Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

Destinasi Honeymoon Impian…

Salam uols ;)


Macam dah lama tak share any travel log kat sini kan.. maklumlah dah lama tak pergi mana-mana trip selepas percutian ke Krabi awal tahun ni.. lepas Krabi Trip, hanya ada trip-trip singkat ke Taiping, Cameron Highlands, Alor Setar dan Penang.. honeymoon trip pon masih belum dilaksanakan untuk tahun ni disebabkan kekangan masa dan ongkos hehehe.. so, seharusnya mood holiday tengah on sekarang.. perasaan nak pergi bercuti dengan suami tercinta tengah membuak-buak sekarang.. kena la cari honeymoon package yang mengancam kan.. hehe ;)


Bila uols tanya apa destinasi honeymoon impian aku.. dari dulu hingga ke hari ini, semestinya BALI! setiap kali kawan-kawan or family tanya suggestion destinasi honeymoon terbaik within bajet dan tak perlu travel terlalu lama, kalau google, ada macam-macam honeymoon package yang ditawarkan.. tapi jawapan yang aku bagi selalunya BALI..  nanti aku cerita secara details, kenapa destinasi honeymoon impian kami ialah BALI..


#1 BALI kaya dengan budaya yang menarik

Kalau uols nak tahu, BALI digelar sebagai "The Island of The Gods".. dari kefahaman aku yang tak seberapa ni, BALI ni digelar sedemikian disebabkan most of Balinese adalah penganut agama Hindu.. Hindu kat sana special tak macam Hindu yang kat Malaysia or other places.. orang panggil Hindu Bali..dalam agama hindu memang ada banyak tuhan, dan bila ada banyak tuhan, ada banyak culture.. memang kat sana ada banyak temple or dorang panggil Pura.. antara yang terkenal temple Tanah Lot dan Uluwatu.. 



Temple or pura di Tanah Lot.. kalau waktu air pasang, air akan masuk sampai ke dalam temple tu.. 

Uluwatu Temple 


Sunset at Uluwatu.. 
ramai photographer yang tunggu saat-saat sunset di Uluwatu untuk capture the best sunset.. 


Salah satu temple yang famous di Bedugul..


Kecak Dance


#2 BALI ada banyak pantai yang best-best


Pantai Kuta yang famous..
Pantai Dreamland yang memang cantik gilerrrr 
Dinner di Jimbaran Bay ditemani cahaya lilin.. so romantic :) 


#3 BALI ada banyak watersport yang best


BALI bukan saja ada pantai yang cantik.. tapi penuh dengan water sport yang sangat best.. seperti parasailing, underwater scooter, flying fish yang memang fun, scuba diving yang super duper fun.. kalau pergi ke BALI, wajib main water sport tau.. pengalaman main water sport ni berbeza di setiap tempat.. tambah-tambah dengan view pantai dan laut BALI yang memang cool..


#4 BALI was our first honeymoon trip ;);)

Ya, kitaorang sebenarnya dah pernah ke BALI sebelum ni.. dan memang banyak kenangan manis di sana.. sebab tu la BALI tetap menjadi destinasi impian kami selamanya sebab.. macam yang aku cite kat atas la, BALI sangat banyak pantai yang best, tempat yang best dan budaya yang menarik.. kalo boleh aku memang nak ke BALI lagi.. aku dah bagitau encik suami, wedding anniversary tak kisah la tahun bila kita kena pergi lagi ke BALI nak menggamit semua kenangan manis tu.. paling penting, masih banyak lagi tempat dan aktiviti yang belum kami buat di BALI.. kalau nak pergi BALI ni, 3 hari 2 malam memang tak cukup.. nasihat aku, pergi la holiday ke BALI setiap tahun hahaha.. dan tiap kali trip tu make sure 5 hari 4 malam..


Kitaorang kat Tanah Lot ;)


main flying fish yang sangat best.. 


Jangan lupa try masakan padang di BALI ok.. 
tak salah aku, restoran Sederhana ni memang famous di Indonesia.. aku memang penggemar makanan Indonesia..


Insya Allah, kalau aku dapat ke BALI lagi, aku akan cari honeymoon package BALI yang best dan aku akan buat aktiviti yang belum kami buat lagi kat sana semaksimum mungkin.. antaranya..



#1: Tengok dolphin di Lovina
Aku siap letak yang ni dalam my wish list for next BALI trip tau :)



#2: Nak cuba Underwater Scooter
Uols boleh baca pengalaman my comper friend, Devi naik underwater scooter tu kat SINI.. picture above also credits to her.



#3: Nak ber-water rafting di Ayung River
Aku dah survey, dari Kuta ke Ayung River ni dalam sejam.. 




#4: Tengok Mount Batur di Kintamani
Subhanallah memang cantik sangat view kat sini.. katanya cuaca kat sini sejuk dan nyaman..



Last but not least,


#5: Nak memanjakan diri di spa.. dan nak merasa Bali massage yang glamour tu..



Aku harap sangat impian aku dan encik suami nak ke BALI akan tercapai.. dan aku janji, kalau aku dapat pergi lagi ke BALI, aku akan share dengan uols semua tentang aktiviti yang menarik yang kami buat tu dan tempat-tempat menarik yang akan kitaorang jejaki nanti di BALI.. semestinya bulan tu, penuh cite pasal BALI je la kat blog aku ni.. hehehe.. jangan uols muntah sudahh tengok kegedikan kitaorang kat sana sudahh hahaha...


Yang lebih menarik, aku nak share dengan uols ni, honeymoon package ni sebenarnya uols boleh dapat free, yes FREE!.. kalau uols join contest yang dianjurkan oleh ILuvTour dan ditaja oleh Tarreq Al-Jannah ini..



Contest link: HERE
Closing date: 15 September 2013

Organized By: ILuvTour
Sponsored By: Tarreq Al-Jannah

So, tunggu apa lagi, cepat buat entry pasal destinasi honeymoon impian uols.. mana tau dapat hadiah google search ranking ke? early entry ke? sebab grand prize aku punya dah hehehe ;)


p/s: all pictures without my watermark, credit to Google search.


Saturday, July 3, 2010

Honeymoon in Bali ♥ ♥ ♥ (Episode II)

Ini sambungan dari entri Honeymoon in Bali ♥ ♥ ♥ . Lepas Abe Er hilang handphone,mood macam spoil sikit. Memang bongokkk si pencuri itu. Hoho. Esoknya, semua bangun lambat. Kami decide nak pergi sewa kereta sendiri, 200,000 Rp untuk sehari (agak mahal bagi aku). Plan nak pergi Tanah Lot. Sebelum tu, singgah di Restoran Sederhana, pekena Nasi Padang untuk lunch. Sedap gak la tambah-tambah kat Bali ni tak boleh sembarangan makan. Tak pasal-pasal korang termakan si 'ekor pendek' tu..Hehe =) Harga pon ok-ok aje. Tak mahal, tak murah. Kalau kat KL, aku selalu makan makanan minang a.k.a nasi padang ni dekat Amcorp Mall. Ada satu kedai nama Selero Nogori. Memang sodap.


Padi bukit. On the way ke Tanah Lot.




Masa sampai, gerimis mengundang... 

Orang tengah berpusu-pusu pergi temple. Masa ni air surut.
 Tanah Lot.

Lepas balik dari Tanah Lot, balik villa kejap. Mandi-manda dan bersiap nak keluar ke Kuta. Kuta ni macam bandar utama di Bali. Memang happening. Singgah sekejap di Hard Rock Cafe and Hard Rock Hotel tengok-tengok souvenir then singgah makan di food court area situ. Dapat makan tom yam tapi tak sedap langsungg!! =(



Esok, plan ke Kuta dan Nusa Dua aje. Sebab malam dah nak balik. Malas nak pergi jauh-jauh. Memang tak sempat dah nak pergi main water rafting di Ayung River dan tengok dolphin di Lovina. Sedih-sedih..sob,sob.. Lain kali ye yang T_T hehehe


Pantai Kuta. Agak kotor tapi orang ramai je. Yang surfing, yang berjemur.. 

Mall di Nusa Dua

Lepas pusing-pusing mall kat Nusa Dua, kami terus balik villa. Mandi dan solat then terus pergi airport. Masa check in, staff Air Asia cakap flight delay sejam. Adoii.. Apa lagi, terus pergi cari tempat refleksologi. kami pergi urut kaki. ngehehehe.. 

Kami selamat tiba di LCCT jam 1.30 pagi Ahad.

OK, tamat.

Wednesday, June 30, 2010

Honeymoon in Bali ♥ ♥ ♥

Entri kali ni actually nak share pasal pergi Bali rabu lepas. Kami pergi 2 couple. Abe Er dan Kak Shila, aku dan encik suami. Abe Er ni cousin encik suami, tapi dah macam adik-beradik dah. Plan nak pergi honeymoon ni pon agak last minute gak. Biasanya orang book tiket awal-awal, tapi kitaorang book lebih kurang sebulan sebelum majlis nikah.

Sebelum ni aku ada post pasal tempat tinggal kitaorang kat sana kan, Villa Seminyak Estate & Spa. Cantik kan. Gambar-gambar villa tu aku amek guna handphone sendiri, that's why kualiti gambar tak berapa bagus. Ni gambar dari kamera Abe Er.






Apa aku leh cakap Bali sangat best, sesuai la sangat untuk berhoneymoon. Cuma semua benda kat sini quite pricey ye kawan-kawan.. Dari pengangkutan, tempat tinggal, tiket nak masuk tempat-tempat yang dilawati tu, main water sport, sewa kereta, semua mahal-mahal. Kat sini urus niaga boleh dibuat dalam USD gak. So, korang bayangkan la nak convert duit kita, duit Rupiah lagi la. Adoii.


Well, hari pertama sampai dengan selamatnya di Airport Ngurah Rai, lebih kurang pukul 1.20 tengah hari.  Amek teksi terus pergi villa kami di kawasan Seminyak. Abe Er saja book villa area sini sebab nak try tempat baru. Di Bali, selalunye femes area Kuta, tak kurang area lain macam Semintak, Nusa Dua dan Sanur. Tempat-tempat ini sangat direkemended untuk stay sepanjang di Bali. Aktiviti hari pertama lebih kepada rilek-rilek dan explore tempat tinggal kami. Since Abe Er dan Kak Shila baru balik dari Mekah, penat masih tak hilang. Kami just mandi-manda di private pool di villa kami.

Keesokan hari, sebelum bertolak ke Pantai Nusa Dua, kami sempat breakfast. Putu, supir yang akan bawa kami untuk explore Bali hari tersebut awal-awal dah tunggu kat lobi. Putu bawa kami pergi Pantai Nusa Dua untuk aktiviti water sport. Kat sana kami pilih nak main flying fish dan naik bot pergi Turtle Island. Kosnya boleh tahan. Tapi memang aku suka la naik flying fish tu. Best sangat melayang-layang kat udara. Hehe. Tengok muka syokkk aku kat bawah ye.. Hehe

Awal-awal aku cuak gak.. Aku ingat dia nak ikat aku, apa dia suh pegang je pemeganag kat tepi tu.. Erm.. (dalam hati, " Tak jatuh ke???'')

Ekspedisi bermula. Hati dah berdebar-debar tapi agak excited. =)

 Wow...


