Tuesday, May 25, 2010

Tak Mungkin Berpaling setelah kukecapi Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Macam ape je tajuk tu kan. Haha.

AF8 kali ini aku tak follow sangat sebab dah bosan
Tapi konsert akhir lepas aku ada tengok.

Ini adalah keputusan pada malam final tu:

Juara: Shahir
Naib Juara: Adira
Ketiga: Daus
Keempat: Maulana
Kelima: Iwan

Dalam banyak-banyak lagu baru yang dinyanyikan oleh finalist AF8, i really heart this song, Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Memang bertuah Shahir dapat lagu best ni dan jadi juara lagi.

Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Lagu & Lirik : EDRY ABDUL HALIM
Penyanyi : Juara AF8 - SHAHIR



Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan



Dan bagi aku juara AF lain dapat lagu best masa konsert final ialah Mawi. Aku bukan peminat Mawi tapi lagu Aduh Saliha memang tepat untuk seorang juara. Tapi kat bawah aku nak share lagu feberet aku masa sekolah dulu dan dinyanyikan semula oleh Mawi. Shahir pon ada nyanyi lagu ni masa konsert ke-8. However, the best version is by original singer ok..hehe, Zamani SLAM.


Tak Mungkin Berpaling
MAWI feat. ZAMANI SLAM


Sangat membuai perasaan. Hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails