Thursday, May 17, 2012

Lunch @ Restoran Sri Melaka Kota Kinabalu

ok uols, selepas penat bercanda ria di Pulau Manukan, pukul 1 kami balik ke pangkal jalan..hihik. balik ke daratan la... perut pon dah lapar..


Terus pusing area town nak cari kedai makan.. terus teringat (teringat lagi!) suggestion dari seorang blogger yang suka travel dan makan ni, tentang restoran Sri Melaka yang letaknya kat area Kampung Air jugak, sekangkang kera jek dari hotel kami, tapi dok pusing mencarinya berkali-kali... maklumlah, peta ntah ke mana, apa lagi GPS.. hahahaha..


sumber here.


Lapar punya pasal, aku lupa nak snap pic kedai dan suasana kat dalam tu.. tapi gambar makanan aku tak lupa nak snap sebab tengok macam tempting gila.. hahaha.. adakah sebab lapar semua nampak sedap...



Kit chai ping. 
Air pilihan ramai kat restoran ni.. 
Campuran limau kasturi dengan asam boi.. biasa je for me sebab selalu je minum kat mamak.. hihi..


Tepi air tu kalau korang perasan, ada kacang tanah goreng.. Mula2 duduk, memang dorang akan serve kacang tu dulu konon2 appertizer la. aku ingat free.. sekali masa nak bayar, tengok bil, kacang ni dia charge rm2. mak aihh.. tapi dah selamat makan licin pinggan takkan nak ungkit lagi..hahaha..



Sotong goreng tepung..



sayur pucuk manis.. sejenis sayur tempatan.. wajib try.. 

Sayur ni macam pucuk paku tapi ada sedikit lain.. aku order buat goreng belacan.. aku rasa kalau goreng biasa ketuk bawang putih pon sedap.. atau uols nak cuba pucuk manis ikan masin ke..  hikhik



serius tak ingat nama menu ni.. aku rasa2 daging masak halia..



Tapi...

Dalam banyak2 menu, menu ni paling terbaikkk...



Assam Fish atau nama melayunya ikan asam pedas..

Seperti yang disuggest oleh ramai, kami order assam fish.. memang terbaik.. tapi aku tak ingat plak nak tanya ikan tu ikan apa.. sedap sangat.. kami makan sehingga ke titisan kuah terakhir.. 


Kata pergi sabah tapi makan kat restoran sri melaka.. hehehe...tapi menunya memang malaysian cuisine dan ade juga local food macam pucuk sayur manis tu.. Menu lain yang aku suggest, kari ikan style nyonya, butter prawn.. ni semua aku tak try sebab order banyak2 sape nak makan wehh?? hehehe...


Semua yang order tu portion small.. memang ok je untuk makan 2 orang.. kalau korang order 2-3 menu lagi, makan 3-4 orang pon boleh.. kenyang giler.. Bil hari tu, RM53.50 termasuk watermelon juice, nasi 2 pinggan, dan wet  tissue rm1 rasanya.. Tak murah, tak mahal sangat.. still reasonable la.. Lagipon service memang bagus dan kedai bersih dan paling penting sedap :)


Kalau uols nak terjah juga kalau ke KK, ni detailsnya...


Restaurant Sri Melaka
No. 9, Jalan Laiman Diki, Kampung Air,
Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: +6088 224 777 / +6088 213 028
website: www.srimelaka.com
Business Hours: 10.00am - 9.30pm


2 comments:

  1. ishhh .. ishhh .. ishhh .. sedapnya KC tgk gmbr makanan.

    ReplyDelete
  2. memang sedap kak chik.. must try kalo pergi kk tau..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails