Showing posts with label Kelantan Negeri Cik Siti Wan Kembang. Show all posts
Showing posts with label Kelantan Negeri Cik Siti Wan Kembang. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Ais Krim Baba dan Mee Cambol Terbaikkk...

Kalau uols ke Pengkalan Kubor or Rantau Panjang, kawasan bebas cukai yang terkenal kat Kelantan tu, jangan lupa ye cuba mee cambol ni.. my feberet dulu, kini dan selamanya.. hihi...



Ni aku order maggi cambol. maggi tu maggi siam.. bihun ada, kueh teow ada dan mee kuning tu pon ada.. nampak rupanya mcm biasa-biasa jek kan.. mcm mee sup biasa jek.. tapi rasanya memang lain.. rasa sup dia special skit.. aku pon tak tahu ramuan dia apa.. yang pasti setiap kali balik kampung, kalau free memang aku akan pergi makan mee cambol ni.. semangkuk ni RM5 tak salah aku.. 


credit to google.

Kalau nak mencuba, boleh singgah Kedai Kak Sah, dekat dengan LKIM Pengkalan Kubor.. sebenarnya ada jugak kedai lain yang jual mee cambol, tapi setakat ni kedai ni paling best.. Kedai dia buruk je, tapi memang penuh je.. tak salah dia tutup pukul 9.00 malam..



Nama ais krim ni, ais krim Baba.. setakat ni aku pernah jumpa kat area Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang.. tak tahu la kalau belah sempadan kat area Bukit Kayu Hitam or Padang Besar ada jugak..



Harga sebekas RM2. kat bawah tu ada roti.. pastu ais krim homemade tu.. kat atas dia tabur jelly, kacang dan jagung manis.. kalau suka, boleh tambah pulut.. sedappp... nyaman je rasa tekak ni.. memang takleh lawan Tutti Frutti tu.. tapi memang terbaik, makan ais krim sambil layan angin pantai sempoi2 bahasa...



Ni pakcik yang jual ais krim Baba tu.. nampak tak tulisan Baba ice cream tu.. kalau uols nak beli ais krim ni, make sure cari yang ada tulisan tu. tu adik aku dah siasat nga pakcik tu, dia cakap buat masa ni kat Pengkalan Kubor, ada 3 orang yang jual ais krim Baba ni.. jangan lupa ye uols kalau pergi kelate, cubalah.. 

Sunday, November 13, 2011

Sorok Bau Budu

Friday, April 1, 2011

Tempat-Tempat Mesti Korang Pergi Kalau ke Kelantan...

Oleh sebab aku ni orang Kelantan, ramailah kawan aku yang nak pergi Kelantan selalu tanya aku apa tempat-tempat best or tempat WAJIB pergi kalau ke Kelantan. Biasanya aku bagilah cadangan pergi pantai sebab Kelantan memang meriah dengan pantai. dan yang penting shopping, shopping dan shopping sebab Kelantan memang banyak syurga shopping. Tak percaya pergilah Kelantan dan satu lagi, syurga makanan.


First kalau korang pergi Kelantan, korang kena rasa makanan WAJIB orang Kelate yang buat.


Tapi kali ni, aku nak share dulu tempat-tempat yang WAJIB pergi kalau ke Kelantan. Pasal makanan, kita cerita lain entry ye.


Antara tempat-tempat yang menarik untuk korang singgah.


1. PANTAI CAHAYA BULAN (PCB) or dulu2 orang panggil Pantai Cinta Berahi.


Pantai ni terletak lebih kurang 11 km dari bandar Kota Bharu (KB) or 15 minit kalau bawak kereta.Dan di sepanjang jalan nak sampai pantai ni korang akan jumpa pelbagai gerai jual jagung dan kedai kraftangan macam batik, songket, pembuatan perak, layang layang dan macam-macam la lagi. Pantai ni memang antara pantai yang femes la kat Kelantan selepas Pantai Irama kat Bachok, Pantai Sri Tujoh, Tumpat dan Tok Bali, Pasir Puteh. Kalau nak beli ikan segar or nak tengok nelayan balik dari laut, pergi Tok Bali.

PCB ni femes sebab dia dekat dengan KB. Yang menarik kat sini mestilah makanan laut goreng tepung macam sotong goreng tepung, udang, ikan dan segala la. memang fresh. Kalau nak tahu, zaman tentera Jepun dulu, PCB la antara tempat diorang mendarat. Kira tempat bersejarah gak la ni. Kalau Pantai Sri Tujoh plak, dulu-dulu selalu ada Pesta Wau Antarabangsa. dan yang penting, Pantai Sri Tujoh ni dekat dengan Pengkalan Kubor, kawasan bebas cukai untuk shopping. Dan kalau pergi PCB, nak stay kat KB pon boleh sebab dekat je or kat sana memang ada resort seperti Perdana Beach Resort. Rate dia korang search sendiri. hehehehe.


 Kesan hakisan kena letak batu-batu ni...

Pic taken form Google.




2. PASAR SITI KHADIJAH

Ini pasar besar dan paling ramai pengunjung di KB. Pasar memang terletak dekat tengah-tengah bandar. Memang macam-macam benda dijual kat sini. Tudung, telekung, makanan, baju, dan macam la. Barang basah pon memang fresh dan keunikan pasar di Kelantan ni, mostly peniaga dia memang wanita. Kan wanita Kelantan terkenal dengan skill berniaganya ;p

Ni memang suasana biasa kat pasar Siti Khadijah. pic taken from google.


Nak tahu lagi pasal pasar ni, klik SINI.


3. PEKAN RANTAU PANJANG

Rantau Panjang ni mestilah glamer dengan tempat shopping dia. kawasan bebas cukai di Rantau Panjang memang best untuk shopping. Nak beli periuk belanga, toto (comforter), pinggan mangkuk, baju tidur, jersi bola Siam, jeans Siam, pakaian, makanan dam macam-macam la lagi. Memang banyak pilihan boleh jadi rambang mata nak pilih. Biasanya barang WAJIB beli kalau datang sini mestilah TOTO, set pinggan mangkuk dan periuk belanga. 

Kalau korang ada masa, boleh juga seberang ke sempadan Thailand iaitu Golok. Memang dekat gila 5 minit je kot nak cross sungai tu. Nak pergi ikut jalan 'halal' boleh, jalan 'haram' pon boleh. hehehehe..peace, no war..hehehehe.. Kat sana ada apa? makanan memang heaven. Shopping pon best.

Lagi satu, jangan lupa singgah sembahyang di Masjid Cina yang terkenal di sana. 


pic taken from HERE.


4. PENGKALAN KUBOR, Tumpat


Kalau korang dah singgah Pantai Sri Tujoh, jangan lupa teruskan perjalanan sampai ke Pengkalan Kubor. Sini bukan kubor semata-mata yeee.  Ni kawasan bebas cukai, tempat shopping. Sama macam Rantau Panjang, mostly barang-barang dijual kat sini sama je dengan di Rantau Panjang. Harga barang kat sini boleh tahan juga depends on musim. Kalau musim cuti sekolah agak mahal jugak sebab ramai pengunjung luar Kelantan datang. Tips aku, korang suruh kawan Kelantan korang tolong tawarkan harga. Kalau tak sah sah kena ketuk. hehehehe. Ni pon dekat dengan sempadan Siam, Pekan Tak Bai. 

Dan masa on the way nak sini actually ada 2 jalan. satu jalan from pantai dan satu lagi jalan korang akan lalu kuil/wat siam yang glamer dengan SITTING BUDDHA. Ada satu la wat siam yang femes seantaro Asia Tenggara dengan SLEEPING BUDDHA. ni pon terletak di Tumpat. Aku selalu depan wat siam sleeping buddha tu sebab nak balik kampung sebelah Abah di Rantau Panjang, tapi tak pernah singgah, tengok kat luar je. Lupa nak bagitahu, aku ni campuran Rantau Panjang dan Tumpat, ummi orang Tumpat dan abah orang Rantau Panjang. Kalau tanya aku pernah tak aku pergi Tak Bai dan Golok, mestilah pernah... hehehehe.. pergi shopping je pastu balik. Insya Allah bulan 5 or 6 (cuti sekolah), pengasuh aku orang siam nak kahwin. Nanti boleh pergi Golok lagi. hehehe.




Rasanya cukup dulu tempat-tempat kat atas yang aku nak rekemen kat korang. Tempat ni pon kalau setakat pergi 3 hari ke Kelantan memang tak cukup. hehehe. Sebab apa aku cakap macam tu, sepanjang jalan nak sampai satu-satu tempat tu memang banyak tempat dan benda yang menarik. Ada lagi 3, 4 tempat yang menarik yang aku nak syorkan yang boleh korang singgah kalau ke Kelantan seperti air terjun, tempat shopping Bukit Bunga di Tanah Merah, dan tempat makan best di Kelantan. Insya Allah, kalau ada masa aku sambung lagi ok.


Related Posts with Thumbnails