Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Monday, March 17, 2014

Pengalaman Diet Atkins.

*09/03/2014*

Salam korang.

09/03/14, genap 56 hari aku berDA.
Official date aku start on 13 Januari 2014.
Tapi dalam tempoh 56 hari tu, ada hari aku cheat. Cheat yang agak 'berat' la maksud aku.
Kalau setakat makan anggur sebijik ke, keropok sekeping tu, cheat 'kecik' hahaha.
Cheat 'berat' ni bagi aku, makan nasi ke, makan kek 1 slice ke, makan fries yang separuh pinggan ke.
Kandungan carbs dan gula yang memang tinggi.


Apa aku boleh cakap, alhamdulillah memang DA ni sesuai dengan aku.
Sebelum ni aku bukan tak pernah diet, cuma tak senekad kali ni.
Pastu mungkin ilmu tak cukup sangat, so hasil dia macam tak memberangsangkan sangat.
Aku ni memang jenis suka makan nasi.
Kalau pergi makan mana-mana, nasi memang main choice aku, especially with lauk-lauk kampung.
Ada ikan panggang tawar, ulam dengan budu pon aku boleh makan nasi bertambah.
Kalo ada ikan patin masak tempoyak, kari kepala ikan, nak kata apa, lagi suka.
Tapi jarang la aku makan lauk macam tu. Most of the time, lauk ringkas je.
Lagi satu aku gila ulam especially petai.
Kalo dah takde sangat, kobis pon boleh jadi ulam.
Pendek kata, macam nama blog aku la, aku memang suka petai dan budu. Pastu dalam budu tu letak durian fresh, confirm nasi bertambah-tambah.
Adik-beradik aku pon jenis 'pemakan'.
Kitaorang kalo masak, takdenye skit-skit.
Contoh, kalau masak tomyam. Penuh satu kuali/periuk besar.
Dalam tu confirm ada udang, ayam, sotong dan fishball, kobis bunga berlambak-lambak.
So, aku memang jenis masak portion besar la. Awal-awal kawen dulu, aku memang susah nak bajet nak masak banyak mana. Aku rasa, kalo masak skit, takut tak cukup.. hahaha. Nampak sangat makan banyak ;)


Setelah aku cuba macam-macam jenis diet, aku rasa DA ni paling 'senang' nak follow, nak istiqamah.
Tapi dalam masa yang sama, aku berperang sangat dengan diri sendiri sebab DA ni diet low carbs.
DA ni ada beberapa level/fasa/stage.

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Dan pengambilan carbs tu bergantung pada kita kat fasa mana.
Untuk yang awal macam aku ni, DA dimulakan dengan fasa 'INDUCTION'.
Jumlah max carbs yang boleh diambil untuk induction level hanya 20g sehari.
Walaupon low carbs, segala mak nenek datok carbs dilarang amek sama sekali ok.
Low carbs yang dibenarkan tu datang dari certain food macam sayur.
Walaupon sayur sumber protein, tapi still ada sedikit (sikit sangat) carbs. Bukan semua sayur, tapi certain-certain sayur tapi sangat rendah.
20g tu lebih kepada kandungan carbs/gula yang tersembunyi dalam food kita ambil.


Aku rasa DA ni macam senang la skit untuk aku yang suka makan ni.
Sebabnya, aku boleh makan semua jenis food - except carbs dan gula.
DA ni kena perbanyakkan makan protein. Most of the choice adalah protein la.
Nak makan lemak pon boleh. Lagi syokkk hahaha.
Tapi apapon, bersederhana la.
Janganla mentang-mentang boleh makan semua except carbs, semua ko bantai macam sehari tak makan.
Tak boleh jugak.


Macam aku, memang aku lebihkan masa lunch.
Pagi-pagi, aku amek simple je - 2 biji telor masak separuh, kenyang sampai lunch time.
Kalo rajin, aku akan buat salad dan goreng sosej.
Sosej boleh makan sebab kandung carbs dia rendah tapi depends pada brand la.
Brand yang disyorkan, brang Ramly tapi tak digalakkan sangat process food ni.
Kalu boleh elak, elakkan. Kalo tak, makan berpada-pada. Setakat 2 ketul, ok lagi.


Tengahari plak, aku pergi tapau je, kadang-kadang makan kat kedai.
Setakat aku berDA ni, aku belum pernah masak lagi bawak bekal.
Sebab macam takde idea nak masak apa hahaha (alasan).
Aku plak jenis amek/makan banyak lauk sejak berDA ni.
Confirm aku tapau 2-3 jenis lauk dengan 1 jenis sayur.
Cuma yang tak bagus tapau kat kedai ni, kita tak dapat nak agak berapa gram dah carbs kita dah amek.
Kita pon tak tahu ada gula ke dalam masakan tu.
So kalo nak 'clean food', better masak sendiri. Lagi sedap dan murah.


Ni nak share antara menu yang aku makan sepanjang berDA.

Ayam goreng + salad


Sosej + salad


Grilled lamb + sosej + salad


Kalo yang atas, layan tekak omputih, bawah ni layan tekak melayu la plak.

Ikan tongkol singgang.
Rupa memang tak semenggah, tapi rasa kebabom hahahah puji diri sendiri nampak.
Hirup kuah sampai titisan terakhir. Ikan tongkol tu tongkol hitam yang lembut tu.


Tomyam campur.


Siakap stim limau


Ada lagi menu-menu yang aku masak, tapi malas nak amek gambar. 
Aku tunjuk apa yang ada je.


Aritu aku kena pergi site. So macam pening plak nak makan apa.
Selalunya aku akan cari western food.
Sama ada, grilled chicen chop ke, lamb chop ke, steak ke.
Tapi fries jangan la makan. Cuba tukar fries tu dengan coleslaw/salad yang lebih menyihatkan dan 'halal' DA.
Air memang aku amek air masak.
Aku memang kureng skit air manis-manis ni. Ada minum, tapi takpe kalo takde.
Ada la time datang mengidam nak minum 100 plus ke, coke ke, tahan je la haha.


Bawah ni plak menu yang aku tibai kalo lunch kat ofis.



Subway. Ni makan kat rumah.
Amek salad + ayam teriyaki + cheese. SEDAP :)



Alhamdulillah, setakat ni berat aku dah hilang hampir 10kg. Tak sangka usaha aku hampir berjaya.
Tapi aku masih ada 5-10kg nak diturunkan.
Kalo dapat turun lagi 5kg pon aku dah bersyukur.
Masa ni cabaran lagi kuat.
Perasaan malas pon membuak-buak haha.
Konon, dah berjaya la. Sedangkan panjang lagi perjalanan.
Sebab apa panjang, sebab cabaran akhir-akhir ni makin kuat.
Lusa aku nak kena outstation ni. 4 hari ok.
Aku dah terpikir-pikir dah nak makan apa.
Kalo kat rumah senang, tak tahu nak makan apa.
Aku buat je telor masak separuh tu.
Takpon goreng ayam, ratah.
Takpon buat salad, telan.
Takpon minum air masak, bergelas-gelas.


p/s: Segala perkongsian ini berniat baik. Melalui blog jugak aku tau pasal DA. So kalo rasa nak try, boleh la google cari info. Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor. Tak semua orang sesuai dengan DA ni, depends pada our body.


Sunday, January 26, 2014

Kisah Diet | Dah Mula Berdiet ;)

Salam korang.

Baca tak cite aku nak diet tu? Boleh klik sini kalo nak baca ;)
Aku dah mula diet pon. hehe. Senyap-senyap dah mula. Malu weh nak bagitau.
Aku pilih diet Atkins.

Apa tu Diet Atkins (DA)?
Ikut definisi aku, diet ni diet yang boleh makan semua kecuali karbohidrat. Contoh karbohidrat macam nasi, mee, laksa, bihun, roti dan seangkatannya. Dalam kata lain, diet low-carbo.
Menu yang boleh dimakan macam ikan, ayam, daging, telor, semua jenis protein dan juga sayur-mayur.
Buah tak boleh.
Air manis tak boleh.
Kuih-muih tak boleh.
Kek, biskut, pon tak boleh.
Yang penting, kena minum banyak air.
Nak definisi secara lebih ilmiah, belek SINI.




Actually aku pernah try diet atkins dulu, 2 tahun lepas kot. Berjaya juga la turun 2-3 kg (dah lupa). Pastu stop. Masa tu banyak cheat la. So, aku dah ada sikit gambaran la macam mana diet Atkins ni. Memang seksa nak mulakan. Kalo setakat tak boleh makan nasi, OK lagi. Tapi ni semua jenis carbo ko tak boleh makan. Mahu ketaq aku weh. Tapi bila pikir-pikir, takkan nak tangguh lagi.


Yang buat aku rasa makin bersemangat nak diet ni, ada geng nak diet. Kat rumah, ada adik aku. Kat opis, ada opismate yang diet juga. Dua-dua diet Atkins. Adik aku dah start diet sebulan lebih masa kat kampung lagi. Dia cuti time tu. Dalam masa sebulan setengah, dia boleh turun 10 kg wehhh! Banyak tu. Memang bila dia datang KL, nampak perbezaan la. Jeles aku.


So, pakat nga dia nak sama-sama diet. Dia pon bersemangat gak. Dia nak target lagi 10 kg or more. Opismate aku pon nak diet sebab bulan 6 nanti, nak kawen. So haruslah nak berseri-seri hari kawen nanti kan. Macam syok gak la ada geng.
Kalo weekdays, aku balik kerja, adik aku dah prepare dinner dah. Takpon, dia dah siapkan barang-barang nak masak. Ringan sikit kerja aku hahaha.
Kalo weekend, aku yang banyak prepare menu apa yang nak dimakan. Sambil-sambil masak untuk Apis, aku masak sekali untuk kitaorang makan.
Aku selalu skodeng Kak Ina punya menu hehe. Saya dah try sardin yang digulung telor tu kak :) Sedappp.
Pastu perasan, kawan blogger Alise pon diet Atkins gak. Boleh la tiru menu awk ye Alise :)


Secara official (ceh, siap official day lagi), aku start diet 13/01.
2 hari selepas celebrate birthday Apis.
Harini genap 14 hari la diet Atkins.
Aku dah timbang, ada penurunan yang memberangsangkan. Turun 4kg ;)
Semangat aku tengok jarum penimbang tu. Nak accurate, kena beli digital scale la kan. Takpe la, pakai apa yang ada la dulu.


Dalam 14 hari diet tu, ada gak aku cheat.
First day dah kantoi. Sebab tak tahan sangat. Dalam pukul 4 petang, aku dah lapar. Aku bantai 1 ketul roti coklat opismate sebelah meja offer.
Second day kot (dah lupa), aku bantai limau mandarin 1 biji. Opismate bagi. Maklumla, nak raya Cina, limau mandarin merata-rata. Tapi sebiji je la.
Lepas tu, ada lagi boss bagi limau mandarin. Banyak pulak tu. Lebih 10 biji. tapi aku tak makan. Rezeki Apis. Dia sorang bantai. Aku mampu telan air liur. Tabah tak aku hahaha ;)
Pendapat aku la, kalo tak tahan, jangan paksa. Tapi jangan pula amek kesempatan. Makan sekadar hilangkan lapar. Minum air kosong banyak-banyak. Aku tak sukat details sangat. Tapi botol air aku yang 750ml tu, 4-5 kali refill gak la. Balik rumah, minum lagi. Aku baca, 1 liter untuk 25 kg. So kalau berat 100 kg, kena minum 4 liter. Pastu kerap la korang ulang alik ke toilet ;p Takpe, tu maknanya toksin pon turut keluar sekali hahaha :):)


Apapon, yang penting diet Atkins ni tak memerlukan kita berlapar.
Aku suka sangat.
Ko makan la banyak mana takpe. Janji makan makanan yang 'halal DA'.
Pastu jangan lupa exercise sikit. Lagi cepat penurunan.
Macam aku, aku malas dan takde masa (yang ni alasan je) haha. Gila berani punya statement.
Tapi aku jadikan kerja rumah sebagai cara aku mengeluarkan peluh.
Kira 2 dalam 1 la. Sihat dapat, rumah pon kemas. Ye takkk? haha.
Aku akan sapu satu rumah (rumah sekangkang kera je). Lap kabinet TV, lap meja.
Pastu mop satu rumah. Memang berpuluh sampai ke bontot hahahahahahaha ;p
Pastu basuh baju (guna mesin haha), jemur baju, lipat baju.
Tengok la kalo Apis free, nak ajak dia 'berjogging' kat Tasik Shah Alam tu. Jalan-jalan pon OK kan korang ;) Luas gak tasik tu. Mau pengsan aku huhu.


Doakan aku kuat semangat dan kental OK.
AKU NAK SIHAT.


Wednesday, January 22, 2014

Diet Oh Diet :);)

Macam mana nak start ek?
Topik diet ni actually agak sensitif. Dulu-dulu aku cukup segan nak cakap aku on diet. 
Padahal bukan apa pon kan. Sekarang orang lelaki pon diet kan. Yang penting diet seimbang dan kena ada knowledge la. 


Dulu, aku main bantai je makan masa diet. Ikut sedap aku je. Kebanyakan aku kurangkan nasi, makanan berlemak, no more ais dan air manis. Exercise takkkk. Pastu cheat day memanjang haha. Kalau turun pon, 2-3 kilo. Jarang nak cecah 5 kilo. Sedih la jugak tahan makan, tapi berat yang turun, tak memberangsangkan. Tapi masa tu zaman anak dara, berat pon OK lagi tapi bukan kategori kurus la, kira sedang-sedang je la. 


