Monday, March 17, 2014

Pengalaman Diet Atkins.

*09/03/2014*

Salam korang.

09/03/14, genap 56 hari aku berDA.
Official date aku start on 13 Januari 2014.
Tapi dalam tempoh 56 hari tu, ada hari aku cheat. Cheat yang agak 'berat' la maksud aku.
Kalau setakat makan anggur sebijik ke, keropok sekeping tu, cheat 'kecik' hahaha.
Cheat 'berat' ni bagi aku, makan nasi ke, makan kek 1 slice ke, makan fries yang separuh pinggan ke.
Kandungan carbs dan gula yang memang tinggi.


Apa aku boleh cakap, alhamdulillah memang DA ni sesuai dengan aku.
Sebelum ni aku bukan tak pernah diet, cuma tak senekad kali ni.
Pastu mungkin ilmu tak cukup sangat, so hasil dia macam tak memberangsangkan sangat.
Aku ni memang jenis suka makan nasi.
Kalau pergi makan mana-mana, nasi memang main choice aku, especially with lauk-lauk kampung.
Ada ikan panggang tawar, ulam dengan budu pon aku boleh makan nasi bertambah.
Kalo ada ikan patin masak tempoyak, kari kepala ikan, nak kata apa, lagi suka.
Tapi jarang la aku makan lauk macam tu. Most of the time, lauk ringkas je.
Lagi satu aku gila ulam especially petai.
Kalo dah takde sangat, kobis pon boleh jadi ulam.
Pendek kata, macam nama blog aku la, aku memang suka petai dan budu. Pastu dalam budu tu letak durian fresh, confirm nasi bertambah-tambah.
Adik-beradik aku pon jenis 'pemakan'.
Kitaorang kalo masak, takdenye skit-skit.
Contoh, kalau masak tomyam. Penuh satu kuali/periuk besar.
Dalam tu confirm ada udang, ayam, sotong dan fishball, kobis bunga berlambak-lambak.
So, aku memang jenis masak portion besar la. Awal-awal kawen dulu, aku memang susah nak bajet nak masak banyak mana. Aku rasa, kalo masak skit, takut tak cukup.. hahaha. Nampak sangat makan banyak ;)


Setelah aku cuba macam-macam jenis diet, aku rasa DA ni paling 'senang' nak follow, nak istiqamah.
Tapi dalam masa yang sama, aku berperang sangat dengan diri sendiri sebab DA ni diet low carbs.
DA ni ada beberapa level/fasa/stage.

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Dan pengambilan carbs tu bergantung pada kita kat fasa mana.
Untuk yang awal macam aku ni, DA dimulakan dengan fasa 'INDUCTION'.
Jumlah max carbs yang boleh diambil untuk induction level hanya 20g sehari.
Walaupon low carbs, segala mak nenek datok carbs dilarang amek sama sekali ok.
Low carbs yang dibenarkan tu datang dari certain food macam sayur.
Walaupon sayur sumber protein, tapi still ada sedikit (sikit sangat) carbs. Bukan semua sayur, tapi certain-certain sayur tapi sangat rendah.
20g tu lebih kepada kandungan carbs/gula yang tersembunyi dalam food kita ambil.


Aku rasa DA ni macam senang la skit untuk aku yang suka makan ni.
Sebabnya, aku boleh makan semua jenis food - except carbs dan gula.
DA ni kena perbanyakkan makan protein. Most of the choice adalah protein la.
Nak makan lemak pon boleh. Lagi syokkk hahaha.
Tapi apapon, bersederhana la.
Janganla mentang-mentang boleh makan semua except carbs, semua ko bantai macam sehari tak makan.
Tak boleh jugak.


Macam aku, memang aku lebihkan masa lunch.
Pagi-pagi, aku amek simple je - 2 biji telor masak separuh, kenyang sampai lunch time.
Kalo rajin, aku akan buat salad dan goreng sosej.
Sosej boleh makan sebab kandung carbs dia rendah tapi depends pada brand la.
Brand yang disyorkan, brang Ramly tapi tak digalakkan sangat process food ni.
Kalu boleh elak, elakkan. Kalo tak, makan berpada-pada. Setakat 2 ketul, ok lagi.


Tengahari plak, aku pergi tapau je, kadang-kadang makan kat kedai.
Setakat aku berDA ni, aku belum pernah masak lagi bawak bekal.
Sebab macam takde idea nak masak apa hahaha (alasan).
Aku plak jenis amek/makan banyak lauk sejak berDA ni.
Confirm aku tapau 2-3 jenis lauk dengan 1 jenis sayur.
Cuma yang tak bagus tapau kat kedai ni, kita tak dapat nak agak berapa gram dah carbs kita dah amek.
Kita pon tak tahu ada gula ke dalam masakan tu.
So kalo nak 'clean food', better masak sendiri. Lagi sedap dan murah.


Ni nak share antara menu yang aku makan sepanjang berDA.

Ayam goreng + salad


Sosej + salad


Grilled lamb + sosej + salad


Kalo yang atas, layan tekak omputih, bawah ni layan tekak melayu la plak.

Ikan tongkol singgang.
Rupa memang tak semenggah, tapi rasa kebabom hahahah puji diri sendiri nampak.
Hirup kuah sampai titisan terakhir. Ikan tongkol tu tongkol hitam yang lembut tu.


Tomyam campur.


Siakap stim limau


Ada lagi menu-menu yang aku masak, tapi malas nak amek gambar. 
Aku tunjuk apa yang ada je.


Aritu aku kena pergi site. So macam pening plak nak makan apa.
Selalunya aku akan cari western food.
Sama ada, grilled chicen chop ke, lamb chop ke, steak ke.
Tapi fries jangan la makan. Cuba tukar fries tu dengan coleslaw/salad yang lebih menyihatkan dan 'halal' DA.
Air memang aku amek air masak.
Aku memang kureng skit air manis-manis ni. Ada minum, tapi takpe kalo takde.
Ada la time datang mengidam nak minum 100 plus ke, coke ke, tahan je la haha.


Bawah ni plak menu yang aku tibai kalo lunch kat ofis.



Subway. Ni makan kat rumah.
Amek salad + ayam teriyaki + cheese. SEDAP :)



Alhamdulillah, setakat ni berat aku dah hilang hampir 10kg. Tak sangka usaha aku hampir berjaya.
Tapi aku masih ada 5-10kg nak diturunkan.
Kalo dapat turun lagi 5kg pon aku dah bersyukur.
Masa ni cabaran lagi kuat.
Perasaan malas pon membuak-buak haha.
Konon, dah berjaya la. Sedangkan panjang lagi perjalanan.
Sebab apa panjang, sebab cabaran akhir-akhir ni makin kuat.
Lusa aku nak kena outstation ni. 4 hari ok.
Aku dah terpikir-pikir dah nak makan apa.
Kalo kat rumah senang, tak tahu nak makan apa.
Aku buat je telor masak separuh tu.
Takpon goreng ayam, ratah.
Takpon buat salad, telan.
Takpon minum air masak, bergelas-gelas.


p/s: Segala perkongsian ini berniat baik. Melalui blog jugak aku tau pasal DA. So kalo rasa nak try, boleh la google cari info. Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor. Tak semua orang sesuai dengan DA ni, depends pada our body.


12 comments:

  1. Assalamualaikum. wahh bestnya tengok menu atkins. terliur pula. hihi. semoga dipermudahkan urusan kamu. hehe jaga diri baik2 ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sheila.. kalo pandai pelbagai kan menu memang best.. tapi aii is malas hahaha. tq ye sheila.

      Delete
  2. Hai.. salam kenal.. pernah jugak Alycia terbaca pasal diet atkins ni tp tak pernah try. cuma suka tgk menu yg macam2 tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kak,, salam kenal.. boleh la nak try diet ni.. so far saya ok la diet ni sebab boleh makan macam2 hahaha..

      Delete
  3. syimaaaa tahniah...wehhh ak xjadi la nk DA ni sb gastrik pa ceroh hahhaa....las2 wak bodo make pa cerohhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tq tq.. tapi perjalanan masih jauh.. aku target 5kg lagi.. tak tahan doh nk makan nasi nih hahaha.. kalo mu x sesuai nga DA ni, try diet lain.. mungkin kurangkan portion makanan dulu.. slow2.. insya Allah

      Delete
  4. wooooooooow.. CT pun macam tertarik ngan DA ni. dah join group kat facebook tapi still dalam process belajar..

    ReplyDelete
  5. Pernah cuba mse nk kwin dlu..klu kita bersenam lg cpt trun..tp dugaan tgk nasi tg x tahan tu..hehe

    ReplyDelete
  6. Hi. You lost 10kg dalam berapa bulan eh? And ada exercise tak? Mind sharing? Thanks :)

    ReplyDelete
  7. Wahhh..terinspirasi rasenyer ..
    klu berat bdn kite dh ideal kan..cnthnyer bmi 20..
    tp still nk bwt diet atkin ni bleh kan...?

    ReplyDelete
  8. Salam awak, berapa lamae awak amik masa turun 5-10kg tu. Awak rasa pening tak buat diet atkins ni? Saya penah try dlm 2 hari tapi rasa cm nak pitam. Mgkin jugak sbb saya HB rendah. Tapi saya perlu diet kot sbb skrg berat badan naik mendadak entah kenapa. Maybe faktor usia, metabolisme rendah. Bersenam pun takde kurang beratnya. Pokok pangkal bermula dari cara pemakanan jugak kn.

    ReplyDelete
  9. Tumpang tny. Kalo nk amik sikit bnda yg dilarang boleh ke. Cth , bebuka puasa kan. Pastu amik sebijik kuih buah melaka ke. Sebijikkkk je.. effect sgt x πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails