Thursday, September 15, 2011

Langkawi 2011: 1st Day --> Tiara Holiday

Lepas breakfast, kami tunggu agent kami hantar ke resort yang telah dibooking 2 hari sebelum fly ke Langkawi. last minutes punya plan, so macam kelam kabut nak book hotel, nak sewa kereta. aku takut gilaaa hotel atau resort dah penuh padahal kami ke sana weekdays dan bukan musim cuti sekolah. so, sapa2 mau ke langkawi weekdays sila je gamble cari dan sewa hotel masa sampai langkawi. unless korang dah plan awal2 book hotel online semua..


pukul 9.30 pagi, agent kami dari Tiara Holiday datang amek untuk ke jeti ambil kereta sewa. macam tak effective je keje diorang kan. patutnya pass la kereta sewa tu kat airport kan. tapi kami diam je la dan follow je abang tu. aku ada gak la tanya abang tu macam mana resort yang kami nak tu, dapat tak? yelah kami kan book last minute mana la tahu tak ada (walaupon sehari sebelum tu dah confirm diorang cakap ada), abang tu cakap nanti sampai jeti baru cerita.. aku dah sedap hati...


sampai je kat jeti, jumpa agent sorang lagi, nama Zunaidee. yang ambil kami kat airport tak ingat nama dia tapi cakap Kedah pekatttt ;) Zunaidee tu bawa kami ke kaunter dan suruh kami pilih bilik. whattttt? belum book lagi la maknanya kan.. sehari sebelum tu, diorang ada bagi 3,4 pilihan antaranya Malibest, Langgura Baron, Landcons dan aku dah lupa dah.. first choice aku Langgura Baron. tapi akak check nga resort tu, dah habis. aku dah start bengang.. kalau macam ni, baik aku gamble je datang sini tak payah aku call sana, call sini nak book bilik kan. haishhhh...


Dipendekkan cerita, aku dapat book deluxe wooden kat Malibest. nanti aku review pasal Malibest last entry ok. banyak cerita tak best dari best ;( dapat la RM120 nett per night. kereta pula, agent tu bagi Viva manual RM70/day. aku macam tak puas hati gak sebab mahal kot RM70 sehari. kami pergi weekdays, bukan musim cuti sekolah pula tu. takpela, bukan rezeki kami kot.


ok, selepas dapat kereta, isi minyak dulu.



2 comments:

Related Posts with Thumbnails