rasanya mcm lama gila tak update. ade ke org datang cari entry terbaru aku ek.. hahaha.. kalau ada pon mesti yg datang tengok result giveaway kan.
memandangkan sekarang bulan ramadhan, memang jadual hari-hari aku agak berubah. tambah-tambah aku baru habis training cobol so sekarang dah pergi kerja macam biasa. isnin minggu lepas (1/8/2011) last day aku training kat SHRDC, selasa masuk office kat damansara dan rabu terus kena assign pergi site untuk tolong apa yang patut kat production. nasib baik site aku kat kerinchi so tak payah nak masuk tengah-tengah KL macam last time kena pergi ambank raja chulan. jem tak hingat kalau nak kena masuk tengah-tengah KL tu tambah bulan posa ni.
dan yang tak best, company ni tak bagi balik awal dari biasa untuk muslim staff especially team aku sebab kerja kami more to support and standby. team lain boleh. benciiiiii...
tiap-tiap hari aku balik pukul 5.30, kadang-kadang 5.45 takpon pukul 6. rempit punya rempit sampai la pukul 7 kat rumah. tanak nasi elok-elok azan, nasi masak. fuhhh.. lauk tak payah cakap, semua beli. tapi bukan aku beli, encik suami yang beli sebab aku memang tak sempat. ada la sekali dua yang aku sempat singgah bazar, tu pon tak ada yang menarik dah sebab kebanyakan lauk dan kuih best dah habis. cuma time weekend dan sahur je la aku masak. time sahur masak je ringkas-ringkas. takpon hangatkan balik lauk sisa-sisa berbuka semalam. weekend barulah masak special skit.
last weekend aku sempat la masak ayam pedas, gulai telur dan kerabu sotong + mangga. ada ulam petai, kacang botol dan budu. bertambah-tambah semua orang.. hehehe.. gambar tak ada ye sebab tukang masak tak ada masa nak snap2 bagai sebab nak cepat nak kena bawa lauk tu semua pergi berbuka kat banting, nak pergi berbuka dengan adik aku. adik aku ni baru je seminggu masuk kerja kat sime darby so banyak la barang yang tertinggal dan kena pergi hantar kat dia. aku pergi dengan encik suami, adik ipar dan bakal adik ipar. sampai banting tepat2 bunyi azan. berbuka dulu ala kadar pastu solat maghrib pastu terus zuppp ke pantai morib untuk makan bekalan yang aku bawak penuh satu kereta. lupa nak habaq, sebelum sampai banting tu, siap singgah bazar ramadhan lagi beli kuih muih dan cuci mata. hehehe.. diringkaskan cite, pukul 12 sampai rumah. kemas apa yang patut dan terus tidur.
keesokan harinya, sebelum zuhur kami keluar nak cari tiket balik kuantan untuk adik encik suami pula. tapi semua sold out cuma tinggal tiket pukul 7.30. so, discuss punya discuss kami decide nak terus hantar ke kuantan. so, buka puasa kat kuantan la kami hari tu. sempat berbuka dengan we, cousin encik suami di Benteng. next time la we yeee kita pergi makan kat tanjung lumpur ;p lebih kurang pukul 10 gak baru kami bertolak balik KL. sampai KL lebih kurang 12.30.. terus pergi Prince Court medical centre sebab makcik encik suami masuk wad. pengsan kat Giant. tu pon kami dapat tahu masa dah otw ke Kuantan. borak dan layan tv jap kat wad pastu 2.30 terus ke kampung baru untuk bersahur. pukul 4.30 jugak sampai rumah. terus aku MC esoknya sebab memang tak larat gila. mata pon dah tak boleh nak celik. mengantuk dan sengal2 satu badan.
ok habis cite pasal puasa, cite pasal giveaway aku tu, result dah lama keluar dah cuma hadiah belum sempat pos. aku dah email kedua-dua pemenang, cakap aku mungkin lambat pos. sorry guys. cuma pemenang ketiga je yang aku dah bagi hadiah dia sebab dia menang topup, so aku dah email no pin semua lepas dia email details. apapon, aku ucapkan terima kasih kat korang semua yang sudi join dan bersabar dengan kelembapan aku update pasal giveaway. hehehe.. bukan apa, kebetulan lepas je aku anjur giveaway, aku kena pergi training selama 2 bulan, so life masa tu agak busy dan kadang kemalasan yang melanda amatlah tinggi ;p untuk menyedapkan hati korang especially my lucky winner, sila tengok gambar hadiah masing2.
ni hadiah alia. pati halia yusmira plus limau nipis.
tapi sekotak je.
dan kerongsang buat ninie... alamak, belum beli pon lagi... hehehe, nanti ninie ye, harap bersabarrr ;)
terima kasih juga untuk uols sebab sudi buat entry khas pasal kemenangan masing2 dan link back to me. thank you thank you.
perkara kedua aku nak update ialah pasal korang yang sudi LIKE entry aku yang join contest Bonia tu. kalau tengok kat komen, hanya ada 5 orang tapi kalau tengok kat entry tu ada dekat2 30 orang. so, memandangkan ada janji nak bagi hadiah sebagai tanda terima kasih aku sebab sudi like, aku kasi kat kelima-lima orang yang bagi facebook id kat ruang komen ni ok. result bonia tu tak kelaur lagi. so, mungkin lambat jugak la aku pos hadiah. so, kepada Nida, tiefazatie, Fadzillah Kamarudin, Izan Ishak dan shidasyakirin, thanks kat korang sebab sudi like my entry ye. dan jangan lupa send details korang to my email,
w.syima@gmail.com untuk proses pengeposan hadiah. tapi me nak cakap mungkin lambat sikit pos yeee.. harap bersabar sebab kalau boleh nak tunggu sekali nga result bonia tu tapi kalau terlampau lambat, me pos la dulu.
ok semua, selamat berpuasa. jumpa next entry. assalamualaikum.