Wednesday, May 19, 2010

Iron Man 2 VS Ip Man 2

Hujung minggu lepas, aku berjaya menengok menonton cerita Iron Man 2 and Ip Man 2.
Ok, baca sinopsis ringkas dulu untuk lebih pemahaman.

Iron Man 2
Tony Stark lakonan Robert Downey Jr. yang telah diketahui ramai adalah superhero, Iron Man. Di bawah tekanan daripada pihak pemerintah, wartawan dan masyarakat, Tony telah diminta untuk berkongsi kepakaran dan teknologinya dengan pihak tentera Amerika. Walaubagaimanapun, Tony tidak mahu membuka rahsia kehebatan di sebalik imej Iron Man kerana dia takut segala maklumat tersebut akan jatuh ke tangan orang yang salah. Dengan bantuan Pepper Pots dan James Rhodes di sisinya, Tony telah berjaya menghadapi misi terbarunya.

Dalam Iron Man 2, ada 2 watak baru iaitu:


- The Black Widow adalah mata-mata Rusia yang akhirnya berpindah ke Amerika Syarikat. Dia adalah seorang penembak tepat yang juga bekerja di sebuah gudang senjata yang berteknologi tinggi.
- Whiplash atau Ivan Vanko lakonan Scarlett Johansson adalah dari pihak Narapidana yang berjaya menyamar sebagai pembantu Pots untuk membantu Stark dalam misinya.

Ip Man 2

Ip Man 2 berkisah tentang Ip Man (Donny Yen), tokoh penting aliran Wing Chun, dan keluarganya telah berhijrah ke Hongkong. Di Hong Kong, Ip Man telah membuka pusat kungfu Wing Chun untuk menampung hidup dan keluarganya di sana.



Walaubagaimanapun, dia ditentang oleh master kungfu lain, termasuk Sifu Hung (Sammo Hung) yang master dalam Hung Quan. Sifu Hung telah mencabar Ip Man dalam satu acara untuk menjadi sebagai master yang diiktiraf di Hong Kong. Sementara itu, Twister, juara tinju dunia yang kuat tetapi kejam sangat membenci kungfu Cina. Kemudian, Twister yang telah menyebabkan kematian sifu Hung, telah mencabar mana-mana orang Cina untuk berlawan dengannya. Ip Man yang sangat sedih dengan kematian sifu Hung telah menerima cabaran itu. Dia bertekad untuk menuntut kembali martabat kungfu China dan maruah orang-orang Cina.

OK la. Itulah serba sikit sinopsis Iron Man 2 yang aku tengok kat Sunway Piramid dan Ip Man 2 tengok kat Tropicana City Mall. Personally,aku rasa Ip Man 2 lagi best. Iron Man yang pertama dulu lagi best. Yang kedua ni agak merapu dan slow. Hehe.. So, korang cepat-cepat pergi tengok ok. Dah nak abis dah kat panggung. Mana lagi best...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails