Thursday, September 15, 2011

Dari KL ke Langkawi ~~ Percutian Bajet 2011

Percutian yang tidak dirancang secara sistematik tapi akhirnya menjadi kenyataan jugakkkkk ;) Terima kasih kepada AirAsia kerana selalu ada sale... ngengehhhh... kalau bukan sale, tak ada nye aku nak beli sebab bab bercuti memang nak, bab bajet, sekadar yang termampu jerkkk.. hahahaha..




Tiket murah ni aku beli dah lama masa air asia buat Final Countdown Sale Air Asia 48 Hours akhir tahun lepas. bapak dah lama... masa tu tak plan apa2 pon, godek2 je nak tengok betul ke tiket murah.. sekali, memang murah. hati dah tak leh tahan, kena la beli beb.. hahahaha.. maka, Langkawi tanah sumpahan Mahsuri akan menerima kami sebagai tetamu... aku anggap je ni ni hadiah anniversary aku.. hehehe.. boleh? boleh blah. anniversary bulan 6, bulan 9 baru nak celebrate???..hahahaha..


So, tanggal 12 September 2011, pukul 8.30 pagi waktu tempatan, kami selamat sampai ke bumi Langkawi.. ni percutian kali kedua kami secara berasingan di bumi Langkawi dan yang pertama sebagai husband-wife.. hehehe.. time ni, excited nak explore langkawi.. maklum laa dulu pergi dengan rombongan cik kiah nak shopping, kali ni dengan encik somi yang excited nak bercanda ria... hahahahaha...



encik somi nak ajak pergi breakfast sambil agent kami datang jemput. breakfast kat airport ajooo sebab masa ni tak ada transport lagi nak explore tempat makan. memang harga mencekik la makan food court airport. dah le tak variety langsungggg ;p 


  
milo ais, nasi lemak telur, nescafe tarik dan nasi lemak ayam (tiada dlm gambar) = RM24++ mencekik kannnn.. harga dalam airport, so kena la terima seadanya kan..


makan kenyang-kenyang dulu nak recharge enery sebelum pusing-pusing pulau ;p




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails