selepas singgah sekejap kat Petronas masa otw nak ke Telaga Tujuh, perjalanan diteruskan. sebenarnya, ikut plan asal bukan nak pergi telaga tujuh tu sebab telaga tujuh dekat je dengan cable car dan oriental village. sebelah je pon. cable car nak pergi on second day. masa tu pon dah pukul 5. kalau nak naik cable car dan jalan2 area orietal village mana sempat kan. tapi encik somi cakap takpe, kita pusing2 je nak singgah di telaga tujuh. ada waterfall. memang encik somi drive je ke mana2 dan kalau rasa menarik, kami singgah... hehehehe..
penat seh panjat tangga ni nak ke waterfall. den mampu sampai ke waterfall ajoo.. nak ke telaga2 tu semua memang dan surender awal2..hahahaha... first telaga pon tak sampai.. memang tak kental langsung.. hahahaha.. tapi bila tengok waterfall kat bawah, terus hilang segala penat jerih memanjat. hehehe.
lepas melepaskan penat lelah lebih kurang sejam kat waterfall telaga tujuh, kami turun dan balik ke resort..
sampai kat bilik, dok rilek kejap, kami keluar balik ke pantai chenang. dekat je, tak sampai 50 meter je pon dari bilik kami. aku nak mandi pantai tapi encik somi tak bagi sebab masa tu dah nak gelap. kalau mandi pon tak puas... huhuhuhu... so, jalan2 je la sepanjang pantai cuci mata..
best sangat tengok org dok main jet ski... teringin gak tapi hari dah nak gelap...lain kali je laa kan encik somi ;)
lepas penat, pergi cari air kelapa.. sodapp ;p
lepas tu balik bilik bersihkan diri nak keluar ke padang matsirat.. tapi tak menjadi sebab kami tertidur awal..hahahaha.. yelah, sehari suntuk kot dok pusing2 bandar semua ceruk kampung.. lagipon, flight kami memang awal. 7.30 dah bertolak. bangun pon pukul 5 pagi, kemas cepat2 terus bertolak pergi airport. kami org last naik flight..hahahaha.. nasib baik gate tak tutup lagi. gate tutup 7.10, kami sampai kat gate, 7.08 kot.. hahahaha... penat kejar flight.. dah la tak breakfast ;p
*** bersambung lagi untuk next aktiviti ....
Lawo air terjun ter....
ReplyDelete