Monday, May 7, 2012

From KL to KK, Singgah Kundasang Tengok Gunung...

Macam aku cakap dalam post sebelum ni, cuti-cuti ke Kota Kinabalu @ Sabah ni awal sebulan dari tarikh sebenar wedding anniversary kami iaitu, 9 Jun. Tapi takpela, percutian bajet memang kena plan awal2. Kalau tak, melepassss ;p


Sebelum aku datang KK ni, aku dah buat research skit pasal tempat2 nak pergi, kat mana nak stay, tempat yang tak perlu pergi.. haha.. rajin kan aku buat research bagai. Aku banyak baca blog2 kawan lain yang pernah ke Sabah dan baca tips2 kat forum Cari.com. Dulu2 masa first time dan second time pergi, aku tak ada blog lagi. Kali ni dah aktif berblog, boleh share2 kat sini di samping aku buat kenangan boleh korang buat rujukan.


Kami ke KK selama 4 hari 3 malam dari 02/05/12 hingga 05/05/12. Rasanya macam tak cukup je 4 hari, lain kali kena datang seminggu baru puas pusing KK. So, ada alasan nak repeat lagi kan trip ke Sabah ni kan.. hehehe.. Tapi encik suami cakap kita pergi Sabah belah lain pulak.. ke Tawau ke, Sandakan ke.. barula kembali ke KK. Saya tak kisah bang, janji holiday!!! hahahaha...


Lebih kurang sebulan lebih sebelum fly, aku dah book 1 night penginapan di Kundasang. Saje nak mengimbas kembali kenangan tengok Gunung Kinabalu. Kali ni just pergi tengok, tak mendaki.. Tak larat nak daki2 gunung ni.. stamina pon dah out. Selain tu, nak pergi terjah tempat2 kat area Kundasang dan Ranau yang belum aku pergi lagi.



Mount Kinabalu @ 7.30am

Aku book De Galleria Hotel untuk penginapan di KK selama 2 malam. Tak lupa jugak, cari perkhidmatan kereta sewa. Bajet aku untuk kereta sekadar rm100/day. Alhamdulillah dapat sewa kereta kancil untuk 4h3m, total RM200. Aku memang bajet gila sebab tu pilih kancil je. haha.. Lagipon, aku berdua je buat apa nak sewa kereta besar2 kan. Lagipon, jimat minyak!

view from bilik hotel kami...pasar malam kg air...


Nanti aku citer details pasal cuti-cuti Sabah ni dalam next entry yek. Yang penting, memang puas hati. Silalah ke Sabah uols...


1 comment:

  1. wow..cepat update..
    bila baca entry mu ni
    i cant wait this coming july
    hahhaha
    i'll followu dear

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails