Showing posts with label asam pedas ikan siakap. Show all posts
Showing posts with label asam pedas ikan siakap. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap

Salam uols...


Masa bulan posa aritu banyak la juga aku share resepi kan.. hehehe.. macam excited semacam je bulan posa tu.. padahal bukan selalu masak pon.. hidup berdua ni, kadang-kadang beli lagi jimat.. lagipon, encik suami bukan jenis memilih sangat.. senang je nak jaga dia bab-bab makan ni.. ko just goreng ikan rebus, ada kicap.. makan bertambah.. nak lagi best, buat singgang ikan tongkol, ada petai, budu letak tempoyakk.. memang berselera gilerrr dia makan.. kadang2 aku rebus ikan tongkol satu periuk, simpan dlm fridge, time nak makan, goreng seketul dua ketul.. kalau takde ikan tongkol, ikan sardin.. kalau aku ni lagi senang.. panggang tawar ikan sardin or kembung, ada budu dengan ulam, jalannn.. 2 pinggan licin.. hahaha..


OK laa dah melalut entah ke mana-mana dah ni.. sebenarnya bulan posa aritu aku ada beli siakap.. balik dari raya tengok dalam fridge ikan siakap ni ada lagi.. ikan ni dah beli 2 hari sebelum balik raya, tak sempat nak masak.. asyik masak tiga rasa, sweet sour dengan stim limau je siakap ni.. macam dah boring so aku decide nak masak asam pedas.. rasanya ni second time kot aku masak asam pedas.. hahaha.. macam dah teringin sangat nak masak asam pedas ni.. kat Melaka memang famous kan asam pedas.. tapi setakat harini, aku belum jumpa lagi asam pedas yang best kat Melaka tu.. ada suggestion tak kat mana nak makan asam pedas terbaik kat Melaka?? sila komen ya.. hahaha..



Asam pedas ikan siakap letak bunga kantan...


Punya la tak senonoh amek gambar dalam periuk kan hahaha.. encik suami puji tau.. aku saje buat asam pedas ni masam skit.. sebab encik suami suka masam-masam.. macam mana nak masam lebih? letak la asam jawa lebih skit.. or extra tomato ke kalau uols suka tomato.. macam aku aku letak dua-dua.. terangkat!!


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar - dipotong beberapa bahagian
Cili kering yang telah diblend - lebih kurang 2 senduk 
1 biji bawang besar *
3-4 biji bawang merah *
3-4 biji bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
1-2 ikat daun kesum
2 kuntum bunga kantan - dibelah dua
1 biji tomato
1 1/2 sudu asam jawa
bendi (kalau suka)
terung (kalau suka)


Cara Masak:

1. Blend semua bahan yang bertanda (*).. macam aku, aku tumbuk ya.. blender rosakkk
2. Panaskan minyak, dan tumis bahan yang diblend tadi.. sampai masak skit.. Pastu masukkan cili kering yang diblend.. masak sampai color cili dah cantik dan make sure masak sempurna ye..
3. Masukkan asam jawa.. kalau pekat sangat kuah tu, tambah air skit..
4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.. 
5. Masukkan ikan bila kuah dia dah bergelegak skit.. masukkan garam secukup rasa.. 
6. Tunggu sampai ikan masak dengan sempurna.. masukkan terung dan tomato.. tunggu sekejap.. matikan api dan masukkan bendi tadi.. Tutup periuk..


Hari tu layan asam pedas dengan budu letak tempoyak pastu ada ulam kacang botor.. 2 pinggan laki aku makan.. pastu pagi breakfast pon, bantai asam pedas ni dengan nasi.. Uols cubalah.. olah la ikut anak tekak uols OK.. ada sesetengah orang suka letak serai, ada tu letak belacan.. macam aku wajib ada bunga kantan tu, baru nama asam pedas.. hehehe.. 


Related Posts with Thumbnails