Showing posts with label Perfume. Show all posts
Showing posts with label Perfume. Show all posts

Monday, March 31, 2014

REZEKI DARI CONTEST.

Tahun ni macam ketandusan cite menang contest.
Bukan salah sapa, salah aku sendiri sebab malas haha.
Malas nak isi borang, malas nak pos, malas nak pikir slogan. Semua malas la.
Tapi bila tengok kawan-kawan comper dok up cite menang tu, menang ni, rasa 'terbakar' plak haha.
Tapi tetap malas. So tak dapat den nak tolong lerrrr ;)


Tapi alhamdulillah, bulan Februari lepas, ada la menang skit.
Semua contest dari magazine, online contest je pon.
Tapi kalau dikumpul-kumpul, hadiah semua dah lebih 1k jugak.



Set Biotherm Aquasource.
Aku memang 2 set dari Cosmopolitan bulan Feb.
Satu atas nama aku, satu lagi nama cousin, Kak Tasha.
Dan menang 1 set lagi dari Female magazine. Dapatla 3 set semua.
Memang rezeki, sebab aku memang aim nak menang ni.
Ni kira stok 6-8 bulan kot.


Menang Triumph lingerie dari Marie Claire magazine.
Rasanya ini first time aku menang dari Marie Claire.
Yang ni kena reka slogan.
Tak dapat aku membayangkan aku pakai lingerie tu HAHAHAHA.




Set perfume dari Avon, worth rm98 dari EH! magazine.
Nama adik aku Syafiq.




Last but not least, set kecantikan Syahirah dari EH! magazine juga.
Ni menang nama aku sendiri.


Moga-moga ada rezeki lagi next time insya Allah..
Nak kena rajinkan diri ni hehe.


Tuesday, December 24, 2013

Hadiah ah ah ah ;)

Assalamualaikum..


Dah lama rasanya tak update cite hobi contest montest ni kan hehehe.. so marilah kita update cerita hadiah. hadiah kecil-kecilan sahaja.. sebagai catatan peribadi.. 



Perfume Britney Spears.. bau dia memang harum mewangi :)
siap dapat dua ketul.. dari majalah Lisa, kemenangan atas nama my sis, Syasya.. dia dengan sukarela, merelakan dua-dua perfume tu menjadi milik aku hehehe.. 





Hadiah saguhati dari World Kitchen.
3.25L Corningware covered casserole, worth RM289.
Suka gile aku dapat hadiah ni..



Set perfume Romano, nama husband..


Melvita, nama my sis, Syila..


Alhamdulillah atas segala rezeki mu.. memang sejak kebelakangan ni memang jarang aku join contest.. dah amek borang, tapi isinya tidak.. nak cuba start balik ni.. hopefully ada rezeki yang lebih besar dan bermakna.. insya Allah...

Wednesday, September 18, 2013

Perfume Valentino Untuk Dijual...

Assalamualaikum



Hadiah perfume Valentino ni menang dari majalah Glam.. ada aku cite kat sini.
Aku rasa nak let go je.. ada la spray sekali nak try bau.. wangi.. 
Kalo ada sapa-sapa minat, boleh komen or email w.syima@gmail.com ok.

80ml
Retail price: RM400
My price: RM300 inc postage 



Monday, September 2, 2013

Rezeki Dari Majalah...

Salam uols :):)


Hari ni hari isnin jadi marila kita layan monday blues hahaha.. macam dah lama tak update pasal hadiah kan kan? almaklumlah, comper suam-suam suku macam aku ni memang jarang menang pon.. lain la one of my sifu compers, Kak Ayu Rafikah boleh kata almost everyday menang hadiah.. moga aku pon one day akan ada kekuatan dan semangat macam Kak Ayu.. amin aminn..


Ni hadiah hasil kemenangan dari magazine.. dari dulu lagi aku suka beli magazine sejak sekolah rendah.. aku beli magazine tu ikut peredaran umur aku.. selain banyak input, ada contest boleh join.. sekarang lagi senang,  kebanyakan magazine dah tak payah pos dah borang contest, boleh sms or ada boleh join online kat website diorang.. senang kan dan dijamin organizer terima penyertaan kita kan.. hehehe..



Kemenangan atas nama my cousin, Kak Tasha dari majalah EH! bulan april 2013.. gila lama tunggu surat or email nak suh collect hadiah.. takde khabar berita. minggu lepas sehari dua sebelum follow encik suami outstation ke Taiping, saje aku gedik nak email tanya pasal hadiah ni.. sekali organizer cakap dah lama dorang email, collect date pon dah lama lepas 5 Julai lagi.. tapi diorang dengan baik hati cakap boleh datang amek tapi dalam minggu tu jugak.. kelam kabut la aku suh encik suami pergi amek hahaha.. dah la malam tu nak gerak pergi Taiping dah.. alhamdulillah kalau dah rezeki, tetap akan dapat kan.. another perfume collection, from Nina Ricci.. 




Yang ni also from majalah EH!.. kemenangan untuk bulan Julai 2013 nama my sis.. yang aku petakkan dengan color merah tu.. tu nama my sis..dapat barangan Bio Oil.. masih menunggu email nak collect hadiah.. sampai barang nanti, aku tunjuk ok.. tak tahu berapa value hadiah tu dah lupa..





AsterSpring Skin Health Therapy dari majalah Glam untuk bulan Julai 2013.. nama my sis jugak..




Valentino EDP 80ml worth RM400 dari majalah Glam.. menang untuk bulan Julai 2013.. masih lagi nama sis.. memang banyak ong la nama my sis bulan Julai lepas hahaha.. bukan nye aku tak join guna nama sendiri, nama encik suami tapi dah lama tak melekat.. aku rasa diorang bagi peluang kat orang lain plak menang kan.. kalau uols nak try nasib, boleh pergi kat website Glam kat sini. register dulu ok..




OK yang ni terkecuali.. bukan dari penyertaan dalam majalah.. ini menang pratonton cite Paku Pontianak dari Metrowealth Picture or MIG.. tapi last minute aku tak pergi sebab ada hal aritu.. kalau antara korang suka tengok cite2 dari MIG, boleh tengok kat blog MIG - http://metrowealthpictures.net.. nanti diorang update kalau ada contest untuk pratonton filem-filem MIG.. yang syok pergi pratonton filem MIG ni, diorang provide dinner.. ada jamu makan la.. pastu masa tengok wayang, ada popcorn dengan air.. kalau produksi lain macam tak sebagus ni la dari segi layanan.. just bagi poster je.. 


ok can cin cau.. bye...

Friday, April 19, 2013

Pekasam...

Ini bukan pekasam ikan tu ye.. ni hadiah-hadiah yang jadi pekasam sebab dah lama terperuk dalam paperbag.. hahaha.. cuma pekasam ni bau sedap dan wangi.. hihii...


ok la, sebenarnya nak share pasal beberapa hadiah yang aku menang dari majalah. ada yang dah bagi kat umi, adik beradik dan kawan-kawan, tak sempat nak snap.. yang ni yang ada dengan aku sekarang.. hehehe..



Produk Clarins dari magazine mana dah lupa.. boleh guna time pergi holiday.. 



Yang ni dapat 2 set, satu nama aku satu lagi nama Ummi..
Kalau ikut menang dapat produk Hada Labo, tapi yang dapat Sunplay.. aku ok je.. 



won from EH magazine, April 2012.. 
yang ni surat sampai kat rumah lama, nasib baik ada cousin stay area sama so minta tolong dia pergi tengok surat ada ke tak.. orang cakap kalau rezeki tak ke mana..




won from GLAM magazine, bulan 10 tahun lepas tak salah.. tapi dapat lambat tak salah awal tahun kot..



yang ni tak sempat guna pon sebab dah expired 31 Mac lepas.. masa tu aku balik kampung sebab ada emergency case.. kalau ikut plan, memang nak pergi weekend terakhir bulan Mac tu tapi takde rezeki..




yang ni dah selamat menjadi hak milik ummi.. 


Jangan la sesapa cakap aku nak riak ke apa.. blog ni sebagai diari atau notepad aku untuk simpan segala kenangan aku especially dalam bab-bab berjalan atau bercuti dan juga hobi aku, join contest.. semua ni hanya sebagai catatan kenangan manis.. ni pon, tak semua kawan or family members yang tahu aku ada blog.. kawan baik aku sendiri pon, dah berbulan-bulan aku ada blog, baru dia terjumpa blog aku ni.. bukan aku nak berahsia, tapi segan hahaha.. 

Tuesday, September 11, 2012

Small Winning Tapi Sangat Meaningful ;)

Ni hadiah, ada yang baru menang dan ada yang dah lama menang. Sejak pindah rumah, mood nak bercontest bagai memang out. bila dah pindah, tak sampai sebulan dah start puasa.. so tak ada masa sangat.. setakat klik-klik kat facebook ada la, tapi yang kena effort lebih macam nak pos ke, nak kena reka slogan ke, memang malas sangat.



Latest winning, perfume dari Carolina Herrera... bau sangat wangiii.. menang dari majalah Glam. first time ni menang kat Glam.



kemenangan dari majalah EH bulan Jun 2012 atas nama proxy. jarang pakai brand ni, selalu pakai nivea. so, dah menang boleh cuba. ni dah bahagi separuh kat proxy dan kawan-kawan.



Menang this spa package last may, ada cerita kat sini. contest kat facebook Fab malaysia. lama gila hadiahnya, baru sekarang sampai.. my friend menang grand prize pergi Australia for 4 person, best kan. pastu disebabkan contest ni, jalinan persahabatan lebih meluas. dari awal kenal sebab contest sekrg dah berkawan walaupon secara maya.. 



Rasanya dah receive this movie voucher last 2 months, sebelum pindah rumah lagi. hahaha.. tak perasan pon.. menang untuk contest ambank dreamer. contest facebook rasanya, me menang kategori voter je. boleh lah layan movie this weekend..


Hadiah yang besar-besar masih belum ada rezeki. Mood nak bercontest baru datang balik ni tapi masih kat gear 1 ler. tak cuba, tak tahu kan. for some people, disebabkan minat join contest, some of their dreams menjadi kenyataan, sebab ada some tu memang la tak mampu nak beli sendiri. ada tu sebab memang minat nak mengjoinkan diri dalam semua contest. kiranya macam orang minat kereta ke, sanggup berhabis wang ringgit nak beli sport rim mahal, nak tukar car seat la.. lebih kurang macam tu la orang minat contest ni. bila menang, lagi la rasa excited nak join lagi dan lagi. Jangan cakap join contest ni tak pakai modal tau. for some contest memang perlukan kita beli barang dan baru boleh join. tapi ada je contest yang tak payah modal. Tepuk dada tanya hati tu, yang mana jadi pilihan. Janji happy!! hahaha ;p



p/s: Nak cuba nasib menang iPad here?
p/s: Tak dapat pergi Australia, pergi Korea pon ok kan?

Wednesday, August 1, 2012

Small Winning From Magazine..

Ini sebahagian hadiah yang sempat encik suami pergi redeem last week, ada 2-3 hadiah lagi yang belum sempat nak pergi redeeem. Kalau nak harapkan aku, lagi lambat nak pergi redeem.



Decibel perfume worth RM275 from EH! mag. Nama encik suami. 
Kebetulan perfume untuk lelaki so jadi hak milik dia le...



Sakae Sushi voucher worth RM100. Nama my cousin. Kemenangan dari Her World mag.
Ni kali kedua menang voucher yang sama. Yang dulu burn macam tu je sebab tak ada masa nak pergi (alasan semata-mata). Kali ni, insya Allah nak pergi try. Sedap ke ekk.. pernah try sushi king je.



Kemenangan atas nama sendiri - yang ni join Her World beauty awards online voting.
Dapat produk Heathcote & Ivory worth RM70.



Voucher Nine West worth RM100. T&C cakap kena redeem kasut je.
Tapi tak pergi redeem pon sebab kekangan masa. Nak pass kat orang lain pon tak boleh.


Ada 2,3 lagi menang dari magazine tak sempat nak pergi redeem sebab semua nama proxy. Nak kena ada surat baru boleh redeem. Kalau nama sendiri macam dah susah nak lekat. Apapon, alhamdulillah.. rezeki yang ada boleh share-share dengan family and friends.


Saturday, April 14, 2012

Won Designer Perfume Worth RM200 and Cash RM100

Alhamdulillah, just received hadiah seperti yang telah diberitahu sebelum ini.




Elok je aku nak buka pintu nak keluar breakfast, ada orang bagi salam cakap dari poslaju.


Kemenangan dari contest Valentine's Meme kat facebook Maybank. Hadiahnya perfume worth RM200 dan sebab aku adalah pelanggan setia Maybank, dapat extra hadiah iaitu duit cash RM100 yang dibank in straight into my Maybank account.




Thank you Maybank! 

Thursday, December 15, 2011

FOR SALE: Perfume, Wallet, Handbag dan Banyak Lagi...

Aku nak let go item2 kat bawah ni. Kalau yang berminat, sila email me at w.syima@gmail.com



Perfume Nina Ricci L'Elixir 
80 ml
Market price: RM315
Won from a contest
Dah spray (just untuk try bau)
Reason for selling: Terlalu banyak perfume. hehehehe..
MY PRICE: RM 240 (inclusive of postage)




Sunflowers from Elizabeth Arden
50 ml
bought from Aussie as a souvenir.
Dah spray (just untuk try bau)
Normal price: RM130
MY PRICE: RM85 (inclusive of postage)




Strawberries & Champagne Fragrance Mist
250 ml.
Retail price: RM50
Won from a contest
Dah spray (just untuk try bau)
Reason for selling: Terlalu banyak perfume. hehehehe..
MY PRICE: RM35 (inclusive of postage) SOLD OUT



Brand new
Original
L.A.M.B by Gwen Stefani Clutch Wallet

* Silver hardware.
* Flap top with magnetic closure.
* Logo plaque at corner with nail-head accents.
* Inside, full-length zip and open compartments; credit card slots.
* Size: 4"H x 7 1/2"W.

Reason for selling: Terbeli wallet baru.. hehehe ;p
MY PRICE: RM150 (inclusive of postage)
SOLD OUT





Used.
Original from COACH
Condition: Tip top (9/10)
Size (approx.): 9.75″ (L) x 8.5” (H) x 4” (W)
No dustbag
MY PRICE: RM290 (inclusive of postage)
SOLD OUT

Sekali lagi, kalau sapa2 berminat (serious buyer only), sila email me:

w.syima@gmail.com



Tuesday, October 19, 2010

Minyak Wangi Harum Semerbak. Nak 5 Boleh???

Since dua tiga menjak asyik berangan je kerja so apa kata kita teruskan aje dan layankan aje perasaan aku yang suka berangan ni.

Jom layan....

pasal waiting list me for perfume....

Siap ada waiting list. Actually more to wish list.

Masa kahwin dulu, encik suami bagi ni as my hantaran. Of cos me pilih sendiri ya.

Lola by Marc Jacobs.

Memang suka gila sebab bau best, botol pon super cantiksss.

Masa tengah-tengah pilih perfume untuk encik suami kat Robinsons The Gardens, Aku ada try perfume ni. Sangat GORGEOUS bau dia okay. It'd be my next perfume kot..*wink*wink* 

Rose The One by Dolce & Gabbana.


Ni pulak senarai angau-angau. Tak dapat pon tak pe, kalau dapat lagi syokkk..

Forever by Mariah Carey


Kan best kalau aku ada satu almari penuh dengan perfume macam kat bawah ni...


Sunday, May 9, 2010

Jatuh cinta dengan Lola. Oh Lola

Wah.wah..baru balik rumah terus update blog.haha.
Hati tengah berbunga-bunga cinta sebab dapat Lola.
Thanks berdozen-dozen botol budu to Kak Shila sebab belanja.
suka2..hehe. senyum panjang lebar sampai telinga.ketawa berdekah-dekih.hahaha


gambar Lola dari Mr.Google.
Gambar sebenar adalah rahsia.
Related Posts with Thumbnails