Friday, May 21, 2010

Kerana Adat Dijunjung Tinggi, Anak Dibiarkan 'Mati'

Orang kata, lain padang lain belalangnya. Tak paham? Hehe. Ok, ni paham kot, lain negeri lain adatnya kan. Mungkin tak semua orang tau yang adat-adat yang dibuat dulu ada sebab-sebab tertentu.

Orang dulu-dulu memang sangat menjaga adat-adat. Sampai ada satu pepatah melayu dulu-dulu cakap "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Maksudnya, berpegang kuat kepada adat. Kat pepatah tu pon dah tau betapa adat sangat penting hingga sanggup biar 'anak mati'.

Dulu-dulu masa sekolah macam-macam pepatah dan adat kita belajar kan.Tapi tak semua yang diambil dan dipraktikkan. Tapi percayalah bila masa nak kahwin ni, semua adat especially adat nak kahwin ni nak kena tahu. Sebab kalau tak kena adat, boleh jadi kes masam muka dan kes sakit hati simpan dalam hati. Hehe. Sejak aku dirisik, bertunang dan sampailah nak kahwin ni, aku dah belajar sikit-sikit adat-adat orang Melayu nak melangsungkan majlis-majlis macam ni. Aku pernah baca kat satu blog, macam ni tulisannya

"Orang Melayu membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas yang dianggap sebagai jati dan harga diri. Agama dan tatasusila adat Melayu, berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasa."
"Maka jika kita bertemu dengan watikah bertulis sebagai ‘Hukum Adat’, janganlah terus dihumban ke tepi bahawa adat itu adalah budaya resam yang merosak agama. Adat itulah agama, pada bahasa Melayu Lama."

Kali ini aku nak fokus pada adat perkahwinan sebab aku sendiri tak lama lagi akan menempuh alam perkahwinan. Macam orang dulu-dulu, aku juga dirisik. Walaupun kami ni dah kenal lama dan dah bercinta hampir 6 tahun kot.hehe..tapi adat kena ikut. Sebenarnya orang dulu-dulu mengadakan adat merisik sebab dulu-dulu mana ada sangat kes bercinta sebelum kahwin. Jarang sangat kita dengar tapi kes-kes terpencil tu tetap ada. Orang dulu-dulu bila anak lelaki dah cukup umur mula la nak cari menantu. Dengan itu, mereka akan merisik-risik siapakah gadis yang layak dijadikan pilihan.

Bila dah dirisik dan si "Bunga" pula masih available (maksudnya masih tak berpunya), maka adat seterusnya ialah meminang atau bertunang. Biasanya semasa majlis pertunangan, proses meminang juga berlangsung secara tak langsung. Masa tu la perbincangan secara terperinci akan berlaku. Contoh perbincangan ialah macam berapa duit hantaran nak kena bawa, berapa dulang hantaran nak kena balas, bila hari langsungnya (hari nak akad nikah dan kenduri-kendara la..Hehe) dan macam-macam lagi la.

Macam kes aku, aku dipinang dan ditunangkan pada 31 Mei 2009. Tapi masa tu kami tak de la buat perbincangan pasal duit hantaran, tempoh pertunangan dan tarikh kahwin sebab yang tu akan dibincangkan dari semasa ke semasa (yang ni memang tak ikut adat Melayu sejati.. Hehe). Kitaorang tunang 1 bulan baru la orang tua dok kalut tanya dah "Bila nak kahwin ni..Tunang lama-lama tak elok. Darah manis." Hehe. Ni ayat standard ok. Haha. Dulu, masa sebelum bertunang, orang tua cakap "Tak pe tunang dulu bagi ada ikatan, tak elok selalu keluar." Tapi bila dah tunang, lagi banyak soalan yang akan ditanya. Haha. Pening-pening.



Ngoh, Nik , Adik dan Kak Chek



Anak buah aku nak berkaraoke.... Hehe



Gambar-gambar masa majlis tunang

So di dalam alam pertunangan tu, orang tua kami ada la buat sesi perbincangan. Biasanya kami bincang berdua dulu lepas tu baru balik cakap kat orang tua masing-masing. Masa tunang hari tu tak ada bincang pasal duit hantaran, tarikh kahwin, dulang hantaran, kitaorang memang tunang semata-mata je, means tukar-tukar cincin je. Hehe.. Diringkaskan cerita, kami sepakat memilih 9 Jun 2010 - Akad nikah, 10 Jun 2010 - Kenduri sebelah aku dan 12 Jun 2010 - Majlis Sambut Menantu. Selesai sudah peringkat-peringat genting untuk aku dan encik tunang menempuh alam perkahwinan.

Well, kawan-kawan semua.. adat tak mati kat situ. Hehe. Korang tau tak sepanjang proses kendurui kendara tu macam-macam adat lagi yang akan berlangsung. Kat sini aku nak share pasal adat orang Kelantan yang aku tahu..

ADAT DUIT BELANJA a.k.a DUIT HANTARAN
Yang ni aku tak pasti betul ke tak tapi ini adalah mengikut kata kawan-kawan aku yang bukan orang Kelantan, biasanya orang luar (term 'orang luar' kat sini maksudnya bukan Orang Kelantan ok) akan minta dahulu separuh or lebih or semua duit hantaran/duit belanja untuk proses kenduri-kendara. Kiranya dorang akan guna duit tu untuk beli lauk dan buat persiapan kahwin. Secara tak langsung pengantin perempuan berkongsi duit tu dengan ibu bapa dorang.

Di Kelantan, duit hantaran adalah milik sepenuhya pengantin perempuan kerana duit hantaran akan diangkat sebagai mas kahwin. Tiada istilah beri dulu sebelum kahwin tapi mungkin sesetengah tak ikut sangat adat ni. Tapi seperti yang aku cakap sebelum ni, orang tua-tua sangat menjaga adat so kami pon kena la ikut. Hehe. Tapi tak bermaksud duit tu tak kongsi langsung dengan ibu bapa tapi tu kena bincang la sebab duit tu dah jadi mas kahwin kan. Apa-apa kena mengikut persetujuan si pengantin perempuan sendiri.

ADAT 'MENGENAL'
Ni memang special sikit sebab aku rasa orang Kelantan je ada adat ni sebab bila aku tanya kawan-kawan aku (kawan bukan orang Kelantan ok), semua blur. Haha. Orang Kelantan panggil adat ni " ADAT NGENA". "NA" kat belakang tu dibaca baku ok kawan-kawan. Hehe. Adat ni diadakan semasa kenduri kahwin sebelah pengantin perempuan untuk rombongan pengantin lelaki.

Adat ni konon-kononnya untuk rombongan pengantin lelaki 'mengenal' pengantin perempuan. Orang dulu-dulu kan mana kenal pengantin perempuan kecuali pengantin lelaki dan ibu bapa pengantin lelaki sahaja.

So, masa adat ni la rombongan pengantin lelaki nak kenal pengantin perempuan. Kan kahwin ni bukan kahwin dengan pasangan kita je, dengan sedara-mara sekali kita kena kahwin. Hehe. So, kenal la saling kenal-mengenali. Hehe. Oh ya, semasa upacara ini berlangsung, setiap orang dari pihak lelaki akan datang bersalaman dengan pengantin perempuan. Salam tu bukan salam 'kosong' ok, salam mesti la 'berisi'. Yang aku tau orang luar ada adat 'Bayar Tol' kan. Kitaorang tak ada. Hehe.

CINCIN RISIK, CINCIN TUNANG DAN CINCIN KAHWIN
Yang ni tak best skit bagi aku. Bukan tak best dapat cincin la. Tak best sebab umi aku cakap orang Kelantan masa dirisik tak ada cincin risik. Hehe. Aku tak ada cincin risik ok. Sila sedih untuk aku. Hehe. Tapi ada jugak orang yang bawa cincin masa merisik tapi mengikut adat kami tak payah bawa, tak wajib, kalo tak bawa tak langgar adat. Haha. Tak best tak ada cincin. Haha. Biasanya, masa merisik, bawa kain pasang, makanan dah kira ok.

Masa tunang, baru la aku dapat cincin tunang. Hehe. So masa sesi pilih cincin tunang tu saje je aku balas dendam pilih yang paling mahal di kalangan yang mahal-mahal. Haha. Tak la, aku pilih yang paling aku suka la.. Encik tunang pon aku belikan juga cincin tunang.

Cincin kahwin pula mengikut umi aku, kita orang perempuan tak payah dah bawa cincin kahwin untuk pihak lelaki sebab masa tunang dah bagi. Ye ke? Hehe. Best2 jimat duit. Tapi kan aku nak bagi juga la untuk kenang-kenangan kan. Lepas kahwin, belum tentu lagi beli cincin lagi. Haha. Maklum la masa tu duit dah tak ada. Haha. Habis buat kenduri bayar hutang sana-sini. Haha. Mak mertua aku .. eh bakal mak mertua aku. Hehe..juga cakap pihak perempuan tak ada cincin kahwin sebab masa tunang dah dapat.. Hehe. Yeke?? Ala..nak juga cincin tak kira. Haha.

Tunggulah tiba hari perkahwinan aku nanti sama ada adat-adat ni semua akan berlaku seperti sepatutnya ke tak, ok. Hehe.. Aku ada dengar lagi satu adat. Ni tak pasti orang luar sama ke tak. Orang cakap kain pasang kena bagi 3 pasang kat pihak perempuan tapi kena letak asing-asing means ada 3 par untuk 3 pasang kain pasang. Yeke? Haha.. Yang ni memang aku baru dengar since kitaorang tengah pening nak menentukan barang-barang hantaran..

Kalau nak kira ada lagi adat-adat yang aku baru dengar tapi mungkin pada masa akan datang aku akan cerita ye. Best juga share cerita pasal adat ni sebab tak kenal maka tak cinta. Nanti sambung tapi tak tahu bila :)

OK semua, selamat menjunjung adat. Tapi jangan kerana adat, agama diketepikan. Hehe. Cuma satu yang kena ingat..Jangan kerana mahu membuang adat, kita turut membuang adab. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Aku memang suka berperibahasa, berpepatah dan berfalsampah sekarang. :)

Masuk kandang kambing mengembek,
Masuk kandang kerbau menguak.

I did it again. Haha. Ok dah!

1 comment:

  1. Nice writing! Keep blogging. I could hardly hear your Kelantanese accent in your writing :D.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails