Thursday, May 31, 2012

Family Day @ Penang

Citer pergi melaka belum publish lagi nak langkau terus cite pasal trip ke Penang last weekend :) gambar2 kat Melaka belum dapat lagi dari my sisters. Punya berjanggut aku tunggu tak sampai2. takpe2, kita proceed dengan jalan2 ke Penang dulu.


Jalan2 ke Penang ni sebenarnya family trip company encik suami. Ni first time dorang buat family trip. Pilihan awal nak ke Pulau Perhentian atau Pulau Redang tapi last minutes terpaksa tukar sebab 2 pekerja perempuan dorang pregnant. Boleh dorang berpakat pregnant sama2 ;) tapi at least Penang pon pulau gak kan? hahaha.. Memang penang dah masuk dalam holiday list aku tahun ni tapi tak sangka plak, plan tu menjadi kenyataan lebih awal.. alhmadulillah, memang rezeki.. semua fully supported by the company. dan part paling best, kami semua dapat stay kat hotel yang memang aku nak sangat2 dok - hard rock hotel penang. kalau sape2 tahu pasal hotel ni, tahu la berapa rate per night kan.. alhamdulillah, semuanya dipermudahkan..


Masa mula2 encik suami balik bagitau kita semua akan stay kat hard rock hotel, perasaan aku memang excited gila.. hahaha! mana tak excited, dapat pergi penang (serius aku rindu gila penang) dan dapat dok kat hotel idaman hati.. walaupon hanya dok setahun je penang,  banyak kenangan kat penang ni... kalau aku bercerita kenangan kat penang ni, mau tak abis cite family day ni..hikhik.. kenangan yang aku simpan, ingat seumur hidup aku. kenangan naik feri, meronggeng di pesta pulau pinang, lepak kat padang kota. ya Allah, serius banyak gila kenangan.. semua manis2, yang tak manis pon ada tapi lama2 macam rasa manis juga..wakakakakakk...


ok, back to the right track, perjalanan ke penang bermula pada pukul 10.00 pagi hari jumaat, 25 Mei 2012. semua gather2 kat office encik suami. hanya 2 orang je tak follow trip ni which is laki bini, yang mana bininya tengah mabuk2..hihi.. kak sha, insya Allah ada rezeki, kita pergi tempat lain ek?



bersepah kan office diorang. haha.. 
mana tak bersepah, boss dengan GM yang balut hadiah lucky draw.. ko hadoo? hahaha..



perjalanan bermula. kami konvoi 4 buah kereta.. carpool je.. ada 4 kereta lagi belum bertolak sebab ada hal yang tak dapat dielak. lepas solat jumaat baru dorang bertolak..


Serius aku memang excited every time lalu kat area matriks aku dulu, kat pongsu seribu, kepala batas.. boleh nampak dari highway. serius, banyak kenangan.. kan eena kan.. walaupon masa tu aku tak kenal pon ko.. hehehe..


Setelah 4 jam lebih perjalanan, singgah 2 kali kat R&R Tapah dan satu lagi lupa.. akhirnya, kami sampai penang dengan jayanya. 




masa aku kecik2, aku pernah keluar kereta snap pic kat tepi jambatan tu.. hahaha.. 


terus ke Batu Feringghi untuk check in hotel. entri pasal hotel akan menyusul selepas ni.. hahaha.. 

trademark hard rock.. gitar...


Masuk je hotel, terus guling2 atas katil.. hehehe.. penat gila. encik suami dengan colleague dia kena tunggu chairman sampai dulu nak sambut kat lobby..



ni aku menggedik sesorang dalam bilik.. haha..


Selepas tu, tetiba encik suami bawa balik nasi goreng ayam kunyit, dia cakap terjumpa kedai tomyam depan hard rock hotel. malas nak pikir terus beli.. tapi serius sedap.. aku teringat2 la plak.. lunch memang tak provide sebab semua orang tak gerak sekali so payah nak gather2, so lunch makan je apa yang ada.. masa tu dah pukul 4 lebih. tapi sepanjang jalan dah melantak macam2, buah la, snack la.. lepas makan, berehat kat bilik je sebab lepas maghrib nak keluar dinner 'under the bridge'.. aku tak tidur dok mengusik encik suami yang memang flat.. hahaha..



ready for dinner..

nanti sambung, aku ada training hari ni kat limkokwing university, cyberjaya..


2 comments:

  1. laaa..awakla yang saya jumpa kat airport aritu...camne ble tak perasan ni? hik3..maafkan laa ya..

    huk3, jealouss tgk gambar percutian ini...

    ReplyDelete
  2. ye ke? bila ek? kalo awal mei ada saya ke lcct nak ke sabah.. saya tak perasan pon.. kalau saya perasan sure saya tegur punye.. hehehe..

    lepas wife abis pantang sure nak bawa wife jalan2 kan, boleh la ke penang plak..hehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails