengok this scenario sebab biasanya time peak hour memang macam ni la ayamnya... membukit tinggi. Credits pic atas to blog Suka Jalan Jalan.


Ok, dah selamat melintas kitaorang layan menu.






 Ni alamat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Orang Ipoh mesti tau kannnn..


Waktu operasi restoran ni, dari 4.30 petang - 2.30 pagi.






Sup belut ni memang antara menu pilihan di restoran tersebut. Kira kalau pergi, kena try. Selain sup, korang boleh order belut goreng kunyit or pedas. Aku suka belut goreng je :) Sup belut kat atas tu Yoe and wife, Fiza punya. Tu tak clear sangat gambar, main zoom je. hehehehe.


Oh ya, sebut pasal belut ni, salah seorang kawan (taraf kakak for me..hehehe) blogger, iaitu Kak Eli, ada buka restoran ala-ala mamak, Layar Maju di Kajang. Dan antara menu special kat kedai Kak Eli ialah belut. Semua jenis masakan berasakan belut ada tau.. So, kalau ada yg nak try belut, boleh pergi kedai Kak Eli dan hubby. Selain tu, ada juga masakan panas yang lain. Aku sendiri pon tak pergi lagi.. Kena terjah gak ni.. 


Jom tengok apa pula yang aku makan.
Apa lagi kalau bukan, NASI LEMAK AYAM KAMPUNG :)





 Ketam goreng serbuk kari

Milo ais aku...hahahahaha.


Last but not least, tukang belanja, Yoe. Actually nak ambil gambar sign seafood and bubur manis tu tapi termasuk sekali pic Yoe...hehe



Well, i really love ayam kampung. Kat Bukit Puchong, ada satu kedai makan yang menjadikan ayam kampung sebagai tarikan utama @ menu utama kedai diorang. Ayam kampung tu diorang just goreng biasa je. Memang sedap nak ratah je or makan nasi. Memang layan juga lauk-lauk dia yang lain sebab stail kampung. Ada ulam, budu, sambal belacan, gulai tempoyak ikan patin, sayur lemak puck paku... macam-macam laa. Tapi setahu akukedai tu buka time lunch je.


Sebelum tu, kami at the night :)




Ok, nanti sambung lagi cerita next entry. 


1 comment:

Related Posts with Thumbnails