Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

Thanks Nuffnang!!!


Sekadar catatan peribadi.. dan juga untuk rekod advertiser yang berminat (ada ker?)... hehehe..
join nuffnang actually sebagai side income ye dak.. 
setakat ni sangat puas hati dengan nuffnang.. hopefully lepas ni boleh join event nuffnang banyak-banyak.. hehehe.. kalau usaha dan ada rezeki, tak ke mana kan.. 
Full-time blogger? perhaps.. tapi banyak benda kena ambil kira la.. kalau aku ni dah setaraf penmerah.com ke boleh la nak dipertimbangkan.. hahaha.. **dilema seorang yang sedang mencari peluang baru**.. 
Saya nak kerja macam kerani tapi gaji macam CEO hahaha.. ada tak?? 


Saturday, November 3, 2012

1st Hasil Blogging Yang Bermakna

Dulu masa awal-awal join nuffnang selalu la berangan nak beli something dengan duit dari blogging. tapi setakat berangan jela sebab nak jadikan realiti ambil masa la sebab aku berblog sekadar hobi dan kalau malas memang tak berupdate blog ni. kadang-kadang rasa macam banyak cite nak share tapi disebabkan malas nak menaip, nak mengarang aku biarkan tajuk cite dalam draf, isi takde..hahaha..


Lepas 2,3 kali cash out nuffnang, semuanya ciput la, tak sampai seratus pon.. tapi aku tak beli apa-apa yg boleh disimpan semua guna tak ingat beli apa.. pastu aku join churpchurp dan says.com tapi says ni aku tak promote kat blog sebab dia competitor nuffnang dan churpchurp. churpchurp ni mcm adik pada nuffnang la.. so dari situ aku dapat la skit2 earning hasil dok promote semua tu.. 


Aku ada share pasal cite aku cashout dari nuffnang dan churpchurp kat sini. Nak kata banyak sangat tak la tapi bolehla rembat seketul wrislet coach tp aku beli ni time sale so murah skit . buat kenangan hasil berblog ni boleh nampak 'barangnya' kan.. tak mampu lagi nak guna duit blogging tu nak kamera DSLR ke mcm blogger2 famous lain.. kalau nak kumpul tu boleh tapi aku ni tak penyabar skit hahaha.. mau bertahun nak kumpul nak rembat handbag2 mcm gucci, LV ke.. berangan nak mcm Redmummy yang income blogging memang berpuluh ribu sebulan boleh cecah ratus ribu setahun.. pastu beli handbag idaman hati, holiday ke tempat best-best.. hahahaha... berangan berangan ;) setakat ni mampu kahwin dengan orang kampung berangan je.. hihi.. kg encik suami memang nama Kg. Berangan ok... 




p/s: income blogging uols selalunya buat apa? tadi terbaca entri MZ, dia plan nak buat modal beli POP join contest. ok gak tu... boleh upgrade jadi hadiah best kalau menang kan..

Tuesday, October 16, 2012

Thanks Nuffnang!!!

Orang lain asyik laa buat entry untuk nuffnang, so harini aku menggedik juga nak buat sebab tadi tetiba aku check nuffnang account aku ada 5 BE tengah berjoget-joget, yg mana amatlah jarang aku nak dapat banyak2 BE macam tu dalam satu masa.. terima kasih nuffnang!!..


Cuma aku kadang-kadang berangan jugak le nak dapat sonsored post macam blogger lain dapat tu.. hahahaha.. tak salah kan berangan hahaha..




Amount tu tak payah la aku show off sebab malu ciput je pon.. hahaha.. 


p/s: benda ni just catatan peribadi aku shj ok. erm tukar ke tak tukar?

Thursday, September 6, 2012

Hasil Blogging from Nuffnang and ChurpChurp

Bulan lepas aku berjaya cashout earning dari nuffnang dan churpchurp secara berjemaah. bukan banyak pon tapi bolehlah buat beli handbag elle seketul (berapa ek harga beg elle?? hahaha). tapi aku nak simpan dulu kot buat pekasam dalam akaun pastu akan dipikirkan nak buat apa. hehehe.. 


Dua cheque sekaligus terima semalam.

Entah bila la pulak nak kumpul sampai boleh cashout lagikan. kalau nuffnang, macam lambat sikit, tapi kalau churpchurp agak cepat sikit cuma aku malas skit nak promote campaign tu semua. datang mood rajin, bukan main aku promote. datang mood malas, tak bergerak-gerak earning aku kat churpchurp tu. ala, sambil-sambil ko dok mengadap laptop ni sambil-sambil tu cari duit sikit. orang kata, sambil menyelam minum air. sekarang aku minum sikit-sikit dulu, kang banyak-banyak kembong! (korang paham? tak paham sudahh.. haha)..

Nak join churpchurp, sign up sini.


Tuesday, July 31, 2012

Akhir bulan masa sesuai cash out pendapatan online yg boleh di-cash out ;)





Walaupon nilainya tak sebanyak blogger-blogger lain, 
Tapi tetap rezeki kan.. alhamdulillah..

Tuesday, February 14, 2012

Blog ni parenting blog ke?


Huggies Dry Comfort?? ;)

Apapon, thanks Nuffnang.


Friday, September 30, 2011

Nuffnang: Second Cashout



setelah menunggu sekian lama, berjaya jugak cash out earning nuffnang. churp-churp lak tunggu masa jugak. alhamdulillah. walaupon tak banyak, tapi tetap rezeki kan ;) 

thanks nuffnang. sila bagi BE banyak2 ye ;)



Wednesday, March 16, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa.. bukan Mahasuasa ;p

Semalam berjaya juga menggunakan hadiah birthday dari Nuffnang :)


Bagi yang tak tahu, aku dapat 4 tiket wayang TGV. Movie boleh pilih sendiri nak tengok cerita apa janji jangan 3D or couple seats. So, memandangkan aku dah terlepas nak tengok Merong Mahawangsa dengan BeautifulNara, so pilihan teratas mestilah Hikayat Merong Mahawangsa ;p


Since tiket ada 4..kalau ikut plan asal nak bawa 2 adik aku pergi tengok sekali tetapi tak sempat sebab sorang balik kampung, sorang lagi jauh tak sempat nak pergi ambil..hihi.. So, laki aku telah mengajak ofismate dia, Luke dan Lis, gf Luke. Luke pon beria-ria nak tengok cerita ni...




Boleh tahan lawak jugak ye Merong Mahawangsa ni kan.... kalau yang dah tengok tu, paham la kan.. Yang belum tengok, cepat-cepat pergi tengok.


Laki aku cakap cerita dia boleh tahan juga. Dia cakap lagi best dari Puteri Gunung Ledang. Bajet pon RM8 juta tu. Memang kreatif Yusry... Memang tak salah aku minat dia sejak kecil...hahahaha.. bertambah-tambah la minat aku kat dia.. hihi.


Cerita ni cerita sejarah. Rasanya, makin ramai akan cari pasal hikayat ni. Bagus jugak kan.


Ok, ni aku share sikit sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa ni..



Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.


Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. 


Source: donnyien.com

Wednesday, March 9, 2011

Finally... BE berjoget-joget juga di blog ni...



Aku suka aku suka... Hanya orang paham je akan mengerti.. hahahahaha..

Tuesday, March 1, 2011

Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari.. Ye Dok?

Semalam my sayang manage to go to KL dan redeem my birthday gift from nuffnang ie 4 tiket wayang dari TGV. yeay!! Last day tu pergi redeem sebab kalau birthday bulan 2, sampai akhir bulan 2 je boleh redeem. Aku dah cuak sebab ingat tiket tu expired 28 Feb jugak.


Rupa-rupanya...




expired date ialah 15 Mac 2011. So, still ada 2 more weeks nak decide nak bergedik gedik di panggung wayang TGV. Sapa-sapa yang prihatin, sila bagi suggestion nak bagi tengok movie apa. 3D tak boleh ;(


Oh ya, cakap pasal tiket wayang, aku ada menang another contest from Tupai. Aku menang 2 tiket cite Beastly. Yang bestnya, kami akan menonton movie ni 2 days before movie ni ditayangkan ke seluruh pawagam di Malaysia. Harap-harap ada masa nak pergi tengok sebab sebelum ni dah 2 kali burn tiket wayang free. Dua-dua from Mangga Ads.


First Income From Nuffnang and ... (dot dot dot)

Semua benda yang pertama kali sangat sweetttt kan. Especially, benda yang best kan. Dalam kes ni, aku dapat first income dari Nuffnang. Bukan senang tau nak kumpul bagi lepas limit nak cash out. Yelahhh, aku ni berblog bukan sebab nak tarik trafik cuma nak merasa tempias dunia blog jeeee...hahahaha..


Tapi dah alang-alang ada blog, letak la sekali iklan nuffnang, mana tahu sangkut rezeki dari situ kan. Orang kata, sambil menyelam minum air. Sapa kata tak boleh buat 2 kerja dalam 1 masa. Kalau kita pandai dan bijak ambil peluang, kenapa nak lepaskan kan kan. Unless memang korang tak minat langsung nak cuba.


Presenting my 'on the way' income or cheque from nuffnang.


Ni baru payment advice.. The cheque mungkin 2-3 hari lagi sampai.
Bukan banyak pon. Thats why aku gelapkan, maluuuu ;) 
Tapi yang first tetap akan jadi kenangan tersweeeeettt kan. kan.


------------------------------------------------------------------

Dan aku nak juga shareeee


My Third Payment From Says.my or Youthsays




Kalau ada sapa-sapa nak tahu macam mana nak join says.my boleh personally email me ok :) 


Ni latest earning says.my aku. Ciput jeee pon. Insya Allah, kalau ada rezeki lagi, boleh cash out lagi akhir bulan ni. Syarat nak cash out macam nuffnang juga, kena capai RM50.




Dan sekarang, kebanyakan orang demam Heartbeat kan.. Ni semua penangan Mama Zharfan.. hehehe.. memang masyuk income HB Kak Suzie aka Mama Zharfan ni.. beratus-ratus tu. Aku ada buat tutorial pasal nak join HB ni. Kepada yang tak join lagi, jom la join


Last but not least, jom klik my HB bergedik gedik ni. ngeh ngeh






Friday, February 11, 2011

Birthday Suprise From TGV And Nuffnang For Me. TQ Nuffnang & TGV!!!

Rasa tetiba best je hari ni sebab Nuffnang nak bagi 4 tiket free dari TGV.


Baca cerita TGV Birthday Suprise for Nuffnangers dan korang akan faham... sebab aku antara nuffnanger yang bertuah tuuuuu.. it is sempena my next birthday.. dah esok pon.. hehehe..


Welcome to my life, 26! hahahaaaa





Tiket masih belum dituntut. Hari ni tak sempat. mungkin next week.. Tu pon, takut tak sempat gak. Tapi tak pe, masa masih ada. Apapon, terima kasih daun keladi Nuffnang and TGV, kalau boleh tahun depan nak lagi.

Monday, January 17, 2011

Terima Kasih Nuffnang

Semua orang suka cite pasal Nuffnang kan? Aku pon nak share gak pasal Nuffnang ni..


 Credit pic here.


Ok, sapa Nuffnang ni? Kepada masih yang tak tahu, secara ringkas dan padat, Nuffnang adalah sebuah komuniti pengiklanan blog. Secara panjang lebarnya, sila google..hahaha.. Bapak malas ehhh..


Since semua macam ala-ala bodek (opsss..hehehe) Nuffnang, aku pon apa lagi tumpang sekaki laa.. hehehe.. Bukan la bodek just kita semua nak share betapa kita semua berterima kasih kat Nuffnang yang bagi peluang kat kita generate income dari blog masing-masing kann.. Kalau tak, tak appreciate orang cakap. Ye dokkk?


Sampai hari ni, dekat 8 bulan jugak aku mula berblog. Agak lama laa jugakkk.. Niat awal-awal dulu nak menggedik je.. hehe.. Sambil-sambil tu, register Nuffnang. Dannn.. hasil jerit perih bertungkus lumus menjaga blog ni dengan bantuan Nuffnang, akhirnya aku layak meng-CASH OUT income pertama aku dari Nuffnang.




Seeeee.... my earning already more than RM50..  Belum cash out lagi.. Tunggu akhir bulan ni supaya takde la lama sangat aku tunggu cheque nak sampai. (nada excited tapi merendah diri sebab ciputtt je dapat..ni pon nak kecoh keeee). Dulu ingat tak mampu nak cecah RM50 tu tapi orang ckp, usaha tangga kejayaan.. hihihi.. Orang cakap lagi, yang pertama ni indah-indah belaka.. Maklumlah, ni pertama kali boleh cash out (tapi belum cash out lagi)...


Terima kasih Nuffnang.. Bila lagi nak kasi BE baru... hehehe ;p


*** Just catatan peribadi untuk pencapaian sepanjang ada blog ni. 


P.S: Apa kata korang try contest Milo ni. Hadiah best-best, 4 x Macbook Air 4 x iPhone 4 16GB 4 x iPad 16GB WiFi + 3G 5 x Sony PS3 320GB 3 x iPod Touch 32GB 5 x iPod Shuffle 2GB.





Saturday, December 18, 2010

Churp Churp Tu Apa?


Untuk pengetahuan korang semuaaa, Churp Churp adalah adik-beradik kepada Nuffnang, community of blog advertising yang pertama di Asia Pasifik.


Churp Churp ni adalah the latest community yang sangat glamer sekarang sebab Churp Churp akan bagi rewards kepada pengguna Twitter dan pengguna Facebook atas kesudian mereka share pelbagai special promosi dan campaigns serta latest events dengan kawan-kawan mereka.


Korang bukan sahaja boleh tweet or shout out dekat wall di FB, malah boleh blogkan pasal iklan-iklan tersebut. Selain tu, korang juga boleh letak sebagai status IM korang (instant messager daaa), dan juga email kepada kawan-kawan. Tetapi, semua ni tertakluk kepada terma dan syarat ye.. Bukan main suka-suka letak dan share ok. No SPAM please, kalau tak, terus kena banned.


Di samping korang dok promote kempen-kempen dan iklan-iklan diorang, Churp Churp juga ada menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti movie screening (dapat tiket wayang free tau), outing day for churpers dan macam-macam lagi. Cuba check dan go through their website ok.


Kalau yang agak familiar dengan Youthsays, korang akan lebih senang paham laa sebab konsep dia sama je cuma Churp Churp ni ada sedikit kelainan. Sama tapi tak serupa.. hehehe...


Antara iklan or campaign yang tengah hangat sekarang di Churp Churp ialah:

  1. CELCOM SALE Is Backkkkk!
  2. DiGi Youth K-POP Live
  3. The CELCOM GREAT SALE Is Up For Grabs!
  4. What BERRY are you? Let's get started TODAYY!
 
P.S: Setakat ni, earning aku baru RM1.60.. hehe..



Tuesday, November 23, 2010

Stop Child Abuse.



Masih ingatkah anda dengan kisah sedih di bawah...


credits to: Berita Semasa


Ini adalah salah satu kes yang sangat sadis dan menyedihkan. Meruntun jiwa kita membaca kisah ini hingga kadang-kadang kita terfikir, tergamak sungguh seorang lelaki dewasa (yang sepatutnya berperanan memberi perlindungan dan kasih sayang) melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini.


Kes penderaan kanak-kanak adalah antara isu paling hangat di dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini. Kalau kita baca paper, boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan baca kes-kes penderaan kanak-kanak, sama ada secara fizikal mahupun secara emosi. Penderaan kanak-kanak sudah menjadi sebahagian dari masalah dunia yang semakin membimbangkan.




    Sebagai seorang insan yang prihatin, kita haruslah sama-sama mencari jalan untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak ini.


    Pelbagai langkah dan tindakan boleh diambil oleh pelbagai pihak dalam mengatasi masalah ini antaranya:

    1. Penguatkuasaan undang-undang. Akta Perlindungan Kanak-Kanak bolehlah dikaji semula bersesuaian dengan keadaan semasa demi memberi perlindungan yang maksimum kepada mereka.
    2. Hukuman terhadap pendera kanak-kanak mestilah diperketatkan.
    3. Pendekatan dari segi agama. Kita semua percaya, setiap agama mengharamkan pengikutnya untuk melakukan keganasan, apatah lagi melakukan penderaan ke atas orang lain terutama kanak-kanak.
    4. Perlaksanaan kempen kesedaran oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan atau dikenali sebagai NGO.

    Dan yang terbaru....


    UNICEF, The United Nations Children's Fund - salah satu badan dunia yang menjaga kebajikan, menegakkan hak kanak-kanak sedunia telah melancarkan satu kempen, RAISE YOUR HAND, STOP CHILD ABUSE NOW!


    unicef


    Oleh itu, bersama-sama kita menyokong kempen UNICEF ini...


    Setiap orang boleh membantu mencegah penderaan kanak-kanak.


    GET ON BOARD TO STOP CHILD ABUSE!



    ***This entry is brought by me for nuffnang.

    Friday, September 24, 2010

    DiGi iPhone 4 Me


    24 September 2010, Digi, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia telah melancarkan iPhone 4 kegilaan ramai bersama-sama dengan pakej menarik untuk para pelanggan setianya.



    Best kan package yang ditawarkan oleh Digi ni kan? Tapi ada sebab lain lagi yang menyebabkan semua orang (termasuk aku) 'mereng' dan gila nak iPhone 4 yang terhangat di pasaran ini.


    First of all, mestilah sebab iPhone 4 di atas adalah terlatest dan terhebat setakat ini. Dengan function-function yang ada pada iPhone 4 ini, semua kerja jadi lebih mudah, lebih menarik dan lebih 'user friendly'. Dari segi 'features', reka bentuk dan aplikasinya semua telah diupgrade. Kalau sebelum ini, iPhone tiada video call, iPhone 4 ini menawarkan feature-nya yang terbaru, FaceTime. Tak sabar nak main video calling dengan encik suami sambil mata bertentang mata. *wink*wink*

    Kedua, reka bentuk iPhone 4  ini sangat interaktif beserta dengan skrin yang lebih efektif. Dengan resolusi yang lebih tinggi, semua koleksi gambar dan video jadi lebih 'sharp' dan lebih warna-warni. Kiranya, gambar akan nampak lebih 'hidup'. Best kan, kan...

    Bagi orang yang gila kamera macam aku ni, memiliki iPhone terlatest ini adalah peluang yang terbaik. Sebab apa? Dengan adanya kamera 5 megapixels dan disertai juga dengan flash LED yang memancar-mancar tanpa gagal, semestinya gambar-gambar aku akan jadi lebih menarik dan terang. Suka suka :) :) ;)

    Wah, nampaknya semua orang akan excited nak iPhone 4 ni kan sebab paling utama iPhone 4 dah ada video calling atau istilah 'orang Apple' ialah FaceTime. Yahooo... Tidak lupa, masa berbual menjadi sehingga 40 peratus lebih lama hasil 'kemantapan' baterinya. Wow.

    Konklusinya, kehadiran iPhone 4 ini sangat ditunggu-tunggu oleh aku dengan kehebatan 'features' terbaru dan terkini, processor yang lebih pantas dan mantap dan 'longer battery life'. Lagi satu, lagi best kalau Digi sponsor 'casing' kuning buat bakal iPhone 4 aku. *wink*wink*


    P.S: Siapa nak iPhone 4 for free? Jom join contest Nuffnang.

    Wednesday, July 7, 2010

    Nuffnang VS Youthsays

    Aku baru je berjinak-jinak dengan dunia blogging. Mula-mula aku tak suka sangat nak mengarang, nak share cerita-cerita dengan orang tak kenal ni. Biasanya kalau ada gossip terbaru just kawan-kawan sekitar dan yang berkenaan je tahu dan akan diupdate. Tapi dalam tak suka nak blog sendiri, aku suka sangat curi baca blog orang. more to silent reader la. Tak pernah komen, tak pernah klik iklan ke, apatah lagi nak hulurkan salam kat chit chat box tu T_T. Al-maklum lah aku ni pemalu orangnya. Hihihi.

    Setakat hampir 2 bulan aku berblogging ni, aku cuba la jugak korek-korek ilmu blogging dengan otai-otai blog. Ada jugak join komuniti macam Kelab Blogger BEN ASHAARI dan GengBlogger.


    Bila aku dah selalu skodeng blog-blog orang lain ni, aku tahu actually diorang boleh buat duit sambil-sambil blogging. Aku memang excited sikit kalau bab-bab duit ni. Gelap mata. Hehe. Caranya dengan letak iklan kat blog kita. Yang paling glemer mesti lah NUFFNANG. Kebanyakan blog yang aku lawati, memang cakap syarikat pengiklanan terbaik adalah NUFFNANG. So sudah semestinya aku mencuba nasib dengan meletak iklan-iklan skyscrapers, leaderboard kat blog aku ni. Hehe.

    Malah, dengan berdaftar dengan NUFFNANG ni, korang senang nak monitor serba sedikit visitor blog masing-masing. Aku memang suka tengok Analytics, Came From dan semua la function yang ada kat NUFFNANG tu. Tapi paling best la mesti la tengok Earnings kan. =)
    Selain NUFFNANG ni, kira-kira setahun yang lepas, aku pernah join komuniti Youthsays. Youthsays ni satu platform untuk bagi reward kepada golongan dalam umur 15-35 tahun. Kita akan dapat peluang untuk memperolehi reward (duit laa..apa lagi...Hehe) melalui beberapa cara contohnya dengan buat online survey, online advertising dan beberapa lagi cara. Yang selalu aku join ialah buat survey dengan advertising tu la. Memang masyukkk.. Aku pon baru aktif balik Youthsays ni sebulan-dua ni je.


    Cuma yang tak syoookkk kat sini, pihak NUFFNANG akan melucutkan beberapa keistimewaan jika kita promote link pasal Youthsays ni kat blog yang kita letak iklan mereka. Tu yang aku tak suka. Tapi setelah difikir-fikir, aku terus setia dengan NUFFNANG aje. Kalau Youthsays tu aku banyak promote kat FB aku. Pernah aku promote link Youthsays, terus diorang tukar status geli-geli aku jadi ordinary. Tak nak! Tak nak! Penat tau kumpul buffered earning tetiba jadi separuh. Adoooiii..

    Konklusinya, aku setia dengan NUFFNANG di blog aku, Youthsays di FB aku. Ok ape, dua-dua jalan dan masyukk.

    P.S: Aku nak juga letak Innity ads tu kat blog ni, tapi takut status geli-geli aku ditarik.. ye ke kena turun pangkat jadi Ordinary? Sape-sape tahu tak?
    Related Posts with Thumbnails