Wednesday, June 2, 2010

Saya Nak Cuti! (Sangat!)

Hey! Hey!.. Saya Nak Cuti! MAS Traveller.com sudah lama bersiaran. 

Juliana pergi Bali..


Affandi ke Pulau Sipadan

Ada kaitan ke? Ada...

Selepas menengok video-video pemenang Saya Nak Cuti! , aku teruja nak cuti juga. Tak sabar nak tengok episod Siti Nur Aishah daki gunung Kinabalu. Rindu! Sengal kan sebab nak dekat-dekat kahwin masih berangan nak cuti. Persiapan tak siap sepenuhnya lagi. Mana boleh cuti sekarang. Hehe. Tunggu la lepas kenduri-kendara nanti.

Tahun ini tidak ada percutian khas yang selalu aku dan kawan-kawan buat. Sebelum ni kitaorang pernah pergi Port Dickson, Pulau Tioman, Pulau Redang, Jakarta, Bandung dan banyak lagi lah. Yang dekat-dekat memang sentiasa. Haha. Biasanya, awal-awal tahun dah plan pergi mana-mana tapi tahun ni tak ada sebab semua busy. Ada yang nak kawen (aku la tu).. ada nak tunang, ada dah pregnant, dan macam-macam lagi. Rindu la kawan-kawan nak bercuti sama-sama.

Ohh Tioman. Atas sana ada Rock Fall.  Memang best woo ada laut, ada air terjun

Ni belum sampai Tioman. Muka tak basuh, mandi apatah lagi. haha

Tempat berteduh kami! Nice kan? Sesuai untuk bulan madu. wink*wink*


Redang.

Snorkeling wajib kalau pergi pulau.



 
Di tengah Jakarta

Walaupon, tak ada percutian yang dirancang bersama kawan-kawan tahun ni, aku dapat juga pergi bercuti juga secara tak langsung ke Bangkok. Aku terlibat dengan projek ICAS untuk Standard Chartered Bank Thailand.

 Seafood my feberet.

 
Amphawa Floating Market

Sila pergi Bangkok untuk makan dan Bandung untuk shopping.. Tapi Bangkok pon best shopping.

P.S: Jgn lupa Saya Nak Cuti! akan bersiaran malam ini di Astro Ria, setiap Rabu jam 10.00 malam. Sure korang pon excited nak pergi bercuti. Untuk lebih excited, sila tengok Destinasi Bajet Jom MAS! hosted by Qi and Cheryl Samad.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails