Showing posts with label Air Asia. Show all posts
Showing posts with label Air Asia. Show all posts

Saturday, May 31, 2014

Air Asia & Tupperware...

Salam uols.

Janji nak update belum tertunai hehe..
Takde masa nak mengarang. Tapi yang ni share juga sebab aku tau ada beberapa peminat kaki jalan yang selalu travel guna Air Asia selaku jenguk sini nak tau pasal sale Air Asia.
So korang stay tune tak lama lagi Air Asia nak buat sale FREE SEATS.
Dah boleh belek kalendar, tengok date apa nak jalan-jalan.



Lagi satu aku nak promote skit la. Kot-kot yang singgah sini suka beli tupperware, suka belek tupperware, atau yang ada keinginan nak try buat business tupperware, boleh contact aku ok.
Especially untuk suri-suri rumah tu, sambil korang dok online, apa salahnya buat business sampingan.. dengan jual tupperware. Kalau selama ni kita setakat beli je, apa salahnya tolong jual.. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. Bukan paksaan ye ni.. kot-kot yang ada tersinggah kat blog ni ada angan-angan nak cuba buat bisness, apa kata cuba bisness tupperware ni.. modal permulaan just modal join ahli.. Dengan dok rumah, online.. korang boleh jana pendapatan..
Kalau minat, boleh sms/whatsapp 0199593125 (syima).




Lagi satu kalau korang tengok pakej A dan B tu.. beza dia, pakej A ada Treasure Box Set. 
Pakej A ni hanya rm280. Kelebihan dia korang dapat macam-macam barang tupperware macam dalam gambar tu dengan harga tentunya murah dan berbaloi.
Dan treasure box ni hanya special dijual untuk nak join ahli - sama ada nak join ahli baru atau yang dah drop ahli tu, nak rejoin, boleh beli set ni. 
Kalau beli tapi tak nak guna pon takpe, korang boleh jual balik secara loose, insya Allah boleh dapat balik dalam rm500++ 



Set biskut raya.. 
RM145 
Beli 2 set RM275 sahaja 
(boleh bayar 2 kali kalo nak)
Nak order, sms/whatsapp 019-9593125 ok :):)



Sunday, February 23, 2014

Serius Tak Tahan. Tolong Tolong

Salam korang.

Bila semua benda kat hujung jari ni susah jugak.
Boring je, mula la search sana search situ. Macam takde tujuan.


Pastu tangan mesti gatal nak click website bawah ni.







Plan your holiday ;)



Friday, November 22, 2013

Free Seats Air Asia Kembali Lagi ;)

hehehe.. sorry guys, cite Bandung belum ada masa nak sambung lagi..

tapi, ni nak share dengan korang, free seats dah kembali.. 

bolehla malam ni dok plan2 nak ke mana tahun depan..



Saturday, September 21, 2013

Kelebihan BIG Card Air Asia

Salam uols..


Saja aku nak share dengan korang pasal Big card air asia ni sebab sekarang kan ada sale free seats.. Korang dah grab ke? hehehe.. aku? masih dok pikir.. sebab harga tiket destinasi impian aku takde free seats.. masih mahal dan agak tak berbaloi.. mungkin aku tukar plan.. tengok la.. 


OK, now nak share salah satu benefit kalau korang ada Big card Air Asia ni, boleh collect point dan boleh redeem tiket flight.. Cuba korang bandingkan screen kat bawah..



Yang ni kalau book thru Big card website..
Harga tiket + taxes + fees only untuk 2 orang.. tak termasuk luggage, insurance dan makanan.. kira paling basic la..




Dan yang ni dari website Air Asia..
Date dan masa sama mcm kat atas..


Dari sini dah boleh tengok kan benefit Big card ni kan.. banyak gila beza harga tiket tu.. tapi Big point tu kena kumpul banyak2 la.. hehehe..so, kalau korang memang selalu book flite Air Asia, aku memang suggest korang apply this card. memang berbaloi la.. mmm, aku punya point? ada la 2k++ hahaha skit je.. kena kumpul banyak2 ni..



Friday, September 13, 2013

AA Free Seats Datang Lagi Lalalalalala...

Salam.. 



As usual, priority redemption for Big card holder...


Kita tengok apa yang menarik nanti ok..

Sunday, July 7, 2013

2 Millions Air Asia Promo Flights Up For Grabs!

Salam...


just redeem from 5 Big points...


Tak sampai 2 minggu, Air Asia buat promo lagi untuk redeem Big points.. wah wah.. kenapa ek? adakah jualan tiket semakin menurun? ataukah memang Air Asia murah hati.. apa nak heran sangat kan sebab Air Asia memang selalu buat promo pon.. hehehe.. walaupon banyak jugak orang komplen pasal Air Asia ni.. kate servis tak bagus la, mahal la.. tapi Air Asia masih utuh dan gagah lagi sebagai salah satu syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik di dunia.. bagi aku yang dari kalangan insan biasa2 je ni, sejak ada Air Asia ni aku mula merasa nak holiday sana sini (walaupon tak banyak).. sebelum ni mampu naik MAS dari Kelantan ke KL je, itupon orang lain yang bayar.. hihihi..


Terima kasih Air Asia!! alhamdulillah... dengan izinNya dapat jugak aku merasa holiday kat beberapa tempat menarik dan insya Allah akan ke somewhere akhir Oktober nanti.. dan awal tahun depan.. hehehe.. korang pon boleh plan dari sekarang nak holiday ke mana ye.. 


Redeemation period dari 7 July hingga14 July 2013.. tapi 7 July hanya dikhaskan untuk pemegang Big card sahaja.. so sape2 yang ada Big card tu, sila laa redeem point anda hari ini.. travel period tahun depan dari 10 Februari hingga 5 Ogos 2014.. boleh plan dan survey2 dulu, masih ada masa.. aku dah tengok tadi, ada banyak gak tempat-tempat menarik yang boleh redeem hanya dari 5 Big points.. antaranya..


1. Bangkok - boleh shopping sakan hehehe
2. Kota Bharu - boleh balik kampung
3. Hat Yai - boleh shopping dan food heaven
4. JB - boleh pergi Legoland dan Hello Kitty Town
5. Krabi - boleh naik gajah, islang hopping dan rilek tepi pantai
6. Kuching - aku tak pernah pergi lagi, boleh dipertimbangkan.. hehehe
7. Langkawi - best sebab leh buat banyak aktiviti macam mangrove, island hopping, naik cable car dan paling penting shopping!!
8. Penang - teringinnya nak naik cruise pusing Penang tu hehehe..
9. Phnom Penh - no idea, tapi belum pergi lagi so boleh dipertimbangkan..
10. Surat Thani - syok jugak.. ada pantai.. 

dan ada banyak lagi tak larat nak tulis semua hahaha.. 


Boleh klik sini untuk more details.

Thursday, June 27, 2013

Redeem BIG Card Points

Salam uols..


Sebelum cite panjang, jom tengok promo ni dulu...



Pagi ni dapat email dari Big Card cakap ada promo boleh redeem tiket flight serendah 100 points. Biasanya aku tak tengok kalau serendah 100 points, apa barang. haha. tapi tadi sambil2 tunggu orang bank settle testing problem aku - ok FYI, aku kerja vendor untuk bank.. aku pon saje la klik...



Eh, ada yang serendah from 0 Big points laaa... hehehe.. agak2 uols yang mana aku book.. eh, ada book ke? hahaha.. tapi serius promo macam ni dah macam promo free seat tu.. harga tiket free redeem guna Big points sahaja, pastu korang just bayar tax dan fuel surcharge je. memang berbaloi.. cuba la korang tengok, itupon kalau ada Big card hehehe.. ala, ada Big card takde point pon boleh redeem, redeem la yang 0 Big point tu.. hehehe.. Promo ni sampai esok je ye, 28 Jun 2013.. Promo ni untuk travel from Jan - April 2014.. apalagi plan plan.. hehehe..


Sebenarnya, Big card ni macam loyalty program card untuk pengguna setia Air Asia.. macam MAS ada Enrich card tu kan.. basically function dia sama.. cuma aku tak tahu sangat la kelebihan kad Enrich MAS tu sebab aku tak ada, jarang fly guna MAS pon.. wa sedar diri ;p hahaha.. awal2 dulu, kalau nak guna Big card ni dia charge service fee macam kita guna credit card tu, tapi tak lama lepas tu, dorang dah mansuhkan.. macam aku, sebelum aku book mana2 flight, aku akan topup dulu Big card tu sebab dia macam prepaid card - korang kena ada duit dalam tu baru boleh beli tiket flight or anything yang relate dengan Air Asia contohnya, macam kat bawah.. .






Atau nak senang lagi, korang boleh terus klik ni
Pahamkanla apa yang patut, malas aku nak elaborate panjang2.. hahaha.. 


Kiranya korang boleh kumpul Big card points sambil2 shopping. Pastu points tu leh convert jadi tiket flight or hotel package, amacam best tak? hehehe.. memang Big card ni selalu buat promo.. kenala selalu alert tengok FB or twitter diorang.. takpon korang just signup, insya Allah dapatla new updates dari diorang.. Jangan tak tahu kalau spend kat Zalora, dapat 27 Big points per RM10 spent, yang gila shopping kat Fashion Valet tu dapat 33 Big points per RM10 spent.. apa lagi, pergi la godek2 study skit.. kalau korang rasa berbaloi, sign up, apply kad.. Big card pon ada 2 jenis..




Aku apply yang Visa prepaid..


Make sure korang paham betul2 term and conditions ok.. aku tak bertanggungjawab kalau apa2 nanti hahaha.. ok, sharing is caring... bukan iklan berbayar pon.. hihi



Friday, January 25, 2013

Free Seat Air Asia Ke Mana Kita...

Nanti kita sambung next entry ek pasal Krabi tu.. bukan apa, malas nak resize gambar tu semua.. aku memang dah malas nak edit.. just resize pastu letak watermark skit terus upload.. lantak laa gambar tu cantik ke tak.. lagipon iols pakai compact camera biasa je buka DSLR bagai.. kualitinya ala kadar je la.. janji ada kenangan hehehe..


Sebenarnya nak cite pasal Air Asia ada buat free seats sale baru-baru ni. Uols ada book pergi mana-mana tak? Aku? hehehe.. aku dah berjaya menggunakan e-gift voucer Air Asia yang aku dapat tu dengan jayanya hehehhe ;) Memula aku nak cari tempat yang berbaloi dengan voucher value RM500 aku tu.. Kalau boleh taknak kurang RM500, tapi taknak lebih dari RM550.. 


Memula berangan nak ke Boracay Island tapi banyak benda plak nak kena pikir.. Ala..kalau ouls ada tengok Destinasi Cinta kat Astro tu tau la Boracay Island ni yang Mizz Nina dan Noh pergi tu.. hehehe.. Yang masalahnya dari KL takde fly terus ke Boracay.. yang ada ke Clark dulu pastu baru ke Kalibo, getaway nak ke Boracay.. Banyak benda nak study tu mcm mana nak ke sana.. Kalau nak kira, memang cukup RM500 round trip for 2 pax from KL to Clark to Kalibo.. Pendek kata, kena buat research dulu kalau nak ke sana, unless nak fly dengan Cebu Pacific.. dengan Cebu ada direct flight.. So, setelah ditambah tolak aku book ke......



Biarlah rahsia.. hehe.. tunggu bulan 10 baru uols tau ok hehe


Harga tiket pergi balik untuk 2 orang RM380.. aku pon apa lagi terus book sekali dengan luggage dan makanan atas flight nanti. So total RM501 :) RM1 tu pakai guna maybank2u je.. settle semua.. Selain tu, aku book jugak untuk balik kampung raya haji nanti. yang tu RM55 je round trip untuk sorang.. semoga plan ni akan berjalan lancar la.. risiko jugak book awal-awal ni kan.. tapi nak buat macam mana, cara ni je nak dapatkan tiket murah kan.. 


Yang mana tak sempat beli tu, aku rasa lepas-lepas ni Air Asia akan buat sale lagi, don't worry la.. yang penting kena menabung dari sekarang la.. kalau duit berkepuk, baru best skit nak berholiday ni.. tak salah nak berjimat, tapi biar kena pada tempat la.. apapon.. selain berholiday ni tetap ada niat aku dan suami nak ke tempat suci tu.. insha Allah.. semoga Allah permudahkan semua.. uols doakan ye..


Ok, bye...

Friday, January 11, 2013

Free Seats Lagi!

Salam uols..


Sorry uols masih dalam keadaan busy yang amat nak update pasal Krabi. Gambar pon banyak macam tak tahu nak pilih yang mana nak upload kat sini. Tapi takde cantik sangat gambarnye sebab kamera pon pakai compact camera biasa je lain laa uols pakai DSLR.. huhuu.. 


Apapon, aku sebenarnya just nak update dengan uols pasal Air Asia nak buat free seats lagi hehehe.. Yang 10,000 free tiket tu uols sempat rembat ke? Dengar cite macam goreng pisang panas, tengah malam dah abis.. sape-sape yang pagi baru nak booking melepas la. Tapi aku tak book pon, tahu pon dah lambat pastu bila aku tengok travel period alolooo mcm dekat sangat so nak prepare pon susah.. teringin la jugak nak ke Kuching sebab tak pernah pergi lagi.. tapi tahu pon dah lambat pastu travel period pon mcm tak best jek so aku buat dek je la.. Pada yang dapat book dan akan fly dalam masa terdekat ni, happy holiday la uols.. yang tak dapat tu, sila jengah air asia isnin ni ok.. 




Kali ni priority booking bagi kepada pemegang BIG card.. hari isnin depan ni dah boleh book.. yang mana takde kad, boleh je suh yang orang ada kad tolong book kan ok. Aku ada kad.. hehe.. kad ni mcm kad kumpul point then boleh tukar free flight hehehe.. ada sape nak minta aku tolong book kan ke? bolehh.. tapi uols kena bagi details selengkap-lengkapnya pada aku sekali dengan ongkos sekali. hehehe.. kalau tak, uols kena book hari selasa.. which is agak lambat dah sebab dalam masa sehari macam-macam boleh berlaku.. kebanyakan hot destination memang cepat habis.. uols jangan salah paham, aku bukan promote nak suh book melalui aku ok.. aku pon tolong suka-suka jek.. sambil-sambil dapat point. point tu bukan byk pon.. tapi lebih kepada seronok nak tolong orang jek.. sebelum ada kad ni pon, aku selalu je tolong orang book.. aku bukan keje Air Asia tau jangan salah paham.. hehehe... jangan salah paham niat aku ok.. haha..



Travel period from 20 Aug 2013 - 9 February 2014

Untuk harga tiket termasuk tax segala bagai harga serendah dari RM26 boleh check kat link kat bawah ni http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr3730802.page?cid=aa015efba130115


Aku ingat nak utilise voucher RM500 yang aku baru dapat tu.. tapi tengok la kalo berbaloi aku book.. destinasi mana ek boleh pergi dengan rm250 per pax? any suggestion uols.. sape tahu boleh tak aku guna voucher tu utk AirAsiaGo ke tak? 


Ok, bye.. 
Selamat merancang percutian bajet anda untuk 2013!



Sunday, November 25, 2012

Promo Air Asia From 11 Sen Esokk!



Biasalaa saya ni kan duta tak berbayar air asia.. hihi.. haruslah promote tiap kali air asia ada sale kan..

Booking bermula esok, 26 Nov 2012 sehingga 2 Dis 2012..

Dan travel seawal 3 Dis 2012 sehingga 31 Mac 2012.. 

Sesuai la sangat kan sempena cuti sekolah ni kan? Sape-sape belum ada plan nak ke mana-mana boleh book, nak plan pon senang sebab travel date dekat nga booking date.. yeayyy!! hahaha.. macam la aku nak book kan.. tapi kena la usha dulu kan mana tahu terpikat hehehe.. 



Lagipon pasport ni dah berhabuk dah dok dalam drawer.. macam menjerit-jerit je suh guna hahaha.. awal tahun depan inshaa Allah akan guna pasport ni setelah sekian lama tak guna.. paling terakhir guna masa pergi Bali dulu.. lepas tu terus masuk drawer.. masa beli magazine semalam pon banyak gila cite pasal holiday, pasal destinasi yang best nak holiday.. siap ada promo untuk travel beg la.. barang apa yang wajib bawak masa holiday la.. seriously, rasa nak pergi holiday sangat-sangat.. 



Nak sangat pergi holiday macam ni.. nak pergi New York.. nak pergi Disneyland.. If uols boleh baca destinasi percutian 2012 Scha tu.. gila jeles kan.. banyaknya dia pergi holiday.. Nak pergi Mekah tu memang  dah lama simpan niat.. memang berusaha ke arah tu.. tapi for me, pergi Mekah bukan untuk holiday yek.. di samping beribadat boleh rilek dan tenangkan jiwa.. cuba yang terbaik untuk memperbaiki diri Inshaa Allah.. 


Ok la dah melalut dah ni.. cite asal nak share pasal promo sale air asia tu kan.. hehehe.. sekarang dah ke Mekah dah kita hehe.. apapon, jangan lupa terjah website air asia yang dah berwajah baru itu esok yek!!


Monday, October 29, 2012

FREE SEATS Air Asia Kembali Lagi?

Aku rasa baru je bulan 9 hari tu Air Asia buat free seats sale kan? ada aku buat entry pasal ni.. rasanya cepat benar diorang buka free seats sale lagi kan.. nape ek?



Rasanya harga macam sale lepas kalau tengok iklan tu.. tapi aku tak explore lagi sebab pagi ni baru sampai dari kampung.. penat lagi ;( as uols can see, book sampai 4 Nov ni.. travel from 1 may-30 sept 2012.. 


Ok, kalau ada yang nak aku tolong book kan, aku boleh tolong insya Allah.. cuma sila bagi full details terus senang aku nak search dan bajet masa. sebolehnya, bagi full name with ic no, destinasi from where to where, dan fly date.. kalau tak dapat date sebab tak confirm lagi, sila bagi range date yang uols nak pergi tu senang aku nak search sebab sistem air asia time gini memang sangat sesak dan slow. so, uols dah bagi full details senang keje aku nak bajet masa semua..  dan pls take note, aku bukan agen air asia or ada orang dalam ke apa ok.. as reward, aku dapat collect point big card.. tu je.. tapi big point tu bukan aku kejar sgt pon sebab susah jugak nak redeem sebab kalau nasib baik baru dpt best offer.. thats all.. :)


Wednesday, October 10, 2012

Time to Redeem BIG Points.

Hari ni Air Asia buat offer redeem BIG points. apa itu BIG points? BIG point ni point yang dikumpul melalui BIG card. BIG card ni plak macam kad prepaid. uols kena topup kad tu, dan beli tiket guna kad tu pastu dapatla points. 


Macam uols tengok pic kat atas tu, redeem bermula serendah 10 BIG points. so apa lagi, aku sesaje la gedik nak klik-klik ni.. tak sedar diri kerja berlambak, sempat lagi tu.. hihi.. mana boleh tak tengok, hati jadi tak keruan.. aceewah!..  


apa kata uols, berbaloi ke tak? harga ni tak termasuk dengan tax lagi yek. murah gila kan.. beza gila antara promo dengan biasa punya harga.. 


 

Ni harga termasuk tax.. untuk 2 pax, dengan 40 BIG points dapat la harga rm244 return flight. sangat2 berbaloi aku rasa. sorang just rm122 return flight to Bali. murah tu oiii.. tapi yang tak bestnya, macam rushing la plak nak ke sana.. dah next month dah datenya.. takpe, kita tunggu je next time..


Kalau uols nak apply jugak BIG card ni, boleh apply kat sini. sila baca T & C semua dulu dan pahamkan betul-betul baru proceed ok.



Saturday, September 22, 2012

Hanya Mampu Tengok Jer...

Tengok apa?


Tengok orang lain booking free seats air asia.. hahahaha tak abis-abis aku dengan air asia ni kan. actually, setiap kali air asia buat sale 10 sen ke, 90 sen ke, free seat ke.. aku memang akan jenguk dan beli tak kira la  untuk holiday ke, balik kampung ke.. dan disebabkan tiap kali sale aku memang terjah air asia, ada juga kawan-kawan or family yang minta tlg belikan.. mungkin sesetengah orang memang malas or takde masa nak mengahdap web air asia time sale kan.. sape-sape yang pernah terjah web air asia time sale memang paham la, hang je memanjang.. atau slow.. tapi takpe, aku suka je nak tolong dorang sebab kalo tak plan nak beli pon, aku akan tetap jenguk web air asia tu..hihi.. saje dok berangan nak pergi sini la, pergi sana la..kahkah..


Tapi kali ni macam tak tahu nak book ke mana dengan bajet yg terhad ni.. aku ada tengok langkawi tapi tak jadi nak book sebab kalo tahun depan adik aku kahwin, aku nak heret satu family pergi langkawi.. sebabnya bakal adik ipar orang kuala kedah, dekat dah nga jeti ke langkawi tu...hihi.. takpela, kita tunggu next sale.. hahaha..




Aku tengok mengancam jugak ticket price kali ni tapi price tu takleh nak compare 2-3 years dulu. Dulu dapat lagi RM70 return flight sorang ke Jakarta, tadi aku check harga RM92 sorang. tapi masih boleh diterima la.. murah lagi tu.. mana nak dapat harga mcm tu time lain kan..



well, uols dah book ke? pergi mana? hehehe... cepat uols, sampai esok je.. 


Wednesday, September 19, 2012

Free Seat Air Asia

Hari ini aku berjaya tolong sorang blog reader untuk trip ke kota kinabalu next year. ramai dorang pergi dalam 15 pax semua yang pergi.. bila dah berjaya book untuk dorang aku pulak yang terlebih excited sebab aku tahu KK memang best. tak rugi kalau pergi seminggu memang banyak tempat boleh diexplore.. happy holiday ye uols walaupon lambat lagi..hikhik...




Untuk yang nak book international trip, jangan lupa start pukul 12.00 am malam ni dah boleh book ye.. aku bukan pon ape, saje ingatkan korang sebab excited lebih kalau bab-bab holiday ni.. hahaha.. aku sendiri tak book pergi mana-mana pon this time. entah nape.. hahaha.. tapi takpe awal tahun baru 2013 aku akan fly juga sebab dah book bulan 2 aritu pergi somewhere.. hihihi.. rahsia dulu ye uols.. rahsia la sangat.. dekat-dekat nak pergi riuh sekampung aku cerita.. hahaha..



amacam? mengacam tak harga tiket tu? tak sangat la kan tapi at least murah juga la kalau nak banding time-time lain.. masa free seat dan sale gini la nak grab harga murah pon. nape la air asia tak macam dulu ek? hahaha.. ade hati tu nak harga macam dulu-dulu... apapon, kita tengok esok list semua harga tiket berbaloi ke tak.. so, apa lagi, plan your 'budget' holiday nowww!! orang banyak duit takpe bila nak pergi baru book..hihi..

Friday, September 14, 2012

Stay Tuned for Something FREE!


Ape lagi, jangan lupa terjah air asia isnin ni.. dah boleh dah kalau nak cari kalendar tahun 2013 yek. yang mana nak minta tolong aku book kan pon boleh janji korang bagi segala maklumat yang diperlukan, lagi bagus bagi ongkos siap2. nak book untuk balik hometown ke?? hehe... cepat lagi pantas aku book untuk korang. hahaha ;p 


p/s: kalau ada yang nak aku tlg book kan (sebab dia bagi priority kat yang ada BIG card - orang ada big card, boleh book awal sehari), boleh komen or email kat aku full details mcm fullname, ic, date dan destinasi yg nak pergi tu. tapi pls take note, booking from today - 23 sept untuk domestic flight sementara untuk international punya start from 20-23 sept...


Saturday, May 12, 2012

Free Seat Air Asia Kembali Lagi!

Being me yang semua nak budget especially bab2 holiday, ketibaan sale free seat AirAsia amat ditunggu2..



Sale bermula 14 Mei 2012, tepat jam 12.00 am. Tapi takde lagi aku nak dok telek internet tgh malam tu.. hahaha.. esok masih ada.. hikhik..

So, sila plan holiday anda untuk tahun depan.. Telek2 la kalendar tu...

Holiday ke sabah baru2 ni pon aku beli dari tahun lepas, bulan 7 tahun.. bulan 5 baru fly.. gila lama kan.. hahaha.. Tapi kalau korang plan betul2 insya Allah holiday tu akan jadi kenyataan kecuali la ada benda yang takleh nak elak..

Jom uols terjah air asia isnin ni...


Friday, April 27, 2012

A Pair of Return Tickets from Kuala Lumpur to Phuket ;)

Hari ini aku balik office sebab ada makan2 kat office (keje aku banyak onsite support). Sambil2 tu, check ada tak surat/parcel untuk aku kat office. hehehehe...


Alhamdulillah, akhirnya hadiah yang hampir2 terlepas dari tangan aku dah selamat diterima..


A pair of return tickets from KUL - HKT (Kuala Lumpur - Phuket) from Travel + Leisure Southeast Asia / Air Asia contest. 


Contest ni aku join dah lama dari bulan Dec tahun lepas. Yang buat aku hampir2 terlepas hadiah ni sebab aku guna email yang lain untuk join contest ni. Aku join atas dasar suka2 je sebab contest ni macam based on luck.. ala2 lucky draw. Dah nama Air Asia punya contest, sah2 beratus2 ribu orang akan join sebab tak salah aku semua orang boleh join tak kisah la dari negara mana.. Aku sekadar join dan forget. 


Tetiba, satu hari tu akhir bulan lepas, aku tergerak hati nak buka email yang satu ni. Actually ni bukan la email lama.. aku create email ni sebab nak buat blog khas untuk join contest2 kat blog dan nak solve issue tak cukup space nak upload gambar dalam blog. Sejak akhir tahun lepas, aku dah tak aktif sangat join contest2 kat blog so email tu ala2 terbiar gitu.. 





Berbalik kepada cite aku check email tu... Email pasal kemenangan tu aku dapat on 14 Feb 2012.. kira dah lebih sebulan tu. Dalam email tu siap cakap, lepas aku balas email baru diorang akan buat official announcement pasal kemenangan ni. So aku terus balas email tu dan godek balik facebook dan website Travel + Leisure Southeast Asia ada ke tak buat announcement pasal contest ni. Alhamdulillah, tak ada :) so peluang tu masih ada... 


Seingat aku, aku balas email sampai 3 kali..  Hari kedua masih tak ada response so aku cuba email kat admin website Travel + Leisure Southeast Asia.. hahahaha.. Tak sampai sehari ada balasan cakap akan check dulu.. Sampai la awal bulan ni masih juga tak ada status last2 aku pon email dorang tanya any updates.. Terus dorang balas cakap sila bagi full details untuk send voucher tu.. 


Alhamdulillah, masih ada rezeki aku... Sekarang ni, walaupon bukan everyday aku check email tu, ada la dalam 1-2 kali seminggu aku akan buka email tu. Nasib baik gmail ni boleh multiple sign in.. so senang kerja...


So, sekarang masa untuk plan holiday ke Phuket plak... hadiah ni hanya tiket flight je, penginapan tak ada.. nasib baik aku ada menang 250 BIG points dan ada jugak BIG points hasil aku beli tiket sebelum2 ni.. Boleh la redeem untuk book hotel kat sana..tapi tak pasti boleh ke book hotel selain Tune Hotel.. masih dalam proses survey lagi ni.. Apapon, dapat tiket ni pon dah bersyukur sangat.. At least, one of my vacation dream dah hampir jadi kenyataan...

Saturday, April 21, 2012

Dapat 250 BIG Points...

Tak pernah2 aku menang contest yang meraih like/vote kat facebook, kali ni mungkin dah rezeki aku kot sebab masa aku tgh syok2 layan fb, masa tu dekat2 nak balik kerja dah.. ternampak status kat facebook BIG Shots kena describe BIG dalam 3 words, share status dan sape2 top 3 most liked comment by 8 pm akan menang 250 BIG points.


Alhamdulillah, kalau ada rezeki tak ke mana kan.. Aku terpilih dalam top 3 tu. Thanks kepada yang sudi like comment aku tu.. 



Pada sapa2 yang tak tahu apa BIG points, boleh baca post aku sebelum2 ni...




Yang terbaru, aku ada baca, walaupon tak guna BIG card masa book, korang tetap boleh isi BIG card no korang masa booking flight tu dan masih boleh collect points.. cuma, point tu akan dikreditkan dalam akaun korang bila dah fly. Kalau yang book guna BIG card, diorang akan terus kredit dalam akaun dlm masa beberapa hari je or maybe dalam masa sehari. 


Dan no more processing fee masa guna BIG card ni macam aku kena dulu...


More info, click SINI.


Pasal BIG points yang aku menang tu, tak tahu lagi nak guna untuk apa. Sama ada nak beli tiket flight or mungkin nak book hotel. Kena tunggu sale la kot baru berbaloi2...


Friday, February 24, 2012

Sale AirAsia Memang Berbaloi-Baloi...

Lupa plak nak share kat sini. Minggu lepas kan air asia ada buat sale kan. Aku rasa sapa2 yang kaki jalan, kaki naik flight, kaki pulau, kaki shopping, confirm2 akan ushar website air asia.. sampai dah traffic jam dah website tu. tapi traffic jam kat air asia takpe, dia letak dalam waiting room, kalau kat jalan raya, dok la ko dalam jem tu..hahahaha...


Aku ni, kalau ada sale, memang takkan lepas peluang la nak menggodek2 website air asia tu. Walau tak nak pergi sekali pon, aku mesti klik destinasi2 impian aku.. Tak kisah la kali ni tak dapat pergi lagi, tapi tetap nak klik nak tahu harga tiket sekali nga tax dan fuel surcharge.. Sengal pon ada aku ni. Tapi mungkin aku ni selalu bernasib baik, jarang aku dok berlama kat dalam waiting room tu.


Ada jugak aku offer diri nak tolong book kan untuk sapa2 yang nak. Bukan sebab apa pon, kalau korang tak minta tolong pon, aku tetap dok mengadap air asia tu. So, alang2 dok klik saje2 tu, baik la aku tolong sapa2 yang tak ada masa nak hadap internet macam aku ni. Bukan main lagi, yang ni nak pergi Langkawi, sorang lagi nak pergi Kuching, yang tu nak ke Jakarta.. bila dah beli, rasa macam puas gila, dah macam beli untuk diri sendiri dah.. hahahahahahahaha.. ntah pape kan aku ni.


Tapi takkan aku nak beli untuk orang lain jeeee.. harus lah tengok destinasi percutian aku. hahaha.. Tak nak kalah tu. Tambah sale kali ni untuk Sept 2012 - Jan 2013.. So, aku pikir akhir tahun confirm2 nak abiskan cuti kan. Kalau nak abiskan cuti, kena la pergi holiday kan.. Godek2 punya godek, campur tolak semua kos, akhirnya aku berjaya book untuk aku dengan apis. hahahahaha.. Masa bayar tu, tak tanya pon apis.. Main bayar senyap2 je.. huhuhu.. Lepas selesai semua baru cakap..hahahahahaha ;p


Pendapat aku la, kalau sapa2 yang tak berduit sangat macam aku, elok la time2 sale ni beli tiket nak pergi berholiday bagai. Memang la tarikh nak pergi lambat lagi. Macam2 boleh jadi. Tapi macam aku, sebelum tu aku akan plan betul2 date yang aku nak pergi. Sama ada, time tu sesuai ke tak nak pergi tempat tu (especially negara 4 musim), public holiday ke, agak2 senang dapat cuti ke.. semuanya aku dah plan betul2. Tapi yelah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. So, kalau tak menjadi gak, anggap je la tak ada rezeki.


Kalau kita book tiket flight awal2 ni, ada baik nya jugak. Yang baiknya, hari nak pergi tu lambat lagi.. so, boleh la start menabung awal2. Duit gaji bulan2 tu, boleh la simpan sikit untuk tabung percutian. hihi.. ye tak? Macam aku dulu pergi Jakarta-Bandung, memang shopping sakan. Tapi masa tu bujang lagi so tak pikir sangat masa spend tu. Tapi sekarang dah berdua, kena pikir banyak benda. Kena lebih berjimat cermat.. yelah tu..hahahaha ;)



Akhir kata, moto saya untuk kali ni,

Plan Your Budget Holiday Wisely!! Kalau tak, menyesal kemudian hari... hihi



Tuesday, February 14, 2012

AirAsia BIG SALE Start Tomorrow Until 19 Feb...



Plan your budget holiday now!

If ada sapa2 yang nak aku tolong search dan book untuk korang, 
pls email me at w.syima@gmail.com for details. 

Related Posts with Thumbnails