Tuesday, September 20, 2011

Langkawi 2011: Medan Selera Nelayan --> Seafood murah lagi lazat.

dah jadi entry berantai pula cerita langkawi aku ni kan. aku saje buat part by part. tak ada berserabut sangat korang nak baca. gambar-gambar pon banyak yang nak diupload. so to be fair, buat banyak2 entry senang kan. tapi dont worry, dah nak habis dah cerita langkawi aku ni. hehehe.


ok, sambung cerita selepas pekena laksa langkawi, kami terus gerak ke pekan Kuah untuk cari coklat seketul dua. aku beli tak banyak pon. daim sepeket besar, 2 ritter sport almond, 1 gold almond, dan 2,3 ketul lagi coklat. pinggan mangkuk semua aku tak beli sebab tak ada dalam budget. hahahaha.. insya Allah, kalau ada rezeki lebih, aku nak datang lagi langkawi untuk aktiviti ke pulau - mangrove tour dan island hopping. dua2 ni aku tak sempat pon nak buat.


penat pusing2 pekan Kuah, kami balik ke bilik untuk rest kejap. tak sempat tidur pon, just letak barang dan salin baju untuk mandi pantai.. hehehehe..syok mandi pantai dah lama tak main air pantai..


akhirnya, dinner di Medan Selera Nelayan. misi nak makan kat sini akhirnya berjaya. kesian first day kami datang sini kedai tutup. so, kali ni lepas maghrib kami terus terjah dan syukur, kedai ni bercahaya.. maknanya kedai tu buka..hehehehe...


cer cer tengok menu kami malam tu.



penuh satu meja. ada sotong goreng tepung, ketam masak sambal telur (terbaik!), ikan geruk bakar dan ulam-ulaman. nasi penuh satu mangkuk. 



cuba tengok tangan bam bam tu..hahahaha..





walaupon weekdays, walaupon tengah bulan plak tu.. org tetap ramai.



silau.



kesayanganku....


kalau sapa-sapa datang ke Langkawi, jangan lupa singgah kat medan selera nelayan ni. seafood memang fresh dan harga pon memang berpatutan.


untuk yang nak datang, boleh rujuk map ni.



sila klik pic untuk penglihatan yang lebih jelas. (kredit to Cik Kaki)


Kedai ni kat Jalan Bukit Malut. dekat dengan Langkawi Golf Club. kalau korang ada GPS, just type Langkawi Golf Club, insya Allah jumpa sebab dekat je dari tu. 


Lepas makan, kami tak terus balik ke bilik tapi pusing2 kat kat kawasan sekitar. konon nak tengok langkawi pada waktu malam. pukul 12 lebih baru balik bilik dan packing apa yang patut. lepas tu tidurrrrr ZzzZZzzzz...


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails