Showing posts with label Mee Udang. Show all posts
Showing posts with label Mee Udang. Show all posts

Saturday, March 8, 2014

From Taiping To Simpang Ampat To Taiping To KL & Bihun Udang Super Special.

Salam korang.

Cite masak seafood tu semua aku extend ke next entry la ye :)
Sebab ada skit lagi nak cite sebelum balik KL hehe.


Lepas kitaorang siap beli seafood tu semua, kitaorang singgah sekejap kat opis boss Apis tu.



Ada makan-makan skit untuk celebrate student yang final exam aritu.
Tapi gambar food takde. Segan weh nak pergi snap hahaha ;)




Lepas selesai, decide nak lajak ke Simpang Ampat, Seberang Perai :)
Saje nak pergi buat lawatan ke rumah Emma :)
Emma, thank you ye sudi sambut kedatangan aku dan Apis hahaha.
Aku lupa weh nak snap gambar nga ko. Tu la kejap je jumpa, ko nak pergi mesyuarat kat tadika. Tak sangka dah mak-mak sangat ko. Pergi meeting anak sekolah hihi.


On the way ke arah Penang. 


Kitaorang ikut jalan kampung je. Malas nak ikut highway.
Cepat jugak sampai. Dekat je rupanya Taiping nga Penang.
Masa on the way tu, lalu Parit Buntar. Tak salah Nieza dok kat Parit Buntar kan.
Tapi segan la plak nak contact, sekarang orang tu dah jadi blogger femes.. aku tokse tupe populariti mu, Nieza hahaha.. insya Allah lain kali ye.


Lepas lepak rumah Emma kejap, patah balik ke KL.
Tapi, kitorang decide nak singgah Taiping sekali lagi sebab...


Nak pekena mee udang sekali lagi :):)
Masih port sama, Salleh Stall mee udang Port Weld.
Kali ni order bihun plak. 


Bihun udang super special, rm18.
Nampak tak udang tu? nak sama besar dengan mangkuk dah kan.



Apis order kuey teow goreng dengan telor mata, takde udang.
Tak ingat berapa, tapi rasanya tak sampai rm5 pon.



Selesai menternak lemak kali terakhir kat Taiping, kami teruskan perjalanan balik KL.




Insya Allah, panjang umur murah rezeki, jumpa lagi Taiping.
Mana tau rezeki nak pegi Pangkor plak lepas ni.



Saturday, March 1, 2014

Bercuti (Sambil Bekerja) di TAIPING.

Salam korang.

Aku baru balik Taiping, follow Apis outstation kat sana.
Banyak ni nak share. Cite sama, tapi experience tu lain-lain :)


Tahun ni tak pergi jalan mana-mana lagi. *sedih* hahaha.
Trip ke Jogja, kena cancel. *doublesedih* *nangisbetulbetul* HUHUHU.
Memang tahun ni, semua trip especially ke luar negara, dibekukan buat sementara waktu. *Pasrah*
Terpaksa pandang sepi je la free seat AA sekarang ;(


Tapi, Allah Maha Mendengar. Rezeki datang tak kira masa. hikhik. Poyo sekejap hahaha.
Tetiba Apis kena outstation ke Taiping lagi. Aku apa lagi, nak follow pls nak follow pls.
Aku memang suka Taiping. Pergi berkali-kali pon aku OK je.
So ada aku kesah kalo orang tanya apalah yang best sangat Taiping. Bandar lama tak menarik.


Best apa Taiping.
Ada mee udang femes satu Malaysia.
Ada Zoo Taiping yang siap ada safari night.
Ada Lake Garden yang saujana mata memandang.
Ada Bukit Larut, tempat paling lembap di Malaysia - sejuk dan nyaman, dah ala-ala Cameron Highlands. Ada banyak lagi makanan yang sedap-sedap.
Ada yong tau foo and char kueh teow.
Macam mana aku suka balik kampung, macam tu la suka aku nak pergi Taiping. Tak tahu la kenapa.


Kalau balik kampung, mesti nak pergi Pengkalan Kubor, walaupon tak shopping.
Kalau balik kampung, mesti nak pergi Pantai Sri Tujoh, walauponsekadar minum segelas air kelapa.
Kalau balik kampung, mesti nak pergi Pantai Geting, nak makan binatang-binatang laut celop tepung ;)
Kalau balik kampung, mesti nak pergi pasar basah, nak tengok pasar, tengok suasana orang beli barang dapur, barang basah.
Kalau balik kampung, mesti nak makan belut.
Kalau balik kampung, mesti nak makan mee celup.
Kalau balik kampung, mesti nak makan mee cambol.
Banyaknya benda nak buat.
Sama macam nak pergi Taiping.


Aku terpaksa ambil 3 hari cuti sebab nak follow Apis ni. To be exactly, 2 days and half. Half day tolak replacement leave.
Takpe, memang la rugi amek banyak sangat cuti kan. Bukan nak holiday betul-betul kan.
Tapi kita tak tahu masa depan.
Dulu aku selalu pikir, nak save cuti untuk masa depan. Tak salah pemikiran macam tu. Kalo ada plan awal, apa salahnya nak save. Tapi kalau takde plan, why not just go with the flow. Grab je opportunity yang ada kat depan ni. Yang dah memang dah confirm. So, tak rasa rugi pon :)
Apis siap tanya banyak kali betul ke nak amek cuti ni?
Aku cakap, bos dah approve dah cuti ;)


Ikut orang keje ni memang la boring. Tapi aku OK je, as long as ada internet dan TV.
Lagipon, tempat Apis pergi tu, dekat je nga hotel. Time lunch, dia balik.
Petang, dia bawa aku keluar pusing Taiping. Spend masa bersama. Share cite sama-sama. Banyak je cite dulu-dulu terungkap hahaha.


Macam biasa, petang fist day tu nak pekena mee udang kat Kuala Sepetang.
Apis tak makan mee udang sebab dia alergik udang tapi sanggup layan nafsu makan aku hahaha.
Tapi kali ni, kawan Apis yang baru kerja kat Taiping tolong bawak dan belanja sekali.

*ehsan google* 


Korang tengok udang dia. fresh dan besar-besar ok.

Mee udang special.


Lepas melantak mee udang, hati dah happy. Puas weh makan udang fresh, besar lagi.
Perjalanan diteruskan pusing-pusing bandar Taiping sampai ke Kamunting.
Tengok kem askar, nampak Tesco Taiping, Taiping Sentral, Stesen Keretapi Taiping yang baru.
Satu habuk aku tak amek pic sebab dah gelap, dah masuk maghrib. hehe


Pastu diorang hantar aku dan Apis balik hotel.
Aku ajak Apis keluar balik, ronda-ronda lagi.
Selagi tak pergi makan yong tau foo Taiping macam tak puas je hahaha.





Tapi aku order sotong kangkong je.
Kenyang lagi makan mee udang. 
Pastu order dessert.


Banana split.


Ok, kalo nak pergi makan sotong kangkong ni, nak makan yong tau foo Taiping, boleh on waze cari balai bomba Taiping sebab medan ni kat belakang balai bomba je. Insya Allah tak sesat.


So first day tu balik la kami ke bilik hotel dengan perut buncit hahaha.
Mata dah layu...


p/s: Hancusss diet aku huahuahua.

To be continued...



Thursday, February 27, 2014

I am in Taiping Now :):)

Salam korang.

Nak bagitau aku kat Taiping sekarang :)
Dok dalam bilik hotel tunggu Apis balik nak jalan-jalan ke Tasik Taiping nanti.
Sampai Taiping malam semalam.
Petang semalam dah pergi melantak mee udang Port Weld. Mee udang Mak Jah tutup semalam.
Kawan Apis yang bawak, dia belanja. hahaha.



Mee udang special, rm13
Mee udang Port Weld @ Salleh stall since 1956.


Udang dia memang fresh, terbaik wok. 
Kalau amek yang super special lagi gabak udang dia.
Aku memang prefer mee udang kat sini compare to mee udang Mak Jah, sebab Mak Jah punya kuah manis skit. Kuah dia rasa lain. Tapi kalau ada udang fresh dan besar gini, mana-mana pon aku tak kisah. hahaha.


OK la, bye bye..


Friday, August 30, 2013

Mak Teh Mee Banjir Udang @ Kuala Sepetang

Salam uols..


Semalam kan aku dok cakap nak makan mee udang kan.. lepas encik suami settlekan keje dia, apalagi terus ke Kuala Sepetang.. kali ni aku try kedai lain plak, dulu pernah try mee udang Mak Jah yang memang famous masuk paper masuk TV tu dan pernah jugak try mee udang Port Weld.. so kali ni aku singgah kedai nama Mak Teh Mee Udang Banjir..





kali ni aku saje order bihun mee udang.. 
semangkuk ni RM10.. udang saiz sederhana..
ada harga RM6, RM10, RM12..
yang pasti, udang menang banyak dan fresh..




Bila entah encik suami snap.. nasib bukan tengah nganga hahaha... kalo tak, buruk benor hahaha..


ok dah nak check out hotel ni.. 

Related Posts with Thumbnails