Malas gila rasa nak sambung citer pasal kes tribunal tu. Bukan apa, mood nak mengarang panjang2 belum datang.. Silap gak ari tu tak cite je bagi habis terus.. Kan sekarang dah terkial2 nak cite balik kann..
Aku nak cerita 2 kes lagi la yerkk yang aku masih ingat dan rasa penting.. Hari tu ada dekat 10 kes (ke lebih? hehehe) gak diperdengarkan depan presiden (read: hakim) tribunal pengguna tu. Lagipon ada gak 2,3 kes di mana pihak penentang tak datang. So, ada yang kena datang balik dan ada yang terus dapat award. Nak tahu apa itu award baca kat sini.
Malas den nak explain. Hahaha.. Ok, dah baca? Macam kes aku, aku dapat duit balik lalalalalalalala… hehehehe.. Tapi tak dapat semua. Kira ok la kan dari tak dapat terus.. cite kes aku nanti2 yerr.. Ni nak cite kes orang lain dulu untuk pedoman semua..hihi..
Pada yang belum baca entry sebelum ni, boleh klik sini.
Kes 3
Kes ni pasal amek pembantu rumah warga asing dengan agensi pembantu rumah. Sorry den banyak lupa sebab dah lebih seminggu dah. Kes dia lebih kurang macam ni.. Laki bini ni ada amek maid melalui agensi. Maid dia orang Kemboja. Bila datang rumah, rupa2nya maid dia ni tak tahu nak buat kerja sampai nak makan sendiri pon tak tahu nak masak. Kalau tak tahu masak untuk family tu kira ok la lagi kan sebab dia mungkin tak tahu cara nak masak masakan tuan rumah. Tapi ni nak masak untuk makan sendiri pon tak tahu. Angin la laki bini kan . Lagi worse, maid tu akan berbogel keluar kalo nak pergi mandi. So, lepas 3 hari laki bini pon decide untuk hantar balik maid ni sebab diorang tak puas hati. Kalau ikut profile maid ni, dia tahu masak, kemas rumah, jaga pet, jaga baby, jaga orang tua. Pendek kata, serba serbi tahu la. Tak salah aku, diorang minta duit balik lebih kurang RM8K ++. Banyak gila kan nak bayar kalo nak amek maid sekarang..huhu
Then, pihak penentang cakap la, agensi diorang akan hantar maid training dulu sebelum dihantar ke rumah majikan. Memang diorang ada training centre sendiri. Dia cakap la, pemilihan maid tu dibuat olek bakal majikan. Kira diorang akan hantar beberapa profile untuk dipilih. Benda ni memang diakui oleh pihak penuntut (laki bini tu). Tapi yelah, kat CV bukan main lagi kan . Hahahaha.. Tak salah aku lepas hantar balik maid tu diorang dapat pengganti tapi masih tak puas hati. Sebab tu kes ni dibawa ke mahkamah tribunal. Yelah, kalau mintak nga agensi sendiri, banyak cekadak kan .
Tapi kan , kalau bawa ke mahkamah tribunal jangan la pikir korang akan dapat 100% sebab proses pengadilan tu akan diadakan secara adil ok. Ok, berbalik kepada cite asal. Hakim pon ada la tanya biasanya berapa fee nak kena bayar untuk registration semua bagai la kan . So, si penentang ada cakap bayar dalam RM3K++ dah boleh. So, macam ada percanggahan kat situ. Hakim tanya pihak penuntut dulu berurusan dengan siapa. Maksudnya, dengan orang yang sama yang datang hari perbicaraan ke. Pihak penentang cakap bukan dia yang handle masalah ni. Kawan dia tapi dah resign. Hakim ada cakap seelok2nya, yang datang tu sepatutnya orang yang handle proses ‘jual-beli’ tu. Senang kerja tapi since pekerja asal dah resign, apapon kena ada wakil la kan . So, hakim pon tanya la ada tak bukti kata bayar RM3K ++ je dah boleh proceed. Dia cakap tak ada bawa. Dia tak tahu sangat. Ish ish ish…
Last2 hakim cakap kita kena bersidang lain kali untuk kes ni sebab macam tak cukup bukti. Dia tak boleh sesuka hati nak bagi award. Dia pon tak tahu nak bagi berapa jumlah award tu kan . Sebab it is not fair nak bagi semua jumlah yang dituntut oleh si penuntut kan . Yelah, semua business mesti nak ada untung kan . So, dia kena teliti betul2 berapa amount yang sepatutnya si penuntut dapat balik. Tapi since si penentang tak bawa semua bukti yang secukupnya, kes diorang telah diberi tarikh lain. So, pendek cite, kena datang lagi…Moral of the story, sama ada pihak penuntut, atau penentang sila bawa segala mak nenek yang berkaitan dengan kes. Tak kira la, resit ke, bank statement ke, iklan2 yang dikatakan menipu tu ke, bawak semua janji boleh mengukuhkan apa yang korang cakap. Kalau tak, kes lambat selesai. Kalau ada saksi, bawa saksi.
Kes 4.
Kes pasal claim insuran lepas accident. Kes dia lebih kurang macam ni…Si penuntut tak puas hati sebab dia kena bayar harga repair motor dia lebih dari harga insuran yang diclaim. Kes dia macam complicated tapi aku cite ikut kepahaman aku la yerk. Si penuntut ni pergi hantar motor dia yang accident di sebuah kedai motor untuk dibaiki. Tapi tuan kedai cakap kalau nak claim insuran, dia tak pernah buat. Kedai pon bukan panel insuran motor tu. Tapi si penuntut ni cakap, sebabkan dia nak tolong bangsa sendiri dia cakap takpe la, dia boleh buat pasal claim insuran tu. Nanti orang insuran datang tengok dan bagi amount berapa boleh claim.
Mengikut cite si penuntut, bila pihak insuran cakap semua dapat lebih kurang RM700++. Dan pihak penentang setuju nak baiki dengan harga tu. Pihak penentang juga minta duit RM100 sebagai liability sebab nak letak motor kat situ kan .. Tapi tup2 bila sampai bil, harga kena bayar RM1.4K ++.. So, dia tak puas hati la kenapa hari tu janji lain sekarang charge lain pula.
Pihak penentang pon balas la pula. Dia cakap memang pihak insurans ada datang kedai diorang dan diorang dah tunjuk rupa motor tu lepas accident. Motor tu rosak teruk. Siap tunjuk apa yang patut kena tukar semua laa.. Lepas puas hati, pihak insurans balik dan diorang pon baiki la motor tu. Dah la motor tu dah tersadai lama kat bengkel. Itupon, dikira dalam liability gak ok yelah, apa2 yang berlaku tuan kedai kena tanggung..
Lepas tu, hakim tanya la itu ini.. Sebab dia nak pahamkan cite sebenar . Yang peliknya, tuan kedai (pihak penentang) masih belum dapat pon payment dari pihak insurans. So, tok hakim pon cakap la kat si penuntut, sepatutnya dia la yang kena settle pasal payment tu dengan pihak insurans sebab pihak penentang tak pernah buat claim insurans. Motor pon masih kat kedai si penentang. Tu dah kira liabiliti. Apa2 pihak kedai kena tanggung so macam tak fair la gak. Motor dah dibaiki pon tapi tak diambil. Payment belum buat pon.
Jadi, mahkamah telah memutuskan pihak penuntut kena pergi settle dulu pasal claim tu. Dan pihak penentang pon dah tak kisah bil RM1.4 K tu, dapat RM700 tu dia terima. So, pada pendapat korang apa? Aku dok pikir, ko nak pergi tuntut apa sebenarnya, sedangkan claim insurans pon belum selesai. Ko tak bayar pon lagi apa2 kat kedai tu.
-------------------------------------------------------
Dari kes-kes tu semua, dapatla kita buat rumusan, tribunal pengguna ni bukan semata2 nak menegakkan hak pengguna secara membabi buta. Pihak tribunal akan dengar hujah2 dari kedua2 pihak, pro and cons dia akan buat. Kedua2 pihak ada hak masing2. Sebagai peniaga, korang ada hak korang. Setiap business mesti nak ada untung, term and conditions yang mengikut undang2 sah. Pihak pengguna juga, kena tahu hak sebagai pengguna. Apa yang boleh dituntut, apa yang tidak. Contohnya, ko dah guna servis dia separuh jalan, pastu ko tak puas hati, ko tak boleh tuntut semua amount yang ko dah bayar (Ko boleh je nak tuntut semua masa isi form tu,..hehehehe tapi memang tak dapat semua sebab ko dah guna servis dia, so peniaga pon kena ada untung gak kan ).. Apa-apapon, presiden mahkamah (hakim) akan teliti betul2 dan memang adil kepada kedua2 pihak.
credit to pengguna rakyat.
So, kalau korang rasa korang berhak mendapat hak korang semula sebab rasa tertipu, rasa tak puas hati, bertindak la dan jangan takut. Lagipon, tribunal pengguna charge RM5 SAHAJA untuk proses permohonan korang. Lepas settle isi borang semua dan submit kepada tribunal, biasanya korang terus dapat tarikh perbicaraan. Biasanya sebulan selepas submit. Kalau masa tu tak banyak kes, lagi cepat korang dipanggil. Tak lama pon… Insya Allah, Allah tahu niat kita dan Allah akan tolong kita kalau kita di pihak teraniaya. Sama ada korang pengguna atau peniaga/penjual/pemberi servis dan lain2, jangan takut.. tegakkan hak anda.. acececee..dah macam pejuang hak asasi manuasia dah aku ni..wakakakakakkk..
Kes aku? Hehehehe… Insya Allah, aku akan bercerita lain kali. Aku rasa belum ready la plak nak bercerita pasal kes sendiri. Boleh tak kalau aku bercerita tanpa reveal siapa pihak penentang? Tapi macam tak best la sebab kalau boleh aku nak bagi pengajaran kat korang supaya tak jadi macam aku.. huhu.. Ok la, sekian dulu ;)
p/s: semalam aku pergi ambil cheque dengan pihak penentang tu. Hehehe.. Alhamdulillah.. walaupon aku tak puas hati dengan servis diorang sebelum ni tapi dalam bab2 ni diorang masih jaga. Apa yang dijanji, akan dikota. So, aku still salute… Diorang siap call cakap cheque dah ready dan bila nak datang ambil. Thanks ****** ;) – biarlah aku rahsiakan dulu siapa pihak tu ye…
sambil2 tu, tolong la like pic aku ni.. hehehe.. thanks uols.