Showing posts with label jakarta. Show all posts
Showing posts with label jakarta. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Kenangan Percutian: Jakarta & Bandung Julai 2009

p/s: ini entry untuk kenangan percutian. cerita dah basi. kalau nak baca, silakan. tak nak, tak paksa ;p


Trip ke Jakarta ni sebenarnya dirancang lebih awal, if i'm not mistaken, akhir Nov 2008 sebab masa tu free seat Air Asia. we managed to get 3 free seats for me, eena and emma just ONLY RM70 return ticket each. gila murah. masa tu, aku kalut nga eena dok berGTalk bagai nak deal nak pergi bila dan berapa lama. Thanks to emma for all the accomodations especially rumah. disebabkan kakak emma, kak ejah kahwin dengan Indonesian dan ada rumah kat Jakarta, kami tak payah susah2 pikir nak stay kat mana. save budget. hehe.


But, dekat2 nak pergi (dah lupa bila), mak dan ayah emma nak ikut. so, jadi semua 5 orang. sebab secara tak langsung trip ni jadi trip emma nak shopping kahwin. Dan masa mula2 beli tiket memang nak pusing Jakarta je. tapi since emma dan her parents memang busy dengan shopping barang kahwin sampai kami (me and eena) pening tengok lace, emma suggest to us untuk pergi Bandung. aku dan eena macam ye ker... boleh ke kami dua orang pergi Bandung. lagipon, 2 hours from Jakarta. emma cakap rugi tak pergi.



waiting for taxi. ayah emma tengah aim taxi yang best untuk kami. masa ni nak pergi majestik.



can you spot "DI JUAL HE WAN QURBAN?" hahahaha.




es podeng. sedappppp
paling bawah - jeli (ye kee), atas sikit kaler hijau, avocado - sedappppp, atas avocado, ais krim campur coklat bagai - yummy..



having our lunch or dinner. tak dapat recall. ni dekat plaza indonesia. kat indo, korang tak boleh suka2 nak makan kat tepi jalan. make sure kedai tu kedai yg proper.. maksud aku, kedai yang terbukti bersih dan halal. kalau tak, encik toilet akan jadi best friend.

 gedik2 session



hari ke 2. target nak terjah mangga 2 dan tanah abang. first time aku try naik bus ala-ala LRT kat Malaysia tu. tak best ;) tapi seronok. pengalaman berharga tu. sepanjang journey tu, memang nampak ramai gila homeless. kesian gila especially kids. 






mie kolok + soda gembira. memang gembira lepas minum air ni sebab dahaga sangatttt ;p




breakfast aku sepanjang 2 hari kat bandung. bubur ayam. sedap sebab aku demam. korang bayangkan, sepanjang kat Bandung aku demam. makan pon tak lalu. Yang berselera hanya SHOPPING. kopak duit aku. semua benda aku nak beli kat Pasar Baru tu. kat outlet2 aku beli t-shirt, cardigan, blouse, 2 kasut, jeans,, kain pasang ya ampun banyaknyaa.. ni tak termasuk ole2 untuk adik beradik, ibu bapa dan kawan-kawan.. hahahaha..


 

Rumah Mode. 



Paris Van Java 


aku shopping bra La Senza dgn t-shirt Polo kat sini. sale beb. masa pegi Paris van Java ni pagi, so, eena ajak pergi malam pula sebab orang cakap Paris ni cantik waktu malam sebab banyak lampu.. hehe.. tapi disebab ahkak ni demam, maka tidak larat den nak pergi lagi.. sorry eena. sebab aku demam, ko terlibat sama tak leh pergi paris van java malam.


Oh ya, lupa nak habaq, aku dan eena pergi Bandung ni naik van. van ni kira ganti bas la. memang selesa. hanya 5 penumpang je eh ke 7 sebab sorang akan dok depan sekali dengan driver. selebihnya dok belakang. tapi selesa. seat dia macam seat bas. harga tiket memang murah tak salah aku, Rp 70,000. memang berbaloi. siap ada bantal lagi. nama van service tu, cititrans. aku simpan lagi kot no phone diorang..nak keee? hehehe.. atau korang klik cititrans tu terus link ke website dorang.



ni la van tu. yang kami naik ni yang kat cawangan Fatmawati. dia ada banyak cawangan.



apapon, aku mmg suggest kat korang kalau ke jakarta, pergi la bandung sekali or vice versa sebab bandung dgn jakarta jarak dia hanya 2 hours perjalanan. sepanjang perjalanan, view memang cantik. tapi tak ambil la pulak gambar sebab kamera dengan eena. eena asyik tido je.. hahaha.




 ni brg2 shopping yang belum dipack dlm bag masing-masing. eena saje interframe. 




bukti ke-sukses-an kami shopping di bandung. dekat jakarta aku dan eena tak beli apapon cuma banyak berhabis utk makan. sila tengok paperbag kartika sari itu, itu semua my brownies. hahaha. yang sakan shopping di jakarta hanya emma.



Insya Allah, kalau dimurahkan rezeki nak ajak my hubby pergi pula ke Bandung. lepas tu, nak ajak eena dan emma pergi ke tempat lain pulak. thanks emma, parents emma, kak ijah, niko, parents niko, saudara mara niko atas semua accomodation masa kat sana. eena, thanks kat ko sebab jaga aku masa kat bandung. 


Related Posts with Thumbnails