Saturday, April 5, 2014

Join Tupperware...

Salam korang,

Nak cite skit kat korang ni hahaha.
Dah boleh agak kan apa yang aku nak cite, cite apa lagi, sama macam tajuk la.
Cite pasal TUPPERWARE :):)


Aku join ahli ni dah lama sebenarnya. Dari tahun lepas.
Itupon sebab cousin Apis yang offer nak registerkan dan bayarkan sekali.
Semua dia settlekan. Masa tu aku ok je, tak kisah sebab aku bukan kena keluarkan duit pon.
Dia just nak bagi ada 'kaki' bawah group dia so dia registerkan aku.
Masa tu aku bukan minat sangat pon Tupperware.
Tak pernah aku beli barang-barang Tupperware ni.
Semua tupperware (yang tak berapa banyak sangat pon) yang ada kat rumah tu, semua hasil hadiah kawen dan hadiah contest.


Tapi tak tahu kenapa lately ni, tetiba timbul minat kat barang-barang Tupperware ni haha.
Semuanya sebab aku pergi rumah cousin aku (bukan cousin tadi), tengok koleksi Tupperware dia.
Masa tu dia buat kenduri sempena masuk rumah baru.
Tersusun cantik koleksi Tupperware dia dalam almari. PENUH ok.
Aku yang menengok pon rasa teruja haha.
Timbul la jugak minat skit. Cousin aku yang lain terjangkit sama minat tu.


Pastu, sebulan dua lepas ada kawan aku dok promote la barang Tupperware ni.
Suh aku join ahli. tapi dah aku dah join kan cuma tak pernah aku guna membership aku tu.
Setakat perhiasan je.
Sampai la minggu lepas aku tertengok bekas air purple Tupperware yang kawan aku promote tu.
Cantiknyaaaaa.. terus terpengaruh.

 
 Ini la dia, outdoor cooler, besar gak 8.7 liter. 


Terus minggu lepas aku pergi stokis Tupperware beli katalog, RM1 satu.
Dekat je rupanya stokis Tupperware ni dengan rumah aku.
Boleh la pergi cuci-cuci mata haha.
Esok tu saje pass katalog Tupperware tu kat opismate.
Rupanya diorang pon minat. Ada la 5-6 orang order.
Ala, aku bukan beria nak buat bisness pon. Saje suka-suka.
Aku bagi harga ahli je pon kat dorang. Cuma ada sesetengah barang aku dapat free, dan dapat beli murah sebab dari accumulate semua pembelian aku entitled dapat semua tu.
Syok la jugak hahaha.. Penyakit parah ni satu hal lak bila dah terminat ni hahaha.


Sila jamu mata hahaha ;)


freeze set. besar ok yang bekas bawah tu boleh letak ikan siakap. berbaloi :)
Pastu aku dapat 1 lagi free freezemate tu yang size besar 5.1 liter. lagi berbaloi ;)


 Aku beli fridge water bootle set ni, ada 4 ketul.
Yang ni aku share la nga member. Yang aku seketul je.
Aim set ni sebab dapat freezermate free yang 5.1 liter tu.


 Yang ni budak opis aku order. Ada banyak set gak la.
Aku pon berkenan tapi tunggu next time la hahaha.


Ni nama dia citrus bilberry travel set. 
Retail rm42.20, tapi aku dapat rm13.50. 
Dapat beli 2 sebab ni macam purchase with purchase.


 Ni semua hasil borong semalam hahaha.
Ni order member opis dan kawan dekat dekat Shah Alam ni.
Kalau ada sapa-sapa nak order dengan aku boleh je. Cuma kalau yang nak COD, area Shah Alam sahaja. 
Then, kalau nak pos, korang kena bear harga postage tu ye.
Pasal harga don't worry, special punya. Just email me at w.syima@gmail.com


1 comment:

  1. i pun minat tupperware..so far ada few collections kat umah..semuanya hasil contest heheheh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails