Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

Tips Bercuti ke Bandung

Salam korang...


Since macam ramai yang cari tips bercuti ke Bandung, so elokla aku share kat sini sahaja senang. sekali harung kan hehe. At least sebagai rujukan aku juga di masa depan. Aku perasan memang banyak gak orang share tips ke Bandung ni. Memang tips-tips yang dorang share sangat-sangat berguna. Tapi setiap orang ada pengalaman masing-masing dan berbeza-beza. OK bagi korang, tak semestinya OK bagi orang lain. Jadi ambil iktibar ye apa-apa yang korang baca tu. Yang mana rasa penting, please take note. Insya Allah korang tak mudah tertipu nanti. Tapi kalau masih tertipu, bukan rezeki korang la ye ;)


Secara ringkas aku cakap, nak bercuti ke Bandung ni memang mudah. Even kalau korang pergi sendiri tanpa agen pon OK. Sebab bahasa kita sama, makanan ruji pon sama. Cuma mungkin cara masak lain kan. First time aku pergi dulu, aku just pergi berdua dengan kawan aku Eena. Masa tu kami belum book hotel, walk in je. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Memang syok la shopping kat Bandung dari Jakarta. Kalau korang nak tau, barang-barang macam telekung tu yang di Jakarta, stok ambik dari Bandung. Yang Bandung, ambik dari Padang. Ni info aku dapat dari local people la.


Tak salah kalau nak pergi ke Jakarta, tapi kalau nak shopping barang yang sama di Bandung, better korang simpan duit shopping kat Bandung sahaja la.


Most of us ke Bandung sebab nak shopping la kan.
Tipu la cakap tak nak shopping kat Bandung. Belum sampai boleh la cakap taknak shopping, cer korang sampai dan tengok FO-FO tu semua, dengan Pasar Baru lagi. Memang tergugat iman haha.


So, cari la hotel yang senang korang nak access semua FO yang berlambak-lambak tu.
My suggestion, Grand Serela Jalan Riau.



Memang terbaik, hotel staff sangat friendly dan helpful. Satu lagi orang Indo ni dorang memang baik, cakap lemah lembut je. Pastu ramah-tamah. Kat hotel tu, ada kedai serbanika 24 jam dan ada ATM. Even Air Asia sales centre pon ada kat building hotel. Breakfast pon sedap! Boleh baca pengalaman aku kat sini.


Duit Indonesia ni memang banyak kosong. Naik pening nak congak kan. Tapi aku ada tips mudah. Nak calculate duit Rupiah ke Ringgit senang je, korang buang 3 angka belakang, bahagi dengan 3.

Contohnya:
50,000 rupiah buang 3 angka belakang jadi 50.
Then,  50 bahagi 3 dapat RM16.67 ~ RM17

Ni cara kira kasar la. Nak kira betul-betul, kena check berapa rate korang tukar tu. Bawa calculator lagi senang, lagi feeling main tekan-tekan haha ;)


Pasal simcard, sila beli simcard nama simPATI untuk penjimatan berganda-ganda. Memang murah dan berbaloi. Dan jangan lupa roaming yekk HAHAHA ;p


Waktu Indonesia ni awal sejam dari Malaysia. Masa je awal tapi suasana sama je. Maknanya kalau pukul 6 kat sana, dah sama macam pukul 7 kita. So, tak payah tukar jam tu. Cuma kalo nak bangun solat Subuh, memang kena kunci awal sejam la takut kang subuh gajah lak hehe.


Kalau korang nak ke mana-mana, cari teksi yang guna meter. Sebelum masuk dalam teksi, tanya driver tu pakai meter ke tak? Ada 3 jenis teksi yang pakai meter kat Bandung ni - Cipaganti, Blue Bird dan satu lagi dah lupa. Teksi Blue Bird (memang glamour kat Indonesia) start rate 6,000 rupiah. Yang lain tu start rate 7,000 Rp. Tapi Blue Bird kat Bandung susah skit. Kat Jakarta banyak teksi Blue Bird ni. Ala, beza 1000 rupiah je, baru 30sen. Jangan la berkira sangat. Dari tak dapat langsung teksi lagi kesian kan hehe.

Teksi cipaganti yang guna meter.
Ada aku cite pasal driver teksi ni, boleh rujuk sini.


Ha, pasal spa dan massage segala bagai tu, ni aku nak remind sangat-sangat ni. Jangan sesekali masuk dalam rumah urut tepi-tepi jalan, yang ala-ala kat Krabi or Phuket tu.
Kat Thailand takpe.
Kat Bandung jangan ye.
Ni orang hotel yang pesan. Ni pon dorang share sebab encik suami layan borak dengan dorang. Tapi actually, kalau korang rajin tanya, dorang akan inform apa yang patut korang elak kat Bandung. Lain la spa hotel ke, atau spa-spa atau saloon yang agak besar yang memang nampak agak boleh 'dipercayai' dan nampak gah sikit. Kang ada yang hilang maruah kat sana. lagi haru huhuhuuu.


Lagi satu, kalau pergi Pasar Baru, jaga handbag or wallet korang. Kat sana, ramai pencopet atau penyeluk saku. Yang buat keje terkutuk ni bukan lelaki tapi pompuan. Pandang-pandang sikit sekeliling korang tu. Yang menjaja yang ikut bontot korang pon ramai. Sila extra careful. Sebaiknya, pakai sling bag.


Selamat bercuti ye korang. Tu je tips-tips yang penting yang aku ingat sekarang. Kalo ada lagi, nanti aku update lagi ye insya Allah. Next trip aku terpaksa cancel plak. Destinasi masih ke Indonesia. Nampaknya macam tak ada rezeki nak bercuti dalam masa terdekat ni. Kira burn la tiket tu. Aku beli masa promo last year. Lepas ni tak tau lagi la bila nak fly sobs sobs..



Monday, December 2, 2013

Bandung Trip 2013: Day 4 and Last Day

Assalamualaikum.


Untuk entri bandung kali ni, aku gabung terus la cite hari ke-4 dan last day.. aktiviti kat Bandung ni takde yang lain kecuali shopping dan shopping hehe.. kalau ikutkan itinerary, aku ada letak nak ke Tangkuban Perahu.. tapi last minutes, tak jadi plak..


Ada juga plan nak ke Jakarta, terpaksa cancel jugak last minutes atas sebab2 tertentu.. nasib baik jugak tak jadi pergi Jakarta, dengar cite ada demonstrasi jalanan.. orang keje government buat mogok, tuntut kenaikan gaji.. so jalan kat Jakarta memang jem gile.. aku teringin sangat nak naik train ke Jakarta.. katanya view sepanjang jalan memang cantik.. lagipon, nak la jugak merasa naik train kat negara orang.. best ke tak best belakang cite, janji aku nak merasa.. nak ada pengalaman sendiri.. mungkin takde rezeki kali ni.. insya Allah mungkin next time kot hehehe ;)




Ala2 slurpee.. nama dia Froster.. kat kedai serbaneka tepi hotel tu..


Hari ke-4


Bangun awal sikit sebab dah lapar.. hehe.. rasanya lepas berspa tu, aku tibai maggi je kot.. malas dah keluar cari makanan.. tepi hotel ada kedai serbaneka ala2 7 eleven tu so memang senang je.. kettle pon ada dalam bilik senang keje..






Overall, breakfast kat Grand Serela memang sedap.. ada banyak choice.. ada juga nasi dengan 2-3 jenis lauk pauk..  pendek kata, mengikut selera kami berdua.. siap ada pisang rebus (actually dikukus), encik suami punya favourite..


Lepas tu, bermula journey nak menerjah factory outlet (FO) sepanjang Jalan Riau.. kalau korang nak tau memang banyak sangat FO sepanjang jalan ni.. larat ke tak je nak terjah semua..




Antara FO di sepanjang Jalan Riau:

Heritage - WAJIB PERGI
Cascade - WAJIB PERGI
Secret - WAJIB PERGI
Summit - WAJIB PERGI
Renarity
China Emporium
Terminal Tas - WAJIB PERGI
Galeri For Men
Oasis - WAJIB PERGI
Stamp
Mighty
Base


aku memang tak sempat nak terjah semua.. hahaha.. dok kat satu2 FO pon lama.. nak terjah semua memang tak larat la.. bila tengahari, perut pon berdondang sayang hahaha.. so marilah kita cari kedai makan..



Sangrai Sundanese Food.





Aku order gurame goreng, kangkung belacan (tak ada dalam pic, masa ni kangkung belum sampai), es campur dan encik suami order air cincau.. aku dah lupa encik suami order apa untuk makanan, tapi sampai ke sudah tak sampai makanan.. bengang gile encik suami.. makanan dia ok je, so-so je.. not recommended! hahaha.. makanan hotel 10 kali lagi sedap tau..


Lepas makan semua, kitaorang decide nak balik hotel sebab nak solat.. lagipon dekat je.. kaki pon lenguh2 dah.. hahaha.. lepas solat, rilek2 sekejap, kitaorang tertidur hahaha.. bangun2 dah gelap, terus bersiap mau terjah Paris Van Java.. katanya tempat lepak paling happening ni Bandung.. 




Aku dok depan Paris Van Java.. tak clear sangat picture ni kan.. almaklumlah kamera biasa je.. hahaha.. ada jugak nak try capture worf Paris Van Java depan entrance tu tapi tak clear pon.. so malas nak letak sini..




Kami layan J.Co donut.. memang terbaikkkk!! dulu2 kalau pergi Indonesia je boleh try.. sekarang dah ada cawangan kat sini kan.. aku tak pernah plak try yang kat sini.. kebetulan tepi J.Co donut tu ada live band.. syok la layan sambil2 dok makan dan borak2.. lewat gak kitaorang lepak.. 



Hari ke-5 (Last Day)


Hari last ni aku bangun macam biasa.. kemas barang dulu yang mana sempat..lepas tu, turun breakfast.. menu macam semalam cuma tang nasi lauk dia lain dari semalam.. tapi bubur tetap menjadi pujaan.. hehehe..



View dari bilik hotel..


Lepas makan2 terus naik bilik sambung kemas2 barang.. barang memang banyak.. tapi sumbat situ sini muat je.. jangan risau aku dah beli luggage 25kg dengan air asia.. masa pergi drop luggage, lagi beberapa gram nak cukup 25kg hahaha.. pandai tak aku bajet? hahaha.. dah tau next trip, kena beli 40kg.. ada kerrr hahaha..


Sempatla layan tido jap.. plan aku lepas check out baru pergi FO lagi area Jalan Riau sebab ada lagi beberapa barang yang belum dibeli.. dalam sejam siap shopping beberapa helai baju zass balik hotel balik nak amek beg dan call teksi..


Sempatla singgah di Kartika Sari sekejap.. menjamu mata..



Kueh mueh dan kerepek.. encik suami beli kueh yang belah kiri bawah tu.. yang dicucuk dengan benda color hijau tu.. tau apa benda color hijau tu, cili yekk.. hahaha.. aku suka..



Barisan kek lapis, brownies dan macam2 la lagi.. aku beli 2 je brownies yang dicampur2.. macam gambar atas sebelah kiri.. harganye tak salah aku 36,000 rupiah sebekas.. kalau yang satu rasa je macam yang bawah tu 34,000 rupiah.. sini hari2 main puluh ribu, juta2 jek hahaha..



Kerepek belut.. tak sanggup aku nak try hahaha walaupon aku ni makan belut..



Lepas selesai di Kartika Sari, ajak pakcik teksi lunch.. dia bawa makan makanan sunda lagi.. namanya, Warung Nasi Ampera.. jalan nak ke airport dah ni.. 





Ini je yang kami makan.. takde kuah pon.. actually dorang ada kuah asem.. tapi tak tau kenapa aku tak amek.. aku memang jenis makan kering macam ni.. dia punya paru sedap gile.. sambal cili tu pedas tapi takleh lawan kepedasan masa lunch on the way nak ke Toko Tiga tu.. dah lupa nama kedai dia.. dua2 sedap.. siap bertambah lagi makan.. hahaha


Total: 56,000 rupiah kot.. dah lupa :)


aku suka pakcik teksi ni.. kalau sapa2 nak guna khidmat pak supir ni, boleh contact no ni.

Pak Yuan
Tel No:  0853-1498-5479



Teksi cipaganti yang pakai meter.. kalau ke Bandung, nak dapat teksi Blue Bird susah skit.. so, boleh juga pakai service teksi cipaganti ni.. 



