Friday, March 11, 2011

Dapat SMS Dari Abang Nara BeautifulNara Ajak Tengok Wayang..

Tapi aku pulak yang tak dapat pergi...


Actually minggu lepas, aku ada email Abang Nara setelah baca kat BeautifulNara.com buat small contest, siapa yang bertuah akan terpilih menonton wayang filem Hikayat Merong Mahawangsa bersama Abang Nara. Siapa nak join, kena email details dan bagi slogan.. Slogan dia berbunyi macam ni



Saya memang tak sabor nak tengok filem Merong Mahawangsa dengan Abang Nara yang hensem kerana...



Semalam ada baca entry pasal info tayangan filem Merong Mahawangsa tu di BeautifulNara. Pemenang bertuah akan dihubungi SMS. Tup tup semalam..





Tak ada rezeki aku nak pergi tengok Merong Mahawangsa dengan Abang Nara nampaknya ;( Aku dah balas sms Abang Nara cakap tak dapat pergi sebab aku terpaksa balik kampung.


Banyak gila kot jemputan kenduri kahwin weekend ni dan next weekend.. Salah satu jemputan dari kawan baik, Pecek. So takkan tak nak pergi. Rasa bersalah pula kalau tak pergi. Akhir bulan ni pon nak kena balik kampung sekali lagi sebab rumah mak mertua aku buat kenduri kahwin juga. Kenduri kahwin adik ipar yang nikah Disember lepas. Diorang nikah gantung.


"Takpe Pecek, aku sanggup korbankan tiket wayang ni semata-mata nak pergi majlis mu. Balik KL, mu dan Lin kena belanja aku dan Hafiz eh.. hahahaha".

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails