Kalau korang masih ingat, dulu aku ada sentuh sikit pasal adat 'mengenal' - adat unik orang Kelantan. Aku rasa kat Kelantan je kot wujud adat ni even tak semua jajahan (daerah) kat Kelantan tu mengamalkan adat ni. Sekarang since aku dah selesai kahwin dah nak masuk 6 bulan pon, so aku nak share la sikit pasal pengalaman aku sendiri mengenai adat 'mengenal'.
Selepas selesai menyambut kedatangan rombongan pengantin lelaki, so semua ahli rombongan dijemput makan. Aku dan encik hubby terus diarak ke singgah sana kami :) Masa tu ada la sesi renjis merenjis dari kedua-dua pihak. Ada la kot 8 ke 10 orang merenjis kami sebab memang dah siap awal-awal siapa kena merenjis siapa tak untuk jimat masa.
Lepas selesai merenjis, bermula sesi 'mengenal' ni. Start dengan ibu pengantin perempuan tak salah aku ke sapa aku lupa. haha. Mula-mula kena letak duit dalam satu bekas...
gambar hiasan. cerdits to google.
Lepas letak duit, tak kisah la berapa tapi biasanya paling sikit pon RM10. Tu dari pemerhatian aku sendiri la (setakat yang sempat tengok la, sebab bekas tu depan kami)... diorang akan salam dengan kami. Kebanyakan yang datang 'mengenal' tu memang dari rombongan pihak lelaki. Tetamu lain tidak ye. Kalau nak tahu kenapa, kena baca entri lama ni.
Cuba korang bayang, kalau rombongan lelaki tu datang 100 orang. dan setiap orang bagi RM10, berapa pengantin akan dapat berapa, RM1000 kan? Dan rombongan encik hubby hari tu, bawa berapa orang biarlah rahsia. hehe.. Dan tak semua bagi RM10 tau. Ada siap bagi RM50, malah ada bagi RM100. lebih dari tu ada kot tapi tak pasti sebab mana la sempat nak tengok. Berapa aku dapat biarlah rahsia (lagi) sebab duit tu kira macam hadiah la kepada kami.
Ini memang pengalaman aku sendiri la sebab umi aku nak jugak buat sebab ini first kenduri sebelah aku. Nak bagi meriah cakap dan sebenarnya, secara tak langsung adat tersebut boleh mengeratkan silaturrahim. Cuma pendapat aku, jadi kureng best sebab kena bagi duit (walaupon sebenarnya sapa la tak nak duit termasuk aku). Kira macam kalau ko nak jumpa pengantin, ko kena bagi duit baru leh bersalam. Tapi.. nama lagi adat, so kena la follow. Dan kita semua tahu, orang dulu-dulu memang berpegang kuat pada adat dan diorang ada reason tertentu kenapa satu satu adat kena ada dan follow.
Adat ni tak termasuk untuk tetamu yang datang masa kenduri tau. Just between rombongan pengantin lelaki dan mempelai sahaja. Tapi masa kenduri tu, ramai juga bagi duit, hadiah pon dapat banyak. Nanti cerita lain la yang tu.
Sebelum aku akhiri cerita adat ni, mari melayan gambar gambar posing kami ngeh ngeh..
Ok nanti aku cerita lagi adat adat orang Kelantan yang lain pula ya. Share share la pula adat adat yang special dan unik tempat korang. Nak tahu jugakkkkk :)
Ok nanti aku cerita lagi adat adat orang Kelantan yang lain pula ya. Share share la pula adat adat yang special dan unik tempat korang. Nak tahu jugakkkkk :)
tak merasa melalui semua tu.. Hanya nikah & majlis kahwin jer.. nak cerita kat sini pun panjang.. apapun usia perkahwinan kita agak sebaya la
ReplyDeleteSalam ..
ReplyDeleteoo ada yer lagi adat camni .. hmmm bagus bagus terima kasih dengan entri ni.