Thursday, September 15, 2011

Langkawi 2011: 1st Day --> Temurun Waterfall

Percutian ke Langkawi ni hanya 3 hari 2 malam. Tapi alhamdulillah, almost 70% pulau kami pusing. hahahaha.. aku rasa aku dah boleh ingat satu2 jalan kat Langkawi tu sebab senang sahaja. tak ada GPS pon senang sahaja cari tempat-tempat famous kat Langkawi.


Aku cerita one by one la ya. bermula dengan hari pertama.


Lepas dapat kereta dan isi minyak, misi menjelajah Pulau Langkawi pon bermula... hoyehh.


Kami tak check in dulu sebab masa tu baru pukul 10.30 pagi. pukul 3 baru boleh check in tapi agent tadi cakap pukul 1 dah boleh check in kalau bilik kosong. so kami decide nak pusing-pusing la dulu. Lagipon, dah ada kereta sendiri, semua benda boleh sumbat dalam kereta.


Masa tengah syok tengok jalan, pusing kiri, pusing kanan, tetiba ternampak signboard ke Makam Mahsuri. so, kami just follow je jalan tu. Perjalanan kami memang smooth sahaja sebab semua orang tgh bekerja.. kata pergi weekdays haruslah jalan clear ;)


Tapi sampai kat Makam Mahsuri, boleh pulak aku cakap tak nak masuk sebab malas. hahahaha.. so, kami meneruskan perjalanan. Tengah jalan, terjumpa sign board ke Datai Bay. encik somi cakap teluk tu cantik. so kami pon terus drive...


Akhirnya, terjumpa Hutan Lipur Air Terjun Temurun. Cantik gila waterfall ni. memang nyaman je dok sini..













cantik kan ;) 


lepas singgah sekejap, bergambar bagai, kami teruskan perjalanan. kami tak mandi pon sebab waterfall tu tak ada orang lagipon, mcm malas la nak tukar baju semua. hahahahaha.. baik punya alasan ;p 


sampai separuh jalan sambil tengok2 view sekeliling kami decide nak u-turn balik sebab dah jumpa jalan mati. bukan la jalan mati tapi banyak pokok tumbang sebab 2,3 hari sebelum tu langkawi memang hujan lebat. tapi masa kami sampai langkawi sangat cerah dan panas. perfect untuk holiday di pulau ;)


jumpa terowong apa ntah lepas air terjun Temurun tu. terowong yang macam real jee sebab batu buatan tu nampak macam real...





singgah di satu tempat, tak tahu nama apa tempat tu. cantik sebab masa tu langit cerah. view pon clear.


kesimpulannnya: kami sampai ke Datai Bay tapi tempat tu macam private. kalau nak masuk kena melalui Andaman Hotel... so, malas nak minta izin pak guard nak masuk ;) tapi takpe, journey menjelajah pulau diteruskan. alhamdulillah, cuaca memang elok je ari tu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails