Actually ni kali kedua aku naik cable car langkawi. yang first dulu tahun 2006, masa ikut rombongan puteri pos (zaman praktikal di pejabat pengurus pos kelantan). aku pon dah ingat2 lupa feeling masa naik cable car time tu. yang aku ingat gayattttttt! hahahaha.
sebelum naik cable car, kami pusing2 dulu dalam oriental village. memang cantik view kat sini. ada macam2 kedai cenderahati, kraftangan. tapi aku hanya beli fridge magnet 3 ketul. RM10.
kesian kami. amek gambar pon asing2 sebab tak ada orang nak mintak tolong snap kan. takpela, asal ada kenangan kan. ni masa mula2 masuk. panas gila. memang cuaca cerah je la hari tu. alhamdulillah.. aku dah terpikir, kalau hujan, memang harapan sahaja la nak berjalan2 atas hanging bridge. sebab setahu aku, kalau hujan memang diorang tutup gate nak ke hanging bridge tu. even, kalau lantai hanging bridge tu basah pon, tak leh berjalan kat situ. kena tunggu betul2 kering.
lepak jap ambil angin.. jenguk2 tengok ikan. memang cantik kat sini. bdak2 mesti seronok tengok mcm2 haiwan ada kat sini. ada rabbit, rusa.. kalau tak silap, encik somi cakap last time dia dtg, siap boleh naik gajah. tapi masa kami cari2, tak ada plak. teringin gak nak naik...hihihi.. kena tunggu pergi krabi la kot encik somi kan kan... bila la agaknya tu ;p
tu semua kedai-kedai jual cenderamata, kraftangan, pakaian dan macam2 la lagi. ada jugak restoran, cafe dan food court. pasal makanan semua memang tak payah risau sebab memang banyak kedai kat situ.
kalau nak beli fridge magnet, aku rasa kat sini tempat terbaik. banyak choice dan harga berpatutan la. masa aku pergi pekan kuah, brg2 cenderamata tak banyak sangat. harga pon sama. so, kalau datang sini, terus borong la yaaa.. harga makanan pula aku tak pasti mahal ke tak sebab kami tak makan pon kat sini. sebab otw balik nanti, nak singgah makan laksa tepi airport.. orang cakap best. tu cerita next entry ya.
kami hanya berdua je dalam cable car. memang tak ramai orang pon sebab weekdays. mat saleh dengan pak arab ramai la...
boleh nampak waterfall telaga tujuh dari cable car... memang cantik..
cuma bila tengok hasil dari kamera cabuk aku, memang la biasa je.
menuju puncak mat chincang. makin tinggi makin bergetar jiwa ku rasa... hahaha... kat bawah tu memang hutan penuh dengan pokok hutan yang tinggi2 tu.. sayup je rasa.
hanging bridge tu la yang aku nak naik sangat. hanging bride tu menghubungkan antara 2 puncak gunung, Gunung Mat Chincang dengan Gunung Raya.
ni masa kat middle station. memang view kat sini cantik sangat. korang boleh tengok view pulau dari sekeliling 360 degree. masa aku sampai sini, cuaca panas terik tapi sejuk sebab angin sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa. seram2 sejuk pon tengok gaung..hahahaha..
the climax of the trip:
HANGING BRIDGE
view memang cantik. subhanallah.
masa jalan atas hanging bridge tu, korang boleh nampak kat bawah melalui celah-celah lantai tu sebab memang lantai dia dia letak jarak2 sikit tapi tak jauh... aku lupa nak snap (apa la ko syima, lantai pon ko nak snap.. hahaha)
perasaan berada di puncak dua gunung, memang tak terkata. ketaqqqq lutut aku berjalan atas ni. tak habis pon jalan.. hahahaha ;p aku rasa masa aku daki
gunung kinabalu pon tak dela rasa gayat macam ni. tak gayat langsung kot padahal mendaki tepi lereng gunung lagi.. siap kena pakai tali semua..
masa nak naik ke hanging bridge ni, ada trek sikit, tangga nak kena turun. top station ni atas sikit dari hanging bridge. semput2 aku berjalan. staminat out terus. hahaha..
aku lupa bila aku snap pic ni. sama ada masa kat atas top station atau dari cable car. confius confius. haha..
ni masa dah turun ke base station. lupa nak cerita tadi, masa mula2 masuk dalam cable car kat base station, akan ada orang snap pic kita. so, masa turun ni, pic yang diorang snap tu dah siap print semua. kalau nak beli pon boleh.. tak nak pon tak pe. tak salah aku, RM35. ada satu keping size 4R, 4 keping lagi 1R kot.. aku tak beli pon sebab pic aku tak cantik... wakakakakakakkk..
bye bye langkawi cable car... insya Allah, ada rezeki berjumpa lagi kita.. hehehe..
oh ya, fee nak masuk RM15 sahaja seorang bagi yang ada MYKad. rasanya kalau public holiday, RM30. apa2 korang boleh rujuk kat
sini untuk more info. lagi satu, kalau korang nak datang ke cable car ni, make sure korang tak datang pada hari or date yang diaorang tutup for maintenance. kat web tadi korang boleh check date-date yang diorang tutup. kalau tak, memang kempunan la nak naik.. hehehe..