Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Alor Setar Again... and Penang Mali...

Salam...


Macam tajuk kat atas.. kami ke Alor Setar lagi 2 minggu lepas.. tapi kali ni pergi sebab kenduri adik aku, Syila di Kuala Kedah.. umah cik abe dia kat Kuala Kedah.. Alor Setar dengan Kuala Kedah sekangkang kera je hahaha.. eh bukan, rasanya 10 minit je kot naik keta.. 


Jumaat tu 7 Jun tu aku amek cuti khas untuk perjalanan ke Kedah.. padahal kalo nak kira boleh je tak cuti, lepas balik keje terus bertolak.. tapi aku tak sanggup nak hadap jem tu maklumlah cuti sekolah, confirm2 orang utara nak pakat balik kampung, nak pergi holiday.. biarlah aku scarifice cutiku sehari.. pergi pagi Jumaat dengan makcik and my cousin, Nurul.. encik suami yang drive orang lain jadi mem.. family aku yang lain bertolak from kampung.. family in-law aku pon pergi jugak cuma dorang pergi awal sehari.. masa aku otw ke Kedah tu, diorang dah ada kat sana.. sejam sekali call tanya dah sampai ke belumm.. parahhh hahaha..


Kami sampai Kuala Kedah around 3 petang tak salah dah lupa.. family aku dari kampung sampai awl 2,3 jam.. tak ramai pon yang datang 3-4 keta jela from kampung.. Syila sewakan homestay area umah husband dia.. dekat sangat nga rumah pengantin.. hehehe.. homestay tu leh tahan gak.. satu rumah ada 3 bilik, sewa dua rumah.. setiap bilik ada aircond, cuma tak semua ada fridge.. umah aku dok, ada fridge.. umah satu lagi takde.. tapi takpe saling menumpang apa yang patut.. tak banyak barang pon.. cuma ada cuppies untuk diberi kepada orang Kedah.. hehehe.. 


Petang tu sempat la pergi cari ikan masam.. rasa dia lain skit dari ikan masin.. aku peminat ikan masin, ikan masam, ikan pekasam segala mak nenek.. ko bagi nasi panas2 makan dengan ikan masin pon aku berselera je haha.. so haruslah tak melepaskan peluang kan.. kitaorang beli area Kuala Kedah tu la.. tak salah area tempat 'angkat ikan' tu.. lagipon harga dia lagi murah dari Pekan Rabu.. sorry lupa plak snap pic ikan tu.. balik dari beli ikan masam, singgah pasar malam kat area taman perumahan tu plak.. adik ipar dok kat Taman Bersatu.. syok jugak la round2 pasar malam tu.. dan paling best, semua murah2.. compare dengan my place kat kelate pon aku rasa sini lagi murah.. serius murahhhh especially makanan..


Malam tu tak pergi mana2 pon.. aku lepak layan tv je.. encik suami dengan biras dia keluar minum.. pastu bawa balik somtam (kerabu betik) dengan pulut mangga.. sedappp :)



Esoknya, sempatla ke Pekan Rabu.. geng mak2 nak shopping.. hehehe.. aku beli ikan pekasam.. pastu masa  sampai umah KL, ikan pekasam tak dapat dikesan, mana aku letak ntah lerr.. tak dak rezeki orang kata.. 


Then tengahari tu, pergi kenduri Syila.. orang kelantan cakap pergi 'ngatar'.. aku suka dress merah tu cuma tang tudung tu mcm tak kena.. kalau pakai shawl lagi menyerlah rasanya.. hahaha pandai aku mengomen... apapon alhamdulillah semua dah selamat.. 

From left: my cousin- Nurul, my auntie -CikNi, pengantin, my Umi, and my jiran- Mi Yah.. 

Mi Yah ni sangat baik tau.. dulu pernah Syila terlupa nak bawa dokumen untuk pendaftaran masuk matriks.. masa tu aku ingat lagi, kami adik beradik tak pergi pon hantar Syila except dua adik bawah Syila.. kitaorang la kejar kereta api dengan keta.. boleh bayang takk? hahaha.. diorang naik dari stesen keretapi Tumpat.. masa otw balik rumah lepas hantar diorang semua dah selamat berlepas.. Syila call cakap dia tertinggal dokumen tu kat rumah.. kitaorang terus balik rumah amek dokumen dan pergi next stesen which is Wakaf Bharu.. tapi tak sempat diorang dah lepas.. so kitaorang terus nak ke next stesen, Pasir Mas.. tapi pikir2 macam tak sempat.. Mi Yah ni la yang sacrifice cakap dia yang nak pergi hantar ke Kuala Pilah, nak naik keretapi.. leh bayangkan tak? dia just jiran kitaorang je, pastu baru je dok situ sebab dia orang Johor.. tapi dia memang baik gila.. dia pergi naik next keretapi, Sinaran yang menuju ke JB/Singapore tak salah aku.. yang Syila nak tu Express Wau.. tapi diorang still akan lalu tempat yang sama.. adik aku akan turun kat stesen Kuala Pilah tak salah aku.. bila diorang dah sampai, diorang lepak la kat stesen tu dulu tunggu Mi Yah plak sampai.. ingat2 balik kisah memang tragis.. hahaha..



I love this pic. Pengantin diapit oleh my mom dan my MIL.. 



Siblings without the youngest one.. tak dapat dikesan.. hahaha.. 




Rombongan cik kiah from Kelate with love...
Aku rasa kedah ni ada banyak persamaan dengan kelate.. 
i love suasana kampung kat kedah.. penuh dengan sawah padi.. syokkk..



Semoga La dan Din akan berkasih-sayang hingga ke akhir hayat.. dalam hidup berumah tangga ni kena banyak bersabar dan give and take.. kalau sorang tengah marah yang sorang lagi kena mengalah.. pandai aku nasihat orang haha. nasib baik encik suami banyak bersabar nga aku kahkahhh..


Selesai la sudah majlis kenduri tahun ni.. rasanya mau 3-4 tahun lagi barula ada kenduri kawin sama ada side aku or side encik suami.. tapi tak tau kot2 ada yang gatai nak kawin awal.. hahaha.. alhamdulillah, semua berjalan lancar.. semoga kegembiraan ini akan berkekalan amin amin aminnnn...


Lepas tu semua gerak balik.. ada setengahnya pergi Langkawi.. aku tak pergi sebab budget dah lari hahaha..   Jangan tak tahu, selain jeti Kuala Perlis, uols boleh naik feri ke Langkawi melalui jeti kat Kuala Kedah cuma ambil masa around 2 hours jugak nak sampai.. kalau jeti Kuala Perlis only 45 min.. my mom terus balik kelate dengan rombongan cik kiah yang lain termasuk family in-law..


Aku balik tumpang my sister and husband dia.. tapi weols tak balik KL terus.. haruslah menyinggah dulu.. Kalau last time, kami singgah Kuala Sepetang pekena mee udang Port Weld.. kali ini, weols singgah...



Yes, pulau pinang!!!

Aku memang suka penang.. dulu aku yang hasut my best friends apply matrik penang.. dan alhamdulillah impian nak study kat penang dipenuhi olehNya.. jadilah cheq warga Penang setahun.. tak tau la kenapa aku nak sangat nak study kat Penang.. memang pilihan aku sangat tepat.. banyak kenangan manis aku kat sini.. masih segar lagi kenangan nak feri from Butterworth ke Pulau.. lepak kat Padang Kota malam minggu.. pergi Pesta Pulau Pinang dengan geng2 sekepala - Ejak, Sya memang syokk, pastu abis lewat terus pergi lepak tidur umah kakak Ejak kat Teluk Kumbar.. Ada sekali tu pernah naik bas berdua dengan Ejak pergi Teluk Kumbar malam2 lepas dah habiskan masa kat area Georgetown.. dalam bas masa tu dah tinggal berapa ketul je orang.. takut gak tapi masa tu jiwa kental haha.. apapon, aku memang suka penang lahh.. 





Kalau sebelum ni ikut family trip company encik suami tak sempat nak merasa nasi kandar Line Clear.. kali ni, haruslah pergi terjah.. lagipon time tu around pukul 3pm.. rasanya dah kurang orang.. alhamdulillah, manage to rasa nasi kandar Line Clear.. sedapp tapi bagi aku, kesedapan dia tu sama macam nasi kandar Pelita or nasi kandar Kayu.. hehehe.. tapi memang sedap compare to nasi kandar kapitan keling tu.. harga pon ok, takde la mahal sangat.. mahal lagi Pelita aku rasa.. emma, eena, aku teringat our memory pergi makan kat Pelita Bangsar dulu weih.. tengah malam tu pergi makan.. ko la emma, ajar aku makan nasi kandar.. perghhhh bila la boleh pergi makan sama2 lagi kan.. tunggu aku pergi penang lagi ye emma, ko kena bawa aku makan nasi kandar the best in town tau tau..





Pastu singgah beli Jeruk madu Pak Ali.. aku beli dua ketul ni je.. sebab dalam peti aku ada 2 bekas besar jeruk mangga muda aku jeruk sendiri.. nanti sapa plak nak makan banyak2..


Pergi sekejap Batu Feringghi.. singgah masjid area situ solat asar.. pastu patah balik ke town.. singgah Gurney pekena pasembor.. lagi sedap compare to pasembor Padang Kota.. 


Malam tu sampai rumah around 1am.. kitaorang tak tido penang pon.. hahaha.. maybe next time.. sebab ni follow my sis.. dia yang sangat singgah Penang.. aku follow je la.. insya Allah, my next plan kalau ke Penang lagi nak singgah ko emma ye (i know you read this), make sure ko masak sedap2, sediakan bilik tido dengan bantal yang empuk2 hahaha.. 


Till then, salam.. 


Saturday, May 7, 2011

Wedding Eena - 1 May 2011

We are happy for you, eena

Ameir, pls take a good care of our best friend. You're such a lucky man to have her cos she's soooo sweet..hehe.

And.. we also pray for khizer, cepat2 berjumpa dgn his soulmate.



can you see me getting fatter, the sweet couple, faryyal, emma,
khizer, last but not least, faidrol bermisai ;p

Sunday, May 1, 2011

Congrats Eeeeenaaaaaa... Kamu Gojes Gilaaaa!!!


Congratssssss Eenaaaaaaaaaaaaaaaaa!!





pics taken from Kak Jeen.


Kamu gojes gila.


Aku doakan ko dan ameir berbahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga cepat2 dapat baby.



p/s: pic aku nga ko nanti2 la ehhh.. hehe. 



Sunday, January 23, 2011

Cantik gilerrrrrrrrrrrrrrr.





 










*** Credits semua gambar ni kepada BeautifulNara and Asmady Ahmad. ***


Monday, January 3, 2011

December Wedding

Banyak gila wedding yang aku kena pergi sepanjang Disember lepas. Ada yang mampu pergi dan ada juga tak dapat pergi.. Kalau boleh nak pergi semua wedding koranggg tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Korang jangan marah-marah tau. Nanti cepat kerepot... hahaha.

2nd week (11-17 Dec 2010)


Zarith & Khoiri -  bestfriend dari sekolah rendah.



Azwa Ayuni - SCIPPian

Aku jeles korang semua boleh pergi wed naam ;)


Fana - UM

 I love your wed dress. sgt cantikkk...


Alwani & Fard - UM 


Cantikkan wedding deco dorang kan kan?? sweeettt sgt.


Mashud & Tatie - Kolej 8, UM




3rd week (18-24 Dec 2010)

Faisal - SKB1




4th week (25-31 Dec 2010)


Yana (adik ipar) & Pije




Khairul & Yan - SKB1




Wish aku:

Semoga korang semua berbahagia sehingga ke syurgaaa.. Dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga cepat-cepat dapat baby ya. Nanti anak-anak kita semua masuk sekolah sekali..ngeh ngeh.. 


*** Gambar cilok dari FB masing-masing :)

Sunday, January 2, 2011

Majlis Kahwin Perdana 2010



Last weekend aku dan hubby balik kampung as my adik ipar (adik hubby) nak nikah. Nikah gantung je sebab majlis kenduri kendara is going to be on March this year. What the special about this event is majlis ni melibatkan 100 pasangan bakal pengantin dari seleuruh negeri Kelantan. Actually, 101 pasangan sebab 1 pasangan yang bertuah telah dinikahkan sendiri oleh MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Nama majlis ini ialah, MAJLIS KAHWIN PERDANA dan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.


My SIL telah terpilih antara 100 pasangan yang akan dinikahkan serental pada 25 Disember 2010 tu. Since ini adalah majlis seumpama ini diadakan, ramai lagi yang tak tahu. Sebelum ni, majlis seumpama ini hanya diadakan setakat peringkat dun atau jajahan (daerah). Tapi, this time majlis ini diadakan di peringkat negeri iaitu melibatkan semua dun dan jajahan. Memang meriah sangat. Siap kena arak dengan abang-abang motor klasik :)


Dan.. part paling best, setiap pasangan pengantin dihadiahkan denagn senaskhah al-Quran, duit RM500 dan 1 dinar emas Kelantan (nilai semasa RM700). Semua ni dijadikan sebagai mas kahwin semasa akad nikah.

 Mas kahwin


Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran 100 orang imam dan 100 orang photographer professional. Kiranya, setiap pasangan pengantin dapat imam dan photographer masing-masing. Setiap couple, satu imam, satu photographer. Semua free. Bawa diri masing-masing je. Malah lepas majlis akad nikah, penganjur siap adakan majlis makan beradab. Memang super besttt.


Aturcara majlis tersebut bermula seawal 8.00 pagi. Bakal pengantin perempuan kena berkumpul di PUTIK, manakala bakal pengantin lelaki berkumpul di masjid negeri, Masjid Muhammadi. Hari tu, aku dan hubby sampai kampung waktu Subuh. Sampai-sampai kampung, terus mandi dan bersiap dan terus bertolak ke PUTIK.


Pukul 10.00 pagi macam tu, MB Kelantan Dato' Nik Aziz tiba di PUTIK. Tuan Guru yang bacakan khutbah nikah dan satu pasangan bertuah telah dinikahkan sendiri oleh beliau. Lepas selesai akad nikah oleh Tuan Guru, secara serentak 100 pasangan lain dinikahkan oleh imam masing-masing.










 Ketibaan MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz


Lepas selesai akad nikah semua, ada sesi bergambar beramai-ramai 100 pasangan pengantin. Then, ada acara cabutan bertuah (ni standard la, almost every event ada acara ni.. hehe). Hadiah-hadiah pon boleh tahan best.


Antara yang aku ingat, 10 pasangan akan berhoneymoon di Beijing, China. Semua akan disupport termasuk pasport dan tiket. 10 pasangan lagi dapat insurans takaful for seumur hidup dan beberapa pasangan lagi dapat pakej bercuti dalam negeri. my SIL tak cukup bertuah that day. Maybe next year akan more happening dan sponsor makin banyak sebab kalau tengok pada sambutan memang menggalakkan. Lagipon, tolong orang 'mendirikan masjid' ni besar tau pahala.



Jom layan gambar-gambar pula.










Suasana dalam dewan. MERIAH GILA.


 
 Sebahagian daripada pengantin perempuan.




My FIL yang pakai baju melayu purple tu.









Tahniah Na dan Pije! 


SELAMAT PENGANTIN BARU daripada kami berdua.


Click here for more info.


*** Just share this memorable story only. No unsur-unsur politik ok. ***

Thursday, December 23, 2010

Gambar Nikah SM Nasaruddin dan Marion Caunter







Elegan, mewah dan sweet.


Sumber: google.com


Related Posts with Thumbnails