Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Monday, May 29, 2017

Hotel Pada Harga Yang Sangat Berpatutan Di Traveloka!

Hai korang!! 

Cuti dah hampir tiba ni.. Korang dah plan ke nak bercuti ke mana tahun ni??mesti korang dah ada plan untuk bercuti kan.. Dah plan nak pergi bercuti tu mesti la korang dah pilih tempat and kira bajet korang betul tak??..Bajet untuk bercuti ni korang kena kira betul-betul tau..bukan apa, nanti takot lari dari bajet korang jer..Penting okay before korang nak plan cuti tuh! aku just nak tanya ni.. korang dah survey ke tempat untuk korang menginap nanti?? Haaa..mesti belum lagi kan… Aku nak share something dengan korang satu website yang menawarkan pelbagai jenis tempat penginapan dengan harga yang sangat berbaloi taw… Kalau korang nak tau, teruskan membaca okey! 


Dalam banyak-banyak website yang menawarkan servis seperti pencarian hotel, homestay dan sebagainya.. hanya satu website ni saja yang selalu aku suka guna iaitu Traveloka! Kalau u olls nak tau, Traveloka menawarkan hotel-hotel pada harga yang sangat berpatutan okey! Aku selalu la jugak guna servis di Traveloka untuk pilih penginapan yang sesuai untuk aku bercuti. Last week aku dapat hotel pada harga yang sangat murah taw..kat mana lagi kalau bukan aku book dengan menggunakan pencarian Traveloka ni! Sangat berpuas hati korang! Yela..aku ada jugak la try survey harga Hotel Lexis Port Dickson dekat website rasmi dorang..perghh! harga jangan cakap la.. So aku try pulak guna Traveloka wahh!! Terkejut aku sebab harga yang ditawarkan sangat luar biasa..!! Murah sangat2 korang!.. Aku tak fikir panjang la..terus book u ollss!..



Haziq semasa stay di Flemington Hotel, Taiping



Dengan pencarian hotel di Traveloka ni, korang boleh jimatkan masa okey..tak perlu la korang nak buang masa korang nak survey harga hotel one by one dekat website rasmi dorang.. Korang just search jer Traveloka and lepas tu korang taip jer destinasi or nama hotel yang korang nak cari tuh.. Jangan lupa pulak masukkan tarikh korang tuh.. nanti jadi lain pulak salah book tarikh..hahhaa.. Senang jer kan,… so tak payah la nak pening-pening kepala korang nak survey kat mana…  Kalau korang dah jumpa hotel yang korang cari tuh jangan tunggu lama-lama okay.,..cepat-cepat laa book hotel korang tuh! Bukan ape korang..ramai taw yang gunakan servis di Traveloka ni…Yela, sapa tak nak hotel pada harga yang murah kan…and yang paling penting tak ada caj tersembunyi okay…kalau korang tak percaya korang try la book satu hotel..hehehe 


Kalau dah book tu macam mana nak bayar ea??hmm.. Alaaa korang tak perlu risau la..Banyak cara untuk korang nak bayar hotel tuh.. dimana korang boleh la bayar dengan menggunakan kad kredit or for those yang tak ada kad kredit tu korang pon boleh buat payment dengan menggunakan servis online banking… Korang boleh jer pilih nak buat payment dengan menggunakan Maybank2u ke, Cimb click ke , ataupun Rhb now. Sebenarnya banyak lagi okay pilihan online banking..just pilih yang korang ada jer… Sekarang kan zaman IT u ollss..semua di hujung jari..just klik-klik jer..dah siap..tak perlu la korang nak pergi bank lepas tu nak beratur nak bank in bagai..bazir masa je tuh..hehehe.. Gunakan jer Traveloka ni..korang boleh buat semua benda dengan pantas dan mudah okey!




Percutian ke Taiping..
Time ni Haziq kat Taiping Lake Garden


So aku suggest sangat kat korang just guna jer Traveloka ni sebagai salah satu platform untuk u ollss cari hotel ideal korang pada harga yang sangat memuaskan.. Bukan ape u ollss, platform ni dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri dimana dapat memudahkan korang untuk cari hotel yang korang nak..or kalau korang tak tahu nama hotel tu korang jugak boleh letak jer nama tempat yang korang nak pergi tu..bila korang click Cari jer berderet la paparan hotel yang ada..haa pilih la korang nak yang mana..senang kan! So apa lagi yang korang nak tunggu ni! Jom la book bilik murah di Traveloka hotel sekarang!!



Saturday, March 1, 2014

Bercuti (Sambil Bekerja) di TAIPING.

Salam korang.

Aku baru balik Taiping, follow Apis outstation kat sana.
Banyak ni nak share. Cite sama, tapi experience tu lain-lain :)


Tahun ni tak pergi jalan mana-mana lagi. *sedih* hahaha.
Trip ke Jogja, kena cancel. *doublesedih* *nangisbetulbetul* HUHUHU.
Memang tahun ni, semua trip especially ke luar negara, dibekukan buat sementara waktu. *Pasrah*
Terpaksa pandang sepi je la free seat AA sekarang ;(


Tapi, Allah Maha Mendengar. Rezeki datang tak kira masa. hikhik. Poyo sekejap hahaha.
Tetiba Apis kena outstation ke Taiping lagi. Aku apa lagi, nak follow pls nak follow pls.
Aku memang suka Taiping. Pergi berkali-kali pon aku OK je.
So ada aku kesah kalo orang tanya apalah yang best sangat Taiping. Bandar lama tak menarik.


Best apa Taiping.
Ada mee udang femes satu Malaysia.
Ada Zoo Taiping yang siap ada safari night.
Ada Lake Garden yang saujana mata memandang.
Ada Bukit Larut, tempat paling lembap di Malaysia - sejuk dan nyaman, dah ala-ala Cameron Highlands. Ada banyak lagi makanan yang sedap-sedap.
Ada yong tau foo and char kueh teow.
Macam mana aku suka balik kampung, macam tu la suka aku nak pergi Taiping. Tak tahu la kenapa.


Kalau balik kampung, mesti nak pergi Pengkalan Kubor, walaupon tak shopping.
Kalau balik kampung, mesti nak pergi Pantai Sri Tujoh, walauponsekadar minum segelas air kelapa.
Kalau balik kampung, mesti nak pergi Pantai Geting, nak makan binatang-binatang laut celop tepung ;)
Kalau balik kampung, mesti nak pergi pasar basah, nak tengok pasar, tengok suasana orang beli barang dapur, barang basah.
Kalau balik kampung, mesti nak makan belut.
Kalau balik kampung, mesti nak makan mee celup.
Kalau balik kampung, mesti nak makan mee cambol.
Banyaknya benda nak buat.
Sama macam nak pergi Taiping.


Aku terpaksa ambil 3 hari cuti sebab nak follow Apis ni. To be exactly, 2 days and half. Half day tolak replacement leave.
Takpe, memang la rugi amek banyak sangat cuti kan. Bukan nak holiday betul-betul kan.
Tapi kita tak tahu masa depan.
Dulu aku selalu pikir, nak save cuti untuk masa depan. Tak salah pemikiran macam tu. Kalo ada plan awal, apa salahnya nak save. Tapi kalau takde plan, why not just go with the flow. Grab je opportunity yang ada kat depan ni. Yang dah memang dah confirm. So, tak rasa rugi pon :)
Apis siap tanya banyak kali betul ke nak amek cuti ni?
Aku cakap, bos dah approve dah cuti ;)


Ikut orang keje ni memang la boring. Tapi aku OK je, as long as ada internet dan TV.
Lagipon, tempat Apis pergi tu, dekat je nga hotel. Time lunch, dia balik.
Petang, dia bawa aku keluar pusing Taiping. Spend masa bersama. Share cite sama-sama. Banyak je cite dulu-dulu terungkap hahaha.


Macam biasa, petang fist day tu nak pekena mee udang kat Kuala Sepetang.
Apis tak makan mee udang sebab dia alergik udang tapi sanggup layan nafsu makan aku hahaha.
Tapi kali ni, kawan Apis yang baru kerja kat Taiping tolong bawak dan belanja sekali.

*ehsan google* 


Korang tengok udang dia. fresh dan besar-besar ok.

Mee udang special.


Lepas melantak mee udang, hati dah happy. Puas weh makan udang fresh, besar lagi.
Perjalanan diteruskan pusing-pusing bandar Taiping sampai ke Kamunting.
Tengok kem askar, nampak Tesco Taiping, Taiping Sentral, Stesen Keretapi Taiping yang baru.
Satu habuk aku tak amek pic sebab dah gelap, dah masuk maghrib. hehe


Pastu diorang hantar aku dan Apis balik hotel.
Aku ajak Apis keluar balik, ronda-ronda lagi.
Selagi tak pergi makan yong tau foo Taiping macam tak puas je hahaha.





Tapi aku order sotong kangkong je.
Kenyang lagi makan mee udang. 
Pastu order dessert.


Banana split.


Ok, kalo nak pergi makan sotong kangkong ni, nak makan yong tau foo Taiping, boleh on waze cari balai bomba Taiping sebab medan ni kat belakang balai bomba je. Insya Allah tak sesat.


So first day tu balik la kami ke bilik hotel dengan perut buncit hahaha.
Mata dah layu...


p/s: Hancusss diet aku huahuahua.

To be continued...



Wednesday, November 13, 2013

Bandung Trip 2013: Day 2 - SHOPPING TIME ;)

Sambungan dari sini..


Lepas makan nasi padang, memang kitaorang terus balik hotel.. kenyanggg hehehe..
Lepak kat bilik, rehatkan badan pastu layan movie kat TV.. local channel banyak, international channel pon banyak.. tak salah aku ada lebih dari 60 channel.. memang syok layan.. aku tido lambat gak tapi cuba paksa mata pejam sebab esok ada misi penting.. apa lagi SHOPPING lerrr hehehe.. 



Good morning Bandung!! hahaha.. poyo tak..






Depan bilik.. 
semalam tak ingat pon nak amek gambar kat sini.. pagi2 cuaca pon terang benderang so snap la buat kenangan..




Lorong menuju ke bilik.. sempat lagi snap masa jalan ke lif..


Apa2, breakfast dulu.. breakfast ni memang free termasuk dengan harga bilik.. 


Rupa-rupanya pagi tu takde buffet.. kena order ikut menu atas tu..
Aku order caesar salad (omputis sgt hahaha), bubur ayam dan buah.. encik suami plak order nasi goreng, omelette dan buah jugak.. 


buffet table tapi takde pon...




Mula-mula nak breakfast kat luar macam minum petang semalam.. tapi dah ada orang dok makan kat situ.. so pasrah je la dok kat dalam.. aku lebih suka lepak kat luar..




Tiba-tiba orang dok makan kat luar tu dah siap makan.. haruslah aku pindah ke luar hehe.. lebih syok makan sambil2 tengok view kat luar walaupon takde la cantik sangat.. tapi udara pagi tu yang buat rasa best..




appertizer aku dah sampai.. gile ko kat rumah nak makan macam ni haha.. nasi lemak la lagi syokkk.. nasi kerabu kerrr



Bubur ayam.. memang menu wajib kalau breakfast kat mana-mana hotel di Indonesia rasanya.. kalau kat tempat kita, nasi lemak la kan menu wajib.. 



Ada keropok, telor rebus, cakoi, kacang, sayur jeruk tu korang panggil apa ek.. pastu ada la kicap manis dan masin.. rasanya kalau telor tu diganti dengan telur masin lagi mengancam.. haha.. 


Lepas breakfast, misi menerjah Pasar Baru bermula..


Sorry la uols, memang takde satu pon pic yang disnap di sana.. sampai2 sana terus terjah kedai telekung, kedai baju, kedai selipar.. 

* gambar ehsan dari gOOgle*


Kalau uols nak tahu, Pasar Baru ni ala-ala Bazar Tok Guru kat Kelantan tu.. cuma Pasar Baru ni ada banyak tingkat.. kalau shopping kat sini dari pagi sampai petang pon tak cukup.. tapi aku pergi half day jek.. rembat apa yang wajib je.. especially telekung.. memang murah..


Lepas dah dapat semua barang, misi seterusnya bermula.. ke mana?




RUMAH MODE.




Mana nak tuju ni? semua ada kat sini.. ATM, medan selera, tempat refleksologi..



*candid*
Tengah mengirai2 baju dan seluar.. memang banyak gile choice kat sini especially untuk lelaki.. Yang pompuan banyak jugak tapi aku kurang berkenan haha.. sempat rembat 2 helai tops kat sini..







Masa ni dah start hujan.. dan dah makin gelap.. so aku sorang je sempat bergambar kat sini.. Terus berlari2 masuk medan selera diorang.. food kat sini banyak choice gak.. 



Aku teringin dessert.. beli strawberry tart ni.. kulit luar keras, tak sedap!!



Main menu - nasi timbel.. sedappp ;) tauhu fresh, ulam-ulaman pon fresh.. ayam memang sedap.. cili meletops! nasi pon sedap bau daun pisang tapi skit.. tak cukup hahaha..


Lepas hujan dah reda, terus balik hotel beristirehat.. malam nanti plan nak keluar jalan2.. kalau ikut itinerary, malam memang free je.. tapi kitaorang nak keluar cari makan.. konon nak cari kedai serbanika ala2 7 eleven ke.. tapi tak jumpa.. last2 makan KFC.. sedap lagi KFC Malaysia.. dengar cite Pizza Hut dorang best banyak choice, tapi tak sempat plak nak ke sana.. kena naik taxi jauh skit dari hotel.. 



Antara hasil rembatan di Pasar Baru dan Rumah Mode..
memang syok shopping sebab harga memang murah.. 
kalau shopping, ringankan mulut tu tawar menawar.. harga untuk local dengan tourist beza sangat2 tau.. time menawar, aku memang tawar sampai separuh harga.. pandai2 la korang.. yang penting memang murah.. paling aku suka orang Indo memang friendly dan tak kedekut nak bagi diskaun.. pastu dorang memang hormat kat tourist.. cakap pon dengan lemah lembut baik lelaki mahupon pompuan.. 


Esok dah nak check out.. nak pergi stay hotel kat Jalan Riau.. yeay.. shopping again.. hehehe...

Monday, November 11, 2013

Bandung Trip 2013: Day 1

Assalamualaikum...


Untuk bandung trip ni aku pecah beberapa part la yekk.. senang skit nak bercite.. lagipon trip ni ala2 free and easy.. ikut keselesaan kami je.. 


Dekat dengan setahun jugakla aku plan trip ke Bandung ni.. akhir tahun lepas aku ada menang contest Visa Fly For Free anjuran Air Asia dan dapatla e-voucher RM500.. so, aku telah redeem voucher tu dengan membeli return flight ke Bandung untuk 2 orang.. masa mula2, aku nak beli tiket ke Ho Chi Minh, tapi encik suami tak mau.. mati2 dia ingat aku nak book pergi Yangon (Myanmar).. dia dok terbayang Ho Chi Minh tu Yangon.. oleh sebab sebelum tu ada kawan kitaorang baru balik dari Bandung, so dia suh aku book tiket ke Bandung.. masa aku beli tu ada promo free seat.. gila ko nak bila time takde promo.. mahal weh.. tapi kalo time promo campur semua tax, fuel surcharge, food dan luggage pergi balik semua mak nenek dapat la total RM501.. so aku just add RM1 je.. sebelum ni kalo promo free seat aku beli tiket flite je.. tak pernah beli luggage.. jenis aku, free and easy je.. tapi kali ni nak mencukupkan RM500 haruslah add-on semua benda hahaha.. sebab voucher tu boleh guna sekali je.. kalo tak, mau aku beli 2 destinasi.. masa promo tu jugak aku ada beli return flight ke KB, RM100/2pax. tiket bas pon takleh challenge hehehe.. yang tu beli untuk balik raya haji.. baru je balik raya aritu kan.. hehehe.. 


Kitaorang pergi Bandung ni selama 5 hari 4 malam dari 29 Oktober sampai 2 November.. plan asal, kitaorang nak pergi Jakarta jugak.. sebab tu la aku book sampai 5 hari.. tapi last minutes, aku rasa macam taknak pergi plak.. sebabnya taktau nak pergi mana kat Jakarta tu.. pastu tak plan betul2 so cancel je la.. tahun 2009 aku pernah pergi Jakarta-Bandung trip nga kawan2.. memang takde apa sangat kat Jakarta.. sempatla ke Mangga 2 tapi tak syokk pon.. pastu Jakarta ni memang jem memanjang.. marila kita menghabiskan masa dan wang hanya di Kota Bandung hehehe.. lagipon, fokus aku bukan shopping, just nak rilek2 je.. free and easy kata org.. ye ke? hahaaaa..


Kami bertolak from Shah Alam around pukul 12.00 tengahari, sempatla lunch dulu sebelum bertolak.. flight kami pukul 3.00 pm.. duit Rupiah aku minta encik suami pergi tukar pagi sebelum bertolak kat Plaza Alam Sentral.. rate dia RM292 untuk 1 juta Rupiah.. sehari sebelum tu, kawan aku cakap RM288 kot.. so pandai2 la korang nak tukar bila2.. kena selalu survey kalo nak rate yang best..lepas pergi letak luggage, kitaorang terus boarding.. dalam hati rasa tak sabar sangattt haha ;p 

Duduk terpisah dengan encik suami.. tapi dia tepi sebelah tu je.. masa makan,siap pass2 lagi.. aku pass aku punya, dia pass dia punya.. pastu steward Indo lelaki mmg ramah giler.. aku amek air asia Indonesia pergi balik.. syokkk ;)


Perjalanan from KL ke Bandung amek masa lebih kurang 2 jam.. aku dah pre-order meal siap2 masa booking.. satu tips aku nak kasi kat korang, kalau nak book free seat, korang beli je tiket dulu.. takyah nak book meal ke luggage ke dulu.. so nampakla tiket tu murah skit haha.. lepas dah book, korang boleh je buka balik booking korang bila2, pastu manage booking.. nak pre-order makanan ke, nak tambah luggage ke, nak beli seat ke, beli laa.. masa tu fikiran pon dah waras skit nak add-ons apa kan.. harga tetap sama je jangan risau.. yang penting time promo tu fokus pada harga tiket dengan tax tu je.. 


ok, dalam pukul 4.05pm waktu tempatan, kami selamat tiba di Husein Sastranegara Airport, Bandung.. kecik je airport dia..



Bandara tu maksud dia airport..


Ding dong semua, check pasport amek luggage, dalam pukul 5.00 petang lebih pergi cari teksi untuk ke hotel.. pergi la cari kaunter teksi kat luar balai ketibaan tu ye.. 50,000 rupiah je kalau nak ke hotel kitaorang.


Dalam 20 minit dah sampai hotel.. time kitaorang sampai tu orang Bandung baru balik dari kerja so bersesak2 dengan diorang.. terus check in, dapat welcome drink.. pastu dapat minum petang free..



Ni encik suami sedang menikmati minum petang.. sambil tukar simkad simPATI.. simkad ni aku beli kat airport, RM10 ye seketul, mahal! jual guna duit kita.. pandai diorang yelah duit kita lagi mahal kan.. lain kali korang nak beli, beli kat luar, berlambak tepi jalan.. encik suami topup 25,000 rupiah main internet call Malaysia berpuluh2 kali, sebelum balik Malaysia check ada lagi 21,000 rupiah.. internet memang laju.. 


ada tea, coffee dan snack..



hotel kitaorang stay ni opposite dengan Rumah Mode yekk.. hehehe



pisang keju.. sedapp.. famous kat Bandung ni.. so kena try ok kalo datang sini..


Untuk trip ni aku book 2 hotel, saje nak merasa hotel beza2.. boleh compare2.. first hotel ni nama dia Asmila Boutique Hotel kat Jalan Setiabudi.. betul2 mengadap Rumah Mode.. nak ulang shopping berkali2 pon takde sapa marah sebab depan hotel je.. cuma sediakan duitnye aje ye.. hahaha..


Lepas lepak2, borak2 kejap.. terus naik bilik..


Asmila Boutique Hotel,
Jalan Dr. Setiabudhi no. 54, Setiabudi, Sukajadi
Bandung, 40141 Indonesia

Tel. No: +622282066222





Bilik yang aku book ni adalah jenis Deluxe.. lama jugak la aku survey before pergi Bandung tu.. aku book melalui booking.com.. ramai cakap book je hotel biasa2 sebab kat sana banyak keluar dari dok hotel, tapi bagi aku bukan selalu kita nak holiday kan.. so hotel sangat penting bagi aku.. bukan la maksudnya aku nak hotel mahal ke, paling penting selesa dan lokasi dia senang nak access kalau nak ke mana-mana.. lagipon, trip ke Bandung ni trip yg ala-ala free and easy.. takde nak rush ke apa.. kalau rasa malas jalan, dok hotel rilek2.. 

rate satu malam: Rp. 650,000 termasuk breakfast. lebih kurang RM188 per night..





dapat free fruit.. ada limau, salak dan entah la nama apa buah tu tapi sedapp rasa macam durian belanda..




Masuk toilet terus check ada hose ke takk.. hahaha.. tak aman ok takde hose tu.. 






Malam tu pergi dinner kat Nasi Padang Sederhana.. sebelah Rumah Mode je.. 




Tengah pening nak makan yang mana.. banyak woooo..






Total makan kat nasi padang Rp. 126,000... 
lauk yang kitaorang amek 3-4 jenis je.. mahal gak la bagi aku.. 


Abis makan terus balik bilik dah malas jalan hahaha.. lagipon, malam2 di Bandung kalo nak jalan tepi2 kaki lima jalan tak digalakkan sangat.. ramai pencopet.. last day baru aku tau masa encik suami borak2 dengan budak hotel.. lain la korang nak naik teksi pergi shopping mall ke, nak pergi makan ke, takpe.. kalo yang hire pak supir boleh la suh pak supir antarkan nak pergi mana2.. tapi kalo nak jalan kaki sepanjang jalan kat jalan2 Bandung ni waktu malam memang tak digalakkan.. 


Bersambung...
Related Posts with Thumbnails