Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

KEPUASAN BEKERJA.

Memandangkan aku tengah ada mood nak menaip ni, marilah aku merapu merepek kat sini.
Kat sini syok skit nak membebel sebab boleh tulis panjang-panjang haha.
Aku nak bercite pasal kepuasan dalam bekerja.
Korang rasa-rasa korang suka tak dengan kerja korang sekarang?


ehsan pakcik google.


Dari kecik-kecik kita dah ditanam dalam diri, jadi doktor bagus, jadi cikgu bagus, jadi arkitek bagus, jadi engineer bagus. Pendek kata, semua professional profession tu semua bagus.
Gaji besar, boleh pakai keta besar, boleh dok rumah besar.
Semua tu memang dah disemai sejak kecik. Tak terkecuali aku.
Tapi aku ni bercita-cita nak jadi cikgu je. Dalam banyak-banyak kerja yang bagus tu, mungkin cikgu dikira kerja yang gaji paling kecik. Tapi aku suka. Sebab aku rasa kerja cikgu ni kerja yang mulia. Macam best je ada anak murid dan panggil kita cikgu haha.


Dipendekkan cite, masa masuk U aku dioffer buat sains komputer.
Entah apa la yang aku pikir masa aku isi borang UPU.
Tapi jenis aku plak, aku jenis terima je. Takde la rasa nak tukar course ke apa. Hadap jela.
First semester, aku memang struggle, bukan struggle study. Struggle nak pahamkan sains komputer ni. Memang bukan jiwa aku. Masa zaman aku tu, pendrive baru nak muncul. Kebanyakan assignment save dalam disket. Masa tu, aku pon tak reti nak pakai disket, tak tau nak save data dalam disket. Gila teruk aku punya knowledge. Tapi takpe, lecturer aku cakap dia pon sama masa awal join sains komputer. Tapi dia jadi best student dan jadi lecturer sains komputer.


Masa aku belajar tu aku rasa aku banyak main dari belajar.
Tapi alhamdulillah, aku dapat habiskan degree aku walaupon bukan dengan gemilang tapi cukup dapat puaskan hati sendiri. Kadang-kadang takut jugak tak mampu nak abiskan degree ni sebab aku rasa programming tu susah giler. Pernah aku kena repeat paper programming masa first sem.
Memang otak ni tak dapat terima apa itu programming.
Kadang-kadang rasa nak give up pon ada.


Tapi sapa sangka, sebelum konvo aku dah start keje.
Kerja kat company IT, jadi vendor untuk sistem bank. Malas aku nak cite sistem apa. Kang panjang cite nanti haha. Tapi masa tu kena buat programming, jadi software developer.
Serius awal-awal keje memang banyak nak kena belajar, nak kena catch up. Tapi bos baik, opismate lain pon banyak tolong, teammate pon memang banyak tolong. Pendek kata, teamwork memang membantu sangat-sangat. Aku rasa down jugak awal-awal sebab rasa programming skill aku apa la sangat nak banding dengan orang lain. Tapi sepanjang 2 tahun aku kerja kat situ, aku rasa ilmu yang aku belajar kat U hanya berapa percent je. Sekadar asas untuk bermula. Bila dah bekerja, semua totally different. Dunia kerja memang tak sama langsung dengan zaman belajar. Jadi kena cepat, kena jadi fast learner dan cepat bertindak.


Setelah kerja 2 tahun kat sana, aku dapat rasakan jiwa aku tak sesuai sangat dengan programming. Bukan nak cakap aku tak bagus dan bukan aku cakap aku bagus sangat. Tapi aku rasa, aku taknak kerja jadi software developer sampai bila-bila. Kerja ni memang memerlukan ko berkorban masa.
Sape pernah dok dalam bidang IT paham la kot. Tapi setiap kerja ada cabaran masing-masing kan, takde la aku nak cakap bidang IT je busy memanjang. Tapi aku rasa aku tak enjoy nak kerja macam ni selama-lamanya. Terus terang aku cakap aku bukan la sorang yg ambitious.
Bagi aku cukupla aku ada kerja yang bersesuaian dengan kelulusan aku dan gaji yang sepadan.
Even kalo tak naik pangkat pon aku tak kisah, janji ada kenaikan gaji.
Gaji kena naik, kalo tak aku pon nak blah. Makin lama kerja, makin besar tanggungjawab ye dak.


Lepas kerja yang tadi, aku tukar angin kerja kat tempat lain plak.
Tempat kerja pertama aku, aku satu opis dengan Emma. Kat tempat kerja kedua, aku satu opis dengan Eena. Kat tempat kerja ni pon aku kena buat programming dan support sistem yang ada. Tapi aku rasa a bit interesting sebab aku belajar benda baru. Pastu dia punya programming tak macam kat opis lama. Tapi still programming la. Terpikir jugak aku, aku ni nak kerja apa sebenarnya. Aku nak kerja senang, tak payah perah otak sangat tapi gaji besar, ada ke haha?? Kalau kerja sendiri, setup company sendiri pon lagi sakit kepala.


Lepas 2 tahun kerja kat sini, aku plan nak tukar keja lagi. Nak cari new environment, nak cuba kerja lain. Tapi dalam masa yang sama, sayang jugak kat company ni. Tapi masa tu, department ada sedikit masalah. Manager aku resign 24 hours. Sebelum tu plak, ramai gak yang resign atas sebab-sebab tertentu. Malas aku nak share haha.
Masa tu aku tunggu dapat bonus dulu. Bonus biasa dapat bulan 1. Lepas dapat bonus barula aku beria skit nak cari kerja baru. Baru la nak update resume. Tapi masih jugak tak beria sangat.
Sampai la bulan 3 ke 4, nak dapat service incentive plak, so tangguh dulu.
Akhirnya bulan 9, barulah aku beria sikit dan start anta resume kat Jobstreet dan dapat interview company sekarang.


Alhamdulillah, aku dapat kerja tu setelah 2 kali diinterview.
Cite nak dapat keje ni pon tragis gak sebab aku nak bagi short notice, tapi bos aku tak bagi.
Berlaku sedikit konflik haha. Malas aku nak ingat. Tapi bulan 10, aku join tempat sekarang.
Apa aku boleh cakap, company ni memang bukan international company, dia punya benefit pon takla sehebat company dulu. Tapi ada pro and cons la.
Kat tempat sekarang, aku dapat balik on-time. 5.30 balik, 6.00 aku dah selamat sampai rumah.
Opis pon dekat area Shah Alam jugak. Parking kete free, tol takde. Minyak pon jimat.
Paling syok, keje aku dah kurang dan tak heavy macam kerja lama.
Bidang IT tu memang takleh nak lari, tapi sebab ada vendor yang support sistem ni kerja aku tak terbeban sangat. Pastu sistem dia tak banyak pon.
Apis siap cakap aku punya mood pon macam ceria je sejak kerja kat sini.
Mana tak ceria, pukul 6.00 dah sampai rumah. Banyak masa nak rehat.
Gaji bertambah dari yang lama. Pastu masa akhir tahun semua orang dapat bonus, aku pon dapat :)
Padahal masa tu aku tak confirm lagi. Bulan 1 baru confirm.
Bulan 6 ni bulan naik gaji. So nak tau jugak la kalau-kalau aku pon dapat hehe. Biasanya keje setahun baru dapat naik gaji.
Apapon aku dah bersyukur sangat dengan keje sekarang. Walaupon ada jugak kekurangan tapi lebih banyak kelebihan kot. Aku pon kurang stress.
Bila kurang stress, mood pon baik. Perasaan lebih banyak happy.
Tapi aku tak tahu la sampai bila keadaan kurang stress ni. Kita tak tahu masa depan kan.
Apa-apa boleh berlaku. Tapi aku harap sangat aku tak keje makan gaji sampai bila-bila.
Nak jugak ada bisnes kecil-kecilan untuk duit poket aku sendiri.
Aku pon memang suka bisness. Sebab masa lebih flexible.


Bagi aku kepuasan bekerja tu adalah bila kita enjoy dengan keje kita.
Yang pening niat kita bekerja kerana Allah. Bukan sebab gaji semata-mata.
Tak kisah keje kita keje biasa-biasa je, janji kita suka dengan keje kita.
Aku ada sorang kawan yang belajar medic, tapi masa housemanship, dia dah give up dan rasa keje doktor ni tak sesuai dengan jiwa dia. Dia rasa stress terlampau, dia rasa dia pegi keje hanya for sake of her family yang memang harap dia jadi doktor je. Dia tak happy pon dengan apa dia buat.
Dulu masa aku kecik, aku selalu pikir bila keje best orang pon akan pandang kita hebat dan bagus.
Tapi bila aku dah makin dewasa, makin 'kenal' dunia, cara aku berpikir pon berubah.
Kenapa kita nak pikir sangat apa yang orang pikir tentang kita.
Kenapa kita nak bahagiakan perasaan orang lain instead of kita gembirakan hati kita dulu.
Penting sangat ke nak tunjuk hebat kat orang lain?
Yang penting korang tau minat korang. Jangan paksa diri.
Tanyalah diri sendiri.


Monday, December 30, 2013

Pengalaman Buat Ujian Pap Smear..

Assalamualaikum..


Actually aku tak pernah terpikir nak buat pap smear dalam masa terdekat ni.. memang sebelum ni ada baca dan tau pasal kepentingan buat pap smear ni.. tapi typical me, aku ni jenis penakut skit bab-bab gini.. paranoid skit benda-benda sakit.. kira takut sakit la..


Tapi disebabkan aku sekarang dalam process TTC (Try To Conceive), pap smear ni kira salah satu prosedur wajib yang aku kena buat.. so macam tak boleh nak mengelak la hahaha..


Ikut pengalaman aku, yang buat ujian tu, bukan doktor tapi nurse.. sesetengah orang, mungkin doktor yang buat.. bagi aku tak kisah janji ikut prosedur yang betul dan tak nak la nurse/docktor lelaki yang buat.. eh jangan tak tau dah ramai nurse lelaki sekarang hehe..  tapi sebelum aku buat, aku tak tanya pon sape-sape sakit ke tak buat pap smear.. tak google ke apa cara dia buat.. tapi tau la dia akan amek sampel macam lendir.. ada la tanya nurse, nurse cakap sakit skit.. oiiii.. takut takut hahaha.. dia cakap buat HSG lagi sakit.. sebab aku dah pernah buat HSG (yang ni aku cite kalau aku rajin. hehe) so aku rasa comfortable la skit nak buat pap smear ni..


gambar-gambar bawah ni hasil Google je.. takde maknanya aku snap gambar dalam bilik.. aku fokus time tu.. ok maklumlah, takut sakit.. haha..


speculum, spatula dan berus kot.. yang biru tu tag nama rasanya..

speculum - untuk buka dan hold dinding miss V so senang la nak amek sample tu..
spactula dan berus - alat nak amek sample.



Gaya baring masa ujian pap smear tu.. macam orang beranak.. 


Dan I tell you, memang tak sakit.. cuma tak selesa sahaja la.. tapi tak sakit.. janji rilek kan diri dan bertenang je la.. jangan dok pikir bukan-bukan.. nurse yang buat tu plak jenis pandai tenangkan hati aku.. dan tak gopoh pon.. pandai dia cool aku.. dia tanya la bila last bersama.. pastu dia ajar la cara nak bagi senang lekat (sorry sensored skit).. tu semua ilmu dan bagi aku takde istilah lucah ke apa.. pastu, lepas bersama, dia suh baring sekejap maybe 5-10 minit baru pergi basuh miss V.. kalo tak, takut kena jangkitan kat miss V.


Ok, ni perkara yang perlu korang tau pasal pap smear.


Kenapa Nak Kena Buat Pap Smear

Untuk kesan tanda-tanda awal kanser servik/kanser pangkal rahim.. kira ujian nak check kalau ada kuman/bakteria yang boleh menyebabkan kanser ni.. kalau kesan awal, bolehla diselamatkan lagi insya Allah.. kalau nak tau, kanser pangkal rahim ni pembunuh no.2 wanita selepas kanser payudara..


Persediaan Sebelum Buat Pap Smear

1. Make sure korang tak bersama dengan suami malam sebelumnya. senang cakap, dalam tempoh 24 jam sebelum ujian.
2. Tak period, paling sesuai 10 hari selepas period.


Bila Sepatutnya Kena Buat Pap Smear

Setahun sekali sahaja. kalau result dia negative which is OK, kena buat tiga tahun sekali.. dan kalau didapati ada kuman, kena repeat 6 bulan sekali.. dan rawatan akan diberi.. kalau dapat kesan awal, maka cara nak merawat lebih senang..


Ujian smear ni memang untuk wanita yang dah kahwin.. kalau yang dah beranak, memang digalakkan buat selepas 3-4 bulan beranak.. dan juga untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks.


Kalau belum buat, jom la buat.. kat hospital gomen free aje.. lagipon sekejap je tak sampai 2 minit.. macam aku pergi gomen sahaja.. cepat je.. sebab aku dah set appointment awal-awal so tak menunggu langsung. masuk terus buat.. cuma result dia lambat skit dari swasta.. tapi tak kisah la kan.. kalau swasta 1-2 minggu, gomen hospital 3-4 minggu.. semoga dengan perkongsian aku ni dapat menyedarkan korang betapa penting pap smear ni.. mencegah lebih baik dari berubat kan.. aceceh cakap macam bagus, padahal diri sendiri buat sebab terpaksa wakakak.. tapi serius korang, tak sakit cuma tak selesa.. eh ke semua orang dah buat? hahaha.. Lagi satu, ujian ni aku baru buat Jumaat lepas, so jangan tanya result tahun depan baru tau hikhik..


Friday, December 27, 2013

Tips Kaedah Mendidik Anak Menjadi Soleh Oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum...


Ada my friend share kat facebook status Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.. dah lama dah.. tapi sharing ni sangat menarik.. kata orang putih, better later than never hehe.. Hopefully one day dengan izinNya aku dan encik suami akan dikurniakan permata hati kami sendiri.. so at least aku boleh rujuk balik entri ni untuk dijadikan rujukan.. dan aku harap apa yang aku share ni dapat memberi manfaat juga kat korang.. 


*****************************************
Credit to here.

As salamu'alaikum shbt tersayang. Ramai yg mohon tip kaedah didik anak menjadi soleh. Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa/ guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di fikirkan oleh hambaNya. 

Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:

1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman.

2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!

3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian-- mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll

4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1- 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an. Vit C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an bila perut dah kenyang!

5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji/ belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.

6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar/ mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.

7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi. Cuba dapatkan EXCEL SUPREME atau supplemen lain mengikut pilihan anda.

8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.

9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.

10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.

11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.

12. Pastikan rezki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.

13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.

14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!

15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.

16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!

17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SAWT.

18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.

19. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!

20. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

21. Saya BERPESAN KPD DIRI SAYA & KPD SEMUA SHBT TERSYG UTK SAMA2 BERUSHA utk mendidik anak menjadi anak2 yg Allah redha. Aameen, wassalam.


My nieces, penawar suka dan duka..
semoga menjadi anak yang mendengar kata dan kebanggaan mama dan papa..


NURHANI INSYIRAH



WAN AMANDA BALQIS



dan insya Allah tahun depan dapat 3 orang lagi anak sedara..

Wednesday, December 25, 2013

Musim Hujan & Dobi Layan Diri

Assalamualaikum..


Sekarang ni kan banyak gile leh jumpa kedai dobi layan diri kan.. orang kata dah macam cendawan tumbuh lepas hujan.. boleh kata setiap kawasan ada kedai dobi gini.. macam aku dok area Shah Alam ni, boleh kata setiap seksyen ada kedai dobi layan diri ni especially area student.. 


Bagi aku la, kedai dobi layan diri ni, lagi jimat, jimat masa dan tenaga dan juga duit berbanding kalau pergi ke kedai dobi biasa tu.. lagipon, ko boleh bawak sendiri sabun dan softener apa ko nak pakai.. tapi kalau lupa nak bawak, ada je vending machine yang jual sabun dan detergent.. aku pernah try, wangi jerrr :) tempat tukar syiling pon ada.. 



Bawah tu washing machine, atas tu dryer, jangan tertukar lak.. banyak je instruction kat sini.. baca je..


Keadaan cuaca yang tak menentu sekarang, memang memerlukan sangat dryer.. aku memang suka dryer kat sini.. setakat ni, takde lagi pakaian aku yang rosak bahana dryer kat sini.. shawl pernah la rosak tapi tu silap aku la sebab tak check betul-betul.. shawl aku tu plak jenis silk, kain nipis skit so memang rosak la kan..




Ada banyak jenis juga washing machine kat sini, ada 9kg, 14kg dan 21 kg.. harga pon lain-lain la.. depend pada jenis air ko pilih gak.. ada cool water, warm water.. aku selalu pilih yang paling murah je.. kat rumah pon, aku pakai washing machine biasa je.. ok je pakaian aku hahaha.. tetiba nak pakai warm water, takpe la, aku nak jimat hehehe ;) tapi kalau nak lagi jimat, basuh kat rumah, bawak pergi keringkan je kat sini hehehe.. kalau nak basuh comforter ke, memang aku suggest datang basuh kat kedai dobi layan diri ni.. jimat.. dan takde la berkurun ko nak tunggu dia kering.. selamat berdobi hehehe ;)

Monday, September 30, 2013

Hak Kita Sebagai Pembeli, Pengguna & Pekerja

Assalamualaikum.


Aku nak tanya korang, ok tak nak jawab pon takpe. tapi sure lepas aku tanya korang mesti tanya diri korang balik kan.. hahaha.. ok aku nak tanya, kalau korang tahu satu-satu benda tu or apa2 je la, adalah hak korang tapi korang dinafikan hak tu, korang akan berjuang tak untuk dapatkan hak korang balik? paham ke tak? ok aku bagi contoh. kata la korang beli something pastu benda yang korang beli tu rosak. Korang pergi tukar tak? or korang just cakap takpe takde rezeki...


Aku? kalau aku la, depends.. Kalau kos barang aku beli tu berbaloi dengan aku nak pergi balik ke kedai tu, aku memang pergi.. aku akan dapatkan hak aku sebagai pembeli.. jangan tak tahu, aku pernah ke Tribunal Pengguna atas satu kes yang aku malas nak share kat sini.. dan aku dapat hak yang sepatutnya.. jangan risau tribunal tak menindas sapa2.. ada win-win situation..


-gambar selingan- *takde kaitan dengan entry*
syok wooo shopping kat NSK, murah dan banyak choice - berbaloi2 *promote*


Aku nak korang tahu kita sebagai pembeli/pengguna memang ada hak untuk menegakkan apa hak kita.. kenapa kita nak malu? dan teruskan biar hak kita diperkotak-katikkan.. even, sebagai pekerja, kita juga kena tahu hak kita sebagai pekerja kat company yang kita kerja.. baca kontrak kerja kita betul2. pahamkan kandungan dia.. kalau kita rasa kita patut dapat ni, dapat tu, suarakan.. why not kan? semua orang ada hak yang sama.. kalau yang kenal aku, tau la aku ni macam mana.. aku mungkin nampak pendiam (yela sangat haha), tapi aku tau bila kena bersuara.. bukan la setiap masa aku nak complain je, kenala tengok keadaan juga kan.. kalau tak tahu, rasa nak tahu, silala bertanya.. 


Dulu aku pernah kena langgar dari belakang.. masa tu tengah stuck dalam traffic jammed kat dari Kerinchi nak masuk NPE.. tetiba ada orang langgar keta aku.. aku terus gerak ke depan, cari tempat clear sikit nak discuss pasal keta yang kena langgar tu.. kitaorang tukar2 no phone je dulu sebab masa tu aku rushing nak balik rumah nak kemas, nak balik kampung beraya.. bila husband aku tengok kesan accident tu, husband aku cakap ala, sikit je.. tak payah la nak claim apa2 nga minah yang langgar tu.. aku cakap NO.. sebab aku tau kalau aku nak baiki kerosakan tu, aku tak boleh baiki sikit2, kena buat satu bumper tu terus.. so, aku call minah tu cakap, aku nak RM200 ke RM150 dah lupa.. minah tu cakap ok, bagi account no.. dalam masa sehari, aku dapat duit tu.. ala, kalau minah tu nak minta kurang or nak nego, aku masih ok.. lagipon memang kerosakan tu sikit, tapi kalau nak baiki tak boleh nak buat sikit.. kena buat satu bumper terus.. so agak pricey la.. tapi since minah tu setuju, aku ok je la.. sebab dia pon tau dia yang salah kan.. cousin aku lagi kelakar, ada ke orang langgar bontot keta dia, dia yang lari hahaha.. dah cousin aku tu lelaki.. pastu kena keluarkan duit sendiri baiki..


Ada jugak certain kedai yang bila baca resit pembayaran, ada tulis, Goods sold are not refundable, returnable or exchangeable, padahal ko jual kasut kot (contoh).. bukan jual bra ke spender ke.. tapi korang jangan risau.. walaupon diorang tulis macam tu, korang still ada hak.. sebagai pembeli, korang tetap ada hak ok nak tukar (tapi depends pada barang jugak la).. yang ni aku tak tahu jatuh bawah akta pengguna yang mana.. kena study lagi hikhik.. kalau susah2 sangat, bawah pergi tribunal terus. bayar RM5 je fee.. kes pon cepat selesai.. memang hak-hak kita sebagai pengguna dijaga la.. 


Apapon, jadila pengguna yang bijak..

credit to penggunarakyat


p/s: aku suka shopping kat Poplook sebab kalau tak suka baju yang dibeli tu - saiz kecik ke, saiz besar ke, ada defect ke, dan sebagainya, kita boleh pos balik dan dapatkan balik wang kita.. dan process dia cepat dan efisien sangat.. T&C applied la.. tapi still ok ada win-win situation..


p/s: apa pula hak kita sebagai comper apabila ditipu oleh organizer? macam kes penipuan dalam contest Habib Jewels ni.. 

Saturday, September 21, 2013

Kelebihan BIG Card Air Asia

Salam uols..


Saja aku nak share dengan korang pasal Big card air asia ni sebab sekarang kan ada sale free seats.. Korang dah grab ke? hehehe.. aku? masih dok pikir.. sebab harga tiket destinasi impian aku takde free seats.. masih mahal dan agak tak berbaloi.. mungkin aku tukar plan.. tengok la.. 


OK, now nak share salah satu benefit kalau korang ada Big card Air Asia ni, boleh collect point dan boleh redeem tiket flight.. Cuba korang bandingkan screen kat bawah..



Yang ni kalau book thru Big card website..
Harga tiket + taxes + fees only untuk 2 orang.. tak termasuk luggage, insurance dan makanan.. kira paling basic la..




Dan yang ni dari website Air Asia..
Date dan masa sama mcm kat atas..


Dari sini dah boleh tengok kan benefit Big card ni kan.. banyak gila beza harga tiket tu.. tapi Big point tu kena kumpul banyak2 la.. hehehe..so, kalau korang memang selalu book flite Air Asia, aku memang suggest korang apply this card. memang berbaloi la.. mmm, aku punya point? ada la 2k++ hahaha skit je.. kena kumpul banyak2 ni..



Wednesday, September 4, 2013

Wordless Wednesday: 20 Awe-inspiring Places


Salam semua..


Since aku dalam mood malas dan mood nak holiday dan jugak mood malas nak menaip panjang-panjang, jom layan 20 tempat yang yang menarik yang korang kena masukkan dalam holiday list uols.. semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dapat peluang nak menerokai kehebatan ciptaan Allah ni.. 


1. Plitvice Lakes
Plitvice Lakes National Park, Croatia



2. Pulpit Rock
Ryfylke, Norway



3. Aiguille de Midi
Chamonix, France



4. Goreme National Park
Goreme, Turkey



5. Milford Sound
South Island, New Zealand



6. Taj Mahal
Agra, India



7. Perito Moreno Glacier
Patagonia, Argentina



8. Santorini
Cyclades, Greece



9. Great Barrier Reef
Queensland, Australia



10. Taktsang Monastery (Tiger's Nest)
Bhutan, Asia



11. Golden Pavillion (Kinkaku-ji)
Kyoto, Japan



12. Grand Canyon
Arizona, United States



13. Socotra Island
Yemen, Middle East



14. Zhangye Danxia Geopark
Gansu, China



15. Na Pali Coast
Kauai, Hawaii, United States



16. Iguacu Falls
State of Parana, Brazil



17. Salar de Uyuni
Bolivia



18. Abbaye du Mont-Saint-Michel
Normandy, France



19. Crater Lake
Oregon, United States



20. Abu Simbel
Egypt, Africa


p.s: All pics credit to Tripadvisor.


Aku takde la simpan impian setinggi langit.. yang kita tahu memang susah nak digapai.. cukuplaa kalau dari 20 list kat atas tu, aku boleh ke Santorini Greece, Turki, New Zealand, Australia dan Jepun.. hahaha.. padahal nak pergi semua tapi yang lain-lain tu dalam list bawah-bawah skit sebab tahu memang susah nak pergi.. lain la aku dah tukar profession jadi fulltime traveller.. 


Byee.. keje rajin-rajin ye ;)


Friday, August 16, 2013

Rezeki Dikongsi Bersama...

Salam semuaa...


Hari Jumaat yang penuh barakah ini.. aku nak share skit kisah sedih dengan korang.. cite ni aku baca kat blog MZ, MZ plak share cite ni from penulis asal, bro Eyriqazz, kisah dugaan seorang isteri.. dugaan yang terpaksa dihadapi oleh sedara terdekat beliau, Kak Na.. aku tak dapat nak tolong banyak.. hanya sekadar termampu dan diharap dengan perkongsian kisah tersebut di sini, dapatla membantu sedikit sebanyak kehidupan mereka sekeluarga.. hopefully uols yang baca kisah ni nanti dapatla membantu apa yang termampu seikhlas hati.. insya Allah..


------------------------------------------------------------------------------

copy paste from here.


Teringat lagi ketika Arwah Ayah sakit dulu. Kak Na (Mak sepupu) yang telah banyak membantu menghantar ayah ke hospital Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kadang-kadang kami hulurkan duit untuk isi minyak, banyak kali juga ditolaknya. Katanya dia ikhlas membantu.

Beberapa tahun berlalu. Balik beraya baru ini, saya dikejutkan yang suami Kak Na yang bekerja dengan syarikat kontraktor (makan gaji) dimasukkan ke hospital kerana stroke. Beberapa hari sebelum puasa dimaklumkan yang dia turut ada penyakit darah tinggi dan juga gout. Memburukkan keadaan dia sudah tidak mampu berjalan jauh dan terpaksa berhenti kerja. Beberapa bulan di rumah sehingga kini, Kak Na la yang meneruskan tugas sebagai ketua keluarga untuk mencari rezeki menampung Suami yang sakit dan anak-anak yang masih bersekolah.

Dilema seorang Isteri/Ibu, Kak Na hanyalah bekerja sebagai tukang cuci di sekolah berdekatan dengan gaji RM600 sebulan. Anak-anak seramai 6 orang, 5 daripada masih bersekolah. Seorang di Uitm dan yang lain-lain masih bersekolah. Berat sungguh bebanan yang ditanggung oleh Kak Na saya.



Semasa raya pertama, sempat beraya di rumahnya. Pak Dollah (suaminya) hanya mampu berjalan dengan dipimping (gambar sebelah kiri). Sedih bila mendengar kisah mereka. lagila Gaji bawah RM1K sudah dikira di bawah paras kemiskinan. Khabarnya Kak Na bakal menjual keretanya bagi menampung kehidupan. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bantuan cuba diperolehi dengan pihak yang sepatutnya namun pelbagai prosedur yang perlu diperolehi dan memakan masa yang lama. Nak dapatkan ‘sokongan’ dari JKKK dan pelbagai lagi. Fuhh, nak menolong orang susah pun susah kan?

Teringat kata-kata rakan blogger :

“ Waktu orang lain susah kita tak nak tolong. Suatu hari nanti bila sampai waktu kita pula yang susah, tengok samada Allah hantar orang untuk tolong kita atau tidak. Fikir-fikirkan. ” – Syukri Tahir –

“In tests, those giving money away were far happier than others spending it on luxuries for themselves. Giving away as little as a couple of ringgit daily is enough to significantly boost happiness levels, according to Harvard Professor Michael Norton.” - Are you a giver or receiver? Harness the power of giving -

Di sini, eyriqazz ingin mengambil kesempatan untuk meminta bantuan dari rakan-rakan, sudilah sekiranya menghulurkan bantuan buat Kak Na @ Mak Sepupu eyriqazz. Sumbangan bolehla disumbangkan ke akaun berikut :

Nama : Abdullah Bin Karbak (Suami Kak Na @ Pak Dollah)
No Akaun Maybank : 106043120718

Semoga Allah membalas segala jasa baik pembaca yang sudi menghulurkan bantuan…..Hari ini hari dia, entah esok lusa, hari kita pula?


------------------------------------------------------------------------------

Harap yang mana sudi share2 la kisah di atas ok.. sama-sama la kita bantu Kak Na dan keluarga.. semoga dengan sumbangan uols semua dapatla memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.. Untuk gembirakan hati sendiri, apa salahnya kita gembirakan hati orang lain dulu kan.. 


P/s: The more you travel, the closer you'll get to your dream destination.

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday: Mengapa Perlu Mengundi?

Sharing is caring ;)


Dah lupa cilok kat mana.. thanks kepada yang berkenaan.. 

Friday, November 23, 2012

Sunnah dan Adab di Hari Jumaat


Credit to Pusat Pungutan Zakat..

Kalau macam mandi tu, everyday memang mandi kan.. apakata, kalau hari jumaat niat mandi sunat hari jumaat.. senang je mcm mandi sunat hari raya.. Everyday kita memang pakai cantik-cantik kan pergi kerja, apa kata hari jumaat pon sama.. sesetengah company memang bagi kelonggaran pakai kasual setiap jumaat mcm my company.. tapi tak salah nak bercantik2 kan.. tapi berpada-pada.. sebelum pergi kerja bolehla potong kuku dulu, kalau yang dah ada suami, potongla kuku suami sekali, extra bonus jumaat ;) 


Kalau yang suka pergi shopping hari jumaat kat area masjid jamek tu sebab time lunch hari jumaat kan lama.. apa kata, sambil jalan2 tu, jumpa orang buta ke, atau sapa-sapa yang perlukan sumbangan, dermakan sedikit.. sedekahkan sedikit duit ke.. tak banyak pon takpe, rm1 pon ok ;) 


Buat,dapat pahala.. tak buat, habuk pon tarakkk ;) Ingatan untuk diri sendiri dan semua rakan.. perbanyakkan amalan sunat .. yang wajib jangan dilupa...

Wednesday, November 21, 2012

Peluang Kerja dengan The Apprentice Asia



Sape nak cari peluang kerjaya dengan ahli perniagaan terbaik asia bagi Forbes Asia 2010, Tan Sri Tony Fernandes, join la The Apprentice Asia :) aku tertengok iklan dia kat AXN...


Semua orang tahu kot, Tony adalah businessman yg sangat berjaya.. sebab dia la.. now everyone can flyyyyy ;p


Cara penyertaaan:



Tuesday, October 23, 2012

Real Women Real Voices

Suka jadi tester tak? Contohnya macam ni.. ada satu pihak ni nak keluarkan satu produk baru, biasanya dorang akan buat research or test dulu sama ada produk tu bagus ke tak, sesuai ke tak.. so dorang akan bagi some testers (biasanya orang awam) untuk test produk tu untuk dapatkan feedback. Feedback tu tak kisah la feedback yang baik ke tak.. sebolehnya kena jujur la sebab dari feedback tu dorang akan menambahbaik produk diorang.. so barulah dipasarkan ke pasaran luar...


Dan as a reward, sometimes pihak pengeluar produk tu akan bagi goodies ke, atau mungkin bagi terus produk yang dicuba tu.. sebelum ni aku pernah pergi yang macam survey tu.. yang survey tu dia tak bagi any product untuk kita try.. biasanya diorang buat survey untuk menambahbaik produk yang memang dah ada kat pasaran. Macam yang aku pergi tu, diorang discuss pasal pad Kotex.. biasanya dia ada group target untuk buat discussion ni.. seingat aku, discussion tu lebih kurang 2 jam lebih.. dan dapat token RM120 kot dah lupa..so macam berbaloi la jugak, kalau kerja biasa 8 jam sehari baru dapat rm120 tu kan..


Baru-baru ni aku terjumpa satu page facebook - Real Women Real Voices yang mana page ni khas untuk mencari orang untuk menjadi tester produk. Buat masa ni produk yang akan dicuba dan direview ialah Coway Digital Bidet... aku terpilih as one of lucky women to try this product. ok, jangan tanya aku ni apa sebab aku tahu general je hahaha.. kena pergi ambil dulu produk tu dan try selama 1 bulan..




Kalau uols berminat jugak, boleh pergi ke facebook dorang -
https://www.facebook.com/RealWomenRealVoices

Tapi for now, dorang just cari tester di sekitar Lembah Klang, alaaaa like je dulu mana tahu lepas ni kalau produk banyak dan dorang nak extra opinion, dorang akan cari tester kat luar Lembah Klang plak kann..


p/s: Samsung galaxy note II dah masuk market, tak nak try ker?


Wednesday, October 17, 2012

Mak Jemah

Kalau pagi-pagi, aku memang layan Era.fm.. sebab ada si Johan aka Mak Jemah.. uols pernah layan tak mak jemah. ya Allah... pagi-pagi memang aku tersenyum sambil tengah driving tu..


source from google


Sebab sabtu ni final Piala Malaysia.. so segmen Mak Jemah tu call pemain bola sepak Kelantan dan juga ATM. Semalam aku dengar dia call Zaquan Adha.. memang aku terbahak-bahak dalam keta sorang-sorang gelakkan si Johan.. pastu si Zaquan plak, sporting melayan je kegedikan Mak Jemah. ada satu part, siap terdengar Ayu Raudhah gelak.. maybe dia pon dah tahan nak gelak kan.. terus Mak Jemah tanya "sape perempuan yang gelak kat belakang baby tu?" baby tu Zaquan yek.. hahaha.. si Zaquan plak jawab.. "Adik i.." Pastu Hanif ke Ray aku lupa, menyampuk sape tu Zaquan? .. "Oo, tu isteri saya, Ayu Raudhah".. Mak Jemah plak kalut nak suh Zaquan bagi phone tu kat dia aii nak cakap nga dia.. hahaha.. konon-konon jeles la tu.. hahaha.. of cos la Zaquan tak bagi..


Pagi tadi plak, segmen Mak Jemah call Piya (Badri Radzi).. kalau uols nak tahu, Piya la yang berjaya sumbat gol ke-2 malam semi final tu... sejak tu, Piya dah jadi femes.. si Piya ni boleh tahan jugakk. cukup sporting melayan Mak Jemah..


Dua minggu lepas kot, si Apek jadi mangsa.. disebabkan gosip dia dengan Leuniey tu.. Mak Jemah ni konon-konon frust la sebab si Apek curang nga dia.. aku rasa nak lempang je Mak jemah ni gedik gila.. hahaha.. si Apek plak pon sporting jugakk melayan Mak Jemah..


Layan Johara pagi-pagi memang hilang segala stress sekejap...



Thursday, October 4, 2012

Nak Book Tiket Air Asia Cara Mudah dan Cepat?

Sebenarnya aku pernah tau pasal website nak cari tiket air asia murah dengan cepat ni dah lama.. lama dulu-dulu sampai aku tak ingat dah.. tapi tiap kali nak book tiket air asia time sale, senang je.. (bagi aku laa), so aku tak kisah sangat la...


Sampai la aku terbaca satu blog ni, terus aku teringat, inilah website yang aku cari tu..




Website ni memang sangat2 membantu ok di kala nak mencari tiket air asia yg paling murah. yes, cuma tiket air asia sahaja.. dan aplikasi ni masih terhad untuk booking tiket certain2 tempat sahaja je seperti Indonesia, Australia, Thailand, Jepun dan lain-lain tapi agak banyak juga la.. boleh la uols godek-godek ok. jangan malas! hahaha..


Dan aku suka sebab jimat masa nak mencari tiket murah tu. paling best, time sale lagi la jimat masa tak payah nak tunggu lama-lama...


p/s: Jom main hide and seek atau join contest pasal MRT kat sini.

Friday, August 10, 2012

Iklan Bernas yang sangat menyentuh hati...



Nak 30 hari internet free? here.


Thursday, August 9, 2012

Online Order for McDonald's ;)

Kepada uols yang memang bz memanjang dan asyiklah dok mengadap internet 24/7, bolehlah cuba order McD secara online di https://www.mcdelivery.com.my


Register here.


Wednesday, May 30, 2012

30 hours ago, I escaped from being kidnapped

It's not me, tapi me ambil cite ni dari facebook dan share kat sini untuk renungan kita semua...

-----------------------------------------------------------
by Chin Xin-Ci on Tuesday, May 29, 2012 at 12:39am
-----------------------------------------------------------


As I sit here writing this, I am just so grateful to be alive.

To think that 30 hours ago I had a knife to my throat, face to face with the threat of being kidnapped and raped.

It was a Sunday, at 5.22PM. I was alone, walking towards my boyfriend's car in level B2 of The Curve, Mutiara Damansara. He was not in town, and I was running errands with his car. Just as I was putting my shopping bags in the rear seat, the rear car door was slammed against my back, and a meat cleaver was pressed against my throat. A man covered my mouth with his hand, and whispered not to scream. He then shoved me onto the floor of the backseat of the car and waved the cleaver at me, reminding me not to scream. He was skinny, wearing a baggy turqoise blue t-shirt, had a thick moustache and short curly hair, approx 5'8", mid-30s, and of Indian descent.

At this moment, second man appeared. He was also in his mid-30s. He was wearing a red t-shirt, had a crewcut, and was of Malay descent. He grabbed my car keys and demanded for my parking ticket. I couldn't remember where it was. They shoved me deeper into the car, and the Indian man got into the back seat with me, while the Malay man got into the driver's seat, driving us out of the carpark.

I told them they could take everything, just let me go. But at that point they didn't even ask for money. Instead, the Indian man started to make sexual advances. Then it hit me. "Oh my God. Oh my God. This is really happening. I'm being kidnapped.. and I think I know what they want."

//

From this moment on, there were a few crucial things that happened that I think is the reason I'm alive today.

1. I managed to get into a position to escape.
 When they got into the car, the Indian man had tried to force my body down onto the floor. I knew that the moment I'm on the floor, there would be no chance of escape. So I begged him to let me sit up. I promised him I wouldn't scream or alert anyone's attention. Thankfully, he trusted me, and let me sit up, gripping my arm tightly. Then I told him my arm really hurt and to please not grip it so hard. He loosened his grip.


*************************
uols can read full story HERE.



Friday, May 18, 2012

Something To Ponder...

Aku dapat ni from my boss yang forward kat semua staff..


So just nak share dengan uols sebagai renungan hari penuh barakah, hari Jumaat.. semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya...


p/s: dalam cite kat bawah ni ada cite pasal beer but pls take it sebagai satu subject untuk 'mencantikkan' cite.. and pls take note, my boss is a chinese...


The mayonnaise jar & the 2  beers...

When things in your life seem almost too much to handle,
when 24 hours in a day are not enough,
remember the mayonnaise jar and the 2 Beers.......

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him.
When the class began, he wordlessly picked up a very large and empty mayonnaise jar
 and proceeded to fill it with golf balls.
He then asked the students if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar.
He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.
He then asked the students again if the jar was full.
They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full..
The students responded with a unanimous 'yes.'

The professor then produced two Beers from under the table and poured the
entire contents into the jar effectively filling the empty space between the sand.
The students laughed..

'Now,' said the professor as the laughter subsided,
 'I want you to recognize that this jar represents your life.

The golf balls are the important things
---your family, your children, your health, your friends and your favourite passions
---and if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, your house and your car...

The sand is everything else---the small stuff.

'If you put the sand into the jar first,'
he continued, 'there is no room for the pebbles or the golf balls.

The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff
you will never have room for the things that are important to you.

