Masa aku kecik, aku memang nakal. Budak-budak memang suka main kan. Sebelum Abah balik dari kerja, aku dah redah parit, alur, semak dan segala bagai la. Paling suka tangkap ikan :) Pastu cari biji getah main congkak. Lubang congkak, gali tanah. Area rumah aku kawasan berpasir so senang nak gali, gali cantik-cantik lubang tu dan besar biar senang nak 'grab' biji getah tu. Hehe. Aku memang champion kampung main congkak.
Lebih macam ni lubang yang kami gali nak main congkak.
Kalau main gelongsor, aku tak main macam orang lain main, aku meniarap pastu gelongsor kepala dulu. Hehe. Ala-ala superman gitu tapi versi terbang ke bawah. Hahaha. Tu sebab umi aku pelik kenapa la main gelongsor bontot seluar tak kotor, yang kotor kat depan baju. Hihihi.
Lagi satu, ini Umi aku cerita, aku dah tak ingat. Masa aku kecik, dalam umur 2 tahun kot, aku suka sangat merangkak pergi sana sini, masuk dapur, punggah segala botol tak kira botol kicap, budu asal aku leh capai. Pernah sekali aku pergi rumah sedara aku, aku pergi dapur dia, aku minum telan minyak gasolin (orang Kelantan panggil minyak gas). Semua orang kalut tapi nasib baik aku telan sikit jadi Alhamdulillah, umur masih panjang.
Masa kami tinggal di Jeli (Abah aku kerja KESEDAR, sekarang dah pencen), aku suka sangat tangkap pepatung,cantik-cantik sebab kat area tempat kami tu dekat sungai so memang pepatung tu jarang aku jumpa even aku ni memang orang kampung. Pernah sekali aku follow akak mana entah pergi mandi sungai. Aku pergi jalan sampai sungai terus balik. Esok, aku ajak Umi pergi mandi. Hehe. Baik punya anak.
Bila aku dah start sekolah, aku dah pindah balik duduk kat Tumpat. Mula-mula tinggal dengan nenek, lepas dua tahun, tinggal rumah sendiri.. eh, rumah parents ya, bukan rumah aku. Hehe. Kat sekolah pon nakal, main kejar-kejar, segala permainan aku main. Bila darjah 3, dah kurang sebab jadi pengawas sekolah. Tak boleh main sangat, jaga status. Haha.
Anak sulung memang tanggungjawab besar. Hehe
Cuma anak sulung jarang yang tinggi. Semua ketinggian dirampas adik-adik. Hampeh!..Haha
Bergaya mcm ni biasanya time Raya. ;p
Ni Darjah 3 (tengok tarikh kat photo..)
Ni Darjah 3 (tengok tarikh kat photo..)
Banyak lagi kenangan masa budak-budak, tapi aku share setakat Darjah 3 dulu. Tu pon, skip-skip. Kalau cerita kenangan masa kecik-kecik, 3 hari 3 malam tak habis kan.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ni bukan aku. Adik no 4.
Syasya a.k.a Kak Chek.
P.S: Tergerak hati nak buat entri ni lepas tengok Syasya upload gambar-gambar atas kat FB dia. Nak gelak pon ada. Hehe. Memang rupa berubah, tapi hati tak. :) :) :)
Salam syima...terima kasih singgah blog akak...hehehe...
ReplyDeleteGelihati baca cerita zaman kanak2 dulu...akak pun macam tu dulu...mandi hujan....berdiri kat salur air...seronok...lari2 kat batas padi...sekarang semua tu dah takde...
Wsalam kak. best bc blog akak. siap boleh senyum n gelak2. hehe
ReplyDeletebetol tu akak, kalo nak cite pasal zaman budak2 dulu memang x habis. byk sgt.
pernah jugak main congkak dalam pasir huhuu
ReplyDeleteishk2 dasyat minyak gasolin pun nak ditelan...
ReplyDelete