Tuesday, November 23, 2010

Stop Child Abuse.



Masih ingatkah anda dengan kisah sedih di bawah...


credits to: Berita Semasa


Ini adalah salah satu kes yang sangat sadis dan menyedihkan. Meruntun jiwa kita membaca kisah ini hingga kadang-kadang kita terfikir, tergamak sungguh seorang lelaki dewasa (yang sepatutnya berperanan memberi perlindungan dan kasih sayang) melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini.


Kes penderaan kanak-kanak adalah antara isu paling hangat di dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini. Kalau kita baca paper, boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan baca kes-kes penderaan kanak-kanak, sama ada secara fizikal mahupun secara emosi. Penderaan kanak-kanak sudah menjadi sebahagian dari masalah dunia yang semakin membimbangkan.




    Sebagai seorang insan yang prihatin, kita haruslah sama-sama mencari jalan untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak ini.


    Pelbagai langkah dan tindakan boleh diambil oleh pelbagai pihak dalam mengatasi masalah ini antaranya:

    1. Penguatkuasaan undang-undang. Akta Perlindungan Kanak-Kanak bolehlah dikaji semula bersesuaian dengan keadaan semasa demi memberi perlindungan yang maksimum kepada mereka.
    2. Hukuman terhadap pendera kanak-kanak mestilah diperketatkan.
    3. Pendekatan dari segi agama. Kita semua percaya, setiap agama mengharamkan pengikutnya untuk melakukan keganasan, apatah lagi melakukan penderaan ke atas orang lain terutama kanak-kanak.
    4. Perlaksanaan kempen kesedaran oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan atau dikenali sebagai NGO.

    Dan yang terbaru....


    UNICEF, The United Nations Children's Fund - salah satu badan dunia yang menjaga kebajikan, menegakkan hak kanak-kanak sedunia telah melancarkan satu kempen, RAISE YOUR HAND, STOP CHILD ABUSE NOW!


    unicef


    Oleh itu, bersama-sama kita menyokong kempen UNICEF ini...


    Setiap orang boleh membantu mencegah penderaan kanak-kanak.


    GET ON BOARD TO STOP CHILD ABUSE!



    ***This entry is brought by me for nuffnang.

    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts with Thumbnails