Hoho. Masa ni paling syokkk... siap jenguk-jenguk kat bawah lagi.. Mamat yang dok kemudi mende alah ni siap tanya lagi mau sama ada nak terbang sekali lagi, harga murah-murah je tapi jangan kasi tahu bos kat dia..hoho..siap buat bisnes kat atas tu.. Actually, flying fish ni akan terbang ke udara sebanyak 3 kali. Sebab tu mamat tu offer kami sama ada nak terbang lagi ke??.. Dalam hati nak tapi tak pe la..hehehehe...ngehhh

 Peace! Kami OK! Haha

Lepas main water sport semua, kami naik bot pergi Turtle Island. Tak jauh dari Pantai Nusa Dua ni. 

Belai-belai...

Ngerrrrr....hihi

Encik suami buat muka kontrol.. Haha. Takut ke bang ;p

Kat sini ada macam-macam lagi haiwan selain penyu dan enggang seperti ular, kelawar, monyet, iguana.... Macam-macam la. Lepak-lepak sini kejap sambil minum air kelapa then lepas tu bertolak balik ke Pantai Nusa Dua. Supir kami dah tunggu dah nak ke destinasi seterusnya, GWK. GWK ni adalah cultural park yang agak terkenal gak kat Bali ni.




Sebelum bertolak ke Uluwatu, kami singgah sekejap di Pantai Dreamland. Menurut Putu, supir kami tu, Dreamland adalah pantai yang paling bersih di Bali. Memang bersih pon. Kat situ ramai surfer sedang surfing. Macam syokk je aku tengok..




OK, as planned, kami manage untuk sampai ke Uluwatu sebelum sunset. Kat sana memang banyak gile monyet. Monyet besar, kecik, semua ada. Monyet-monyet kat sini agak nakal sebab dorang nampak je jinak ala-ala innocent gitu tapi 'tangan panjang'.. So, sangat dinasihatkan kalau ada benda-benda kecil kat tangan macam kamera ke, air botol ke, handphone ke, spek yang korang pakai ke atau apa-apa aje lah yang senang ditarik, diambil,.. better korang simpan elok-elok. tak pon, berwaspada ok.. Kat Uluwatu ni, semua orang nak tengok sunset dia yang cantik. Kat sana kami berpeluang menyaksikan Tarian Kecak. Agak lama gak tarian tu, kira-kira sejam. Meremang bulu roma aku tengok tarian ni. 



objek atas sebelah kiri tu orang ramai tengah tunggu nak tengok tarian Kecak. Lain kali aku cerita sejarah tarian ni k. Ada video tapi malas nak upload sini.


Sunset yang ditunggu-tunggu. Tengah syok-syok Abe Er ambil gambar sunset, kamera dia leh habis bateri plak. Hoho. Kesiannnnn.. Haha. Kamera aku? Sah-sah tak cantik sebab guna kamera handphone ku tak berapa nak mahal ni..hihi

Pengembaraan kami pada hari tersebut diteruskan dengan makan malam ala-ala candle light dinner di tepi pantai di Jimbaran. Siap diiringi dengan kumpulan muzik yang datang menyanyi di meja kami. Orang lain minta lagu-lagu romantis untuk didengar.. tapi kami minta lagu apa korang tau? Lagu Wali Band yang popular tu, aku lupa tajuk.. yang Daus nyanyi dalam AF8 tu.. Hehe.

Sebelum balik ke villa, si Putu ajak pergi tengok pakej spa. Singgah kat situ tengok pakej apa yang best. Dah siap book dah cuma tak bayar deposit lagi. Tapi kat sini lah Abe Er terhilangkan handphone dia. Dia cakap tercicir. Puas kami cari sekeliling spa dan di sepanjang jalan yang Abe Er pernah pergi kat spa tu, tapi tak jumpa-jumpa. Mungkin tak ada rezeki. Spoil mood betoii pencuri tuh... Eee, geram aku. Terus tak jadi pergi spa esok nya.

Ok, commercial break..
Sampai sini dulu, nanti sambung dalam episod akan datang. Hehe.
Related Posts with Thumbnails