Monday, June 21, 2010

Sepanjang Majlis Persandingan dan Kenduri Kendara ---> 10 Jun 2010

Syukur Alhamdulillah, selepas selesai majlis akad nikah kami malam 9 Jun 2010, keesokan harinya iaitu 10 Jun 2010 bersamaan 27 Jamadilakhir 1431 H berlangsungnya majlis persandingan kami. Majlis tersebut aku rasakan sederhana tetapi sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara yang dekat dan jauh, kawan-kawan serta jiran tetangga.


Abe Mang and the geng. Baju hitam biru tu geng baru dari Kedah. 



Pasukan kompang hari tersebut.

Nyanyian pakcik Alabaladi mengiringi 'Hari' kami.. Mata beliau mungkin buta tapi semangat beliau tak pernah patah. 

Depan: Pok Cik, Aiman, Hafiz dan Ayah Su.
Belakang: Geng kampung pisang. Haha

Antara tetamu yang hadir


Pengantin lelaki tiba tepat seperti yang dirancang, pukul 11.30 pagi. Biasanya pengantin lelaki tiba lepas Zuhur, tapi family aku request nak awalkan dari kebiasaan untuk melancarkan majlis.

 Pasukan kompang mengiringi ketibaan pengantin. Segak-segak semua kan

Tengah tunggu encik suami datang. (hehe.. dalam hati berbunga-bunga je time ni)

Nak pergi sambut encik suami.
Laju je jalan tertinggal my flower girls yg kiut miut. 

Di atas singgahsana. Sorang muka serius, sorang lagi masam. :p
Pengapit, Keyo & Fazah - our bestfriends. 

direnjis-renjis....



 Persalinan kedua. Tensi-tensi je aku cik abang I ni suka tido dalam iman. Haha. Gambar ni semua dari koleksi adik dan sepupu ku. Banyak sangat gambar, so pilih-pilih yg berkenan dulu. Later-later, i'll update lagi.

Kat bawah ni koleksi cameraman aku. Gambar-gambar lain, tunggu entri-entri akan datang ok... Hehe




Cuba korang tengok tangan suamiku tu..Auuuwwww...

Eeeee.. i geram tau.. Hahaha

Tertonggeng-tongeng aku. Actually nak jatuh dah ni. Hihi

I <3 U

Actually, aku ada sewa gaun dan baju Cik Siti Wan Kembang. Tapi tak sempat nak pakai hari tu sebab mak andam dah balik. Lagipon, hari tu memang tak menang tangan layan tetamu, bergambar pon curi-curi. Masa acara potong kek pon tak sempat tukar gaun. Main hentam dengan baju sama aje. Sangat penat. Serius. Tapi sangat happy semua berjalan lancar.

Sekian. =)

P.S: Akan update later majlis kenduri sebelah encik suami. Majlis Kesyukuran sebelah lelaki sangat sederhana tapi makanan sangat sedap macam nama blog ni. Ada petai, ada budu dengan tempoyak. Haha.

6 comments:

  1. comel!
    semoga berkekalan kak shima..
    =)

    ReplyDelete
  2. tQ Hawa.. akak mmg comey sokmo..hahahaha

    ReplyDelete
  3. meriah sungguh napok majlis, alhamdullillah semua berjalan lancar..selamat dah pon :) Semoga hubungan yang diikat dan diakad mendapat keberkatan Allah sentiasa! Welcome to the wifey club.... :)

    ReplyDelete
  4. pergh tahniah..
    :)
    moga Allah bersama keluarga anda :)
    salam kenal :)

    wadud ada blogwalking software, nak cuba?
    pegi kat sini ekh, komen sekali tau, heheh :)

    http://slumberblogger-freedownload.blogspot.com/2010/06/free-download-blogtrack-aka-blogwalking.html

    ReplyDelete
  5. fuh..dia punya gotong royong macam kenduri raya haji

    ReplyDelete
  6. admin: sape ye ni?? hehe..anyway, thanksss..

    wadud: tq wadud. nanti free, saya g lawat2 ok.

    HEMY: hehe. kampung mmg mcm tu. meriah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails