Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

Macam Mana Tahu Aku Mengandung?

Soalan standart kottt bila orang dah tau aku mengandung.
Even doktor yang check aku pon tanya aku apa tips dapat mengandung, makan apa, amalkan apa.
Pasal apa aku amalkan, makan semua tu, aku share lain kali.
Kali ni nak share kronologi macam mana aku tau aku mengandung.
Serius aku cakap, kami laki bini pon tak sangka wehhhh.
Nak ikutkan masa bulan 5, aku tergerak hati nak call GH Klang nak follow-up nak tanya bila boleh buat next IUI. Cite aku buat first IUI korang boleh baca KAT SINI.
Dalam hati macam nak cuba la lagi. Aku plak jenis bukan penyabar. So nak cepat buat IUI. Kalau ada banyak duit, buat IVF macam cousin Apis.
Tapi sedar diri duit bukan banyak. haha. 
Actually IUI ni pon bukan kitaorang suka-suki nak buat. Doktor yang suggest.
Maybe doktor tu pon bukan jenis penyabar haha.


Ok bulan 5 tu call GH Klang, cakap nak try lagi sekali.
Dah siap plan nak pergi amek ubat turun darah sebab aku punya period tak teratur.
Aku kan tak penyabar, kang buatnya tunggu keluar sendiri tak keluar-keluar, kang lambat.
Tup-tup awal bulan 6. ok, 3 June 2014 period aku datang. 
Terus call hospital cakap nak pergi amek clomid. Clomid ni kena makan hari ke-2 period.
Aku pon makan la sampai hari ke-6. Hari ke-9 tak salah aku, kena pergi scan atau orang panggil TVS. Pergi check telor dah besar mana. Kalau size telor ok, esok boleh proceed IUI.
Tapi doktor cakap size telor aku masa tu tak menepati kehendak untuk proceed IUI. Kalu buat pon, percent nak melekat rendah. Tapi dalam hati aku, semua tu kuasa Allah kan. Kita manusia sekadar berusia. Kalau doktor cakap kecik lagi, tapi kalau Allah nak bagi rezeki, tetap rezeki kita ye tak.
Allah Maha Adil.


So pergila lagi hari ke-11 untuk scan telor lagi.. pon tak cukup syarat.. 
Doktor suh datang lagi hari ke-14 sebab esok tu hari Sabtu. Klinik O&G tak buka Sabtu Ahad.
Masa tu aku dah ada simptom-simptom nak demam.
Oh lupa nak cakap, bila aku start abis period - lupa hari ke berapa, aku dah start 'bersama'.. ehem ehem.. paham sendiri la ye. Orang yang berTTC memang paham. Malah doktor dan nurse akan suggest kat kita bila patut bersama. Bila dah bersama, apa kena buat. Tapi tak payah la aku cite details kat sini ye. Sini public. haha. Clomid tu untuk besarkan telor kita so amek la peluang tu untuk bersama suami ye. Kalau ada sapa-sapa kat sini curious clomid untuk apa. Mana tahu, rezeki korang nak menjadi usaha korang. Aku pon sematkan benda yang sama dalam kepala.
Walaupon aku pergi scan, doktor cakap telor aku tak cukup besar untuk IUI.
Tapi tak bermakna tak cukup besar untuk try cara nornal. hikhik. So, balik usaha sendiri.


Nak jadikan cite, hari ke-14 hari Isnin tu aku tak pergi pon. Sebabnya, aku demam dan dapat MC 2 hari - Isnin dan Selasa. Serius aku tak larat giler. Siap mintak doktor inject sebab tak tahan.
Aku decide tak nak pergi scan telor sebab tak larat.
Aku dengan Apis pikir takpe tak ada rezeki lagi nak try scecond IUI. 
Kita cuba cara normal je la haha. Walaupon dah hampir 4 tahun mencuba kan. Tapi sapa tau rezeki.. Macam tu la pikiran kitaorang masa tu. Tapi tak mengharap sangat.


