Showing posts with label *emo*. Show all posts
Showing posts with label *emo*. Show all posts

Monday, October 22, 2012

you have no idea what my life is like. tq

Tuesday, April 3, 2012

Alamak! TerDELETE post-post sebelum ni...

Pagi tadi aku mengalami saat-saat getir sangat. Haha.



Saat-saat di mana aku terdelete semua post tahun 2012 aku dan beberapa post dalam bulan Oktober, November dan Disember 2011. Mungkin post2 tu semua macam sampah, tapi bagi aku ada banyak kenangan kot.


Citernya, semalam aku gedik-gedik nak delete post lama2 yang aku join giveaway dalam blog. Aku nak delete tu sebab aku nak delete sekali gambar2 dalam Picasa sebab aku punya space nak upload gambar dah lebih 95%. So, aku decide nak delete la gambar2 yang tak penting sangat bagi aku. Lagi satu, baru 2-3 hari sebelum tu aku baru berjinak-jinak dengan interface baru blogger. Banyak lagi features yang aku tak biasa.


Entah macam mana aku sedang aku syok2 delete gambar, delete post2 tu semua, entah mana silap aku terdelete post2 yang aku cakap tadi. Yang syoknya, aku tak terus perasan aku dah buat mistake tu. Esok pagi, baru aku perasan lepas aku buka blog aku. Aku memang ada satu tabiat, setiap pagi sebelum mandi, aku on dulu laptop dan buka email, buka blog.. Sekali aku tengok latest post aku adalah pada 21 Oktober 2011. da.. sudahhh.. apa nak buat ni...


Aku terus check dalam blogger, sah aku punya post dah kurang, seingat ada 400++, sekarang dah ada 300++ je. Pastu bila tengok, post2 tahun ni semua dah tak ada. Menggelabah kejap menggodek blogger semua guna interface baru haruslah aku lagi cuak. Aku salah tekan apa...


Aku terus on facebook cari kawan2 blogger lain kot dah online tapi semua tak online lagi. Aku cuba cari help kat website tu. Jumpa memang jumpa tapi tak helpful langsung. Seingat aku, memang kalau kita delete post, memang tak boleh nak undo. Tapi semalam aku rasa tak ada pon message warning macam tu. Ke aku tak perasan.. ya Allah...


Tapi google kan ada, aku cuba la search kot2 ada orang lain pernah alami problem yang aku sedang alami. Tak sampai 5 minit, aku dah terjumpa satu tutorial macam mana nak retrieve balik post2 tu semua. Memang senang, tak payah karang balik, tak payah upload gambar2 balik.. pastu paling best, segala komen masih ada kat situ. Cuma, kena publish balik satu2 post tu. Nasib baik jugak post2 aku tahun ni, tak banyak sangat..


Apapon, semua dah kembali kepada asal. Ada la beberapa post lagi yang aku malas nak buat sebab nak cepat tadi. Cuma last post aku pasal movie review cite Titanic 3D sahaja yang aku tak boleh nak retrieve balik. So, kena buat post yang baru. Takpelah, satu post je kan. Insya Allah, bila aku ada masa aku share nga korang pasal tutorial tu ek.

HELP.. HELP..

ALAMAK AKU DAH TERDELETE SEMUA ENTRY TAHUN 2012 DAN SEBAHAGIAN ENTRY TAHUN 2011 AKU... ADA TAK SAPA-SAPA YANG TAHU MACAM MANA NAK DAPATKAN BALIK? PLSSSSSSS HELP ME!!!!


UPDATE: AKU DAH JUMPA CARA NAK RECOVER SEMUA ENTRY YANG TERDELETE.. MUNGKIN TAK DAPAT SEMUA SEBAB TAK DAPAT SEMUA BUT MOSTLY DAPAT LA BALIK. CUMA LECEH SKIT. INSYA ALLAH BILA SEMUA SELESAI, AKU SHARE NGA KORANG SEMUA....

Monday, January 30, 2012

Kisah Bangang

Kisah Bangang 1:

Waktu Kejadian: 11.30 malam

Aku singgah kat satu petronas ni. Petronas tu baru buka kot sebab barang macam tak banyak, pastu bersih gilerrr ;) Biasala kalo singgah stesen minyak, mesti ada lawatan wajib ke toilet..hihi.. Bila aku lalu je nak ke toilet, adik pompuan ni cakap kat aku suh guna toilet OKU. Aku ok je sebab confirm2 lagi bersih sebab orang jarang guna kan. Aku agak adik tu pekerja kat situ sebab dia tak pakai pon uniform petronas yang hijau tu, tapi dia dok mundar mandir kat situ mcm baru check toilet pastu aku perasan dia dok depan borak2 nga pekerja lain.

Yang aku bengangnya, dekat 5 minit kot aku nak kunci pintu toilet tu tak dapat2. Aku cuba buka pintu dan kunci, boleh tapi bila tarik pintu rapat2, tak leh kunci plak. Lama kot aku dok try. Last2 ada sorang pekerja lelaki lalu depan aku terus aku tanya..


Dik, memang tak leh kunci ke pintu ni?

Aah, kak.. pintu ni tak leh kunci. Kalau kunci pon, orang boleh buka dari luar..


Macam #%$%$&$%! tak pompuan tadi. Apa hal ko suh aku guna toilet yang tak boleh kunci. At least, ko bagitau la awal2 boleh aku panggil laki aku jaga depan ke.. Aku tengok toilet lain semua dah bertutup rapat dan lampu dah tutup.. Maybe diorang dah bersihkan dan tak nak orang pakai ke... Memang aku menyumpah2 dalam hati.. sakit hati... 


Terus aku panggil laki aku jadi pak guard depan toilet tu..


Kisah Bangang 2:

Waktu Kejadian: 12.00 malam


Masa nak keluar tol Ayer Keroh nak balik KL..eh, ke tol Alor Gajah..aku tak ingat.. tapi rasanya bukan Tol Ayer Keroh…


Memandangkan touch & go dah bertopup, aku suh la laki aku masuk lorong smart tag macam biasa.. tapi bila sampai depan lorong tu (masa tu laki aku drive laju), tengok2 takde lorong smart tag terus aku cakap masuk touch & go la lorong paling kanan..


Aku perasan ada 3 lorong nak exit.

1 – Tiket dan touch & go

2 - Tiket dan touch & go

3 – Touch & Go


Tapi entah macam mana, laki aku termasuk lorong belah kiri, yelah tengah laju pastu kalut..hihi.. tapi bila tengok, eh tak pe, tiket dan touch & go…


Masa sampai kat pondok tol tu, laki aku terkial2 la nak touch screen touch & go tu sekali2 dengan smart tag (malas nak kuarkan kad tu dari smart tag), pastu kebetulan pompuan yang jaga tol tu hulurkan tiket.. Bila dia nampak laki aku tengah nak touch kad tu.. boleh dia sound laki aku lebih kurang macam ni laa..


Kalau nak guna touch & go, guna lorong touch & go laa.


Amboi bahasa ko.. cantiknyaaaaa…


Laki aku plak tak dengar pompuan tu sound sebab tak jelas.. terus tanya aku apa dia cakap.. sambil kereta bergerak tu, aku cakap kuat2 kat laki aku macam pompuan tu cakap tadi nak bagi pompuan dengar..


Kalau la laki aku tanya pompuan tu balik apa dia cakap, nak je aku sound direct atas batang hidung dia..


“ Oh ye ke? Tapi buat apa letak menatang ni kat sini (tempat touch kad touch & go tu).. pastu masa mula2 masuk td lorong ada tulis “Tiket dan touch & go”…


Pastu aku nak tambah…


“ Sebenarnya kami pakai smart tag je.. “


Hiiiish, memang aku geram la kat pompuan takda adab tu..

Thursday, October 20, 2011

Dulu Pernah Sama-Sama Susah....




Tak sangka rupanya kawan tu talam dua muka. No wonder la bila kita minta tolong dia cerita hal yang sebenar, dia berdolak dalih. Tapi kena ingat, Allah tu Maha Adil. Satu hari nanti, kebenaran akan muncul. 

Manusia ni bila dah senang, cepat lupa..mudah lupa.. lupa yang dulu pernah sama-sama susah.

* emo lebih * 

ok bye. malas komen lagi.



Related Posts with Thumbnails