Babai Bandung.. moga ketemu lagi.. insya Allah..
akhir kata, jauh perjalanan, luas pemandangan ;)


Tips ke Bandung? lain kali kalo sempat aku share ye..

# Day 1 di Bandung
# Shopping di Bandung
# Shopping Cibaduyut dan Toko Tiga


Saturday, November 23, 2013

Bandung Trip 2013: Hotel Grand Serela, Cibaduyut & Toko Tiga

Ok jom sambung cite Bandung.. kang dok berkulat dalam draft ni..



Ada orang tu dah pakai baju baru hahaha..




Ni hari ketiga di Bandung.. kitaorang nak check out Hotel Asmila.. nak check in hotel kat Jalan Riau plak.. tapi apapon, kita kasi perut kenyang dulu hehe..




Pagi ni breakfast adalah secara buffet.. so boleh ulang makan berkali-kali kalo larat.. 
Menu sama macam semalam cuma adalah yang ditambah sedikit.. mungkin dah ramai orang menginap kat hotel ni berbanding semalam.. hari libur udah dekatttt ;)


Lepas kenyang, kami ke Rumah Mode sekali lagi hehehe.. encik suami nak mencari t-shirt.. katanya semalam tak puas shopping.. tak lama pon kat sana.. dalam sejam lebih.. pastu balik hotel untuk check out..




Area reception.. memang cantik deco kat hotel ni.. cuma aku tak sempat nak explore betul-betul sebab kesuntukan masa.. masa banyak dihabiskan di luar atau di bilik, rileks kan diri..



Lepas check out, terus amek teksi untuk ke Jalan Riau.. perjalanan lebih kurang 10-15 minit.. jalan kat Bandung ni memang jem je, tapi kat Jakarta lagi teruk la.. 


Kami check in Hotel Grand Serela Jalan Riau.. hotel ni ada cawangan juga di Jalan Setiabudi, jalan yang sama Hotel Asmila tu.. saje aku pilih hotel ni sebab senang nak access ke factory outlet.. dan serius aku cakap, highly recommended sangat2 kalau korang datang ke Bandung, dok la hotel ni.. senang nak access, kedai serbanika tepi hotel je, mesin ATM pon sama kat tepi hotel.. even, ada pejabat kecil Air Asia kat depan hotel.. pasal kedai makan, sepanjang jalan memang penuh.. 






Antara package menarik yang pihak hotel Grand Serela offer.. 


Aku dapat rate 900k lebih rupiah untuk 3 hari 2 malam termasuk breakfast.
Bagi aku agak berbaloi sebab kemudahan memang banyak area hotel dan senang nak access kalau nak ke factory outlet.. selain kat Jalan Riau, factory outlet banyak kat Jalan Dago.. faktor2 ni memang penting sebab kalau ke Bandung tak shopping, tak lengkap hehehe..


Rezeki kami juga hari tu sebab dapat check in awal.. terus letak barang-barang dan pergi ke teksi tadi balik.. masa on the way ke hotel tadi, kami dah riki dengan pakcik driver tu nak ke Cibaduyut dan Toko Tiga.. tanya la dia berapa charge.. dia cakap 250,000 rupiah.. macam mahal tapi memandangkan tempat tu jauh dan pakcik tu sanggup tunggu.. siap bawa pergi lunch.. so encik suami cakap ok je la.. nak amek yang full day lagi mahal kan.. tapi kalau korang datang ramai2 dengan anak2, orang tua ke, better cari pak supir, book untuk full day.. rate dalam 500,000-700,000 rupiah.. depends pada kereta apa, berapa ramai.. dan juga atas rezeki masing2.. pandai2 la menawar ye..


Ni tersekat dalam kesesakan lalu lintas nak ke Cibaduyut.. saje snap2 dalam teksi.. kalau ke Bandung, aku memang TAK SUGGEST korang drive sendiri.. lain la di Bali.. Jem kat Bandung ni tak sama dengan jem kat KL.. pastu korang kena berani cilok mencilok.. keta pon sipi2 je memotong.. tapi aku tak kisah, janji cepat.. hahaha.. aku memang pantang teksi bawa slow2 ni.. 


Kalau Pasar Baru, syurga shopping bagi orang perempuan, Cibaduyut ni syurga shopping orang lelaki.. Cibaduyut ni memang terkenal dengan barangan kulit.. original tau.. kulit dia memang tahan lama.. 


Credit here.


Encik suami memang peminat barangan kulit.. kat sini, dia la yang banyak shopping dan paling kusyuk dok membelek.. macam dah tak tau nak pilih apa.. rambang mata.. hahaha.. tapi aku kusyuk juga sampai terlupa nak snap gambar kat area situ.. pakcik teksi bawa kitaorang pergi ke satu kedai ni, macam mall kecik, penuh dengan barangan kulit, dari handbag, selipar, kasut, wallet.. tapi mahal skit la.. kitaorang tak puas hati, keluar mall tu tengok tepi jalan lagi berlambak2 kedai2 barangan kulit ni.. lagi murah..



Satu kasut, satu sandal.. 
encik suami cakap memang puas hati..
Dia ada beli clutch lelaki tu.. trend orang sekarang.. barang kulit kan, memang cantik.. bila balik Malaysia, ramai orang tanya clutch dia tu.. sebab barang kulit ni, makin lama makin lembut dan makin nampak cantik..


Pastu ada la beli pisang keju.. dia macam kerepek.. kat Cibaduyut ni, kalau korang nak beli kerepek pon banyak choice, beli siap2 kat sini.. boleh minta rasa.. 


Lepas puas hati shopping (tak puas lagi sebenarnya! hahahaha), terus kami ajak pakcik teksi tu pergi lunch.. time tu dah pukul 3 kot.. tak larat dah nak pergi semua kedai.. memang sepanjang jalan penuh kedai barangan kulit.. kami singgah lunch di restoran makanan Sunda dalam perjalanan ke Toko Tiga pulak.. kalau korang nak tau, orang Bandung terkenal dengan makanan Sunda.. must try ok.. aku tak fussy sangat bab2 makan.. semua nak try hehehe.. makanan Sunda ni tak berkuah sangat.. so kalau korang yang jenis suka makan berkuah, maybe kurang suka la.. tapi kena try dulu.. mana tau korang suka.. hehehe..


Lepas kenyang, hati pon senang.. mode shopping on balik hahaha :)


Terus gerak ke Toko Tiga.. untuk pengetahuan korang Toko Tiga ni memang terkenal dengan seluar jeans.. kat sini la syurga seluar jeans yang terkenal kat Bandung selain di Jalan Cihampelas.. tapi aku tak pergi pon Jalan Cihampelas, tak sempattt.. so tak dapatla aku nak bandingkan antara dua tempat tu..


*ehsan pakcik google*


Yang penting, aku berjaya rembat Levi's jean sehelai di Toko Tiga. sehelai je ke? hehe.. 



Antara hasil rembatan hari tu.. alhamdulillah atas semua rezeki dan kesempatan.. 


Sampai hotel pon dah dekat pukul 8 kot.. aku saje tengok meter teksi tu sebab memang pakcik tu ON je meter tu start dari Hotel Asmila ke Hotel Grand Serela sampai la kami balik, kurang 10,000 rupiah lagi mau 250,000 rupiah.. so aku rasa sangat la berbaloi dengan charge yang dikenakan.. plus, pakcik tu memang tunggu je kami.. tak kisah nak shopping berapa lama.. malam tu, terus ke spa hotel.. hilangkan lenguh2 badan.. hehehe..


Nanti sambung next day dan last day ok..


Wednesday, November 13, 2013

Bandung Trip 2013: Day 2 - SHOPPING TIME ;)

Sambungan dari sini..


Lepas makan nasi padang, memang kitaorang terus balik hotel.. kenyanggg hehehe..
Lepak kat bilik, rehatkan badan pastu layan movie kat TV.. local channel banyak, international channel pon banyak.. tak salah aku ada lebih dari 60 channel.. memang syok layan.. aku tido lambat gak tapi cuba paksa mata pejam sebab esok ada misi penting.. apa lagi SHOPPING lerrr hehehe.. 



Good morning Bandung!! hahaha.. poyo tak..






Depan bilik.. 
semalam tak ingat pon nak amek gambar kat sini.. pagi2 cuaca pon terang benderang so snap la buat kenangan..




Lorong menuju ke bilik.. sempat lagi snap masa jalan ke lif..


Apa2, breakfast dulu.. breakfast ni memang free termasuk dengan harga bilik.. 


Rupa-rupanya pagi tu takde buffet.. kena order ikut menu atas tu..
Aku order caesar salad (omputis sgt hahaha), bubur ayam dan buah.. encik suami plak order nasi goreng, omelette dan buah jugak.. 


buffet table tapi takde pon...




Mula-mula nak breakfast kat luar macam minum petang semalam.. tapi dah ada orang dok makan kat situ.. so pasrah je la dok kat dalam.. aku lebih suka lepak kat luar..




Tiba-tiba orang dok makan kat luar tu dah siap makan.. haruslah aku pindah ke luar hehe.. lebih syok makan sambil2 tengok view kat luar walaupon takde la cantik sangat.. tapi udara pagi tu yang buat rasa best..




appertizer aku dah sampai.. gile ko kat rumah nak makan macam ni haha.. nasi lemak la lagi syokkk.. nasi kerabu kerrr



Bubur ayam.. memang menu wajib kalau breakfast kat mana-mana hotel di Indonesia rasanya.. kalau kat tempat kita, nasi lemak la kan menu wajib.. 



Ada keropok, telor rebus, cakoi, kacang, sayur jeruk tu korang panggil apa ek.. pastu ada la kicap manis dan masin.. rasanya kalau telor tu diganti dengan telur masin lagi mengancam.. haha.. 


Lepas breakfast, misi menerjah Pasar Baru bermula..


Sorry la uols, memang takde satu pon pic yang disnap di sana.. sampai2 sana terus terjah kedai telekung, kedai baju, kedai selipar.. 

* gambar ehsan dari gOOgle*


Kalau uols nak tahu, Pasar Baru ni ala-ala Bazar Tok Guru kat Kelantan tu.. cuma Pasar Baru ni ada banyak tingkat.. kalau shopping kat sini dari pagi sampai petang pon tak cukup.. tapi aku pergi half day jek.. rembat apa yang wajib je.. especially telekung.. memang murah..


Lepas dah dapat semua barang, misi seterusnya bermula.. ke mana?




RUMAH MODE.




Mana nak tuju ni? semua ada kat sini.. ATM, medan selera, tempat refleksologi..



*candid*
Tengah mengirai2 baju dan seluar.. memang banyak gile choice kat sini especially untuk lelaki.. Yang pompuan banyak jugak tapi aku kurang berkenan haha.. sempat rembat 2 helai tops kat sini..







Masa ni dah start hujan.. dan dah makin gelap.. so aku sorang je sempat bergambar kat sini.. Terus berlari2 masuk medan selera diorang.. food kat sini banyak choice gak.. 



Aku teringin dessert.. beli strawberry tart ni.. kulit luar keras, tak sedap!!



Main menu - nasi timbel.. sedappp ;) tauhu fresh, ulam-ulaman pon fresh.. ayam memang sedap.. cili meletops! nasi pon sedap bau daun pisang tapi skit.. tak cukup hahaha..


Lepas hujan dah reda, terus balik hotel beristirehat.. malam nanti plan nak keluar jalan2.. kalau ikut itinerary, malam memang free je.. tapi kitaorang nak keluar cari makan.. konon nak cari kedai serbanika ala2 7 eleven ke.. tapi tak jumpa.. last2 makan KFC.. sedap lagi KFC Malaysia.. dengar cite Pizza Hut dorang best banyak choice, tapi tak sempat plak nak ke sana.. kena naik taxi jauh skit dari hotel.. 



Antara hasil rembatan di Pasar Baru dan Rumah Mode..
memang syok shopping sebab harga memang murah.. 
kalau shopping, ringankan mulut tu tawar menawar.. harga untuk local dengan tourist beza sangat2 tau.. time menawar, aku memang tawar sampai separuh harga.. pandai2 la korang.. yang penting memang murah.. paling aku suka orang Indo memang friendly dan tak kedekut nak bagi diskaun.. pastu dorang memang hormat kat tourist.. cakap pon dengan lemah lembut baik lelaki mahupon pompuan.. 


Esok dah nak check out.. nak pergi stay hotel kat Jalan Riau.. yeay.. shopping again.. hehehe...

Related Posts with Thumbnails