Sampai la bulan puasa. Bulan puasa memang takde IUI dibuat.
Kalau nak buat IUI lagi, kena tunggu lepas raya.
Awal bulan 7 tu, aku tunggu gak la period aku datang. Curious la jugak sebab bulan lepas datang period dengan sendiri, kot-kot bulan ni nak datang sendiri dan normal.
Simptom-simptom period dah ada. Kira akhir bulan 6 dah ada la simptom period. 
Dah seminggu tu tak datang jugak, sampai masuk minggu ke-2. 
Aku dah pelik. Kalau ikutkan kejap je, dah datang period.
Masa bulan posa tu, aku banyak masak dari beli untuk berbuka.
Rasa penat sangat dan malas tapi gagahkan jugak sebab kesian kat Apis.
Ada la cite kat Eena pasal ni. Pastu minah tu suggest aku wat UPT.
ALHAMDULILLAH.
Kami yakin dengan kuasa Allah. 
Walaupon doktor cakap masa tu (masa second TVS), takde guna kalau nak IUI kalo size telor tak besar - tak macam prosedur IUI nak. tapi dalam hati dok cakap dok ulang, kuasa Allah takde orang boleh lawan. Kalau dia nak tulis tu rezeki kita, tetap rezeki kita. Sebab telor dah ada. dan akan pecah bila-bila masa dan kami pon ada balik 'bersama'.. Mana tau Allah nak bagi kan.
Masa tu sedih jugak doktor cakap macam tu pastu macam pujuk diri sendiri.



Ni scan masa dah 10 weeks. First checkup.
Aku dan Apis anggap inilah hadiah anniversary kami tahun ni.
Sebab kalau nak ikutkan pengiraan doktor baby ni 'terjadi' semasa bulan anniversary kami - bulan June. Aku dan Apis ada plan nak ke Phuket lepas raya.. so, cancel je la.. hehehe


Terima kasih Allah atas nikmat yang ternilai ni.
Sekarang aku sedang menjalani hari-hari yang penuh makna - penuh berhati-hati jugak.
Rasa macam giler lama nak masuk minggu ke minggu. 
Lepas seminggu tau pregnant, aku ok lagi. Masa tu aku dah 4 weeks.
Semua dok tanya, tak mabuk ke? ok ke? penat ke? Alhamdulillah aku ok.
Lepas seminggu, simptom ibu mengandung dah datang -Morning sickness, afternoon sickness, evening sickness dan night sickness semua datang.
Aku dah tak boleh masak. Bau masakan pon dah nak muntah.
Melepet je la aku atas katil. Sambung MC.. hahaha..
Dan Alhamdulillah, masa balik raya aku dah makin ok.
Cuma masak still tak boleh. Makan boleh haha.
Sekarang pon dah ok sangat. Mual-mual biasa la kan. Tapi dah ceria balik Apis cakap.
Masa aku mabuk teruk tu, aku ada amalkan satu ayat Yasin ni. Kawan aku Era bagi suh aku amalkan.
Alhamdulillah rasanya memang berkesan.



CREDIT HERE.

Korang baca sampai sebelum Kun Fayakun, stop sebelum tu, niat dalam hati apa yang nak diminta pastu baru sambung Kun Fayakun tu.. Insya Allah kita berikhtiar..
Aku rasa morning sickness aku teruk sepanjang puasa je which was dalam 2 weeks ++.. Lepas tu dah ok.. mual2 biasa tu ada tapi ok la.. badan dah sihat.. pergi keje boleh drive sendiri.
Masa aku mabuk teruk tu, Apis hantar aku pergi keje..



Korang semua doakan aku, Apis dan baby kami ok.
Semua orang tak putus-putus bagi nasihat.
Sekarang masuk minggu ke-16.. nak masuk 4 bulan..
Bukan aku dengan Apis je excited. Boleh kata semua yang rapat dengan kami - family and friends semua sama-sama excited. 
Once again, apapon, kami yakin dengan kuasa Allah.. redha dengan dengan qada' dan qadarNYA.




Monday, April 14, 2014

UJIAN, TUPPERWARE DAN DIET ATKINS.

Salam korang.

Tajuk tu aku hentam je haha. Lepas siap post baru pikir tajuk so jadila macam tu.
Ingat lagi cite aku pasal IUI kat sini?
Setelah lebih 2 weeks after buat IUI tu,
akhirnya cik 'P' datang jugak.
#pasrah #redha #sebak
Maknanya IUI aku tak berjaya.
Hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galanya.
Kami redha dan kami cuba bermuhasabah diri.
Cuba sedaya upaya sedapkan hati.
Mungkin kita rasa ujian Allah cukup berat untuk kita tanggung, tapi kita lupa kekuasaan Allah dan ujian orang-orang di sekeliling kita. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.


Baru-baru ni, kawan Apis yang baru kahwin tak sampai 1 tahun, suami dia meninggal sebab heart attack. Diorang baru 100 hari dapat tinggal bersama sebab sebelum tu diorang PJJ.
Kesian sangat sebab semuanya berlaku dengan tiba-tiba je. Suami dia memang sihat selama ni.
Tapi siapa la kita untuk menidakkan takdir Allah. Serius aku menangis baca segala status yang dia tulis kat fb dia. Banyak gak dia share. Besar gila ujian Allah kat dia. Semoga dia tabah.
Disebabkan kehilangan ini, boleh kata 360 degree hidup dia berubah.


credit to her fb. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul :((


Setiap orang cukup bertuah dikurniakan keluarga yang bahagia dan lengkap.
Ada parents yang sentiasa ambil berat, ada adik beradik yang saling menyayangi dan membantu.
Ada suami yang sentiasa di sisi dan sentiasa bagi full support.
Ada family in law yang sporting dan macam family sendiri.
Ada kerja yang bagus dan kita enjoy dengan kerja kita tu.
Tapi kita sedar ke, tak semua orang bertuah macam kita?
So bersyukurla dengan apa yang ada. 
Paling penting, HARGAILAH mereka selayaknya.
So aku sentiasa positifkan diri aku. 
Tak salah nak sedih, tapi jangan sampai kita terpesong sampai kita lupa urusan dan kekuasaan Allah.
Dan tak salah kita nak berbangga dengan apa yang kita ada tapi jangan sampai jatuh riak dan takbur.


Ok kita lupakan kejap cite-cite sedih ni.
Tapi bagi aku la, cite-cite sedih la semua yang menjadi tunjang kepada aku untuk terus bersemangat nak betulkan diri, tak mudah pikir negatif semua.
Aku jadi lebih 'open minded' dan berpikir lebih positif.


Oklah jom aku share kegilaan aku sekarang.
Bukan kegilaan la, more to minat la kot haha.
Aku minat TUPPERWARE hahaha.
Orang lain dah lama minat, dah bertingket-tingket koleksi tapi aku? Baru nak berjinak-jinak haha.
Sebenarnya semuanya kebetulan je.
Ada aku cite kat sini pasal minat yang satu ni.
So dah alang-alang aku pergi stokis beli koleksi sendiri, ada amek la order skit-skit untuk kawan-kawan opis. 

Ni antara order yang aku dapat. Sorry la uols tak tersusun haha.
Hot selling, botol air - eco bottle dan fridge water bottle. Memang selling fast dan asyik repeat order.
Paling syok, jiran-jiran aku pon siap order. Apis siap gelak-gelak tengok aku dok layan jiran aku kalut tanya ni berapa tu berapa. Bukan seorang dua ye. Kat area rumah aku ni, ada satu port geng-geng makcik- makcik lepak petang-petang. Semua tu kebetulan je sebab one day diorang tertengok aku bawa barang-barang Tupperware ni kawan opis order. Alhamdulillah rezeki la.
Aku menjual pon suka-suka je, sebab dari dulu aku memang suka bisnes ni. 
Tapi kalo ada yang nak order ke, nak jadi ahli ke, memang aku alu-alukan.
Sambil aku membeli untuk koleksi sendiri, apa salahnya aku amek order kan.


Ni treasure box.
Treasure box ada tak lengkap satu benda dish wash yang 800ml tu.
Dah terjual kat budak opis dia nak beli so aku jual terus la. Lupa nak snap awal-awal.
Alah, nak tau rupa google je.
Treasure box ni special untuk penyertaan ahli baru.
Harga dia rm280, free membership + starter kit, worth rm363.90.
Kalau tak nak yang rm280 ni, boleh join ahli dengan rm70 sahaja dapat starter kit.


Aku promote ni semua aku tak paksa uols beli pon. Tapi kalo ada yang sudi, order la nga aku haha. 
Kalo ada yang nak beli, boleh la roger, kalo taknak setakat cuci mata apa salahnya haha.
Suka aku tengok koleksi Tupperware colorful. 
Iman pon kena tebal tengok semua ni haha. 


Dan dengan keputusan IUI aku yang negatif, 
dengan ini aku akan buat balik diet Atkins yang dah caca merba tu hehe.
Nasib baik tak naik pon berat, cuma maintain dan statik je la.
Semangat ni nak start balik dan cuba turunkan lagi 5kg.
Doakan aku ye uols. 
Kita akhiri post ini dengan menu cheat aku hahaha.


Lamb Kabsa @ D' Arab Cafe, Masjid Negeri, Shah Alam.




Thursday, March 27, 2014

Pengalaman Buat IUI.

Salam korang.

Actually agak teragak-agak bagi aku nak share pengalaman buat IUI ni.
Perasaan aku bercampur aduk sama ada rasa excited, malas, segan - semuanya macam berkumpul dalam 1 rasa yang aku rasa susah nak luah. Nak cite lagi la susah.
Aku pasti orang yang ada pengalaman yang sama sahaja yang lebih paham.
Setiap ujian yang Allah turunkan ada sebab musababnya.


Kadang-kadang orang hanya mampu ucap kata simpati.
Simpati dengan aku dan Apis yang masih berdua.
Macam la teruk sangat kan takde anak ni orang pandang.
Bagi aku, setiap orang ada ujian hidup masing-masing.
Hidup senang dan kaya tu pon ujian Allah ok. Jangan ingat yang susah-susah dan sedih-sedih je ujian Allah. Ujian datang dalam macam-macam bentuk. How we accept and handle it, tu Allah nak tengok.
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik.
Aku pernah jugak cakap dengan Apis, mungkin ada sebab Allah masih 'hold' rezeki anak untuk kami.
Tapi dalam masa yang sama, rezeki lain mula masuk.
Alhamdulillah, rezeki Apis dalam business makin menampakkan hasil.
Dan boleh kata Apis memang busy gile, asyik meeting dan meeting.
Sometimes, aku hanya jumpa Apis sekali sehari which is time nak pergi kerja.
Aku dah tido, dia baru balik. Aku nak pergi kerja, dia masih tido.
Mungkin Allah nak bagi kitaorang mencari keselesaan hidup dulu.
Insya Allah, kami cuba buat yang terbaik, cuba nak buat orang sekeliling kami happy.


Pasal business Apis tu insya Allah lain kali aku share secara details. 
Rezeki yang tak disangka-sangka, dari pelbagai cabang.
Tapi jangan la korang pikir kitaorang dah kaya ke, dah senang-lenang. Kami masih bertatih. Kalo baby, baru nak merangkak orang cakap.


Kang dah panjang lebar mukadimah aku. haha.
Nak cite pasal IUI, tapi tercerita benda lain, terluah perasaan haha.
Jadi marilah aku sambung cite IUI ni. Niat aku hanya nak share sahaja, bukan nak raih simpati ke apa. Kalau rasa nak kutuk ke, kutuk je dalam hati korang.
Aku belum mampu nak tadah telinga hahaha.


OKla, lepas aku jumpa pakar aritu, macam korang baca aritu,
aku telah disuggest oleh doktor untuk terus buat IUI.
Tapi balik dari jumpa doktor tu, aku tak terus makan pil-pil yang dibekalkan tu.
Sebabnya, aku kena outstation dekat seminggu. Bila buat calculation, aku decide nak makan pil tu masa aku start outstation, so bila dah balik dari outstation, period aku datang dan boleh start makan Clomid.


Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan awal aku. Aku datang period hari ke-3 outstation. Aku start makan clomid hari ke-2 period (CD2). Aku kena makan 2 biji sehari selama 5 hari (CD6).
Dan pada CD9 (21/03/2014), aku kena pergi hospital untuk buat TVS. TVS ni proses nak check saiz telor, sama ada dah matang ke belum. Kalo dah matang, boleh terus proceed buat IUI.
Macam kes aku, telor belum matang dan kena datang lagi buat TVS 2 hari lepas tu (24/03/2014).
Dan Alhamdulillah, pada 24/03/2014, doktor cakap telor aku dah matang dan boleh ready untuk buat IUI.
Gile happy masa tu :)


Lepas tu doktor bagi Pregnyl untuk suntik malam tu.
Aku pergi buat kat klinik area rumah je, kena charge rm10 je. Suntikan tu dibuat around 9.30-10.00 malam. Suntikan ni untuk pecahkan telor.
Lepas dapat suntikan tu, lagi dua hari baru IUI akan dibuat, iaitu semalam, 26/03/2014.


Aku dan Apis sampai around pukul 8 pagi kat hospital.
Aku tak amek cuti pon sebab nanti akan dapat MC.
Sebelum tu, nurse ada terangkan skit macam mana prosedur tu.
Nak tanya ke apa, tanya la.
 Prosedur IUI ni dimulakan dengan pengambilan sperm Apis hahaha.
Sperm tu akan dicuci dan hanya sperm yang gagah berani sahaja yang akan diambil.
Proses ni buat kat hospital je, ada bilik khas yang disediakan.
Proses cuci tu amek masa gak la.
Nurse yang cuci suh kami datang balik pukul 11.30 pagi. Masa tu tak sampai pukul 9.00 pagi pon lagi. Sempat la singgah breakfast walaupon dah breakfast kat rumah haha.
Aku cheat diet, makan nasi lemak dengan roti kosong, air tetap air kosong hukhuk.
Nasib baik tak naik, maintain ajoooo.
Siap makan, sempat lagi balik rumah membuta haha.


Pukul 11.00 kejut Apis gerak pergi hospital balik.
Masa sampai kat bilik rawatan, doktor tak sampai lagi.
Oh nak bagitau, ada 2 pasangan je termasuk kitaorang yang akan buat IUI aritu.
Aku masuk dalam bilik rawatan untuk tunggu turn.
Pastu Apis kena pergi register, bayar rm103 dan amek ubat.

Sekarang turn aku plak.
Alhamdulillah, prosedur IUI ni memang tak menyakitkan langsung.
Cuma ada sedikit rasa tak selesa, dan sedikit senak.



Mula-mula nurse suh aku baring atas katil. Punggung kena letak atas bantal.
Posisi baring tu, ala-ala macam orang nak beranak.
Perasaan malu memang tolak tepi la kan.
Nasib baik doktor pompuan, doktor Aida yang buat tapi tetap segan wehhh.
Doktor suruh aku rilek.
Pastu aku dengan bunyi skru diputar-putar hahaha. Seriau sekejap mak.
Lepas tu doktor masukkan alat macam mulut itik tu.
Masa tu la rasa senak skit. Pastu tak rasa apa.
Masa doktor nak lepaskan sperm masuk, dia suruh aku tahan nafas.
Pastu siap, sekejap gile. Rasanya 2-5 minit kot prosedur ni.
Lepas tu, nurse suh aku lipat dan rapatkan kaki, tahan sekejap.
Tak lama pon, dalam 5 minit je pastu dah boleh turun katil dan balik hihi.
Balik nanti, kena makan Duphaston selama 2 minggu.
Lepas tu, boleh la test UPT kalo period tak datang.
Nanti kena inform kat dorang, berjaya ke tak.
Doakan aku ye korang :):)




Tuesday, February 11, 2014

TTC: Jumpa Doktor Pakar

11/02/2014.

Salam korang.

OK, date kat atas adalah date aku jumpa doktor pakar. Same day aku taip dan publish cite.
Senang aku trace nanti :)
Sepanjang aku ber-TTC ni, aku tak share banyak kan. Tup-tup harini terus jump cite, cite pasal jumpa doktor pakar terus hahaha. Maafkan aku ok.
Bukan taknak cite. Tapi proses tu tak rumit sangat dan malas skit hahaha ;p


Nak ber-TTC ni, mula-mula pergi kena set appointment dulu kat hospital. Dapatkan reference letter dari klinik-klinik yang berkenaan dulu.
TTC journey aku ni aku buat kat government hospital je, Hospital Klang. Makcik aku yang suggest kat sini.
Lagipon ikut pengalaman aku, proses dia cepat je dan efisien. Semua by appointment.
Ada nurse akan tanya details semua. Soalan-soalan peribadi pon ada tanya.
Macam berapa kerap bersama dalam seminggu, berapa lama dah kahwin, ada buat treatment ke sebelum ni, period regular ke tak dan bla bla.
Then, ada proses amek darah, amek air kencing, kena buat pap smear, dan HSG (18/12/2013).
Pihak suami plak, kena amek darah, air kencing dan kena amek sample sperm.
Setelah melalui pelbagai ujian tu semua.
Akhirnya tiba saat jumpa doktor pakar.
Masa ni la nak tau sedetail mungkin result ujian kitaorang buat selama ni. Nak discuss apa-apa ke. Nak tanya apa-apa ke. Nak luah perasaan kat doktor pon boleh :)


Ikut appointment, kena datang 9.30 pagi. Aku tak amek cuti pon sebab tahu boleh minta MC.
Tapi kitaorang terlewat sikit. Nak keluar pagi-pagi memang jem. Pastu area Klang, paham-paham la.
Sampai-sampai tu dalam pukul 10 pagi. Dalam pukul 12.30 tgh baru sampai turn kitaorang. Sebab ada 10 couple dah depan kitaorang. Semua nak jumpa doktor pakar harini.


Masa jumpa doctor tu, dia jelas kan serba sedikit semua proses yang kitaorang buat dan result dia macam mana. Alhamdulillah, semua normal. Cuma mungkin aku punya ovaluation cycle yang tak teratur. Actually tu semua normal. Tapi yelah bila dah tahap macam gini, maybe boleh jadi salah satu faktor lambat 'melekat'.
Then, doctor ada suggest aku turunkan berat sikit. Doktor cakap, mana tahu lagi senang nak 'melekat'.
Doctor pon ada cakap, tak semestinya gemuk tak boleh pregnant.
Berapa ramai perempuan gemuk dapat pregnant secara normal kan. Rezeki masing-masing.
Aku cakap la, aku pon dah start diet. Ada aku cite kat sini pasal kesedaran nak diet.
Kat sini kisah aku start diet Atkins.
Cite diet nanti aku cite lain entry ye korang. Apa aku boleh cakap, ada penurunan yang memberangsangkan. Tu je, jangan tanya lebih-lebih hahaha. OK, tanya la nak tanya ;p


Dipendekkan cite jumpa doctor ni.
Since aku dah nak cecah umur 3 series. Aku baru 29 tahun la doc huh. Taknak mengaku tu umur dah nak masuk 3 series hahaha. Pastu doc cakap menstrual cycle aku tak regular sangat, dia suggest aku punya treatment terus jump ke second stage.
Meaning terus buat IUI (Intra Uterine Insemination).
Aku rasa bagus jugak hehe ;)
Sebab apa, aku rasa lagi cepat lagi bagus. Kalo aku ikut first stage, which is try cara normal dulu (also kena makan pil semua bagai), mungkin peluang tu tipis la skit. Tapi semua tu kuasa Allah.
Kalo terus buat second stage ni, peluang tu lebih besar orang cakap. Tapi still kita hanya berusaha dan bertawakal. Allah Maha Mengetahui yang terbaik :):)
Proses IUI ni, proses memasukkan sperm suami yang paling berkualiti terus ke dalam rahim isteri.
Insya Allah, doakan kami ye.


Masa jumpa doc, ada la tanya soalan sikit-sikit.
Tapi since kitaorang normal, tak banyak sangat aku tanya.
Blur pon ye sebab macam sebelum pergi ada buat reserach kan, so ada la skit ilmu. Aku tanya yang penting-penting la. Ada gak tanya berapa kos IUI tu haha. Sebab sebelum ni semua ujian semua tu free. Kalo ada bayar pon, bayar pendaftaran, RM5.
Untuk IUI tu kena bayar la sikit. RM103. Tak tahu la kenapa RM3 tu nak kena ada jugak haha.
Kalo RM100 je tak boleh, or genap terus jadi RM110? hahaha.


Apapon, alhamdulillah sebab semua berjalan lancar.
Sepanjang aku ulang-alik buat semua ujian tu semua Apis banyak support.
Kitaorang takde stress pon. Kitaorang just go with flow.
Kadang-kadang aku rasa, orang sekeliling kitaorang lagi stress dari kitaorang hehe ;)
Aku paham, dorang semua memang ambil berat.
Pls korang doakan aku ye.
Sebarang suggestion, atau yang nak taja aku pergi mengurut ke (haha. ada ke?), nak suh aku try makan itu ini ke, jangan segan-segan ok. Insya Allah aku cuba yang termampu. Tapi jangan la paksa-paksa ok haha.
Setiap orang ada kemampuan masing-masing.
Semua tak sama. So tak boleh la nak compare-compare.
Macam korang yang ada anak.
Anak korang pon tak sama.
Tahap kecerdasan lain, tahap kecergasan lain.
Anak orang tu, tak sama dengan anak orang ni.
Kalo anak ko kena makan puree labu, tak semesti anak orang pon suka puree labu. Maybe anak tu suka puree epal ke. Haha. Apa aku merepek ni. hahaaa.
Apapon, ikut kemampuan masing-masing.
Paling penting, JANGAN STRESS. Cuba yang terbaik.


So, bila aku akan jalani IUI tu?
Aku belum dapat tarikh lagi. Sebab aku kena makan ubat Duphaston dulu, bagi turun period.
Pastu second day period, aku kena makan Clomid plak.
Then, kena call hospital bagitau aku dah start period. Nanti dorang akan set appointment untuk cek telor aku dan seterusnya akan buat IUI.
Semua bergantung pada menstrual cycle aku tu la.
Tapi sekarang aku dalam dilema. Sebab apa?
Akhir bulan ni dan awal bulan depan nak kena outstation. huhu..
Kang aku makan Duphaston tu tetiba period aku time aku travel macam mana. Sebab tak salah aku hari ke-9 period aku kena pergi buat ujian telor tu.
Bila aku kira-kira, aku rasa start makan Duphaston awal bulan depan la.
Again, doakan aku ye korang :):)


p/s: I turn 29 tomorrow :)


Wednesday, January 22, 2014

Diet Oh Diet :);)

Macam mana nak start ek?
Topik diet ni actually agak sensitif. Dulu-dulu aku cukup segan nak cakap aku on diet. 
Padahal bukan apa pon kan. Sekarang orang lelaki pon diet kan. Yang penting diet seimbang dan kena ada knowledge la. 


Dulu, aku main bantai je makan masa diet. Ikut sedap aku je. Kebanyakan aku kurangkan nasi, makanan berlemak, no more ais dan air manis. Exercise takkkk. Pastu cheat day memanjang haha. Kalau turun pon, 2-3 kilo. Jarang nak cecah 5 kilo. Sedih la jugak tahan makan, tapi berat yang turun, tak memberangsangkan. Tapi masa tu zaman anak dara, berat pon OK lagi tapi bukan kategori kurus la, kira sedang-sedang je la. 