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Spend time with your children, parents, grandparents, spouse
There will always be time to clean the house and fix the disposal and other things
Take care of the golf balls first---the things that really matter.
Set your priorities.
The rest is just sand.
One of the students raised her hand and inquired what the Beer represented????
The professor smiled and said, 'I'm glad you asked.'

The Beer just shows you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of Beers with a friend.
(for those who do not drink beer, there is always time for a cup of coffee or tea with friends)
" Happiness is a choice, not a destination..."

Thursday, April 5, 2012

Tutorial: How To Restore Your Deleted Post | Macam Mana Nak Dapat Balik Entri Yang Telah Didelete.

Aku rasa sebelum aku lupa, baik aku terus share pasal tutorial nak recover balik kalau tetiba korang terdelete post2 sebelum ni. siap dengan original permalink dan komen2 lagi korang dapat balik.


Alhamdulillah, dalam beberapa jam (depends la pada berapa banyak post yang korang delete la) aku dapat hampir semua post2 yang aku delete. Ada yang aku malas nak publish balik post2 aku tu, bukan sebab dah hilang terus. So, sebenarnya memang aku dapat balik semua post2 aku yang aku terdelete tu. Bila ingat2 balik, memang scary la. Macam mana boleh cuai, padahal aku dah cukup berhati-hati masa nak delete tu...


Actually cara nak recover balik ni ada banyak cara (aku baca tapi ada aku tak amek port sebab nak cepat, so aku skip je yang mana aku rasa leceh dan ambil masa yang lama nak buat). Aku jumpa satu cara aku rasa paling cepat, korang tak payah nak karang balik post korang tu, tak payah nak copy-paste, tak payah nak upload balik pic2 yang sepatutnya ada dalam post tu, tak payah nak retrieve balik dalam picasa.


Pertama, aku senaraikan dulu step2 yang korang kena ikut pastu aku baru bagi contoh so korang lagi paham.


1. Cuba recall balik keywords dari deleted posts. contohnya, tajuk post tu ke..
2. Taip keywords tu kat serach engine. Aku guna Google dan cari cached copy dari post yang terdelete tu. Macam aku, aku taip, "movie review: petaibududurian".. Biasanya akan keluar banyak2 post yang korang publish, tak kira dah delete atau belum.. So, kat kat situ boleh pilih..
3. Cuba la view cached post tu..
4. Cari PostID dari page source yang korang dah buka tu. guna ctrl+F kalau nak cari
5. Pergi edit post
6. Replace PostID post yang korang buka tu dengan PostID dari post yang korang delete tu.
7. Lepas replace dan tekan enter, akan keluar balik post yang terdelete tu.
8. Apa lagi, tekan publish la. Tak payah nak edit ke apa, mmg keluar sebijik sejibun. selesai masalah!


Aku memula tak paham jugak baca step ni especially tang post id tu, so sila tengok contoh kat bawah.


Step 1 & 2:

Katalah aku terdelete post '#TSDayOut to Kuala Selangor - Taman Alam Kuala Selangor', So aku pergi Google dan search.

Aku taip "tsdayout; petaibududurian" macam kat bawah. Pandai2 la korang nak letak keyword apa. be creative :)

 sila click on the pic untuk lebih jelas.

* Tips: Scroll la lagi ke bawah or next page untuk cari post2 yang lain. insya Allah jumpa...


Step 3 & 4: 

View cached post macam pic kat bawah.


sila click on the pic untuk lebih jelas.

Pastu click cached tu, confirm korang akan nampak post tu. Pastu terus tekan Ctrl + U untuk buka source page.

Bila source page dah keluar, korang tekan Ctrl + F dan cari "PostId".


Copy PostId (yang dalam kotak merah) tu.


Step 5 & 6 & 7 & 8:

Buka blogger.com korang, pergi ke Dashboard dan tekan Edit Posts untuk buka post editor.




Lepas tu korang akan nampak kat address bar korang something like this,



Pastu korang replace post id yang tu dengan post id yang korang dah copy kat step 4 tu dan tekan Enter.


Korang akan nampak balik post yang korang delete tu.


Apa lagi, tekan publish la.


Post tu akan appear kat blog korang macam asal, sama date dan time, komen2 semua ada balik.


Dah, siap. boleh tido lena...hihi...


credit to http://www.bloggertipsandtricks.com

Saturday, March 24, 2012

Sabun Fab Lavender Percuma ;)


Semalam aku on da way balik rumah, singgah Giant Bandar Kinrara sekejap nak redeem free sample 800 gram sabun Fab Lavender. Personally, aku tak pakai sabun brand ni. Kalau sabun debu, biasanya aku pakai Daia dan kalau yang cecair, aku pakai Dynamo. 


Tapi, aku tengok review ramai kat facebook Fab Malaysia cakap fab yang baru ni memang bau sedap. Terus aku excited nak cuba. Lagipon aku memang suka bau lavender. Kebetulan memang Fab Malaysia sedang buat promotion bagi free sample. So, apalagi terus isi form dan dalam masa beberapa hari pihak Fab akan send coupon online kat email dan kita print coupon. Lepas print, kena pergi redeem kat tempat yang diberitahu dalam coupon. 


So, kepada sesiapa yang nak redeem gak sabun Fab baru ni...

1. Klik  Fab Malaysia.
3. Klik Join the discussions now!
4. Klik Lovender Moments Contest.
5. Klik Join the discussion now!
5. Lepas tu akan keluar form, korang isi la details semua.
6. Nanti pihak Fab akan send e-coupon ke email kita (sila check spam folder gak sebab aku punya termasuk dalam spam folder).
7. Korang print pastu pergi la redeem kat tempat yang dinyatakan.


Ni jadual yang aku print screen dari coupon yang aku dapat tu...



Macam aku cakap awal2 tadi, aku redeem kat Giant Bandar Kinrara. Dekat je nga rumah aku.. 


P/s: uols nak minta tolong vote for me kat sini, 
https://apps.facebook.com/oralbsmilemore_my/entry.php?id=45


Related Posts with Thumbnails