Cer ko tanya berat aku sekarang? Sorry naik lorry la aku nak bagitau. Ko tengok aku pon ko dah tau aku gemok. Serius memang gemokkk. Stress tau takk. Lepas kawen memang berat aku naik mencanak-canak. Seriau aku tengok jarum penimbang. Semua seluar jean masa zaman anak dara dan awal kawen semua tak muat. Lagi double stress sebab aku dah la pendek, susah nak cari seluar. Nak pakai skirt? lagi la nampak pendekk triple stress...


Masa tu ramai la yang cadang makan supplement tu, makan supplement ni. 
Macam-macam la. But aku memang bukan jenis kental nak makan semua tu. Kalau yang jenis serbuk lagi la tak boleh telan. Kalau jenis pil, OK. Bagi 10 bijik pon aku boleh telan. Tapi tu la, orang cakap bahaya makan pil-pil ni. 


Nak jumpa doktor? lagi la aku malas. Dah sah-sah doktor akan cakap control makan, exercise bla bla. Sorry I don't need that kind of advice hahaha. Bukan berlagak. Tapi boleh kata semua orang cakap macam tu. Aku sendiri pon kalau cakap kat orang lain, cakap benda sama. 
CONTROL MAKAN dan EXERCISE.
Macam mana nak control makan, kalau lauk simple dengan ikan rebus, ulam petai dan budu aku boleh bantai nasi 3 pinggan! 


Exercise? Jogging memang tak laaa. MALAS. Ingat dulu masa belajar UM, ada la jogging dengan Eena, Emma dan Nadia. Tapi masa tu lebih kepada riadah, banyak dok gelak dan berjalan dari berlari ;p 
Pastu kadang-kadang pergi swimming. Aku nga Eena tak pandai swimming pon tapi kitaorang lebih kepada nak main air hahaha. Lepas kuar kolam, lapar.. Apa lagi, pergi makan la. Tapi kalau main sport, aku suka. Tapi sekarang memang tak de masa la wehhh. Cukup la exercise dengan buat kerja rumah. Sapu sampah, mop lantai, basuh baju, jemur baju, lipat baju bla bla.. Berpeluh gak la.


sesekali layan tekak omputih apa salahnya kan ;p
sihat ke macam ni?


Tapi sampai bila nak stuck dalam lemak-lemak ni semua?
Pernah tak tanya diri sendiri?
Aku selalu tanya, tapi diri tak cukup kuat nak lawan nafsu. Konon nak start diet esok, pastu tangguh lusa. Lepas lusa, tulat. Bila nak start ooiiiii.
Zaman belasan tahun dulu, fikiran kita selalu pikir kurus is cantik, gemok is hodoh. 
Tapi sesuai dengan peredaran masa, cara kita berfikir pon dah berubah. Gemok bukan hodoh, tapi tak bagus. Tak bagus sebab banyak keburukan dari kebaikan. 
Sekarang, aku pikir nak kurus lebih kepada nak jaga kesihatan, senang nak bergerak. Ni berjalan baru sekejap dah mengah. Nak buat ibadat pon senang. Bila kurus, nak jaga stamina senang. Nak beli baju pon senang. Tu yang aku pikir sekarang. Cantik tu dah jadi nombor bawah-bawah.


Pastu sejak aku mula ber-TTC, kesedaran nak kurus tu datang sendiri.
Memang ramai nasihat kat aku suh kuruskan sikit badan, moga-moga senang nak 'lekat'.
Yes, aku akui aku rasa logik jugak alasan tu. 
Tapi nafsu makan aku memang tak boleh control. Nak makan sedap jekk. Abis tu bila nak kurus kan.
Pastu mula la nak sedapkan hati. Bukannya orang gemok tak boleh pregnant. Ramai je kawan-kawan yang berbadan besar boleh pregnant. Siap bunting pelamin lagi. Rezeki masing-masing kan.
Tapi aku pikir balik, tak salah kita berusaha kan. Mana tau, kalau aku kurus sikit (sikit je la), melekat ker.. Sapa tau kan. Semua atas kehendakNya. 


Doakan aku ye :):) Mana tau ramai-ramai doakan aku, berkat doa korang, Allah makbulkan doa kita semua. Kita hanya berusaha dan bertawakal. So, jom diettttt hehe.


tapi sebelum tu layan coleslaw dulu la hahaha


Related Posts with Thumbnails