Cer ko tanya berat aku sekarang? Sorry naik lorry la aku nak bagitau. Ko tengok aku pon ko dah tau aku gemok. Serius memang gemokkk. Stress tau takk. Lepas kawen memang berat aku naik mencanak-canak. Seriau aku tengok jarum penimbang. Semua seluar jean masa zaman anak dara dan awal kawen semua tak muat. Lagi double stress sebab aku dah la pendek, susah nak cari seluar. Nak pakai skirt? lagi la nampak pendekk triple stress...


Masa tu ramai la yang cadang makan supplement tu, makan supplement ni. 
Macam-macam la. But aku memang bukan jenis kental nak makan semua tu. Kalau yang jenis serbuk lagi la tak boleh telan. Kalau jenis pil, OK. Bagi 10 bijik pon aku boleh telan. Tapi tu la, orang cakap bahaya makan pil-pil ni. 


Nak jumpa doktor? lagi la aku malas. Dah sah-sah doktor akan cakap control makan, exercise bla bla. Sorry I don't need that kind of advice hahaha. Bukan berlagak. Tapi boleh kata semua orang cakap macam tu. Aku sendiri pon kalau cakap kat orang lain, cakap benda sama. 
CONTROL MAKAN dan EXERCISE.
Macam mana nak control makan, kalau lauk simple dengan ikan rebus, ulam petai dan budu aku boleh bantai nasi 3 pinggan! 


Exercise? Jogging memang tak laaa. MALAS. Ingat dulu masa belajar UM, ada la jogging dengan Eena, Emma dan Nadia. Tapi masa tu lebih kepada riadah, banyak dok gelak dan berjalan dari berlari ;p 
Pastu kadang-kadang pergi swimming. Aku nga Eena tak pandai swimming pon tapi kitaorang lebih kepada nak main air hahaha. Lepas kuar kolam, lapar.. Apa lagi, pergi makan la. Tapi kalau main sport, aku suka. Tapi sekarang memang tak de masa la wehhh. Cukup la exercise dengan buat kerja rumah. Sapu sampah, mop lantai, basuh baju, jemur baju, lipat baju bla bla.. Berpeluh gak la.


sesekali layan tekak omputih apa salahnya kan ;p
sihat ke macam ni?


Tapi sampai bila nak stuck dalam lemak-lemak ni semua?
Pernah tak tanya diri sendiri?
Aku selalu tanya, tapi diri tak cukup kuat nak lawan nafsu. Konon nak start diet esok, pastu tangguh lusa. Lepas lusa, tulat. Bila nak start ooiiiii.
Zaman belasan tahun dulu, fikiran kita selalu pikir kurus is cantik, gemok is hodoh. 
Tapi sesuai dengan peredaran masa, cara kita berfikir pon dah berubah. Gemok bukan hodoh, tapi tak bagus. Tak bagus sebab banyak keburukan dari kebaikan. 
Sekarang, aku pikir nak kurus lebih kepada nak jaga kesihatan, senang nak bergerak. Ni berjalan baru sekejap dah mengah. Nak buat ibadat pon senang. Bila kurus, nak jaga stamina senang. Nak beli baju pon senang. Tu yang aku pikir sekarang. Cantik tu dah jadi nombor bawah-bawah.


Pastu sejak aku mula ber-TTC, kesedaran nak kurus tu datang sendiri.
Memang ramai nasihat kat aku suh kuruskan sikit badan, moga-moga senang nak 'lekat'.
Yes, aku akui aku rasa logik jugak alasan tu. 
Tapi nafsu makan aku memang tak boleh control. Nak makan sedap jekk. Abis tu bila nak kurus kan.
Pastu mula la nak sedapkan hati. Bukannya orang gemok tak boleh pregnant. Ramai je kawan-kawan yang berbadan besar boleh pregnant. Siap bunting pelamin lagi. Rezeki masing-masing kan.
Tapi aku pikir balik, tak salah kita berusaha kan. Mana tau, kalau aku kurus sikit (sikit je la), melekat ker.. Sapa tau kan. Semua atas kehendakNya. 


Doakan aku ye :):) Mana tau ramai-ramai doakan aku, berkat doa korang, Allah makbulkan doa kita semua. Kita hanya berusaha dan bertawakal. So, jom diettttt hehe.


tapi sebelum tu layan coleslaw dulu la hahaha


Monday, December 30, 2013

Pengalaman Buat Ujian Pap Smear..

Assalamualaikum..


Actually aku tak pernah terpikir nak buat pap smear dalam masa terdekat ni.. memang sebelum ni ada baca dan tau pasal kepentingan buat pap smear ni.. tapi typical me, aku ni jenis penakut skit bab-bab gini.. paranoid skit benda-benda sakit.. kira takut sakit la..


Tapi disebabkan aku sekarang dalam process TTC (Try To Conceive), pap smear ni kira salah satu prosedur wajib yang aku kena buat.. so macam tak boleh nak mengelak la hahaha..


Ikut pengalaman aku, yang buat ujian tu, bukan doktor tapi nurse.. sesetengah orang, mungkin doktor yang buat.. bagi aku tak kisah janji ikut prosedur yang betul dan tak nak la nurse/docktor lelaki yang buat.. eh jangan tak tau dah ramai nurse lelaki sekarang hehe..  tapi sebelum aku buat, aku tak tanya pon sape-sape sakit ke tak buat pap smear.. tak google ke apa cara dia buat.. tapi tau la dia akan amek sampel macam lendir.. ada la tanya nurse, nurse cakap sakit skit.. oiiii.. takut takut hahaha.. dia cakap buat HSG lagi sakit.. sebab aku dah pernah buat HSG (yang ni aku cite kalau aku rajin. hehe) so aku rasa comfortable la skit nak buat pap smear ni..


gambar-gambar bawah ni hasil Google je.. takde maknanya aku snap gambar dalam bilik.. aku fokus time tu.. ok maklumlah, takut sakit.. haha..


speculum, spatula dan berus kot.. yang biru tu tag nama rasanya..

speculum - untuk buka dan hold dinding miss V so senang la nak amek sample tu..
spactula dan berus - alat nak amek sample.



Gaya baring masa ujian pap smear tu.. macam orang beranak.. 


Dan I tell you, memang tak sakit.. cuma tak selesa sahaja la.. tapi tak sakit.. janji rilek kan diri dan bertenang je la.. jangan dok pikir bukan-bukan.. nurse yang buat tu plak jenis pandai tenangkan hati aku.. dan tak gopoh pon.. pandai dia cool aku.. dia tanya la bila last bersama.. pastu dia ajar la cara nak bagi senang lekat (sorry sensored skit).. tu semua ilmu dan bagi aku takde istilah lucah ke apa.. pastu, lepas bersama, dia suh baring sekejap maybe 5-10 minit baru pergi basuh miss V.. kalo tak, takut kena jangkitan kat miss V.


Ok, ni perkara yang perlu korang tau pasal pap smear.


Kenapa Nak Kena Buat Pap Smear

Untuk kesan tanda-tanda awal kanser servik/kanser pangkal rahim.. kira ujian nak check kalau ada kuman/bakteria yang boleh menyebabkan kanser ni.. kalau kesan awal, bolehla diselamatkan lagi insya Allah.. kalau nak tau, kanser pangkal rahim ni pembunuh no.2 wanita selepas kanser payudara..


Persediaan Sebelum Buat Pap Smear

1. Make sure korang tak bersama dengan suami malam sebelumnya. senang cakap, dalam tempoh 24 jam sebelum ujian.
2. Tak period, paling sesuai 10 hari selepas period.


Bila Sepatutnya Kena Buat Pap Smear

Setahun sekali sahaja. kalau result dia negative which is OK, kena buat tiga tahun sekali.. dan kalau didapati ada kuman, kena repeat 6 bulan sekali.. dan rawatan akan diberi.. kalau dapat kesan awal, maka cara nak merawat lebih senang..


Ujian smear ni memang untuk wanita yang dah kahwin.. kalau yang dah beranak, memang digalakkan buat selepas 3-4 bulan beranak.. dan juga untuk wanita yang aktif melakukan hubungan seks.


Kalau belum buat, jom la buat.. kat hospital gomen free aje.. lagipon sekejap je tak sampai 2 minit.. macam aku pergi gomen sahaja.. cepat je.. sebab aku dah set appointment awal-awal so tak menunggu langsung. masuk terus buat.. cuma result dia lambat skit dari swasta.. tapi tak kisah la kan.. kalau swasta 1-2 minggu, gomen hospital 3-4 minggu.. semoga dengan perkongsian aku ni dapat menyedarkan korang betapa penting pap smear ni.. mencegah lebih baik dari berubat kan.. aceceh cakap macam bagus, padahal diri sendiri buat sebab terpaksa wakakak.. tapi serius korang, tak sakit cuma tak selesa.. eh ke semua orang dah buat? hahaha.. Lagi satu, ujian ni aku baru buat Jumaat lepas, so jangan tanya result tahun depan baru tau hikhik..


Related Posts with Thumbnails